Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
24Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
HIKAYAT MALIM DEMAN

HIKAYAT MALIM DEMAN

Ratings: (0)|Views: 5,244 |Likes:
Published by Nazreen Ayeen

More info:

Published by: Nazreen Ayeen on Apr 17, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/30/2013

pdf

text

original

 
HIKAYAT MALAM DEMAN
Tuanku Gombang Malim Dewa dan permaisuri Tuan Puteri Lindungan Bulanmemerintah negeri Bandar Muar. Mereka mempunyai seorang putera, Tuanku MalimDeman. Pada suatu malam, Tuanku Malim Deman bermimpi didatangi seorang wali Allah menyuruh baginda pergi ke hulu negeri berjumpa dengan Nenek Kebayanuntuk beristerikan Puteri Bongsu daripada tujuh beradik dari kayangan yang akanturun ke dalam taman nenek memetik bunga mengarang kuntum pada setiap malampurnama.Sedar dari beradu, Tuanku Malim Deman berubah menjadi seorang yang gilabayang. Seisi istananya kehairanan terutama pengasuhnya, Si Kembang Cina.Baginda memohon pekenan ayah dan bondanya untuk pergi berburu ke hulu negeri.Pada mulanya Tuanku Malim Deman diiringi sekalian ramai hulubalang dan rakyat jelata. Namun mereka tewas; akibat kebuluran, penyakit, sesat dan berpatah balik. Akhirnya tinggallah Tuanku Malim Deman, Awang Selamat dan anjingnya SiKumbang. Awang Selamat jatuh sakit dan meninggal dunia dalam perjalanan, SiKumbang pula mati lemas. Tinggallah Tuanku Malim Deman sendirian menempuhiberbagai-bagai kesusahan dan penderitaan sehingga menemui sebiji batil emashanyut berisi sebentuk cincin dan sehelai rambut. Semua ini milik Puteri Bongsu darikayangan yang berkata barang sesiapa yang menemui batil tersebut ialah jodohnya.Sebenarnya puteri ini telah ditunangkan dengan Medan Si Tangkal Ali tetapi tidakdisukainya.Tuanku Malim Deman menemui Nenek Kebayan dan dengan helah merekabaju layang Puteri Bongsu diambil oleh Tuanku Malim Deman. Akhirnya TuankuMalim Deman membuka rahsia batil emas dan apa tujuan sebenar kedatangannya.Mereka dikahwinkan oleh Betara Guru di rumah Nenek Kebayan. KepulanganTuanku Malim Deman membawa isteri disambut penuh meriah dan kebesaran olehkedua orang tuanya, lalu diadakan kenduri kahwin besar-besaran. Rakyat negeriBandar Muar mengadakan pesta selama tiga bulan sebagai tanda kesyukuran danTuanku Gombang Malim Dewa sendiri berkenduri membayar nazarnya.
 
Tuanku Gombang Malim Dewa dan permaisuri mangkat selang seminggu,taktha kerajaan diserahkan kepada Tuanku Malim Deman. Malangnya, TuankuMalim Deman tidak cekap memerintah negeri. Baginda asyik dengan persabungandan berfoya-foya dengan wanita sehingga melupakan urusan negeri danpermaisurinya. Sehinggalah Puteri Bongsu berputerakan Tuanku Malim Dewanapun, baginda tidak sudi pulang menjenguk bayinya itu. Setelah Tuanku MalimDewana boleh berjalan, jatuh bangun, Puteri Bongsu terpandang baju layangnyadahulu. Lantas diambil, sambil mendukung putera kecilnya, ia terbang melayangpulang ke kayangan. Disambut oleh kedua-dua orang tuanya dengan rasa curiga.Setelah diketahui kedudukan sebenar, Puteri Bongsu ditunangkan denganMambang Molek seorang raja kayangan juga.Setelah kehilangan isteri dan anak barulah Tuanku Malim Deman insaf danmenyesal akan perbuatannya selama ini. Baginda mengembara semula sehinggasampai semula ke rumah Nenek Kebayan. Baginda meminta bantuan nenek ituuntuk berjumpa dengan keluarganya kembali. Nenek memberitahu baginda bahawahanya burung borak sahaja yang mampu membawa baginda ke kayangan. Akantetapi Nenek Kebayan tidak ketahui di mana burung tersebut berada untukmeminjamkan kepada baginda.Tuanku Malim Deman meneruskan perjalanan dan pada suatu malam,sewaktu terlena di banir pokok, baginda bermimpikan kemunculan seorang wali Allah menyuruh baginda mengikut hulu sungai sehinggalah bertemu dengan PuteriTerus Mata anak Raja Jin Islam. Baginda sempat bertaubat di hadapan walitersebut. Terjaga atau beradu, baginda menuruti pesanan wali Allah dalammimpinya. Tuanku Malim Deman meminjam burung borak milik Puteri Terus Mata,untuk berlepas ke kayangan setelah menerima syarat daripada ayahanda PuteriTerus Mata, iaitu Raja Jin Islam supaya mengahwini puteri apabila pulang ke duniasemula. Baginda juga sempat berguru kepada Raja Jin Islam tentang segala ilmudan hikmat bekalan cabaran di kayangan kelak. Puteri Terus Mata turut memberitujuh kapur sirih hikmat kepada baginda untuk disantap juga mengatasi tujuh lautanhalangan, lautan gelap, api, sejuk, kuning, hijau, masin dan bisa. Kemenyanmandung jati turut dibekalkan untuk menyeru kehadiran burung borak apabilabaginda hendak pulang ke dunia semula.

Activity (24)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
halimimn liked this
Azmi Salleh liked this
FitriPurwanti liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->