Professional Documents
Culture Documents
NAMA PROGRAM
Kursus asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2011
PENGENALAN
Program PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) ini mula diperkenalkan di sekolah -
sekolah secara tidak formal dalam tahun 1986 melalui projek perintis yang
dikendalikan oleh Zuraidah Abdul Rahman dan mendapat perhatian dan sokongan
oleh pihak Jabatan Pendidikan Malaysia. Zuraidah ,1988 mendefinisikan Pembimbing
Rakan Sebaya sebagai pelajar yang telah dilatih dalam kemahiran komunikasi dan
kemahiran asas kaunseling. Mereka berfungsi sebagai rakan yang berkesan, terutama
kepada rakan yang memerlukan pertolongan. Mereka tidak memberi nasihat atau
menyelesaikan masalah tetapi mereka menjadi pendengar yang empati dan berminat
untuk membantu.
Dalam usaha mencari identiti diri, remaja banyak bergantung kepada rakan sebaya
untuk mendapat panduan hidup ke arah yang diingini. Daripada kajian-kajian yang
dijalankan, membuktikan bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat
terhadap remaja.
Oleh itu pelbagai usaha dijalankan supaya pengaruh negatif tidak menular, sebaliknya
memupuk sikap positif bagi membolehkan remaja membina nilai hidup yang sihat
agar mereka menjadi insan yang matang, penyayang dan bertanggungjawab.
Sehubungan dengan itu, kursus pembimbing rakan sebaya diperingkat sekolah
diadakan untuk melatih pelajar dengan kemahiran asas kaunseling agar mereka dapat
membantu rakan dengan efektif bersesuaian dengan falsafah program pembimbing
rakan sebaya”Membantu Diri Untuk Membantu Rakan”.
Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk
meningkatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Untuk
melengkapkan pengetahuan pelajar membantu rakan, mereka perlu dilatih supaya
khidmat mereka lebih berkesan. Oleh itu kursus pembimbing rakan sebaya peringkat
sekolah diadakan untuk memenuhi tuntutan ini.
OBJEKTIF UMUM
1
1. Untuk membina keyakinan diri pelajar dan menggalakkan mereka mempraktik
nilai yang sihat berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
2. Untuk membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar
dan menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menggalakan di sekolah.
3. Untuk membantu mengurangkan masalah disiplin di sekolah seperti masalah
ponteng, melanggar peraturan, merosakkan harta sekolah dan meningkatkkan
tingkahlaku yang menggalakan pembelajaran.
TEMA
”Bantu Diri Untuk Membantu Orang Lain”
SASARAN PESERTA
40 orang PRS baru dan 25 orang ahli PRS untuk menjadi Ko-Fasilitator
TARIKH
05 Mac 2011 (Sabtu)
TEMPAT
SMK St Joseph, Papar
ANJURAN
Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK St. Joseph
Jumlah RM4950.50
SUMBER KEWANGAN
1. Peruntukan UBK
2
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Gerturude Jock (Pengetua)
Pengerusi : Dr. Hj. Pg Abu Bakrin Hj. Pg. Omar (PK Hem)
Tim. Pengerusi 1 : Pn Jenith Mahibol (PK 1)
Tim. Pengerusi 2 : En Ahmezul Ahmad (PK Petang)
Setiausaha : Pn Siti Salehah bt Shafii
Tim.S/Usaha : Pn Verina Dulinah Dayah
Di sediakan oleh,
3
....................................................................
(PN SITI SALEHAH BT SHAFII)
Guru Penasihat PRS 2011
Disemak oleh,
………………………………………………..
(DR. HJ. PG. ABU BAKRIN B. HJ. PG. OMAR)
PK HEM
SMK St.Joseph
Disahkan Oleh
………………………………
(GERTURUDE JOCK)
Pengetua,
SMK. St. Joseph