You are on page 1of 11

MAKALAH SISTEM PENDIDIKAN MENURUT IBNU SINA

I.PENDAHULUAN.
Pada zaman kebangkitan Islam dalam melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan rata-rata
para sarjana Islam, ilmu tidak berasa cukup dengan hanya satu cabang ilmu sahaja malahan
sebaliknya, mereka sedaya mungkin cuba menguasai kebanyakan bidang ilmu yang ada pada
waktu itu, kecenderungan ini boleh dikatakan sebagai hasil daripada dasar dan pandangan Islam
sendiri terhadap ilmu.
Sebagaimana dimaklumi, Islam mempunyai pandangan yang komprehensif terhadap hidup,
hasilnya ilmu pada pandangan Islam, bersifat bersepadu, dan sebaik-baik ulama ialah orang
yang dapat menguasai sebanyak mungkin cabang-cabang ilmu tersebut. Antara orang yang
paling berjaya dalam menguasai cabang-cabang ilmu yang banyak ini termasuklah Ibnu Sina ,
beliau bukan sahaja merupakan seorang ahli perubatan kelas pertama tapi juga ahli sains dan
falsafah, di samping itu Ibnu Sina juga merupakan ahli politik yang lincah dan ahli
kemasyarakatan yang berkaliber. Dan dikenali di Eropah sebagai Avienna “ was greatest Muslim
thinker and the last of the Muslim philoshopher in the East.

2. BIOGRAFI IBNU SINA.


Nama penuh beliau ialah Abu Ali al-Husain Ibn Abdullah Ibnu Sina, yang lahir pada tahun 980 M /
370 H di sebuah kampung bernama Afsahan, di daerah Kahrmisan Bukhara, yang merupakan
seorang anak yang bertuah pada masa kecilnya kerana dapat hidup dalam sebuah keluarga
yang kaya raya, di Bukharalah juga beliau menumpukan dalam bidang bahasa dan sastera dan
hidupnya diabadikan dalam dunia ilmu pengetahuan.

sejak kecil mempelajari ilmu, seperti : Filsafah, geometri, ilmu hisab, feqih, logik, perubatan dll.
Beliau langsung dibimbing oleh bapaknya sendiri, yang bernama Abdullah.dan lain-lain guru
yang dipilih oleh keluarganya sendiri. Bapanya seorang yang ada kecenderungan Isma’iliyyah
dari Mesir, juga peminat falsafah kumpulan Ikhwan al-Safa. Dari perbincangan-perbincangan
akademik yang keluarga adakan saban hari Ibnu sina mula beri perhatian terhadap falsafah dan
segala bidangnya. Dari mereka, ia melaporkan “ I was well as my brother, heard the account of
the soul and the intellect in the special manner in which they speak about it and know it.
Sometimes they used to discuss this among themselves while I was listening to them and
understanding what they were saying, but my soul would not accept it, and so they began
appeling to me to do it ( meant to accept the Ismaili doctrines ). Kemudian bermula dari itu,
tetamu-tetamu dari Egypt aliran Ismailiyyah yang datang ke Bukhara, telah dijemput tinggal
dengan keluarganya. Ibnu Sina mengambil kesempatan itu untuk mempelajari beberapa subjek
penting seperti “ philosophy, logic, greek and Indian mathematics”. Tetapi tokoh yang banyak
berjasa pada Ibnu Sina ialah seorang sarjana falsafah Abu ‘ abdullah al-Natali.

Selepas mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang sastera dan bahasa sewaktu berusia
dua puluh tahu, beliau mulai berminat dengan ilmu-ilmu akal, kemudian memulakan pengajian
dalam bidang tersebut dengan mempelajari logik, geometri dan buku Almagest daripada Abu
Abdullah al-Natali, seorang rakan bapanya.

Dalam bidang perubatan, Ibnu Sina telah mencapai satu tahap pencapaian yang amat tinggi.
Walau bagaimanapun, beliau tidak menjadikan sebagai kerjaya untuk mencari rezeki.
Sebaliknya, beliau mengajar ilmu tersebut kepada para doktor bagi menambahkan lagi
pengetahuan mereka dalam bidang tersebut, pada suatu waktu, apabila beliau berjaya
menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh Putera Nuh Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati
oleh para doktor lain.
Ibnu Sina telah mendapat penghormatan yang besar daripada putera tersebut. Antara lain, beliau
telah dibenarkan untuk menggunakan perpustakaan istana yang banyak mempunyai buku-buku
yang sukar didapati. Melalui perpustakaan tersebut, beliau kemudiannya memperoleh ilmu yang
banyak. Kemasyhuran dan kepakaran Ibnu Sina dalam ilmu perubatan ini kemudiannya telah
melayakkan beliau untuk diberi gelaran Mahaguru Pertama (al-Syaikh al-Ra’is), beliau percaya
kepada ketahanan tubuh itu sendiri dalam menolak penyakit, ubat hanya boleh merangsang
ketahanan itu. Dengan demikian, beliau berpendapat, tanpa ketahanan yang cukup dalam tubuh,
ubat adalah tidak berfaedah.

3. KARYA PENULISAN.
Menghasilkan lebih kurang 276 tulisan dan buku, komentar, risalah dalam berbagai bidang,
namun yang terkenal dengan dua buah karyanya ; “ Qanun fi’l-Tibb’ (Undang-undang dalam
perubatan) dan al-Shifa’ ( sembuh daripada kesalahan)

Tidak dapat dinafikan bahawa karya Ibnu Sina yang membincangkan panjang lebar tentang
falsafah pengetahuan dalam al-syifa. Buku ini dianggap buku yang terpenting dalam falsafah
pengetahuan di timur dan di barat. Malah buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa latin
dengan tajuk Sufficientioa yang merupakan “ The Longest encyclopedia of knowlwdge. Ever
written by one man ( nasr, 1969).

