Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
19Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
-1MALAYSIA-KEMAKMURAN-BERSAMA

-1MALAYSIA-KEMAKMURAN-BERSAMA

Ratings: (0)|Views: 951 |Likes:
Published by Abdul Hafif

More info:

Published by: Abdul Hafif on Apr 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/09/2012

pdf

text

original

 
1MALAYSIA, KEMAKMURAN BERSAMA
Sedutan Ucapan Bajet 2010 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menterimerangkap Menteri Kewangan ketika membentang rang undang-undangperbekalan (2010) di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2009
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undangbertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan WangYang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2010 dan bagi memperuntukkanwang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua.Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah dengan izin dan limpahkurnia-Nya, dapat saya membentangkan Bajet 2010 di Dewan mulia ini.Sesungguhnya bajet ini merupakan bajet sulung saya sejak memegang jawatansebagai Menteri Kewangan.Suka saya memulakan bajet pertama ini dengan membacakan firman Allah SWTdalam surah Al-Zukhruf, ayat ke 32 yang bermaksud:
"Adakah mereka berkuasamembahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu wahai Muhammad? Kami telahmenentukan antara mereka segala keperluan hidup di dunia ini dan Kami juga telahmeninggikan darjat sesetengah mereka melebihi sesetengah yang lain, semuanyaini supaya sebahagian daripada mereka mendapat kemudahan menjalani kehidupandaripada sebahagian yang lain".
Beriktibar daripada ayat itu, sebagai pihak pemerintah yang diberi amanah, kerajaanmemikul tanggungjawab besar untuk memastikan hasil negara dapat dinikmati olehseluruh rakyat secara adil dan saksama.Sekalipun Bajet 2010 ini merupakan bajet terakhir untuk tempoh RancanganMalaysia Kesembilan (RMK-9), tetapi ia amat penting sebagai asas pembentukanmodel ekonomi baru dan pembuka tirai kepada RMK-10.Kini, negara berada di kedudukan kritikal sama ada untuk terus terperangkap dalamkelompok negara berpendapatan sederhana atau memilih untuk melonjak sebagaiekonomi pendapatan tinggi. Lantaran itu, kita perlu menjadi negara pelakuperubahan dan pencipta penyelesaian dalam mengharungi saat-saat palingmencabar iktisad global.Kita telah berjaya melakukan transformasi ekonomi berasaskan
pertanian
kepadaperindustrian. Kini kita akan beranjak kepada satu bentuk model ekonomi baruberasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi.Inovasi merupakan agenda utama negara. Kerajaan akan mentransformasikanMalaysia melalui proses inovasi yang menyeluruh. Merangkumi inovasi tadbir urusdalam sektor awam dan swasta, inovasi dalam kemasyarakatan
(societal innovation),
inovasi bandar, inovasi desa, korporat, industri, pendidikan, penjagaankesihatan, pengangkutan, jaringan keselamatan sosial dan inovasi penjenamaan.Sebahagian daripada proses inovasi ini sedang dilaksanakan melalui pelbagaiprakarsa seperti Gagasan
1Malaysia
, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA),Penunjuk Prestasi Utama (KPI), model ekonomi baru dan pengwujudan PEMUDAH,
1
 
PEMANDU dan NEAC. Kerajaan amat komited dan serius untuk melakukan
total innovation
untuk membawa negara ke tahap ekonomi lebih maju.
InnovativeLeadership for 1United, Innovative Malaysia.
Saya mengambil beberapa langkah penting bagi merangsang ekonomi demimenjamin kesejahteraan rakyat iaitu:
I.
Memperkenalkan Gagasan
1Malaysia
: "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan";II.Meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan dan kewangan;III.Melaksanakan NKRA dan KPI; memansuh garis panduan JawatankuasaPelaburan Asing dan menubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS);IV.Melaksanakan program untuk meringankan beban rakyat termasukProgram Perumahan Rakyat dan infrastruktur luar bandar;
V.
Melancarkan Amanah Saham
1Malaysia
untuk menggalakkanpelaburan dan meningkatkan pendapatan.Saya telah mengumumkan KPI anggota perkhidmatan awam. Ia merupakan langkahbesar yang belum pernah diambil oleh mana-mana negara.Bagi mencapai matlamat KPI dengan lebih berkesan, saya mengumumkan enamNKRA iaitu mengurangkan kadar jenayah; memerangi rasuah; meluaskan akseskepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkat taraf hidup rakyatberpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; sertamenambah baik pengangkutan awam.
PRESTASI EKONOMI
Ekonomi Malaysia merupakan sebuah ekonomi terbuka, di mana jumlah daganganlebih kurang 200 peratus daripada KDNK. Oleh itu, ia terdedah kepadaketidaktentuan perdagangan luar dan aliran modal antarabangsa. Natijah daripadakrisis global, eksport negara merosot sebanyak 23.4 peratus dalam tempoh separuhpertama tahun 2009 berbanding peningkatan 15.5 peratus dalam tempoh yang samatahun lepas. Indeks pengeluaran perindustrian pula merosot kepada 12.7 peratusberbanding peningkatan 3.3 peratus. Manakala, jumlah bersih pelaburan langsungasing berkurangan kepada RM3.6 bilion berbanding RM19.7 bilion bagi tempohsama.Sebagai langkah proaktif, kerajaan telah bertindak pantas dengan melaksanakandua Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM67 bilion. Pakej ini merupakan antarayang terbesar dan komprehensif daripada segi jumlah dan liputan berbandingnegara lain. Pelaksanaannya berjaya mengelakkan negara daripada terjerumus kedalam kemelesetan ekonomi yang lebih teruk. Sehingga 16 Oktober 2009, lebih48,000 projek telah siap dan hampir 40,000 projek sedang dilaksanakan.Alhamdulillah, saya ingin maklumkan, secara keseluruhannya kesemua pelaksanaanpakej rangsangan adalah mengikut jadual.
2
 
