You are on page 1of 4

1.

Nyatakan secara ringkas idea-idea utama yang terdapat dalam unit 1 - 5 dalam
satu perenggan bagi setiap satu unit (5 perenggan untuk 5 unit)

 Unit 1: Pengenalan Pembangunan Sahsiah


Pembangunan sahsiah merupakan penampilan kendiri seseorang secara
keseluruhan iaitu dari aspek penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran,
perasaan ,sosial, rohani dan kepercayaan agama. Pembangunan sahsiah dari perspektif
Islam diertikan sebagai membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat
menjadikan seseorang itu bertamadun,berintelek, mempunyai nilai murni dan budaya
maju. Sahsiah merangkumi empat aspek iaitu kognitif, fizikal,sosial dan rohani. Bagi
membangunkan sahsiah individu, faktor keluarga dan faktor persekitaran memainkan
perana yang penting.

Unit 2: Kepentingan Pembangunan Sahsiah


Terdapat 5 kepentingan pembangunan sahsiah. Kepentingan pertama ialah
Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri. Proses ini member kesan yang
lanngsung terhadap tahap produktiviti diri serta apa dan bagaimana kita menyumbang
dalam bidang sosial. Kepentingan dua ialah Mencorakkan kendiri. Proses ini membantu
seseorang membentuk pengalaman yang telah ditempuhi mahupun yang akan dating
melalui fikiran terbuka. Manakala ia juga berupaya menghadkan atau membolehkan
seseorang mencuba segala peluang dan pilihan yang ada secara fikiran tertutup.
Kepentingan ketiga ialah Memerihalkan sahsiah secara menyeluruh. Kita cuba member
penjelasan tentang kritieria tertentu berdasarkan pemerhatian tingkah laku daripada orang
lain. Melalui proses ini, keupayaan memneri penjelasan membantu kita memperolehi
jawapan dari perasaan ingin tahun tetapi member kita rasa kawalan dalam kehidupan.
Kepentingan keepat ialah Penjelasan secara teoritikal. Dalam proses ini, kita
menggunakan pengalaman sedia ada, olahan makna dan idea secara formal melalui teori
dan latihan kursus dapat membantu kita lebih memahami dan memerihalkan sahsiah
seseorang secara lebih jitu. Kepentingan kelima ialah Menjangkakan dan meramal
tingkah laku. Kesan daripada kepentinan ini ialah ia dapat membantu guru membuat
perancangan dan menjadi diri lebih peka untuk memberi tindak balas yang bersesuai
dengan situasi. Guru juga dapat mengenal pasti keupayaan dan potensi murid dan
menggalakkan mereka melibatkan diri. Murid pula menjadi lebih positif dan berkembang
kerana guru dapat memahami personality murid dari perspektif menyeluruh. Terdapat
lapan factor umum yang mempengaruhi pembentukan sahsiah. Manakala lapan fakta ini
dipengaruhi oleh Wawasan Negara, Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Negara serta
Etika Perguruan. Walau begitu, kita menggunakan factor yang berbeza dari segi
keutamaan untuk membentuk sahsiah diri.

Unit 3: Pendekatan Psikoanalitik


Pendekatan Psikoanalitik menyatakan sifat manusia pada dasarnya adalah
deterministik. Tingkah laku manusia digalakkan oleh naluri kehaiwanan dan desakan
biological. Desakan mendapat kepuasan nafsu swadiri adalah desakan paling utama.
Menurut perspektif Psikoanalitik, tahap kesedaran terbahagi kepada tiga iaitu tahap sedar,
prasedar dan bawah sedar. Tahap bawah sedar ialah tahap yang paling penting kerana
ianya sangat mempengaruhi kepada pembentukan tingkah laku seseorang. Teori
Psikoanalitik berpendapat bahawa perasaan pemikiran bawah sedar melalui suatu proses
yang mana situasi yang dihadapi disekat oleh kenyataan. Struktur personality manusia
terbahagi kepada tiga sistem utama iaitu i) id yang didorong oleh tenaga untuk hidup dan
berprinsipkan kenikmatian, ii) ego adalah diri yang sedarkan dan berprinsip realiti dan
iii) superego ialah keinginan hidup denga kod moral mengikut pandangan sendiri.
Perkembangan personality manusia terbahagi kepada lima peringkat iaitu Peringkat
Mulut/ Oral (0-2 tahun), Peringkat Dubur/Anal (1-3 tahun), Peringkat Falik / Phallic (3-6
tahun), PeringkatPendalam / Latensi (6-12 tahun) dan Peringkat Shahwat / Genital (12
tahun – dewasa). Mekanisme bela diri digunakan untuk melindungi ego yang tidak dapat
mengawal id dengan baik dan membantu ego mempertahankan dirinya dari desakan dan
dorongan yang kua dari id. Ia juga digunakan untuk mengelakkan kutukan dari superego.