Ibnu Sina menggunakan dua cara dalam menulis kitab-kitabnya, ada kitab yang ditulisnya untuk
orang awam atau sebahagian besar penuntut hikmat, ada kitab orang yang khusus atau untuk
dirinya dan orang yang dekat kepadanya. Maknanya beliau tidaklah menyalahi falsafah
mashsaiyah peripatetic) yang dikenal orang. Inilah yang klita namakan mazhab yang terkenal.
Dalam kitab-kitab lain, Ibnu Sina menyatakan terus terang bahawa ia memasukkan falsafah
dalam kitab sebagaimana sebenar tampa segan-segan menentang falsafah yang terkenal di
kalangan orang kebanyakan. Beliau berpesan agar hikmat ini disembunyikan kepada orang
ramai. Inilah yang disebut mazhab tertutup. Menyembunyikan mazhab soal biasa pada filsuf-filsuf
dahulu kala ( Madkour, 1934 ). Socrotes pernah berkata : “ Hikmat adalah benda suci, tidak rosak
dan kotor. Jadi tidaklah patut kita menyimpanya kecuali dalam jiwa yang hidup, kita harus
membersihkannya dari pada kulit yang mati, dan menjaganya daripada hati yang membangkang”
( Ibn Abi Usaibah, 1965)

Sebelum Ibnu Sina membahagikan hikmat itu, ditentukannya tujuan, iaitu mencari hakikat
sesuatu sesuai dengan kesanggupan manusia. Kemudian dibahagikan hikmat itu mengikut
benda-benda yang wujud. Sesetengah benda itu wujudnya tidak bergantung pada perbuatan dan
kemahuan kita. Contoh bahagian pertama adalah benda-benda di bumi, di langit, bentuk-bentuk
geometri, bilangan dan zat Tuhan. Semua benda ini tertakluk wujudnya kepada perbuatan dan
kemahuan kita. Tetapi susunsn politik, tingkah laku akhlak dan menciptanya. Kita juga boleh
meninggalkannya, begitu juga dengan pelbagai seni dan pertukangan. Oleh itu mengetahui
perkara-perkara bahagian pertama, iaitu yang tidak tertakluk wujudnya pada perbuatan dan
kemahuan kita disebut Falsafah Teoritikal, manakala bahagian kedua disebut Falsafah praktikal (
Morewedge, 1973 : 145 )

Seperti juga Aristotle, falsafah teoritikal bertujuan menyempurnakan jiwa (nafs) dengan
mengetahui, maknanya “ berlakunya kepercayaan yang diyakini tentang hal-hal wujud” (
Ibnu Sina, 1953), tujuaan falsafah pratikal pula bukan sekadar menyempurnakan jiwa dengan
pengetahuan teapi menyesesuaikan dengan kehendak pengetahuan itu. Dalam akhlak, misalnya,
tidaklah cukup kita mengetahui apakah kebaikan itu, kemudian senyap, tetapi kita harus
menyesesuaikan dengan kita ketahui. Oleh itu tujuan falsafah teoritikal adalah kebenaran
sedangkan tujuan falsafah pratikal adalah kebaikan.

Kata penilaian tidak pernah digunakan oleh Ibnu Sina , tetapi apakah sebenarnya penilaian itu ?.
Ada dua fungsi yang menonjol dalam penilaian ini. Pertama sebagai suatu peneguhan terhadap
suatu tingkah laku yang ingin dikekalkan. Misalnya kalau seorang kanak-kanak belajar bahasa,
maka apabila jawapanya betul haruslah diberi ganjaran, seperti markah yang tinggi, atau boleh
sekedar puji-pujian sahaja. Pokoknya kanak-kanak itu akan merasa senang setelah memberi
jawapan itu dan seterusnya akan berbuat demikian pada masa akan datang dalam suasana yang
sama.

Sebagai alat menapis calon-calon yang ingin mendapat tempat yang tertentu dalam peperiksaan,
misalnya. Dengan kata lain penilaian digunakan sebagai alat untuk menentukan sama da tujuan
pendidikan dicapai atau tidak. Klau kita gunakan ujian memendu kereta, maka kita menilai sama
ada pengetahuan amnya tyentang aturan-aturan lalu lintas telah dihafaz dan segala amalan
memandu kereta telah dapat dilaksanakan atau belum. Kalau ia lulus semuanya, teori dan
praktik, mak ia diberi lesen memandu kereta jenis tertentu, misalnya jenis D.

Dalam karangan –karangan Ibnu Sina adakah kita menemui beliau menggunakan kata-kata atau
konsep-konsep yang mengandung kedua maksud di atas itu ? jawabannya “ ya” ada, walaupun
tidak persis seperti yang digambarkan itu.

Tentang penilaian sebagai peneguhan, dalam karangan-karangan yang bersangkutan dengan


falsafah pratikal, beliau selalu bicara tentang kebahagian sama ada di dunia atau di akhirat,
kebahgian itu berlaku pada peringkat diri ( akhlak, keluaraga, masyarakat ataupun umat manusia
seluruhnya ( Ilmu Nabi ) dan juga selepas jiwa berpisah daripada badan pada hari ma’ad.
Dengan kata lain ada peringkat-pringkat kebahagian itu, yang bermula pada jinjang pertama
mendorong ke jinjang kedua, selanjutnya ke jinjang berikutnya dan begitulah seterusnya
sehingga puncak kebahagiaan abadi yang di tujunya ( Ibnu Sina,1908 : 150 ). Sudah tentu tentu
peringkat-peringkat yang di gambarkan disini merupakan peneguhan untuk mendorong
seseorang pengejar kepada peringkat selanjutnya. Dalam pendidikan moden pun penilaian
sebagai peneguhan berfungsi serupa itu, misalnya kelulusan pada sekolah rendah mendorong
untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan lulus di sekolah menengah mendoriong
untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan begitulah seterusnya.

