Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
77Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
APA ITU STRESS

APA ITU STRESS

Ratings:

4.67

(15)
|Views: 6,927 |Likes:
Published by tisya95

More info:

Categories:Types, Research
Published by: tisya95 on Aug 30, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/09/2013

pdf

text

original

 
APA ITU STRESS?
Stress adalah istilah payong yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan,ketegangan, panik, perasaan gemuruh,anxieti, kemurungan dan hilang daya.Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi darikeupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang individu.Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif (dalam mecapai apa yang dihajati danmelaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakanindividu profesional dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan kesejahteraanhidupnya.Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akanlebih cenderung kepada stress yang dicipta dalam dirinya sendiri.Reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definasikan sebagai stress,bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya kita mengawal stress adalahbergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya dan orang lain. Seperti jugapenerimaan seseorang itu kepada kebahagian dalam kehidupan, ianya adalah begitusubjektif.Faktor persepsi adalah penting dan bermistri. Kerap kali apa yang dianggap racun kepadaseseorang itu adalah madu pada orang lain. Sesuatu rangsangan luaran yang identikal ituboleh menghasilkan pengamatan yang berbeza di antara dua individu yang berlainan danseterusnya menghasilkan tindakbalas yang berbeza. Sebab itu lah ada orang yang cepatmerebut peluang kerana dia dapat melihat itu sebagai pembukaan kepada kejayaan, dandisebaliknya ada orang yang membiarkan peluang yang sama berlalu kerana iamelihatnya sebagai punca kepada kerugian atau kegagalan.Bagaimana kita mengamati kehidupan adalah ditentukan oleh cara kita menerima dirisendiri. Oleh itu sesuatu realiti itu bukan dijadikan untuk kita, tetapi dibentuk oleh kitasendiri. Bergantung kepada diri seseorang, ada orang yang bangkit dengan cabaran dalamkesukaran kehidupan, ada orang yang menggelak, ada yang terus hidup bergelumangdengan kesukaran dan ada yang terus hilang daya dengan manifestasi gangguan saraf,sistem kardiovaskular ataupun kecelaruan psikiatri.STRESS YANG MEMBANTUStress sebagai reaksi akut, adalah reaksi yang mempertahankan atau melindungi diri.Ianya merangsang diri untuk bertindak. Hormon adrenalin dan rangkaian hormon-hormon lain merangsang tubuh untuk bersedia samada untuk melawan atau lari.Stress ini juga perlu untuk merangsang diri bertindak dan boleh memotivasikan danmenginspirasikan seseorang itu untuk mengerah segala sumber,dan potensi diri untuk kejayaan di luar keupayaan biasanya. Untuk mendapat kejayaan optima dalam kehidupanmemerlukan penekanan pada diri. Rahsia kejayaan adalah membentuk imbangan supayakita tidak terlampau menekan diri dan tidak terlampau leka. Tampa kesedaran ini tekanankreatif boleh bertukar menjadi stress yang memudaratkan. Jadi reaksi stress itu tidak boleh dikatakan baik atau tidak, tetapi bergantung kepada cara kita bereaksi kepadastress dan mengendalikannya untuk menentukan samada ia menjadi dorongan yangkreatif atau musuh yang merosakkan diri.
 
