You are on page 1of 7

CONTOH SOALAN

Strategi pertama dalam penulisan karangan ialah pentafsiran bahan rangsangan, yakni kata
kunci, tajuk karangan, fokus/skop karangan, dan kepanjangan karangan.

Strategi kedua ialah menulis introduksi/pendahuluan yang mantap. Pendahuluan perlu


mempunyai 3 elemen: ayat rangsangan, iaitu ayat yang mengungkapkan tajuk karangan; ayat
huraian, iaitu ayat yang menghuraikan tajuk karangan; dan ayat arahan, iaitu ayat yang
menyatakan fokus/skop karangan.

Misalnya:
Dalam pembinaan apa-apa jua jenis pendahuluan, ketiga-tiga jenis ayat – Ayat Rangsangan
(AR), Ayat Huraian (AH), dan Ayat Arahan (AA) menjadi satu kelaziman/kemestian.

Misalnya:

Strategi ketiga ialah pembinaan perenggan isi yang efektif dan kreatif. Terdapat 3 jenis
perenggan isi – deduktif, induktif, dan deduktif-induktif.
Lazimnya, perenggan isi jenis deduktiflah yang dimanfaatkan kerana mudah dan efektif, yakni:

Deduktif = Idea  +  Huraian  +  Contoh  + Kesimpulan

Dengan kata lain, binaan perenggan isi ini terdiri daripada 4 jenis ayat, yakni ayat topik/judul
(menyatakan idea/isi)  +  ayat huraian (menghuraikan idea)  +  ayat contoh (menyatakan
contoh/bukti)  +  ayat penyimpul (membuat kesimpulan).

KOMEN: Perenggan isi bukan sekadar menepati tajuk dan fokus karangan bahkan gaya
bahasanya mudah difahami. Hal inilah yang memenuhi ‘cita rasa’ pemeriksa, yakni menepati
skema pemarkahan. Tegasnya, sajian ini bukan sahaja menyelerakan malah memberikan
kepuasan kepada pemeriksa!

Strategi keempat dan terakhir ialah pelajar perlu mengakhiri karangan dengan suatu rumusan/
kesimpulan yang mantap. Ketika membuat kesimpulan, usahlah terbawa-bawa oleh hawa nafsu
yang mencemari keseluruhan karangan.

Perenggan penutup/intiha ini perlu mempunyai 3 ciri utama, yakni kesimpulan, cadangan, dan
harapan.  Seperkara lagi, perenggan penutup perlu terdiri daripada 3 jenis ayat: ayat
kesimpulan (AKspn), ayat cadangan (ACdgn), dan ayat harapan (AHrpn).

Misalnya:
Paparan strategi mengarang telah saya bentangkan. Kini, agenda utama anda ialah penerapan
kaedah penulisan ini dalam karangan anda.  Akhir kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!
Sekian.

Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan


1. Soalan Bahagian A dalam Kertas 1 Bahasa Melayu SPM

2. Wajib dijawab oleh calon

3. Peruntukan markah sebanyak 30 markah

4. Panjang karangan antara 200 hingga 250 patah perkataan

Panduan Penulisan

1. Kenal pasti tema yang ingin disampaikan melalui tajuk bahan atau
kata kunci soalan
2. Kata kunci dikenal pasti melalui arahan soalan seperti berikut:

* "Huraikan pendapat anda tentang punca-punca............" bermaksud


calon hanya perlu menyatakan punca sahaja.

* "Bincangkan tentang budaya menabung........." bermaksud calon


menghuraikan tentang cara dan kebaikan menabung.

3. Karangan mestilah mengandungi pendahuluan, isi (sekurang-


kurangnya tiga isi yang lengkap dengan huraian dan contoh) serta
penutup.

