Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka raja benuaSiam pun terlalu marah, serta menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; AwiCakri nama panglimanya membawa rakyat terlalu banyak, tiada terpermanai lagi.Maka dipersembahkan orang ke bawah duli Sultan Muzaffar Syah, bahawa rajabenua Siam menyuruhkan hulubalangnya, Awi Cakri namanya, membawa rakyatterlalu banyak tiada terpermanai, berjalan darat serta terus ke hulu Pahang.Maka setelah baginda mendengar khabar itu, maka baginda menyuruhmenghimpunkan segala rakyat di teluk rantau, mudik ke Melaka. Makaberkampunglah sekaliannya ke Melaka; maka Tun Perak pun mudik ke Melakamembawa orang Kelang dengan segala anak bininya sekali. Maka orang Kelang punmasuk mengadap raja, persembahkan segala perihal; demikian sembahnya:“Tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya mengadap dengan lelaki juga,akan patik sekaliannya dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan.”Setelah Sultan Muzaffar Syah mendengar sembah orang Kelang itu, makatitiah baginda pada seorang bentara, Seri Amerta gelarnya, “Jikalau datang TunPerak kelak ke balairung mengadap, katakan oleh Seri Amerta sembah orang Kelangitu; jangan kamu katakan dengan titah kita.”Adapun akan Seri Amerta itu asalnya daripada orang Pasai, Tun Semenderanamanya; sebab ia cerdik, lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara,digelar Seri Amerta. Maka diperbuatkan baginda suatu bangku betul di bawah lututbaginda; di sanalah ia memikul pedang. Ialah yang menyampaikan barang titahraja.Pada suatu hari, maka Tun Perak pun datang mengadap raja, duduk di tanahsama orang yang banyak. Maka kata Seri Amerta pada Tun Perak, “Tuan Tun Perak,segala orang Kelang ini mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, adapun