You are on page 1of 6
SULIT* PEPERIKSAANMAL AY SAMA JLISPEPERIKSAANM sPEPERIKSAANMAL AY SIAMAJLIS °EFIKSAANMAL AYSIAM: "ERIKSAANMALAYSIAMA/ 9000/2: ’SAMPLILISPEPEFIKSAANIOA ALAY SIAMAJLISPEPERIKSAANMA PERIRSAANMALAY SAMA SPEPERIKS ILISPEPERIKSAANN STPM 1999: MAJLISPEP! MAIL SAANIIALAY SAMUI [SPEPEHIKSAANKIALAY SIAR SPE MAL ie AAV 2 PENGASTAN AM (020205 MALLISPEPERICGAA Le ae TARTAR Ae SPEEA ae wy WAILISPEPERIKSAANMALAY SIAMAJLISPEPERING AANIAAL AY SAANMALAYSIA MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAILISIKERTAS. DatAy S) Aan MAJLISPEPERIKSAANMAL AYSIAMAJLISE: \LAYSIAMAILISPE MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMA fl ISPEREBICSA ANAT AVSIAMAILIS! MALLISPEPERIKoAANi4LAy 5/2(Dua jam empat puluh minit)4400'5°5' MAJLISPEPERIKSAANMALAY SIAMAL ISPEPEHIKSAANMALAYSIAMAILISPE MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMALLISPEPERIKSAANMAL AY SIAMAJLISPEF TERIRSAANMALAY SIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: Jawab empat soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, dan D. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian, Markah untuk soalan atau bahagian soalan diberikan dalam tanda kurung { J NOTA Bersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf, Jika tidak, sila minta daripada pengawas peperiksaan. Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak dan 2 halaman kosong. © Majlis Peperiksaan Malaysia 1999 STPM 900/2 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* SULIT* 2 Bahagian A Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah kata. (30) 1 Penubuhan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bertujuan untuk menambahkan dan melengkapkan peranan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Bincangkan peranan IPTS dalam konteks yang tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripadanya, 2. Menurut sebuah majalah tempatan, jumlah jenayah komersil di Malaysia pada tahun 1997 telah ‘meningkat kepada 7137 kes berbanding 4807 kes pada tahun 1996. Nilai yang terbabit dalam kes- kes pada tahun 1997 meningkat sebanyak 134 peratus kepada RMS56 juta berbanding RM238 juta pada tahun sebelumnya. Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan sebab-sebab jenayah berkenaan semakin berleluasa, dan implikasinya kepada negara. Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah kata. [30] 3. Krisis air telah melanda sebahagian besar negara terutama di kawasan Lembah Kelang. Adalah Gidapati bahawa kemarau panjang yang dibawa oleh El Nino bukanlah satu-satunya sebab yang mencetuskan krisis tersebut. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor lain yang telah menyebabkan berlakunya krisis itu ddan bagaimanakah pula untuk menanganinya? 4 Menurut International Data Corporation, terdapat 1 juta pengguna Internet di Asia hari ini dan angka itu akan mencapai 42 juta pada tahun 2001. Ini adalah satu perkembangan yang menakjubkan. Walaupun Internet mempunyai pelbagai keistimewaan, ia juga mempunyai kesan sampingan, Bincangkan penyataan ini. 90/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* SULIT* 3 Bahagian C Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. {20] 5 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang menunjukkan perbandingan kuantiti keluaran komoditi pertanian yang dipilih di Malaysia antara tahun 1990 dengan anggaran bagi tahun 2000. “.,.Sungguhpun perkembangan sektor industri berkembang pesat di negara ini sejak kira-kira dua dekad yang lalu, narmun sektor pertanian masih juga diberikan perhatian yang sewajamnya. Ada di antara jenis tanaman itu yang hasilnya mengalami penurunan dan ada yang meningkat. Umpamanya, keluaran getah tahunan dijangka akan merosot sebanyak 277 ribu tan menjelang tahun 2000 daripada 1291 ribu tan pada tahun 1990, Daripada sejumlah 14 277.5 ribu tan keluaran bagi lapan komoditi pertanian yang dipilih bagi tahun 