You are on page 1of 2

Rumusan

MOHD HANIFF BIN MOHD SUHAIMI

Alhamdulillah dan bersyukur kepada yang Maha Esa ,


kerana dengan limpah kurnia dan keizinan–Nya dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna dan
memuaskan hati saya terutamanya sekali. Saya telah
mendapat banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman
yang baru setelah melakukan kerja kursus ini. Selain itu
juga, tugasan pada kali ini sangat berbeza daripada
tugasan major sebelum ini. Ini adalah kerana tugasan
pada kali ini meminta saya untuk melakukan tugasan ini
secara menggunakan laman blog. Ini telah membuatkan
membuatkan kemahiran saya bertambah mengenai
penggunaan ICT. Selain itu juga, berdasarkan kefahaman
saya, pengajaran dan pembelajaran turut mudah untuk
dilaksanakan menggunakan komputer.

Tugasan ini telah menyedarkan saya bahawa kita


semua patut tahu dan seharusnya mengambil tahu
tentang pentingnya penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kesedaran kepada saya
perlu terbit dalam diri di samping tanggungjawab yang
amat penting perlu ada dalam diri saya sebagai seorang
pendidik yang akan mendidik pelajar saya menjadi
seorang insan yang dapat maju dan cemerlang dalam
arus globalisasi.

Tugasan ini juga secara tidak langsung dapat


digunakan di sekolah dan dapat membentuk satu modal
insan guru kelas pertama. Selain itu juga, tugasan
seumpama ini harus dimanafaatkan penggunaannya di
sekolah kerana memberi banyak faedah kepada saya dan
rakan-rakan disamping melahirkan modal insan yang
berguna di kalangan pelajar sekolah.

Sekian, terima kasih.

You might also like