4. Berikut diberikan panduan cara menulis bahagian-bahagian utama


dalam karangan ini:
Analisis Soalan

Format karangan:          Tiada

Tajuk karangan:            Amalan berjimat cermat

Fokus karangan:           Kebaikan-kebaikan/Faedah-faedah/kepentingan-kepentingan

Strategi Pertama: Membina pendahuluan

Pendahuluan     = Tajuk karangan  +  Huraian tajuk  + Fokus karangan

= Ayat rangsangan (AR)  +  Ayat huraian (AH)  +  Ayat Arahan (AA)

= 50 – 60 patah perkataan

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT TOKOH

[AR] Sempena Hari Pengguna 2010, Perdana Menteri kita telah menyeru rakyat agar berjimat
cermat dalam segala aspek kehidupan demi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
[AH1] Beliau juga menasihati rakyat agar ingat sebelum kena, jimat sebelum habis agar tidak
menyesal kemudian hari. [AH2] Rakyat juga digesa agar tidak menjadi hamba kepada hawa
nafsu ketika membeli-belah kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa. [AA] Pada hemat saya,
pandangan Perdana Menteri ini sewajarnya direnungi kerana banyak faedahnya jika amalan
berjimat cermat dijadikan agenda utama dalam kamus hidup kita.

Strategi Kedua: Membina Perenggan Isi

Perenggan isi    = Idea karangan  +  Huraian idea +  Contoh  +  Kesimpulan

= Ayat topik (AT)  +  Ayat huraian (AH)  +  Ayat contoh (AC)  +  Ayat penyimpul (AP)

= 50 – 60 patah perkataan

[AT] Melalui amalan berjimat cermat, perbelanjaan harian dapat dikurangkan. [AH1] Hal
ini demikian kerana kita membandingkan harga barang-barang yang hendak kita beli dan
membeli barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya. [AH2] Barang yang berkualiti
dan mahal juga eloklah dibeli kerana alah membeli, menang memakai. [AC] Kasut sekolah Bata,
misalnya, bukan sahaja tahan lama bahkan berbaloi. Pemakaian kasut ini memberikan keselesaan
dan kepuasan. [AP] Dengan cara ini, bukan sahaja perbelanjaan harian dapat dijimatkan
bahkan kebahagiaan terjamin.

[AT] Amalan berjimat cermat juga dapat menambah simpanan kita. [AH1] Apabila kita
menjimatkan perbelanjaan, wang yang dihematkan dan ditabungkan di institusi kewangan akan
meningkat, bak kata pepatah sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. [AH2] Wang simpanan
ini amat berguna ketika menghadapi waktu kecemasan seperti hendak menjalani pembedahan.
[AC] Menurut Dato’ Michael Chong, kita tidak perlu “mengemis” dan menjadi mangsa ceti
haram kerana lintah darat ini memang menangguk di air keruh dan menjadi duri dalam daging
dalam kehidupan kita. [AP] Tegasnya, bukan sekadar wang tabung kita bertambah malah
kesenangan hidup terpelihara.

[AT] Seterusnya, amalan berhemat dalam pengurusan kewangan akan mendidik seseorang
individu untuk berdikari. [AH] Kita tidak perlu bersandar pada ibu bapa ataupun pada kerajaan
untuk mendapatkan bantuan kewangan ataupun biasiswa demi mengongkosi pengajian kita di
menara gading nanti. [AC] Dewasa ini, banyak pelajar cemerlang yang menggantungkan
harapan pada biasiswa tajaan JPA dan pada pinjaman PTPTN. Apabila gagal beroleh bantuan
kewangan, mereka pun seolah-olah langit runtuh, bumi cair ataupun kaca terhempas ke batu.
[AH] Jadi, kita patut berjimat cermat untuk berdikari agar hidup kita lebih damai dan
sejahtera.

Strategi Ketiga: Membina Perenggan Intiha

Perenggan isi    = Kesimpulan karangan  + Cadangan/Pandangan  + Harapan/Kesan

= Ayat kesimpulan(Aksmpln) +  Ayat cadangan (Acdgn)  +  Ayat harapan (Ahrpn)                  


= 50 – 60 patah perkataan

[Akspln] Intihanya, cermat masa banyak, jimat masa sedikit! [Acdgn] Kita hendaklah
menghayati pesanan agama kita, yakni ingat akan kesakitan ketika sakit; ingat akan ketuaan usia
ketika muda; ingat akan kematian ketika hidup; dan ingat akan kepapaan ketika kaya seandainya
kita hendak bahagia sepanjang hayat. [Ahrpn1] Sehubungan ini, ibu bapa berperanan sebagai
cermin perbandingan yang positif kepada si anak, dan bukannya seperti ketam menyuruh
anaknya berjalan betul. [Ahrpn2]Dengan terpupuknya nilai positif ini dalam lubuk kalbu
generasi muda, mereka akan senantiasa mampu memberi dan tidak akan meminta!

You might also like