1990, sebanyak 42.69 peratus adalah minyak kelapa sawit mentah dan dianggarkan masih merupakan keluaran komoditi pertanian yang utama pada tahun 2000 kelak. Sementara isirung kelapa sawit pula ialah sebanyak 1844.7 ribu tan, dan dijangka pada tahun 2000 kelak, hasil isirung akan meningkat ke paras 2800 ribu tan atau 13.92 peratus daripada jumlah keluaran pertanian yang dipilih dewasa itu, iaitu sebanyak 20 119.6 ribu tan, Keluaran padi dijangka merosot, iaitu daripada 2016.3 ribu tan pada tahun 1990 kepada 1940 ribu tan, Bagaimanapun keluaran buah-buahan dijangka meningkat, iaitu daripada 10.72 peratus daripada jumlah keluaran pertanian pada tahun 1990 ke paras 16.42 peratus pada tahun 2000. Begitu juga keluaran sektor perikanan, baik daripada laut ataupun temakan ikan air tawar, dijangka meningkat, iaitu daripada 1043.4 ribu tan kepada 1556 ribu tan, Kedua-dua hasil keluaran tanaman koko dan nanas dijangka akan mengalami kemerosotan, iaitu daripada 415.3 ribu tan kepada 347 ribu tan, Dalam pada itu, keluaran lada sulah dan tembakau dianggarkan akan mengalami kemerosotan sebanyak 12.6 ribu tan dengan hanya mencapai jumlah 28.6 ribu tan pada tahun 2000 kelak. Beberapa hasil tanaman yang lain tidak diberikan perkiraan setaraf dalam kiraan ribu tan, Misalnya, bunga-bungaan yang semakin popular sekarang dihitung keluarannya berdasarkan jumlah kuntumnya, Juga tidak dimasuk kira ialah kuantiti temakan, misalnya daging lembu dan temakan ayam dan itik serta keluaran telur dan susu. Keluaran susu dihitung dalam kiraan juta liter, sementara telur pula dikelaskan dalam tiga gred tertentu dan dihitung dari segi jutaan unitnya...” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000, halaman 245) 900/2 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* SULIT* 4 6 Berdasarkan petikan di bawah, sediakan satu graf garis tentang trend syarat perdagangan dan kadar pertukaran negara bagi tahun 1987 hingga 1997. “..Dalam tempoh tahun 1987 hingga tahun 1995, pendapatan hasil eksport Malaysia telah meningkat dengan pesat pada kadar purata 20.2 peratus setiap tahun, Walau bagaimanapun, semenjak tahun 1996 kadar pertumbuhan pendapatan hasil eksport telah menurun kepada 6.3 peratus pada tahun 1996 dan 2.7 peratus pada tahun 1997. Begitu juga semenjak tahun 1987 hingga tahun 1995, keseluruhan indeks harga eksport telah ‘meningkat secara berterusan sebelum merosot pada tahun 1997. Daripada indeks asas 100.0 mata pada tahun 1987, harga eksport meningkat sebanyak 9.3 mata pada tahun berikutnya dan kepada 114.7 mata pada tahun 1989, kemudian meningkat lagi sebanyak 6.5 mata pada tahun 1991 tetapi telah merosot sebanyak 1.9 mata pada tabun 1992, dan pada tahun 1993 indeks harga eksport ‘mencatat kenaikan sebanyak 8.1 mata berbanding dengan tahun sebelumnya, Pada tahun 1995 indeks harga eksport ialah 149.0 mata dan bertambah sebanyak 0.5 mata pada tahun berikutnya, tetapi turun sebanyak 3.2 mata pada tahun 1997. Dalam tempoh tahun 1987 hingga tahun 1995, kadar pertukaran ringgit telah menurun secara berterusan, iaitu daripada indeks kadar pertukaran 100.0 mata pada tahun 1987 kepada 79.1 mata pada tahun 1995, Indeks tersebut telah merosot kepada 90.6 mata pada tahun 1988, turun lagi sebanyak 5.2 mata pada tahun 1989, dan kepada paras 83.9 mata pada tahun 1991. Tetapi pada tahun 1992 kadar pertukaran telah meningkat kepada 87.2 mata sebelum merosot semula kepada 83.8 mata pada tahun 1993. Kadar ini telah meningkat sebanyak 3.4 mata pada tahun 1996 dan terus meningkat menjadi 85.9 mata pada tahun 197, Dalam tempoh yang sama, purata harga import pula adalah secara relatifnya stabil sebagaimana yang terdapat pada indeks harga import pengeluar. Indeks tersebut terus menerus meningkat daripada 100.0 mata pada tahun 1987 kepada 110.9 mata pada tahun 1991 dan meningkat lagi menjadi 115.0 ‘mata pada tahun 1997. Sebenarnya