You are on page 1of 6

PERANAN IBU BAPA DAN MASYARAKAT DALAM

MEMBENTERAS GEJALA DADAH


( 23 Jun 2006 Sempena Hari Anti Dadah Antarabangsa )

: ‫هلل ْالقَآئِ ْل‬


ِ ‫الح ْم ُد‬
َ

‫َن َس يِّ ِدنَا ُم َح َّم ًدا‬ ِ


َّ ‫َش َه ُد أ‬ َ ْ‫َش َه ُد أَ ْن آل الَ هَ إِالَّ اهللُ َو ْح َدهُ الَ َش ِري‬
ْ ‫ َوأ‬،ُ‫ك لَ ه‬ ْ‫أ‬
‫َص َحابِ ِه‬ ِِ ٍ ِ
ْ ‫ص ِّل َو َس لِّ ْم َعلَى َس يِّدنَا ُم َح َّمد َو َعلَى آل ه َوأ‬ َ ‫ اَللّ ُه َّم‬.ُ‫َع ْب ُدهُ َو َر ُس ْولُه‬
.‫َج َم ِع ْي َن‬
ْ‫أ‬
ِ ‫ص ْي ُكم واِيَّاي بَِت ْق وى‬
‫ َف َق ْد فَ َاز‬،‫اهلل‬ ِ ‫ إَِّت ُق وا اهلل وأُو‬،‫اد اهلل‬ ِ
َ َ‫ َفيَا عب‬،‫أ ََّما َب ْع ُد‬
َ َ َْ ََْ
.‫ال ُْمَّت ُق ْو َن‬

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. dengan


melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, agar hidup kita
sentiasa dicucuri rahmat dan keberkatan oleh Allah s.w.t.

Kita juga sewajarnya bersyukur di atas nikmat yang telah dikurniakan oleh
Allah s.w.t., di mana kita boleh hidup selesa, aman dan damai. Disamping kita
dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna, tidak
sebagaimana di sesetengah negara yang sentiasa dilanda dengan pelbagai wabak
penyakit, bencana alam, kebuluran, peperangan dan sebagainya. Dan yang
terbaru masih segar dan kekal dalam ingatan kita gempa bumi yang melanda
negara jiran Indonesia yang telah mengorbankan ribuan nyawa dan
memusnahkan harta benda dalam sekelip mata.

1
Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Dalam kita berusaha meningkatkan ketaqwaan dan kesyukuran kepada Allah


s.w.t. sedarkah kita terhadap bahaya ancaman penagihan dadah yang telah
banyak merosak dan memusnahkan hidup manusia, meruntuh kebahagian
rumahtangga, mengancam keselamatan diri, agama, bangsa dan negara. Bahkan
banyak jiwa yang terkorban, semuanya berpunca dari angkara dadah.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan


(AADK) Kementeraian Keselamatan Dalam Negeri, menunjukkan masyarakat
melayu atau umat Islam yang paling ramai berbanding kaum lain. Kita juga
dimaklumkan mengenai statistic penagih dadah yang dikesan seramai 31 orang
penagih baru dan 42 orang penagih berulang setiap hari.

Kaum Muslimin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Dalam hal ini, para ulama’ telah sepakat mengatakan bahawa menagih dadah
hukumnya adalah haram di sisi Islam. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat
90:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan


judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah semata-mata kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinyasupaya kamu berjaya”.

Dan sabda Rasulullah s.a.w.

‫ُك ُّل ُم ْس ِك ٍر َخ ْم ٌر َو ُك ُّل َخ ْم ٍر َح َر ٌام‬


) ‫( حديث رواه مسلم‬

Maksudnya : “ Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah
haram ”.

Berdasarkan ayat al-quran dan hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa dadah
adalah haram hukumnya disebabkan orang yang menyalahgunakan dadah akan
menyebabkan dirinya khayal, hilang kewarasan akal pertimbangan dan yang
lebih dahsyat lagi akan menyebabkan penagih menjadi agresif dengan sanggup
2
berbuat apa saja untuk mendapatkan bekalan termasuk menculik, merompak,
membunuh dan sebagainya.

