You are on page 1of 6

NOTA DAN HANDOUT

TAJUK : KEYAKINAN DAN KESELAMATAN DI AIR


Tajuk : Keyakinan Di Dalam Air

Kemahiran Orientasi Tubuh Badan

Pelajar mesti mampu kembali daripada posisi apungan kepada posisi menegak dengan
yakin.

A. KEMAHIRAN BERDIRI SELEPAS APUNGAN DALAM POSISI BARING

1. Apungan

1.1 Perlahan-lahan rendahkan bahu ke dalam air dengan membengkokkan


lutut. Letakkan bahagian belakang kepala ke dalam air dan baring. Biarkan
kedua-dua belah kaki apung. Bukakan kaki seluas bahu untuk imbangan
supaya badan tidak bergolek ke kanan atau ke kiri. Tangan di bukakan ke
sisi. Lihat rajah 1A.

Rajah 1A

1.2 Apabila badan sudah kembali ke posisi menegak, luruskan kedua belah
kaki, pijak dasar dan berdiri.

Rajah 1B
B. KEMAHIRAN BERDIRI SELEPAS APUNGAN DALAM POSISI
HADAPAN / MENIARAP

2. Bengkokkan kedua-dua lutut dan bawa ke dada. Kedua-dua belah tangan


menekan air ke bawah sehingga sampai ke paha. Lihat Rajah 2A

Rajah 2A

C. KEMAHIRAN MEMUSINGKAN BADAN DI DALAM AIR

Pelajar mesti mampu memusingkan badan di dalam air untuk membolehkan


mereka tahu hala tuju yang akan diambil.

3. Berada dalam posisi menegak, silangkan kaki dan gerakkan tangan dengan
menarik air ke bahagian dalam, pada aras permukaan air. Lihat Rajah 3A.

Rajah 3A
KEMAHIRAN BERGERAK DI DALAM AIR

Pergerakan di dalam air melibatkan tendangan kuak dada songsang iaitu bentuk kuak
penyelamat kelemasan.

 Dalam posisi apung atas belakang.


 Kedua belah kaki dibengkokkan pada lutut dengan menarik tumit kaki ke bawah
sambil membuka peha seluas bahu.
 Tangan dibengkokkan pada siku dengan tapak tangan menghala ke luar.
 Kaki kemudiannya ditutup pantas sehingga hujung ibu jari kaki menyentuh satu
sama lain sambil kaki diluruskan.
 Pada masa yang sama tangan diluruskan ke sisi dan kemudiannya ditarik pada
paras permukaan air sehingga ke paha.

4. KEYAKINAN DI AIR

Aktiviti keyakinan di air meliputi:

4.1 Berkumpul, berbaris berdua, satu di hadapan dan rakan di belakang – sistem
buddy.

4.2 Demonstrasi cara memakai jaket keselamatan ( PFD ) dan pelajar memakai dan
diperiksa oleh rakan.

4.3 Menomborkan setiap pasangan.

4.4 Tertib jalan ke dalam air.

4.5 Membuat bulatan besar dan menombor semula dengan menggunakan nombor 1
dan 2.

4.6 Apungan baring dan cara bangun semula diikuti dengan tendangan penyelamat
kelemasan.

4.7 Cara tarikan dan pegang nafas, apungan cara lentang, masuk muka ke dalam air
dan tendang kaki.

4.8 Apungan dan menguakkan kaki untuk bergerak.

4.9 Apungan dan menguakkan tangan untuk bergerak.

4.10 Apungan dan menguakkan kaki dan tangan untuk bergerak.

4.11 “Treading”, memusing badan dan bergerak semula.

4.12 Prosedur keluar dari air.

4.13 Refleksi.
Tendangan penyelamat kelemasan dipandang dari paras air

You might also like