Sebagai alat untuk menyaring, penilaian juga sangat berguna. Ibnu Sina juga menggunakan
kroteria ini untuk membahagikan ilmu kepada ilmu terbuka ( masyhur) untuk orang bayak, dan
ilmu tertutup ( mastur) untuk orang-arang Khas, seperti sebahagian karangannya yang terakhir
yang berkenaan falsafah Isragiyah ( Illumination phiosophy). Penggunaan penilaian mengikut
pengertian iniu banyak didapai dalam bukunya berjudul al-siyasah terutanma berkenaan cara
membimbing kanak-kanak. Tentang cara memilih pekerjaan pula Ibnu Sina berkata bahawa
sekadar mengikut kemahuan si anak, tetapi haruslah sesuai dengan bakat dan tabiatnya ( Ibnu
Sina, 911), kerana perbezaan manusia dalam memilih ilmu dan pekerjaan : “ ada sebab-sebab
yang kabur dan faktor yang tersembunyi yang sukar difahami oleh manusia dan susah diukur dan
dimengerti (Ibnu Sina, 1911 : 14 ).

Barangkali yang disebut oleh Ibnu Sina iaitu sebab-sebab yang kabur dan faktor-faktor yang
tersembunyi boleh dikembalikan kepada faktor-faktor psikologi, yang sekarang terkenal dengan
nama bakat-bakat (apptitude) dan kebolehan (abilities) dengan istilah yang digunakan oleh
p[sikologi moden. Dari di\sini difahami bahawa Ibnu sina memberi perhatian pada faktor-faktor
psikologi, seperti bakat dan kebolehan, sebagai alat yang sangat berguna.
Ibnu Sina membahagikan falsafah teoritikal kepada tiga bahagian ilmu mengikut darjat
penglibatan tajuk-tajuknya dengan materi dan gerakan atau kebebasannya daripada gerakan dan
materi itu. Ilmu itu adalah ;

1. Ilmu tabii, yang dipanggilnya yang paling bawah.


2. Ilmu matematik, yang dipanggilnya ilmu pertengahan.
3. Ilmu ketuhanan, yang dipanggilnya ilmu paling tinggi, iaitu mengikut derajat kebebasan
daripada materi ( Ibnu sina 1908)

Pembahagian serupa ini juga kita dapati pada Aristotle, Tetapi Ibnu Sina memperluasnya dengan
menambahkan pelbagai cabang bagi setiap ilmu tersebut, selain yang kita saksikan pada
Aristotle, Ibnu Sina misalnya, menambahkan ilmu-ilmu berikut kepada ilmu tabii : perubatan ,
astrologi, ilmu firasat, ilmu sihir ( tilsam) ilmu tafsir mimpi., ilmu kimia. Aristotle hanya
membahagikan kepada materi dan bentuk, gerakan dan perubahan, wujud dan kehancuran,
tumbuh-tumbuhan dan haiwan dan jiwa. Ilmu matematik pula ditambahkannya cabang-cabang
ilmu berikut : ruang, bayang begerak, memikul berat, timbangan, pandangan dan cermin, dan
memindah air (Ibnu Sina, 1908 : 110-111). Terhadap ilmu ketuhanan ( ilahiyat)

ditambahkannya cabang-cabang berikut : cara turunnya wahyu, jauhar rohani yang membawa
wahyu, cara wahyu turun sehingga dapat didengar dan dilihat, mukjizat, khabar ghaib, ilham bagi
orang-orang takwa yang menyerupai wahyu, dan keramat yang menyerupai wahyu.
Juga dibicarakan ialah roh amin dan roh quds. Roh amin termasuk dalam peringkat kedua jauhar
rohani, sedangkan roh quds termasuk dalam dalam jauhar rohani peringkat pertama, yakni dari
peringkat Malaikat ( Ibnu Sina, 1908 :114 ).

Falsafah pratikal juga terbahagi kepada tiga bahagian ilmu iaitu :

1. Ilmu akhlak, yang mengkaji tentang cara-cara pengurusan tingkah laku se -


seorang manusia atau kesucian dirinya.

2. Ilmu pengurusan rumah tangga, yankni mengkaji tentang hubungan antara lelaki dan isterinya,
ank-anaknya dan pembantu-pembantunya, masalah pe-ngaturan rezeki dan kehidupan keluarga.

3. Ilmu politik, yang mengkaji tentang hubungan-hubungan awam dalam suatu bandar, hubungan
di antara pelbagai bandar, dan hubungan pelbagai negara, politik, kepimpinan dan masyrakat
yang luhur dan hina.

Dan antara hasil penulisan beliau lagi termasuklah kumpulah risalah yang berjudul Tis Rasa’il
yang mengandungi berbagai-bagai tajuk dalam berbagai-bagai bidang ilmu . Rasa’il Ibnu Sina
yang mengandungi hasil sastera kreatif beliau, dan risalah-risalah lain lagi tentang erbagai-bagai
bidang ilmu, termasuklah ilmu logik antara pendapat beliau termasuklah ilmu logik, sebagai
engantar bagi falsafah, hanya diperlukan oleh mereka yang tidak mempunyai kebolehan berfikir
dengan betul secara semula ajdi, sebaliknya bagi orang-orang yang memiliki kemampuan
semula jadi tersebut, ilmu logik tidak diperlukan. Bandingannya ialah seperti ilmu tatabahasa
yang tidak diperlukan oleh individu yang secara semula jadi, bijak berbahasa.

Berkenaan matematika, Ibnu Sina berpendapat, ilmu tersebut boleh digunakan untuk mengenal
Tuhan, Demikian juga ahli-ahli falsafah Yunani, beliau mempercayai bahawa setiap tubuh terdiri
daripada empat unsur iaitu : tanah, air, api dan angin, walau bagaimanapun, beliau berpendapat
campuran unsur-unsur ini yang berupa lembab, panas, sejuk, sentiasa bergantung pada unsur
yang lain dalam alam nyata.