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Dewasa ini terdapat pelbagai jenis dadah seperti pil ecstacy, pil kuda, syabu,
daun ketum, ubat batuk dan sebagainya yang terdapat di pasaran gelap. Namun
ia tidak sesekali terkecuali dari pengertian khamar dan hukumnya tetap sama.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

‫اس ِم َها‬ ِ ِ َ‫لَي ْشرب َّن أُن‬


ْ ‫س ُّم ْو َن َها بِغَْي ِر‬
َ ُ‫اس م ْن أ َُّمتي الْ َخ ْم َر َوي‬
ٌ ََ َ
)‫(حديث رواه ابو دأود‬

Maksudnya : “ Pasti akan ada manusia di kalangan umatku yang minum khamar,
namun mereka menamakannya dengan nama-nama yang lain “.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pernahkah kita terfikir, apakah akibat yang akan menimpa seseorang penagih
dadah atau peminum arak?. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:

) ‫ُم ْد ِم ُن الْ َخ ْم ِر َك َعآبِ ِد َوثَ ٍن ( أو قما قال‬


)‫(حديث رواه ابن ماجه‬

Maksudnya : “ Penagih khamar ( penagih dadah ) sama seperti penyembah berhala ”.

Menurut al-Syaukani dalam kitabnya Nailul Autar, hadis tersebut merupakan


ancaman keras kerana menyembah berhala adalah merupakan satu kekufuran
yang sangat berat dosanya. Jadi menyamakan dosa penagih khamar atau dadah
dengan dosa penyembah berhala menunjukkan betapa besarnya dosa dan
betapa kerasnya larangan tersebut bagi mereka yang tahu tentang hukumnya.

Demikianlah nasib malang yang menimpa sebahagian anak muda dan remaja
kita apabila mereka terjebak dengan gejala dadah. Apakah kita sanggup
membiarkan perkara ini berterusan bermaharajalela dalam masyarakat kita?.

Maka bersempena dengan sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Antrabangsa


yang disambut pada 26 Jun 2006. Marilah kita sama-sama menginsafi diri sejauh

3
mana kita telah menjaga mereka yang di bawah jagaan kita supaya mereka
terselamat dari pengaruh penyalahgunaan dadah dan perkara-perkara mungkar
lain yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam api neraka dan jauh dari
rahmat Allah s.w.t.

Justeru, kita sebagai ibu bapa hendaklah sedar bahawa kita bukan sekadar
dipertanggungjawab untuk mendidik anak-anak sewaktu di dunia, malah
tanggungjawab ini pasti ditanya di akhirat nanti, apakah kita telah menunaikan
amanah yang sepatutnya atau telah menkhianatinya.

Begitu juga, masyarakat hendaklah berperanan membantu membendung dan


membenteras ancaman dadah dalam masyarakat kita dengan tidak meletakkan
tanggungjawab tersebut dibahu pihak berkuasa atau polis semata-mata. Kerana
kesedaran masyarakat tentang akibat buruknya kesan penagihan dadah dapat
mengawal serta menghalang dari merebaknya gejala dadah. Dan yang
terpenting masyarakat juga hendaklah memainkan peranan membantu proses
pemulihan dan berupaya membantu bekas-bekas penagih menjalani kehidupan
baru bebas dan sihat tanpa dadah.

Kaum Muslimin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Di antara perkara-perkara yang boleh mencegah dan mengawal anak-anak kita


dari terjebak dan terjerumus dengan gejala dadah serta perkara-perkara
mungkar yang lain di antaranya :

Pertama : Pastikan anak-anak mendirikan solat dengan sempurna

Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mendirikan solat cukup lima waktu
dengan sempurna, kerana solat yang sempurna boleh menjamin seseorang dari
melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Kedua : Biasakan Anak-anak membaca al-Quran

Ibu bapa hendaklah membiasakan anak-anak membaca al-quran. Ditambah


dengan mengerjakan solat sunat, zikrullah dan lain-lain lagi kerana faedahnya
amat banyak. Firman Allah dalam surah al-Ra’d ayat 28 :

4
Maksudnya : “Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka
dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati
manusia”.

