You are on page 1of 2

4 Rawatan Mengurangkan Sakit Belakang

Apabila mengalami sakit belakang, bahagian belakang badan (terutamanya bahagian bawah) akan terasa
sakit dan tak selesa. Antara punca sakit belakang ni ialah kerana otot tergeliat, atau letih, postur badan
yang tidak betul dan juga akibat tekanan.

Kesannya nanti, pergerakan harian anda menjadi lebih terbatas. Ini kerana anda mungkin akan terasa
kebas di bahagian punggung, peha dan kaki. Otot-otot kaki akan lemah dan berkemungkinan boleh
lumpuh sepenuhnya.

Sehubungan itu, dah tentu anda nak sangat kurangkan rasa sakit belakang ni, kan? Sekurang-kurangnya
untuk sementara waktu pun dah kira baik. 

Antara rawatan sakit belakang yang boleh anda lakukan

1. Rehatkan diri secukupnya di atas tilam yang empuk lembut dan selesa.

2. Sapukan ubat penahan sakit atau gunakan ubat anti inflamasi tanpa steroid.

3. Urut bahagian yang sakit secara perlahan-lahan dan lembut.Anda boleh gunakan minyak urut ataupun
minyak gamat.
4. Lakukan senaman asas untuk melegakan bahagian badan yang sakit di samping dapat menguatkan
otot yang menyokong tulang belakang

Contoh senaman yang boleh anda lakukan seperti di bawah

You might also like