4. SISTEM DAN FALSAFAH PENDIDIKAN.


Sebelum kita berbincang tentang sistem dan falsafah pendidikan, Ibnu Sina menerangkan tujuan
dari pendidikan yang memiliki tiga fungsi yang kesemuanya bersifat normatif. Pertama, tujuan itu
menentukan haluan bagi proses pendidikan. Kedua, tujuan itu bukan hanya menentukan haluan
yang dituju tetapi juga sekaligus memberinya rangsangan. Tujuannya adalah nilai, dan jika
dipandang bernilai, dan jika diingini, tentulah akan mendorong pelajar mengeluarkan tenaga yang
diperlukan untuk mencapainya. Dan akhir sekali, tujuan itu mempunyai fungsi untuk menjadi
kriteria dalam meniulai proses pendidikan., tujuan sebagai alat untuk menentukan haluan
pendidikan dapat dilihat dalam tiga perangkat, iaitu tujuan khas ( obyectives), tujuan am (goals)
dan tujuan akhir (aims). Apabila digunakan dalam kurikulum maka tiga peringkat tujuan ini
masing-masing membincangkan aspek tertentu tujuan itu, misalnya tujuan pelajaran kimia
sebagai berikut :

-1- Murid-murid akan menguasai pribsip-prisip ilmu kimia ( tujuan khas)


-2- Murid-murid akan sanggup berfikir secara kritis ( tujuan am )
-3- Murid-murid akan mencapai perwujudan kendiri ( tujuan akhir )
Kalau dilanjutkan lagi, maka akan berkaitan dengan tujuan hidup manusia yang kerapkali lebih
tepat disebut sebagai tujuan terakhir ( Ultimate aims)

Dalam sistem dan falsafah pendidikan Ibnu Sina terdapat berapa bahagian yang sangat penting

4.1.Yang utama sekali.


Ibnu Sina meletak tanggung jawab besar di bahu ibubapa untuk menyempurnakan anak-anak,
sebagai contoh : unsur pemilihan nama bagi anak-anak kerena ada faedah dan inplikasi tertentu
tehadap pemilihan nama ini.

4.2. Pendidikan Akhlak.


Bilalah proses pendidikan bermula ? Ibnu Sina menegaskan Pendidikan selepas sahaja kanak
kanak itu tamat penyusuannya ( al-rodo’at), dan tahap awal ini pendidiakan bermula dengan
akhlak. Ibnu Sina menggunakan istilah Ta’dib bagi menjelaskan kepentingan pendidikan akhlak
yang bersifat definsif iaitu sebelum kanak-kanak ini berhadapan dengan tingkahlaku yang tidak
baik dan kecenderungan yang buruk ( al-akhlak al-laimah ). Ini sesudah tentu dalam kontek
pergaulan dengan rakan sebaya dan lain-lain. Alasan Ibnu Sina dalam kontek ini ialah biasanya
kanak-kanak itu cepat boleh terpengaruh dengan bentuk-bentuk akhlak yang buruk atau tabiat
yang tidak baik. Mereka juga katanya belum tahu tentang nilai dan perbezaan baik-buruk dan
belum tahu untuk mengelak darinya. Justeru itu adalah lebih berfaedah kepada mereka sendiri
supaya senantiasa berjauhan dari bentuk-bentuk berkenaan. Inilah pendekatan definsif yang
ditekankan oleh Ibnu Sina pada tahap awal ini.
Dalam akhlak, Ibnu Sina berpendapat bahawa sesipa yang akan membimbing orang lain,
haruslah terlebih dahulu dapat membimbing dirinya sendiri, kerana dirinya itulah yang terdekat
kepadanya, paling mulia dan paling perlu mendapat perhatian. Malah mengendalikan diri itu lebih
susah dari mana-mana bimbingan. Sehingga sesiapa yang sanggup mengendalikan dirinya
dengan sebaik-baiknya, tidak akan susah mengatur suatu bandar, malah suatu negara ( al-Ardh,
1976 : 337 ). Keluhuran ( fadhilah) dan keburukan (razila ),itu banyak, tetapi itu dapat di
bahagikan, mengikut kekuatan jiwa yang tiga, iaitu syahwat, ghadhab ( marah ) dan akal. Itulah
tiga kehinaan ( razilah) . Tetapi di atas tiga macam keluruhan ini, terdapat keluruhan yang
disebut keadilan, iaitu yang menghimpunkan segala macam keluruhan itu, ketika melengkapkan
setiap kumpulan itu dengan cabang-cabngnya sebagai unsur yang membentuknya (Ibnu Sina,
1908 : 152). Misalnya suci diri (iffah), pemurah (Sakha’)danberpuas diri ( qana’ah), yang
termasuk dalam keluruhan syahwat. Manakala keluruhan ghadab adalah keberanian (syaja’ah),
kesabaran (sabr), penyayang (hilm) dan lapang dada ( rahh al baa). Keluruhan akal ( al-Quwah
al- Natiqah ) adalah bijaksana ( hikmat ) bay an, cerdik ( fathonah ), keaslian (asalah al ray ) ,
tegas ( hazm ), kebenaran (sidq), setia (wafa), pengasih (rahmah), malu (haya), keras kemahuan
(izamul himmah), memilhara janji (husnul asd walmu hafazah) dan merendah diri (tawadu’). Dan
induk segala keluruhan ini adalah keadilan adalah ) yang mengikut Ibnu Sina adalah
kesimbangan semua keluruhan itu sehingga yang satu tidak melebihi orang lain.

Oleh itu keadilan sebenarnya tidak lain daripada jiwa yang mengetengahkan pelbagai akhlak
yang bertentangan, syahwat yang berlebihan dan berkurangan, ghadab dan tiada ghadab sama
sekali, dan menjurus hidup dan tidak mengurus sama sekali ( Ibnu Sina, 1908 : 149 ). Manakala
kebaikan daripada semua itu disebut kehinaan (razilah ) dan benruknya bermacam-macam
seperti busuk hati, rendah cita-cita, tidak menepati janji, kasar cakap, menipu dan takabur.( Ibnu
Sina,1908 : 145 )

Bagaimana kita untuk mencapai ta’dib yang berkesan ? Ibnu Sina menerangkan beberapa
pendekatan pratikal untuk digunakan . Antaranya ialah dengan menjadikan mereka merasa takut
sambil menggalakkan anak itu belajar, memberi semangat, marah, dipuji pada hal-hal yang
sesuai. Jika perlu kekerasan . Tujuan pukulan hanyalah untuk merasakan sedikit kesakitan
kepada mereka justeru untuk memberikan pengajaran.