kadar peningkatan indeks harga import ini tidaklah begitu besar — sekadar 15 peratus daripada jumlah terkumpul bagi tempoh itu. Pada tahun 1989 harga import bertambah sebanyak 4.3 mata daripada 104.3 pada tahun 1988. Pada tahun 1992 pula ia jatuh sedikit, aitu sebanyak 0.1 mata, dan meningkat semula pada tahun 1993 sebanyak 1.7 mata. Pada tahun 1995 dan 1996 indeks harga import terus meningkat, masing-masing kepada 113.6 mata dan 113.7 mata, Harga import yang secara relatifinya stabil mencerminkan kadar inflasi yang rendah di kalangan rakan kongsi utama perdagangan negara. Disebabkan oleh indeks harga eksport yang secara relatifnya lebih teguh antara tahun 1987 hingga tahun 1995 berbanding dengan indeks harga import, kecuali pada tahun 1992, maka syarat perdagangan luar telah menyebelahi Malaysia. Indeks syarat perdagangan telah meningkat secara berterusan dalam tempoh tersebut, iaitu daripada 100.0 mata pada tahun 1987 kepada 104.8 mata pada tahun 1988 dan seterusnya bertambah sebanyak 0.9 mata pada tahun 1989. Walaupun syarat perdagangan terus meningkat pada tahun 1991, iaitu kepada 109.3 mata, tetapi ia telah jatuh sebanyak 1.6 mata pada tahun 1992 dan kemudian meningkat semula pada tahun 1993 menjadi 113.2 mata. Pada tahun 1996, syarat perdagangan luar Malaysia hanya meningkat sebanyak 0.4 mata daripada 131.1 mata pada tahun 1995, Pada tahun 1997 pula, syarat perdagangan itu telah menurun sebanyak 4.2 mata apabila harga eksport jatuh sementara indeks harga import pula meningkat. Ini merupakan kali pertama sejak tahun 1992 Malaysia mencatatkan kemerosotan dalam syarat perdagangannya...” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian Kewangan, 1997. Economic Report, 1997/98. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Bhd) 00/2 **Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* SULIT* 5 Bahagian D Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. (20) 7 Berdasarkan data yang dikemukakan dalam jadual di bawah tentang taburan peratusan penduduk ‘yang bekerja mengikut pencapaian pendidikan bagi warganegara Malaysia dan bukan warganegara, (@) huraikan penyertaan dalam tenaga buruh mengikut pencapaian pendidikan bagi warganegara Malaysia, dan (®) bandingkan penyertaan dalam tenaga buruh mengikut pencapaian pendidikan antara ‘warganegara Malaysia dengan bukan warganegara. ‘Taburan peratusan tenaga buruh mengikut pencapaian pendidikan bagi warganegara Malaysia dan bukan warganegara, 1995 Tenaga Buruh Poses Warganegara Malaysia pendidikan pom Seman Melayu putera Cina India Lain- warganegara| —Bukan Jumiah tain Jain Malaysia | wargancgara Tada 56052 44 569 212 87 pendidikan asm Rendah 247-300 269263 380265 499 280 Menengah | 565 404 568 586337543 208 522 Tingss B20 44 99S 72, 81 na Jomlah 1000 100.0 1000 100.0 100.0 1000 100.0 100.0 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 1996. Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Negara, halaman 66) 900/2 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT schingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* SULIT* 6 8 Berdasarkan carta di bawah, terangkan bagaimana kemiskinan di kawasan desa dapat dikurangkan. Tanah yang terhad >| Harga tanah meningkat Perindustrian Penarikan keluar Peningkatan upah lebihan tenaga kerja |_| tenaga kerja pertanian pertanian ¥ Perkembangan pertanian ‘moden F Program membasmi | _-—»{ Peningkatan ketersampaian kepada kemiskinan kerajaan emudahan pendidikan dan kesihatan Pr ¥ - Peningkatan | —+{ Penggunaan input moden dan jentera Paice penduduk desa |__.l Peningkatan/penstabilan harga t Lf Subsidi harga Pengurangan kemiskinan kawasan desa (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Watanabe, T., 1992. Asia: Its Growth and Agony. Hawaii:University of Hawaii Press) 900/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat, SULIT*

You might also like