Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Ratings:

4.75

(4)
|Views: 1,144 |Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
Falsafah dan logika melayu
bawang butih bawang merah
HAFIDATULSYAFINI BINTI MOKHTARUDIN
Falsafah dan logika melayu
bawang butih bawang merah
HAFIDATULSYAFINI BINTI MOKHTARUDIN

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Aug 30, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/15/2009

pdf

text

original

 
BAWANG PUTIH BAWANG MERAH
Pak Ali dan isterinya Mak Labu tinggal di sebuah pondok di pinggir hutan. Kerja harian merekaialah berladang. Pak Ali sangat sayangkan isterinya, ditambah pula isterinya itu rajin bekerja dantidak pernah membantah segala yang diarahkan oleh Pak Ali. Suatu malam, Pak Ali termenungkerana mengingatiperkahwinannya yang telah sekian lama tidak mendapat anak. Kesusahannyaitu diketahui oleh Mak Labu dan dengan ikhlas hati ia memberi kebenaran kepada Pak Ali untuk  beristeri lagi.Pak Ali pun berkahwin dengan seorang perempuan yang dipanggil Kundur, lebih mudadaripada Mak Labu tetapi tidaklah secantik Mak Labu. Pak Ali membawa Mak Kundur tinggalserumah dengan Mak Labu. Mak Kundur, sebagai isteri muda agak sombong perangainyahingga pada suatu hari berlaku pertengkaran antara Mak Kundur dengan Mak Labu. Pak Alitidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi menasihati kedua-duanya supaya terus bersabar.Mak Labu berjanji akan terus bersabar sekiranya berlaku pertengkaran. Tetapi, Mak Kundur terus menunjukkan sikap keras kepala dan mengatakan Mak Labu mandul. Mak Labu adalahseorang yang baik hati. Setiap kali bergaduh, dia datang pada Mak Kundur untuk meminta maaf,walaupun ia adalah isteri tua yang patut dihormati.Setahun selepas Pak Ali berkahwin dengan Mak Kundur, Mak Labu telah mengandungdan sebulan kemudian Mak Kundur pula yang mengandung. Pak Ali sangat suka hati danmenjaga kedua-dua isterinya dengan berhati-hati dan penuh kasih sayang. Mak Labukemudiannya melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Bawang Merah dan Mak Kundur juga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Bawang Putih. Kedua-dua bayi perempuan itu sangat cantik sehingga dewasa. Cuma, kelakuan kedua-duanya berbeza iaituBawang Putih lebih keras hati dan tidak mahu mengalah. Ibunya pula sangat memanjakannya.Suatu hari, Pak Ali teringin hendak makan ikan sembilang. Dia pun mengajak kedua-duaorang anaknya. Bawang Merah mahu mengikut dan menolong Pak Ali tetapi Bawang Putihlebih suka duduk di rumah dan bermain-main. Terlalu banyak ikan sembilang yang diperolehmereka. Bawang Merah mengajak ayahnya pulang tetapi ayahnya mahu memancing lagi.Akhirnya Pak Ali mendapat seekor ikan sembilang yang lebih besar daripada ikan-ikan yangterdahulu. Malangnya, sebelum sempat Pak Ali melucutkan mata kailnya, ikan itu menyengattangan Pak Ali hingga berdarah.Dengan rasa yang hiba dan bingung, Bawang Merah membawa ayahnya pulang. Bisaikan itu sedikit demi sedikit meresapke dalam badan Pak Ali. Semakin lama Pak Ali semakintenat. Pak Ali menyuruh Bawang Merah dan Bawang Putih memanggil Pawang Jidun. BawangPutih tidak mahu pergi lalu Bawang Merah pergi seorang diri. Pawang Jidun rupa-rupanya tidak dapat menyembuhkan bisa yang telah meresap ke seluruh badan Pak Ali. Akhirnya Pak Alimenghembuskan nafasnya yang terakhir.PENDAHULUANBawang Putih Bawang Merah merupakan sebuah cerita teladan. Cerita teladan merupakansebuah cerita yang mengisahkan tentang golongan rakyat biasa dan berlatarkan alam nyata.
 