4.3. Pengajian Agama dan Kesusteraan.


Apabila kanak-kanak membesar, supaya boleh bercakap dan mendengar dengan baik, maka ia
perlu belajar dan menghapal Al-Qur’an, mempelajari huruf alphabet dan agama, puisi, qosidah.
Disini ia mesti mula dengan puisi kerana ia lebih senang untuk diingati justeru ia ringkas dan
mudah bentuknya. Tujuan pengajian ini ditahap ini Ibnu Sina ialah kerana ingin untuk
mendapatkan kebaikan adab (fadlul adab), menyintai ilmu pengetahuan dan elak kebodohan. Isi
puisi itu pula hendaklah ada gesaan supaya menghormati ibubapa (Bir al Walidain)
mengamalkan tingkah laku yang mulia ( Istina’ al- Ma’ruf) dan memuliakan tetamu ( qira al-daif )
dan lain-lain ciri akhlak mulia (makarim al-akhlak)

Disini Ibnu Sina juga tidak lupa menerangkan kuliti seorang guru yang baik: guru yang bijak dan
beragama, sentiasa praktis akhlak yang baik dan ada minat untuk menolong kanak atau pelajar,
bersih, amanah, mudah mestra, mempunyai adab, makan-minum, berbicara dan bersosial.

4.4. Pengajian Lanjutan.


Setelah mempelajari Al-Qur’an dan agama serta mengingati asas-asas bahasa, pemerhatian
perlu dibuat terhadapnya tentang kursus-kursus yang sesuai dengannya serta masa depannya
dan pekerjaannya di hari muka. Minat juga perlu diperhatikan. Jika minat kepada tulisan ( al-
kitabah ), ia perlu belajar bahasa, penulisan dan retorika. Ia juga perlu mempelajari mate-matika
(al-hisab) dan pengumpulan puisi-puisi. Jika ia minat lain-lain subyek. Ibnu Sina menggesa
supaya hal ini diambil kira. Penyesuaian perlu kepada pelajar. Pelajaran kesusasteraan ini pun
bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan semua boleh belajarnya. Ibnu Sina membayangkan
bahawa setiap tahun didapati ada kelebihannya.

4.5. Pengajian Tinggi.


Selanjutnya, Ibnu Sina menerangkan tahap yang lebih tinggi, pelajar boleh ilmu mate-matika (al-
hisab), dan lain boleh Kejuruteraan sementara yang lain lagi boleh belajar perubatan (al-tibb)
beginilah yang terjadi tiap-tiap tahap hingga sempurna. Subyek-subyek ini menurut Ibnu Sina
adalah punca dari skima pendidikannya yang telah dimulakan sejak selepas tamat penyusuan
tadi. Setiap tahap umur disesuaikan dengan pelajaran dan ilmu pengetahuan.
Apa yang beliau sarankan itu lebih bersifat rasional, dengan erti untuk semkua lapisan rakyat.
Namun katanya ada juga orang-orang yang terpelajar tidak menuruti skima itu. Mereka memilih
jalan sendiri dengan melakukan pengorbanan sendiri. Kumpulan ini menurutnya pada akhirnya
tidak mampu untuk mencapai apa yang dicita-citakan.

Guru-guru adalah agen penting kemajuan para pelajar, dalam hal ini, guru-guru perlu perhatian
tabiat, minat serta kecerdikan pelajar dan sesuikan ilmu yang dipelajari dengan pekerjaan. Ini
boleh membantu pelajar menentukan masa depannya, kemudia bolehlah ia betulkan niat dan
keazaman kepada alam pekerjaan. Semua usaha-usaha ini boleh membentuk kehidupannya
yang berbeza dari sebelumnya, setelah belajar kemudian mendapatkan kerja dan mahir, lalu
anak / pelajar perlu menikmati upah atau gaji dan dari itu ia boleh membina kehidupan dan
keluarga serta tidak bergantung dan terpisah dari orang-tuanya.

# Ulasan yang dapat pahami tentang skima dan falsafah Ibnu Sina : bahawa pendidikan adalah
tanggung jawab nasional, pihak berkuasa perlu membentuk undang-undang supaya ibubapa
memberi perhatian yang sebaik-baiknya kepada kanak-kanak, kank-kanak perempuan dan laki-
laki mestilah dijuruskan dalam pelajaran yang sesuai dengan jantina mereka . ini dijelaskan oleh
Ibnu sina dalam kitab Al –Shifa , namun da;lam sistem pendidikan yang diajukan Ibnu sina ini
tidaklah detil kalau dibandingkan dengan Plato dan Aristotle dalam tradisi Greek.

Apakah obyektif pendidikan menurut Ibnu Sina ? berpadukan kepada huraian diatas, kita dapat
kenal pasti obyektif yang mahu didapatkan seperti ringkasan iaitu :

1.Pendidikan Akhlak.
2.Pendidikan Agama.
3.Penekanan terhadap kecintaan terhadap ilmu dan hikmah.
4.Pendidikan dan perkembangan Intelek.
Obyektif akhir di atas sesuai dinisbahkan sebagai pelajaran di tahap ijazah pertama yang dapat
membawa pelajar ke alam pekerjaan. Dan usia mereka ditahap ini menurut Ibnu Sina ialah lapan
belas tahun. Sepanjang skima ini didapati Ibnu Sina telah mengenepikan pendidikan jasmani.
Kecendrungan ini memperlihatkan sikap Ibnu Sina yang mementingkan akhlak dan
pembangunan intelek, bukan fizikal.

