You are on page 1of 1

PENGALAMAN SESAT DI HUTAN

Pada hari sabtu yang lalu, saya telah menyertai satu lawatan
perkhemahan yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap sekolah
saya. Sebelum pergi, saya meminta kebenaran daripada ibu bapa
saya.
Pada hari pertama, kami berkhemah di dalam hutan. Kami
telah mendirikan khemah dengan bantuan Cikgu Nurul. Pada
sebelah malam pula, kami mendirikan unggun api dan menyanyi
beramai-ramai.
Keesokan pagi, saya dan beberapa orang kawan diminta
oleh Cikgu Nurul untuk pergi mencari kayu api di dalam hutan.
Dalam sepanjang perjalanan, kami asyik berjenaka dan ketawa
dengan riang sehingga terlupa kami telah masuk jauh ke dalam
hutan.
Apabila kami tersedar bahawa kami telah berjalan jauh ke
dalam hutan, kami bercadang untuk berpatah balik tetapi kami
tidak menemui jalan keluar. Kami berasa cemas dan kelam-kabut.
Saya dan kawan-kawan saya tidak tahu apa yang harus
dilakukan kerana pada masa itu kami semua tidak membawa
kompas.
Empat jam kemudian, kami berasa amat letih dan dahaga
setelah puas mencari jalan keluar. kami mulai berasa kesal dan
ketakutan. Tiba-tiba, kami terdengar suara melaung nama kami.
Kami bergegas ke arah suara tersebut.
Kami amat bersyukur kepada Tuhan kerana kami telah berjaya
diselamatkan. Saya dan kawan-kawan berjanji tidak akan leka
lagi ketika membuat sesuatu tugas

You might also like