Dalam cerita teladan, unsur kesaktian dan keajaiban amat berkurangan jika dibandingkan dengancerita penglipur lara. Walau bagaimanapun, unsur kebetulan memainkan peranan penting dalamcerita ini, terutama sebagai titik perubahan dalam watak utama. Cerita teladan ini, seringkalimengetengahkan gagasan bahawa watak yang baik itu akhirnya akan mendapat pembelaan, dansebaliknya watak yang jahat akan menerima pembalasan yang setimpal dengan perbuatan yangdilakukan oleh mereka.Cerita teladan ini juga banyak dipenuhi dengan unsur didaktik dan pendidikan moral,yang diterapkan melalui nilai-nilai murni. Objektif pengajaran atau pendidikan yang ingindisampaikan dalam cerita teladan ini lebih tertumpu kepada kanak-kanak, terutamanya dalamaspek peraturan sosial dan ajaran agama.Watak utama dalam cerita teladan ini selalunya watak yang menanggung penderitaan,kekejaman, nasib malang, dan penindasan di awal cerita sebelum berlaku perubahan nasib.Antara cerita teladan yang terkenal ialah seperti
 Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu Bertangkup,
 
Si Tanggang 
dan banyak lagi.
 
Sebagai contoh, cerita teladan Bawang Putih Bawang Merah ini mengisahkan tentangkehidupan sepasang suami isteri iaitu Pak Ali dan Mak Labu. Mereka tidak mempunyai anak.Apabila melihat kesusahan Pak Ali, Mak Labu dengan baik hati memberi keizinan untuk Pak Ali berkahwin lagi. Pak Ali pun berkahwin dengan seorang perempuan bernama Kundur. Tidak lama kemudian Mak Labu mengandung dan kemudian melahirkan seorang anak perempuan yangdiberi nama Bawang Merah. Pada masa yang sama juga Mak Kundur pun melahirkan seoranganak perempuan yang bernama Bawang Putih. Pak Ali sangat gembira.Pada suatu hari, Pak Ali meninggal dunia akibat terkena sengatan ikan sembilang.Setelah itu, Mak Kundur yang telah lama berasa cemburu dengan Mak Labutelah membunuhMak Labu dengan menolaknya ke dalam perigi tanpa pengetahuan Bawang Merah. Kemudian
 
Mak Labu menjelma sebagai seekor ikan kaloi. Ikan kaloi itu telah ditangkap dan dimasak gulaioleh Mak Kundur dan seterusnya dihidangkan kepada Bawang Merah. Bawang Merah telahmemakan gulai itu. Setelah mengetahui bahawa ikan itu adalah ibunya, Bawang Merahmengutip semua tulang-tulang itu dan ditanamnya. Tempat tulang-tulang ikan itu ditanam telahditumbuhi oleh pokok beringin. Di sinilah Bawang Merah bermain buaian dan menyanyi.Seorang raja telah terpikat kepada Bawang Merah setelah terdengar nyanyiannyawalaupun pada awalnya Bawang Putih yang cuba menyamar sebagai Bawang Merah. ApabilaBawang Merah sudah berkahwin, Mak Kundur masih berdendam dengan Bawang Merah. Diamenyuruh Bawang Merah membuat perkara-perkara yang menyakitkan hati raja. ApabilaBawang Merah bertindak lebih kasar, raja sangat murka dan menjatuhkan hukuman terhadapBawang Merah. Tetapi apabila diketahui kebenarannya, Bawang Putih dan Mak Kundur telahdiusir dari istana itu.Daripada petikan yang diambil dari cerita teladan Bawang Putih Bawang Merah ini,terkandung pelbagai falsafah yang tersirat dalam cerita ini. Antara salah satu falsafah yangterkandung dalam petikan cerita teladan ini ialah ketaatan dan keikhlasan. Ketaatan yangdimaksudkan di sini ialah ketaatan seorang isteri kepada seorang suami. Ketaatan berasaldaripada perkataan akarnya iaitu ‘taat’. Perkataan ‘taat’ membawa maksud sentiasa menurut perintah atau tidak mengingkari atau dengan kata lain perkataan taat itu boleh disama ertikandengan perkataan ‘patuh’. Manakala keikhlasan pula berasal daripada perkataan ikhlas yang bermaksud perasaan hati yang bersih dan jujur.Falsafah ketaatan ini dapat dibuktikan atau ditonjolkan melalui watak isteri pertama Pak Ali iaitu Mak Labu. Mak Labu seorang isteri yang sangat patuh dan taat kepada suaminya.Selain itu, Mak Labu seorang isteri yang sangat rajin bekerja. Beliau tidak pernah membantahsegala yang diarahkan oleh Pak Ali. Segala yang diarahkan oleh suaminya itu tidak ada yang

Activity (2)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->