Pilihan yang akhir ini hanya sesuai untuk kumpulan “gurdian”. Ibnu Sina mahukan kesempurnaan
dalam kehidupan yang boleh membawa manusia kepada kebahagian (al-sa’adah). Untuk tujuan
ini penyucian jiwa melalui pembinaan akhlak dan intelek yang baik sangat diperlukan sebab
itulah Ibnu sina memberi fokus kepada akhlak dan intelek. Dari tahap awal lagi Ibnu Sina telah
memberi tumpuan khusus kepada akhjlak dimana ibubapa dan keluarga adalah gurtu serta
sekolah yang pertama. Ini juga memberi makna bahawa para ibubapa bertanggungjawab
membuktikan amalan nilai-nilai akhlak yang mulia, anak-anak dapat meniru terus-menerus
bentuk-bentuk akhlak tersebut. Kemudian dituruti oleh pengajian al-Qur’an dan agama serta
kecintaan terhadap ilmu yang diwakilkan oleh bidang kesusasteraan. Akhlak, al-Qur’an, agama
serta cinta ilmu menduduki peringkat atas dalam pembentukan insan yang baik. Sesungguhnya
bidang-bidang ini tidak boleh dipisahkan. Dalam hal ini Dr.Yusof Qardhawi memetik Mahatma
Gandhi sebgai berkata :

Sesungguhnya agama dan budi pekerti keduanya bersatu, tidak dapat dipisahkan antara satu
sama lain. Keduanya tidak boleh bercerai dan tidak dapat dibahagi-bahagikan. Agama menjadi
jiwa bagi budi pekerti dan budi pekerti menjadi udara bagi jiwa. Dengan perkataan lain, agama
memberi makanan kepada budi pekerti, menumbuhkan dan menyuburkannya, sebagaimana air
memberi makan kepada tanam-tanaman menumbuhkan dan menyuburkannya.

Ibnu Sina kelihatan mahu menjelaskan bahawa pembentukan “Kekuatan dalam diri atau daya
tahan” perlu dimulakan sejak awal lagi sebelum “ rebung bertukar menjadi buluh”. Unsur defensif
ini akan bertindak menjaga dan mengawal individu pabila berhadapan dengan dengan anika
pengaruh. Selain faedah dari segi akhlak, skima ini juga telah meletakan bahawa batu asas ilmu
pengetahuan dan pendidikan itu boleh mempelajari matematik, kejuruteraan, perubatan dan
sebaginya.

5. INSTITUSI KELUARGA.
Dari segi penulisan kitab as-siyasah bukanlah sebuah hasil karya falsafah yang benar dan
berpengaruh seperti al-syifa’ al-Isharat wa al-tanbihat dan lain-lain. Kitab ini karangan Ibnu Sina,
yang mengemukakan suatu analisa umum tentang teori-teori yang menyangkut pengurusan
rumah tangga, dalam huraian tersebut Ibnu Sina menekankan fungsi “Master” atau tuan rumah
yakni suami yang memiliki tanggung jawab menyeluruh dan wanita sebagai istri adalah “rakan
kongsi hidup sejati” bagi suami.Dan istri menghadapi peranan yang bertambah apabila suami
bertugas di luar ialah menjaga dan mengurus harta dan rumah tangga serta menyempurnakan
pendidikan anak-anak.serta mengatur pendapatan keluarga, cara membelanjakannya.

Ahli-ahli filsafat Islam seperti al-farabi dan Ibnu Sina memandang sangat penting institusi
keluarga. Kepada mereka perkahwinan itu sendiri adalah tiang atau ‘platform’ yang utuh kearah
pembentukan masyarakatdan bandar. Justeru itu Ibnu Sina dalam bahagian akhir kitabnya “al-
Syifa menekannkan betapa perlunya pentadbir negara menerangkan undang-undang
perkahwinan. Perkahwinan boleh membawa kepada penerusan generasi, justeru itu ia perlu
diurus di bawah penentuan undang-undang negara. Untuk mengelak lahirnya gejala-gejala yang
kurang sihat dalam masyarakat, maka Ibnu Sina merakamkan bahawa semua upacara dalam
perkahwinan itu mestilah mengikut norma-norma agama. Kaum wanita mestilah dijaga dan
diawasi, baik pakaiannya atau pun keselamatannya.

Disini juga ada dijelaskan bahawa ibubapa mestilah memberikan pendidikan yang sempurna
kepada anak-anak. Anak-anak perempuan hendaklah dijuruskan dalam bidang-bidang yang
sesuai dengan”nature” mereka ( fi ma yakhussuha ) sementara lelaki dibidang-bidang untuk
mencari nafkah hidup (ai-nafaqa) .

Menurut Ibnu Sina dalam pelaksanaan pendidikan disini tidak terhad kepada perancancangan
(planing) dan pelaksanaan (Implementation), tetapi juga lebih luas daripada itu. Perlaksaan
berkait rapat dan takrif ilmu , yang pembahagiannya kepada ilmu teoritikal dan ilmu pratikal, takrif
ilmu pratikal menurut Ibnu sina adalah pengetahuan terhadap perkara-perkara yang wujudnya
bergantung pada perbuatan dan kemahuan kita, seperti akhlak, politik, keluarga, syariat. Tujuan
ilmu ini adalah kebaikan, sedangkan tujuan ilmu teorikal adalah kebenaran. Oleh itu ilmu yang
dikaitkan dengan amalan dan kemahuan kita disebut ilmu pratikal , dan itulah yang kita
maksudkan dengan pelaksanaan, seperti yang kita lihat, pelaksanaan memang melibatkan
perancangan, pentadbiran, pengajaran, kaedah dan aspek-aspek lain yang boleh disebut
sebagai pelaksaan itu. Falsafah pratikal ini menurut Ibnu Sina, terbhagi empat bahagian ilmu iaitu
: akhlak, pengurusan bandar, pengurusan keluarga dan ilmu Nabi.