Tanda-tanda pemulihan ekonomi telah mula dilihat melalui tindakan proaktif kerajaan. KDNK suku kedua 2009 menguncup dengan lebih perlahan pada kadar negatif 3.9 peratus berbanding suku pertama pada kadar negatif 6.2 peratus.Prestasi baik ini disokong oleh kecergasan sektor pembinaan yang berkembang 2.8peratus pada suku kedua hasil pelaksanaan projek di bawah pakej rangsangan.
Sektor pertanian
dan perkhidmatan mencatat pertumbuhan 0.3 dan 1.6 peratus.Perbelanjaan penggunaan swasta pula kembali meningkat sebanyak 0.5 peratusberikutan bertambahnya keyakinan sektor isi rumah dan sentimen pasaran buruhyang lebih baik.Seperti yang diunjurkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF pada 1Oktober, ekonomi dunia tahun 2009 menguncup pada kadar lebih rendah iaitunegatif 1.1 peratus berbanding negatif 1.4 peratus semasa anggaran dibuat padaJulai tahun ini. Bagi tahun 2010 pula, ekonomi dunia dijangka kembali berkembangpada kadar 3.1 peratus. Perdagangan dunia pula, dijangka mencatat negatif 11.9peratus pada 2009 dan kembali pulih 2.5 peratus pada 2010. Mengambil kiraperkembangan ekonomi dan perdagangan dunia serta persekitaran ekonomidomestik yang lebih baik, KDNK bagi 2009 diunjurkan negatif 3 peratus - lebih baikdaripada anggaran awal antara negatif 4 hingga negatif 5 peratus pada 28 Mei 2009.Menjelang tahun depan, ekonomi negara dijangka kembali pulih dan cergas. Bagitahun 2010, ekonomi dijangka berkembang kepada 2 hingga 3 peratus. Semuasektor ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan positif iaitu sektor perlombongan1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus,
pertanian
2.5 peratus dan pembinaan 3.2peratus. Sektor perkhidmatan kekal menjadi penggerak utama, berkembang 3.6peratus. Pertumbuhan ekonomi ini juga didorong oleh penggunaan swasta 2.9peratus dan pelaburan swasta yang kembali pulih 3.4 peratus.Di samping itu, peningkatan semula eksport sebanyak 3.5 peratus, dianggar turutmenyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kadar inflasi kekal rendahantara 1.5 hingga 2.5 peratus. Kadar pengangguran rendah di bawah 4 peratus.Pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661. Pendapatandaripada segi pariti kuasa beli meningkat kepada AS$13,177.
STRATEGI BAJET 2010
Bajet 2010 akan menjadi asas kepada pembentukan model ekonomi baru danpenggubalan RMK-10. Selaras dengan Gagasan
1Malaysia
, fokus
Bajet kali iniakan mendahulukan kesejahteraan rakyat dan mengutamakan pencapaianmatlamat NKRA. Bajet ini juga memberi penekanan kepada usaha melonjakkanperanan sektor swasta sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi,membangunkan modal insan berkemahiran tinggi dan meningkatkankecekapan perkhidmatan awam.
Bertemakan
"1MALAYSIA, KEMAKMURANBERSAMA"
Bajet ini bertumpu kepada 3 strategi berikut:
Pertama:
Memacu Negara ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi;
Kedua:
Memastikan Pembangunan Holistik Dan Mapan; dan
Ketiga:
Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat.
3

Activity (19)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Aduni Che Hashim liked this
prajamanickam_1 liked this
matkronik liked this
mohd8118 liked this
gdacomey liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->