STRESS YANG MEMUDARATKANPendedahan yang berulang dan berterusan kepada stress boleh melemahkan seseorangkepada penyakit fizikal, emosi yang tidak stabil, kecelaruan mental dan kerohanian yangtidak tenteram.Ini menjadi lebih teruk jika dalam kehidupan tiada aktiviti riadah dan bersantai yangmembentuk keseimbangan. Ketiadaan aktiviti ini akan membuat diri hilang kecekapanmengendalikan stress. Ini adalah kerana persepsi diri keatas aspek-aspek kehidupan akanterjejas.Selain dari itu stress juga memudaratkan jika ia berpunca dari kelakuan yang tidak sesuaiatau tidak praktikal. Pernahkah kita mengalami perasaan marah apabila terperangkapditengah kesesakan jalan raya, atau marah kepada kerani yang pemungut bayaran billkerana terpaksa menunggu lama.Ataupun, stress paling memudaratkan jika kita memilih untuk terus bergantungkepadanya tampa merelakan ia berlalu, walaupun punca stress itu telah bertahun-tahunberlalu. Di sini anxieti, kemarahan, perasaan bersalah dan ketakutan adalah menifastasistress yang terus bermain di minda dan perasaan kita. Contoh stress seperti ini ialahperasaan keciwa dengan peristiwa-peristiwa lama atau perasaan hasad dengki dalam dirikita.Belajar bertenang, melepaskan dan merelakan adalah penting untuk keharmonian dalamdiri, kebahagian dan kesihatan.CARA KITA BEREAKSI KEPADA PUNCA STRESS BIASANYA ADALAH LEBIHMEMUDARATKAN DARI PUNCA STRESS ITU.Harmoni dalam diri adalah penting untuk pemikiran yang kreatif, pengamatan yang jelasdan tepat, membuat keputusan yang baik, dan menyelesaikan masalah. Jika tiada harmonidalam diri pengamatan juga akan gagal, kerana mata kita mematuhi aksi minda.Contohnya jika kita berada dalam keadaan murung maka kita akan mudah merasa hilangdaya apabila berhadapan dengan cabaran. Apabila kita hilang daya maka bukit akankelihatan setinggi gunung, dan kolam seluas dan sedalam lautan; kehilangan daya ini jugaakan membuat kita gagal melihat kepada sumber atau potensi yang sebenarnya ada padadiri."Kita sebenarnya tidak diganggu oleh sesuatu yang berlaku tetapi oleh pendapat kitatentang apa yang berlaku" Jadi untuk memulihkan harmoni dalam diri kita mestilahbelajar mengenali dan membaiki pengamatan, sikap dan kepercayaan pada diri. Hidupdengan baik dalam diri dan kita dan kita akan belajar hidup dengan baik dengan duniasekeliling kita.Keadaan kegelisahan yang berpanjangan menghasilkan paras hormon-hormon adrenalindan cortisol yang lebih tinggi. Terlampau banyak adrenalin membuatkan diri cepat marah,penat dan gelisah. Terlampau banyak cortisol akan menekan fungsi pertahanan badan danmemudahkan diri mendapat penyakit. Tampa rihat, rekreasi dan masa untuk pulih dariketegangan akan menyebabkan stress bertindih di atas stress yang sebelumnya dan iniakan memudaratkan badan. Pertahan yang paling baik ialah imbangan.KEKUATAN DALAMAN:-
 
KEBERANIAN"Orang bijak yang terperangkap dalam ribut tidak berdoa supaya diselamatkan daribahaya, tetapi berdoa supaya disisihkan dari ketakutan. Sebenarnya ribut dalam diri yangmembahayakan dirinya, dan bukan ribut diluar".Stress beganding erat dengan ketakutan.Takut kegagalan, takut dalam pengharapan, takutperubahan, takut keseorangan, takut imag diri yang tidak baik, takut kejayaan, takutakan tidak dapat melakukan sesuatu adalah di antara bermacam-macam jenis takut.Takut tidak dapat melakukan sesuatu ada kalanya menghalang seseorang itu memulakansebarang usaha. Penawar paling baik kepada takut tidak dapat melakukan sesuatu ialahdengan terus melakukannya.Takut seperti juga stress ada positif dan ada negetifnya. Langkah pertama kepadapengawalan stress ialah keberanian, berani untuk menerima perasaan takut dan mengawalatau menakluki ketakutan itu. Bila berhadapan dengan ketakutan adalah lebih wajarmengambil kira hakikat/realiti dan bukan dogengan atau kebimbangan yang tidak realistik.PENERIMAANBanyak orang telah mengalami stress tetapi terus dengan cara kehidupan yang samadengan menggunakan penafian. Seseorang itu akan menggunaka mekanisma minda untuk mempertahankan diri dari sedar akan keadaannya yang sebenar.Antaranya ialahmenidakkan atau merationalisasi perbuatannya itu mempunyai sebab-sebab yang bolehditerimanya. Contohnya seorang perokok itu menidakkan keadaan paru-parunya yangtidak sihat dan mengatakan merokok itu baginya melegakan stress. Mekanismamempertahankan diri ini agak sesuai dalam mengendalikan diri semasa berhadapandengan stress yang besar tetapi bukan cara yang baik untuk megatasi masalah atau stressyang berpanjangan.Pengawalan stress yang berjaya ialah dengan bersikap "Apa yang boleh dilakukan" dantidak "Kalaulah………" Dengan penerimaan dan bertindak melegakan stress yangmemudaratkan akan membantu diri kita hidup dalam keadaan sihat dan cergas.PERASAANAdakalanya bukanlah sangat sesuatu yang berlaku yang mencetuskan stress tetapiperasaan yang terbangkit oleh peristiwa tersebut yang mendatangkan stress kepadaseseorang.MENDENGAR DAN MEMERHATI KEADAAN BADANDengar dan memerhati diri dan bahasa badan.Kebanyakan masanya kita mengabaikanpetanda-petanda awal akan keadaan diri yang tegang. Contohnya seseorang itu akan terushisap rokok walaupun kerap batuk dan sesak nafas, terus mengambil lebih banyak kerjawalaupun badan mengalami keletihan dan perasaan mudah terganggu. Ada kalanya stress

Activity (77)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Na Zi Rah liked this
Na Zi Rah liked this
ANITTHAK7 liked this
veshini liked this
Ari Veby liked this
Azzuri Marwan liked this
Zuriyani Hussin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->