Budi berasal dari perkataan sanskrit yang bermaksud asas-hikmah. Budi bolehdiibaratkan sebagai pelita yang menyinari jalan yang ditempuhi oleh manusia (R.ParyanaSuryadiputra;1993:176-177). Bukhari al Jauhari menterjemahkan konsep ulul abab yang beliau petik dari Al-Quran, Surah Al Maidah, ayat 100, sebagai“… segala orang yang berbudi…”Zainal Kling(1995) menyatakan bahawa manusia Melayu melihat rupa dan paras jiwa itu berbentuk budi merujuk kepada suatu peribadi yang mengandungi akal dan rasa. Konsep budi melambangkan alam jiwa yang terdapat dalam budidaya yang mewakili sebagaigerak laku fizikal. Budi ialah struktur dalaman Melayu atau batiniah Melayu yangterpancar dari satu hikmah yang tertinggi(Allah). Budi bukan sahaja merangkumi konsepdalaman manusia bahkan meliputi hubungan sosial manusia
(social-relation dansocial-interaction)
mereka.Budi mengandungi gugusan yang bersiratan misalnya akal-budi, hati-budi, budi- bicara, budi-bahasa dan budi-pekerti. Gugusan budi
(budi complex)
pula terbahagikepada dua yang saling berkaitan ibarat isi dengan kulit, luar-dalam, lahir-batin dan jasmani-rohani. Isi, dalam, batin dan rohani merupakan simbol kepada struktur dalaman
(deep structure)
iaitu persoalan tentang akal-budi, hati-budi dan budi-bicara.Kulit, luar,lahir dan jasmani pula melambangkan struktur luaran
(surface structure)
yang meliputi persoalan budi-pekerti dan budi-bahasa. Gugusan budi tersebut dapatdikenalpasti menerusi kehadiran manusia, masyarakat dan budaya. Oleh itu, budimerupakan suatu komponen orientasi nilai disamping keimanan(ketauhidan) yang mana perlaksanaanya tidak boleh terlepas daripada keseluruhan proses interaksi manusiadengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Oleh yang demikian,