Sebaliknya orang-orang yang lalai akan sentiasa menjadi teman syaitan dan
hidupnya sentiasa menuju ke arah perkara-perkara mungkar.

Ketiga : Amalkan Perkara Amar Ma’aruf Nahi Mungkar Dalam Kehidupan

Kehidupan manusia akan menjadi manis dan indah sekiranya amar ma’aruf nahi
mungkar diamalkan dalam kehidupan seperti sentiasa menjaga batasan dalam
pergaulan, menjaga aurat serta menjaga akhlak dengan merasa malu dan takut
untuk melakukan perkara-perkara mungkar termasuk penyalahgunaan dadah.

Keempat : Mewujudkan Suasana Harmoni Dalam Rumahtangga

Rumahtangga yang harmoni dapat melahirkan suasana keluarga yang bahagia


serta anak-anak tidak merasa bosan dan jemu berada di rumah. Yang paling
penting elakkan anak-anak hidup berfoya-foya tanpa tujuan dan faedah kerana
ia boleh membuka ruang kepada mereka untuk berjinak-jinak dengan dadah.

Kelima : Tanamkan Didikan Kepada Anak-Anak Supaya Benci Dadah serta


Sentiasa Berhubung Dengan Pihak yang Bertanggungjawab.

Penglibatan ibu bapa mendidik serta menyedarkan anak-anak tentang bahaya


dan kesan buruk akibat penyalahgunaan dadah hendaklah dipertingkatkan,
disamping menjauhi tabiat menghisap rokok dan sebagainya. Keadaan ini dapat
membuka pemikiran anak-anak terhadap bahaya dadah dan rokok. Dan yang
paling penting jalinan hubungan kerjasama dengan pihak yang bertanggung-
jawab seperti Agensi Anti Dadah atau pihak Polis bagi sebarang bantuan yang
berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.

Kaum Muslimin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,


Marilah kita sama-sama bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak2 kita,
pergaulan mereka mesti diambil tahu dan diawasi, terutama dengan siapa
mereka bergaul? Kemana mereka pergi? Dan apa aktiviti mereka? Keadaan ini
bukanlah hendak menyekat atau mengongkong kebebasan anak-anak tetapi
mengambil berat dan perihatin terhadap aktiviti mereka sesuai dengan
kehendak agama. Kebebasan yang kita berikan kepada anak-anak mesti ada
batasannya iaitu dengan batasan agama, akhlak dan sopan santun.

،‫اعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬


5
( Al-Maidah : ayat 91 )

Maksudnya : “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan


permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu
memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang.
Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan
kotor itu atau kamu masih berdegil)”.

‫ َو َن َف َعنِى َوإِيَّا ُك ْم بِ َما فِ ْي ِه‬،‫الع ِظ ْي ِم‬ ِ ِ ِ


َ ‫بَ َار َك اهللُ ل ْى َولَ ُك ْم ف ْى ال ُق ْر َءان‬
‫ِّى َو ِم ْن ُك ْم تِالَ َوتَ هُ إِنَّهُ ُه َو‬ ‫ن‬‫م‬ِ ‫ وَت َقبَّل‬،‫ات وال ِّذ ْك ِر الح ِكي ِم‬
ْ َ َ ْ َ َ
ِ ‫ِمن اآلي‬
َ َ
،‫الع ِظ ْي َم لِ ْى َولَ ُك ْم‬ ِ ‫ول َق ولِى ه َذا وأ‬ ِ ‫الس ِميع‬
َ َ‫َس َتغْف ُر اهلل‬ ْ َ ْ ُ ُ‫ أَق‬،‫العل ْي ُم‬ َ ُ ْ َّ
ُ‫اس َتغْ ِف ُروه‬ ِ ِ ‫ والم ْؤ ِمنِْين و‬،‫ات‬ ِ ‫ولِسائِ ِر المس لِ ِم ْين والمس لِم‬
ْ َ‫ ف‬،‫الم ْؤمنَ ات‬ ُ َ ُ َ َ ُْ َ َ ُْ َ َ
.‫الم ْسَتغْ ِف ِريْ َن َويَـا نَ َجا َة التَّائِبِْي َن‬
ُ ‫َفيَا َف ْو َز‬

You might also like