Ada buku khas tentang akhlak yang berjudul al-akhlaq ( Al-Ardh 1967 : 337 ). Pengurusan
Bandar (politik) dan pengurusan rumah tangga dihuraikan dalam buku berjudul al-siyasah ( Ibnu
Sina, 1911 :303) yang terkenal itu. Manakala ilmu Nabi dihuraikan dalam buku berjudul itbbat al-
Nubuwah ( Ibnu Sina, 1968 ) dan telah dicetak dalam sembilan surat ( Its’ rasai l) ( Ibnu Sina,
1908 : 394) dan juga dalam kitab al-najat ( The Book of Deliverance) yang sebenarnya
merupakan ringkasan dari pada kitab berjudul al-Syifa. (Ibnu sina,1938 )
Setelah kita berbincang panjang lebar tentang Ibnu Sina, timbulah pertanyaan berikut : di
manakah letaknya Ibnu Sina di antara filsuf-filsuf pengetahuan ( philosophers of epitemology )
seperti yang dikenal oleh pakar pendidikan belakangan ini. Pakar-pakar pendidikan, terutama
pakar-pakar kurikulum, biasanya menjeniskan falsafah pengetahuan ( epistemology) ini kepada
tiga kategori besar mengikut punca pengetahuan.

Ilmu

Tidak kekal Kekal abadi ( hikmat ) Sebagai Tujuan Sebagai alt : Logik Teoritikal Pratikal

• Ilmu Tabii *Ilmu akhlak


• Ilmu Matematik *Ilmu Pengurusan Rumah
• Ilmu Metafizik ( ketuhanan) *Ilmu Pengurusan Bandar
• Ilmu Kully ( Universal ) *Ilmu Nabi ( Syariat)
Rajah : 3 1 Klasifikasi Ilmu menurut Ibnu Sina
Sumber Al-Ardh ( 1967 )

I. Falsafah-falsafah di balik alam ( other-worldly philosophies ) yang terbahagi Kepada dua


golongan besar iaitu falsafah yang berasal daripada agama dan falsafah yang berasal dari
Athena kuno. Kedua-duanya mempengaruhi pendidikan barat.

2. Falsafah-falsafah berpusatkan bumi (Earth-centered philosophies) yang juga terbahagi kepada


dua golongan besar, iaitu falsafah-falsafah yang beranggapan bahawa alam jagat ini diam tidak
bergerak ( static universe) dan falsafah yang berpendapat bahawa alam jagat ini selalu bergerak
dan tidak tetap. Falsafah-falsafah alam jagat ini selalu bergerak dan tidak tetap. Falsafah-falsafah
berpusatkan bumi ini walaupun sudah agak tua, iaitu semenjak zaman Aristotle tetapi dalam
zaman pertengahan di Eropah, falsafah-falsafah tidak mendapat tempat malah banyak mendapat
pengaruh di dunia Islam seperti kita lihat pada Ibnu Sina. , pada zaman pembaharuan di eropah
barulah falsafah-falsafah ini mendapat pengaruh dan mendorong kebangkitan sains dan
membawa revolusi saintifik.
5. Falsafah-falsafah berpusatjkan manusia ( mancenterd philosophies) yang baru saja muncul,
iaitu pada hujung abad ke –19 bermula dengan mazhab pragmatisme oleh dua orang filsuf
Amerika, iaitu Charles S. Pierce (1839-1914) dan William James (1842-1910). Sumber lain
adalah mazhab existensialisme yang dipelopori oleh filsuf Denmark Soren Kirkgard (1813-1855).
Paragmatisme dan Existennsialime banyak mempengaruhi pendidikan di barat sejak
kebelakangan ini.

Sekali imbas Ibnu Sina adalah filsuf berpusatkan bumi kerana beliau pengikut aristotle, tetapi
apabila dikaji dengan lebih mendalam, Ibnu Sina bukan hanya mengikut kepada Aristotle, tetapi
menambahkan pelbagai cabang ilmu pengetahuan kepada tiga bahagian ilmu dalam falsafah
teoritikal, dan falsafah pratikal, malah dalam falsafah teoritikal itu diciptakannya suatu bahagian
barru sehingga menjadi empat, iaitu ilmu Kulli, begitu juga falsafah pratikal diberinya satu
bahagian baru, iaitu ilmu Nabi, disebut juga namus atau syariah. Tambahan-tambahan itu
berdasar pada pengalamannya sendiri, kerana Beliau sangat sedar akan konsepsi Islam tentang
hubungan Tuhan dan alam semesta dan selalu berusaha membuktikan bahawa yang dicipta ini
bergantung kepada pencipta, oleh itu Beliau tetap setia kepada prinsip yang menjadi dasar
pandangan Islam (Nasr, 1969 : 311).

Tentang ilmu Nabi, Ibnu Sina menyatakan bahawa setiap masyarakat memerlukan peraturan dan
keadilan. Peraturan itu adalah sejuml;ah cara yang harus diikutui dalam muamalat, manakala
keadilan menyeimbangkan di antara cara itu sehingga yang satu tidak melebihi yangb lain. Ini
bermakna bahawa harus ada seseorang yang membuat aturan dan menjalankannya dan harus
ada pencipta keadilan yang menciptakan keadilanitu, malah haruslah orang yang semacam ini
sanggup memerintah manusia dan mewajibkjan mereka mengikuti undang-0undang yang
dibawanya. Di samping itu ia haruslah seorang seperti manusia seperti mereka. Malah orang
seperti ini sanggup memerintah dan mewajibkanmereka mengikuti undang-undang yang
dibawanya, selain dakwah yang bertujuan memberi petunjuk dan kefahaman, haruslah ia
membuat dakwah yang bertujuan mengajar manusia mendirikan amal ibadat, seperti
sembahyang, puasa, jihad, haji dan sebagainya.

