Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
JXEA 1104
KUPASAN KARYA KLASIK MELAYU DARI SUDUTFALSAFAH
 NAMA:HAFFIDAH BINTI ABDULLAH NO.MATRIK:JEA080020 NAMA PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMADSESI 2008/2009 SEMESTER 1AKADEMI PENGAJIAN MELAYUUNIVERSITI MALAYA
 
PENGENALAN
Secara umumnya hikayat adalah suatu bentuk sastera yang berdasarkan khayalan danimaginasi. Binaan strukturnya dibina di atas rentetan pelbagai peristiwa. Kesusasteraanhikayat merupakan genre yang terbesar bilangannya di dalam perbendaharaankesusasteraan tradisional. Perkataan hikayat berasal daripada bahasa arab yang bermaksud “pelbagai sejarah”. Struktur cerita hikayat ini agak kompleks dan seringkalidiselitkan dengan unsur-unsur agama dalam karya tanpa mengambil kira kesesuaiannya.
SINOPSIS
Hikayat Bayan Budiman mengisahkan tentang seorang saudagar di negeri bernama Ajamyang bernama Khojah Mubarak. Beliau mempunyai seorang anak bernama KhojahMaimun. Khojah Maimun telah dikahwinkan dengan Bibi Zainab apabila telah cukupumurnya. Khojah Maimun bercadang untuk pergi berlayar dan berniaga. Sebelum berlayar, Khojah Maimun telah membeli dua ekor burung sebagai peneman isterinyasemasa beliau pergi berlayar. Seekor Burung Bayan dan seekor lagi Burung Tiung.Semasa hendak pergi berlayar Khojah Maimun berpesan kepada isterinya supaya sentiasa bermuafakat dengan burung-burung itu sebelum melakukan sesuatu perkara.Sepeninggalan Khojah Maimun, Bibi Zainab berasa kesunyian. Semasa duduk termenung di tingkap, seorang putera raja lalu di hadapan rumahnya dan mereka saling
 
 berbalas senyuman. Semenjak hari itu Bibi Zainab dan putera raja saling jatuh berahi.Dengan perantaraan seorang tua pertemuan antara mereka telah dapat diatur. Sebelummeninggalkan rumah Bibi Zainab telah menyatakan hasratnya kepada Burung Tiung.Bibi Zainab berasa marah kepada Burung Tiung lalu menghempaskan Burung Tiung kelantai sehingga matilah Burung Tiung.Bibi Zainab kemudiannya meminta nasihat daripada Burung Bayan. Burung Bayantidak melarang Bibi Zainab untuk bertemu dengan putera raja tersebut, namun begituBurung Bayan telah berjaya menarik perhatian serta melalaikan Bibi Zainab dengancerita-ceritanya. Bibi Zainab terpaksa menangguhkan hasratnya dari satu malam ke satumalam untuk bertemu putera raja. Sehinggalah Khojah Maimun pulang dari berlayar.Burung Bayan yang bijak telah dapat menyelamatkan nyawanya dan menyekat BibiZainab daripada curang serta dapat menjaga nama baik tuannya.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more