Unit 4: Pendekatan Pembelajaran


Teori Pembelajaran dibahagi kepada teori tingkah laku Behaviorisme dan teori
Pembelajaran Sosial. Pelaziman klasik dan pelaziman operan merupakan konsep asas
teori pembelajaran. Teori pembelajaran mengutamakan proses peniruan tingkah laku
individu di sekeliling. Tokoh-tokoh yang menyumbang jasa dalam pelaziman klasik ialah
Edward Thorndika(1874-1949) dan John Watson (1878-1958). Manakala Ivan
Pavlov(1849-1936) dan B.F. Skinner (1904-1990) menyumbang jasa dalam pelaziman
operan. Albert Bandura (1925- sekarang) menyumbang jasa dalam pembelajaran sosial.
Pelaziman klasik merupakan tingkah laku dianggap terhasil daripada gerak balas terhadap
rangsangan di sekitar. Bagi Pelaziman operan, tingkah laku akan diulang semula atau
diperhentikan bergantung kepada kesan yang diterima selepas menunjukkan tingkah laku
tersebut. Pembelajaran sosial menyatakan tingkah laku dianggap terhasil daripada
pemerhatian dan peniruan yang melibatkan proses mental. Melalui peneguhan positif,
generalisasi, diskriminasi, penghapus, membentuk dan latihan kemahiran tingkah laku,
murid dapat diterapkan dengan tingkah laku yang baik. Manakala hukuman positif dan
hukuman negative menjadi pilihan terakhir bagi guru untuk memghentikan tingkah laku
murid yang tidak dihendaki. Latihan kemahiran tingkah laku merupakan prosedur untuk
mengajar kemahiran seperti asertif dan pencegahan kepada golongan kanak-kanak dan
dewasa. Terdapat empat langkah dalam melaksanakan prosedur ini iaitu modeling,
arahan, latihan dan maklum balas.

Unit 5 : Pendekatan Kognitif : Teori Pilihan dan Terapi Realiti


Teori kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Teori
pilihan dan terapi realiti dipilih sebagai teori kognitif yang boleh didalami dalam
memahami tingkah laku manusia.Teori pilihan dan terapi realiti diasaskan oleh William
Glasser pada tahun 1966. Teori pilihan menerangkan bahawa kita memilih untuk
bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan. Semua tingkah laku manusia adalah
dipandu oleh keperluan asas. Mengikut teori pilihan, kesemua tingkah laku manusia
berasaskan kepada keinginan psikologi yang merangkumi seseorang individu yang
menyayanig dan ingin disayangi oleh orang lain dan fisiologo individu yang merujuk
kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu berani mengambil risiko. Teori
pilihan memberi penekanan kepada sifat tanggungjawab individu. Kita akan rasa puas
setelah memilih untuk memenuhi kehendak kita. Teori realiti adalah satu teori yang besar
dalam pendidikan psikologi kaunseling.Terapi realiti berkait rapat dengan teori pilihan.
Terapi realiti adalah satu proses untuk memahami tingkah laku individu untuk memilih
dan membuat keputusan yang tepat untuk kehidupannya. Teori realiti berfokus kepada
tingkah laku semasa dan tingkah laku yang dipilih hendak sesuai dengan kehendak
murid. Terapi realiti mempunyai strategi WDEP yang boleh digunakan oleh guru untuk
menolong murid berubah dari aspek tingkah laku yang sesuai dengan kehendak individu.
Sebelum aplikasi WDEP ini diaplikasikan, guru perlu mewujudkan suasana kaunseling
agar kepercayaan, penerimaan dan proses membantu dapat dijalankan dengan lancar.
Terapi ini member kebebasan kepada individu untuk berfikir secara rasional, menilai,
menentukan dan membuat keputusan sendiri. Akhir kata, teori pilihan dan terapi realiti
ini sesuai dilaksana dan diaplikasikan di sekolah.

 2. Pendekatan teori manakah yang anda rasa dapat membangunkan personaliti anda
untuk menjadi guru berkesan.
 i) Huraikan dengan ringkas tetapi padat mengenai teori pilihan anda

  Pada pendapat saya, teori pilihan dan terapi realiti dapat membangunkan personaliti
saya untuk menjadi seorang guru yang berkesan. Saya percaya setiap individu, mahupun
budak atau orang dewasa adalah unik dan istimewa sejak kelahiran. Oleh itu, kehendak
setiap individu adalah berbeza dan individu tersebut dapat menentukan perkara atau
tindakan yang terbaik untuk dirinya. Ketika berdepan dengan pelajar saya, saya faham
bahawa teori pilihan menekankan ‘sekarang’ (here and now); saya perlu membuat pilihan
berdasarkan keadaan terkini tetapi bukan kesalahan masa silam mahupun kerisauan yang
belum tentu berlaku.  Setiap individu berhak membuat pilihan dan menanggung risiko
atas setiap pilihan yang dilakukan. Ini mengingatkan saya supaya membuat pilihan
dengan berhati-hati. Sebab, setiap pilihan mendatangkan hasil yang berlainan. Apabila
saya menghadapi masalah, saya boleh menggunakan sisem WDEP untuk mengenalpasti
kehendak, tujuan, menilai kebolehlaksanaan, dan merancang pelan tindakan. Ini juga
membantu saya menghormati pelajar saya sebagai seorang individu yang unik dan
membantu dia mencapai matlamat serta memenuhi kehendaknya dengan cara tersendiri.
Secara ringkasnya, teori pilihan membantu saya membuat pilihan yang bermutu ke arah
membentuk personality guru yang berkesan dalam proses pengajaran dan pelajaran.

ii)Berikan 3 contoh personaliti diri sendiri (sikap, pemikiran, tingkah laku dsb.) yang
hendak dibangunkan/diperbaiki.

1.      Kurang sabar


Saya rasa saya perlu memperbaiki sikap kurang sabar. Apabila saya kurang
sabar, saya cenderung (marah pelajar? Mengabaikan soalan yang dikemukan
tetapi mungkin penting bagi pelajar? Tinggikan suara? Mengajar dengan cepat
tanpa menimbang keperluan pelajar yang perlahan)
2.      Menggalakkan sesi soal jawab
Pada pendapat saya, saya ingin membangunkan aktiviti ini dalam kelas. Ia
dapat membantu saya memupuk kesabaran dan menambahkan sesi interaksi
antara guru dengan pelajar. Secara tidak langsung, ia membantu pelajar
menjadi berani mengemukakan persoalan.
3.      ……..pemikiran negative----(help me to finishkanlah…. Thanks…..

You might also like