Dalam usahanya mengajar manusia mengerjakan ibadat ini, haruslah Nabi mengingatkan
mereka bahawa amalan-amalan seperti ini akan mendekatkan merekan dengan Allah dan
membawa kebaikan dan keuntungan bagi mereka ( Ibnu Sina, 1938 : 306 )

Dengan demikian Ibnu Sina sekaligus adalah Filsuf di sebalik alam dan filsuf berpusatkan bumi,
atau boleh orang berkata Ibnu Sina adalah pengikut Aristotle dan neo-palatonism sekaligus, atau
beliu berusaha mendamaikan pendapat kedua-dua orang filsuf Yunani itu, Plato dan muridnya
Aristotle, itu satu pendapat lain adalah Aristotle dan Plato yang tidak bertentangan dengan Islam,
sehingga muncullah mazhab Ibnu Sina yang berdiri sendiri, yang tidak dapat dikatakan Aristotle
atau Platonisme, tetapi lebih tepat disebut’ Ibn Sinaisme’.

Daripada segi lain pula, tulisan-tulisanya mengenai akhlak dan politik (siasah) memberi kesan
seakan-akan , Beliau seorang filsuf berpusatkan manusia ( man- centered philosopher). Seperti
kita lihat di pengurusan bandar dan pengurusan keluarga. Mengenai akhlak ini dikaitkannya
dengan jiwa ( nafs ) dalam konteks dirinya sendiri dan jiwa dalam konteksorang lain. Jiwa dalam
konteks orang lain adalah sivik, semuanya berkaitan manusia, baik sebagai perseorangan
mahupun sebagai masyarakat. Tetapi semua ini tidak lepas daripada hubungan syariat, salah
satu cabang ilmu pratikal yang hanya ada pada Ibnu sina dan tidak ada pada Aristotle. Ini yang
mengaitkannya dengan sistem falsafah di sebalik alam (earth-woridly philosophy) dan juga
falsafah berpusatkan bumi ( earth-centered philosophy) kerana syariat pun mengatur hubungan
manusia dengan persikitarannya.

6. KESIMPULAN.
Tulisan ini telah berusaha meninjau karya-karya Ibnu Sina dari sistem pendidikan dan filsafat,
yang difahami kepada dua kategori besar : Falsafah pratikal dan teoritikal, karyanya dalam
falsafah teoritikal menempatkan beliau sebgai filsuf Pendidikan yang tidak ada taranya dalam
sejarah pendidikan.
Dan tepat jika idea-idea Ibnu Sina dalam pendidikan dfijeniskan kategori-kategori beikut :
Blog dengan ID 26250 Tidak ada 

1. Tujuan-tujuan (aims) dalam pendidikan .


2. Pengetahuan ( knowledge) dalam pendidikan.
3. Perlaksanaan ( practice ) termasuklah disini kaedah ( methology ), institusi, pembiayaan dan
hubungan dengan aspek-aspek lain dalam kehidupan politik, ekonomi dan lain-lain.
4. Penilaian iaitu kriteria yang digunakan untuk mengetahui tercapai atau tidak tujuan-tujuan
pendidikan.
Ada empat kawasan utama dalam pendidikan menurut Ibnu Sina yang
mempunyai pengaruh besar ialah :
1.falsafah pendidioan yang berkaitan dengan tujuan dan matlamat pendidikan.
2.teori-teori pengetahuan (epistemology)
3.pelaksanaan yang mengandungi perkaedahan, institusi, pentadbiran dan
lain-lain

4.Penilaian.
Juga asas dan tujuan utama pendidikan menurut Ibnu Sina ialah memanusiakan manusia
maksudnya manusia sentiasa ada potensi untuk membuat kemajuan bagi diri sendiri baik kalau
dihalusi kepasa aspek-aspek yang lebih detil, obyektif pendidikan bermatlamatkan untuk
mencapai dan memajukan pelbagai aktifiti, sekoah ataui universiti kita: Persepsi, memori,
imaginasi, rasional kemahuan atau rohani, intelektual, walaupun Ibnu Sina kurang memberikan
tumpuan dalam kemajuan jasmani justeru perhatiannya lebih dalam perbagai rasional, memori,
kemahiran, intelektual, persepsi, rohani dan lain imaginasi. Setengah -setengah tulisan zaman
moden tentang pendidikan seperti John P.Wynne dalam bukunya Theories of Education
menerangkan bahawa kemajuan-kemajuan fizikal boleh menjadi penghalang kepada
pembangunan mental ; sama seperti penekanan Ibnu Sina diatas :

“Pysical development is typically neglected andphysical Activityi is considerd an obstacle to


mental development either to be eliminated insofar as possible, or to be tolerated as a necessary
relief rather then encouraged for its own sake”.

Mungkin hal ini ada kebenarannya. Oleh itu unsur “ pysical development” ini boleh dicapai
dengan hanya berasaskan kepada kegiatan-kegiatan seperti sukan dan riadah sahaja, bukan
disusun bersama dalam suatu sistem pendidikan yang ‘standard’.
Dan konsep penilaian yang digunakan adalah luas dan menyeluruh, menyangkut dunia dan
akhirat, kerana kriteria yang digunakan adalah kebahagian sebagai peneguhan dan kebahagiaan
hanya bernakna kalau dikaitkan dengan kebahagiaan akhirat sebagai tujuan akhir.

Dafftar Pustaka Makalah Sistem Pendidikan Menurut Ibnu Sina


1. Ali Mahdi Khan, the Elements of Islamic philosophy, Lahore : S.H. Muhammad Ashraf, 1973,
p.61., lihat juga L.E. Goodman Avicenna, Routledge, London and New York, “ Preface”.
2. Amir A. Rahman, Pengantar Tamadun Islam, Kuala Lumpur, 1990.
3. Erwin I.J. Rosenthal, Political Thought in Medieval Islam : An Introductory Outline, Cambridge
h.p., 1968, 142.
4.
5. Ali Mahdi Khan, The Elements of Islamic Philososphy, 61.
6. Hasan langgulung, Pendidikan Islam dan peralihan paradigma, Kualu lumpur,
1995.
7. Mahmood Zuhdi AB. Majid, Sarjana-sarjana kesarjanaan sains Islam,
Kula lumpur ,2000.48-51
8. William E.Gohlman, The Life of Ibnu Sina, 19.

You might also like