You are on page 1of 3

Refleksi Festival Permainan Tradisional 2011

Pada 1 Mac 2011, saya dan rakan-rakan dipertanggungjawabkan oleh Puan


Amy Wong On Mei untuk menganjurkan Festival Permainan Tradisional(Feptra) yang
diadakan di M-Square dan dataran Tai-Chi. Persediaan dilakukan sebaiknya dan
semua ahli kelas menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Saya
berbincang dan membuat persediaan awal bersama AJK-AJK lain bagi memastikan
Festival berjalan lancar. Setelah berbincang, kami bersetuju untuk memilih permainan
sepak raga, ketinting dan congkak. Bagi memeriahkan Festival pada hari tersebut, kami
sebulat suara untuk mengadakan permainan Tarik Upih sebagai acara kemuncak
Festival. Pengerusi Festival Permainan Tradisional ini ialah Muhammad Ridwan bin
Sulong. Saya pula ditugaskan sebagai AJK perasmian, Ketua Senam Aerobik dan AJK
permainan Ketinting.

Bagi persediaan sebelum festival, saya dapat lihat bahawa ada beberapa
kebaikan, kelemahan dan penambahbaikan. Kebaikan yang saya lihat ialah kami
semua dapat bekerjasama untuk menjayakan festival ini. Kami semua sanggup
bersengkang mata untuk menghias kawasan permainan dan membuat persediaan
sebelum festival. Saya dan beberapa rakan yang lain berlatih senaman aerobik dan
cuba mengubahsuai supaya senaman ini dillakukan dengan tempoh masa yang singkat
dan menarik. Bagi acara perasmian, Saya dan saudari Fhadzilah bersetuju untuk
melaksanakan upacara perasmian iaitu gimik perasmian. Saya baru sedar bahawa
untuk merancang upacara perasmian dengan baik bukannya senang. Ianya
memerlukan persediaan yang rapi dan kreativiti. Kelemahan yang dapat dilihat ialah,
kami sukar untuk mencari tarikh yang sesuai untuk festival ini. Walaupun begitu,
akhirnya kami dapat mencari tarikh yang sesuai. Penambahbaikan yang perlu kami
lakukan ialah tugas bagi setiap ahli kelas perlulah jelas kerana terdapat beberapa
kekeliruan dan masalah. Namun semua masalah itu dapat kami atasi.

Festival bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 2.15 petang. Peserta
terdiri daripada pelajar PPISMP semester 2 iaitu kelas TESL 1, TESL 2 dan Tesl 3.
Saya berasa kagum dan memuji mereka kerana hampir kesemuanya datang awal dan
tepat masanya untuk pendaftaran. Inilah bakal guru yang diharapkan pada masa akan
datang. Seterusnya majlis dimulakan dengan majlis perasmian yang dipengerusikan
oleh saudari Nur Fhadzilah binti Maharuddin dan dirasmikan oleh Tuan Haji Shamsudin
bin Abd Rahman. Gimik perasmian dilakukan selepas ucapan perasmian oleh Tuan Haji
Shamsudin. Saya sungguh berpuas hati dengan gimik ini kerana ianya menarik dan
ringkas. Selepas itu, saya mengetuai acara senaman aerobik. Pada mulanya peserta
kelihatan malu dan segan untuk mengikutinya, namun mereka dapat mengkutinya
dengan baik selepas itu. Saya rasa gembira dan berpuas hati kerana ini kali pertama
saya mengetua sesi senaman aerobik. Walaupun saya tidak dapat lakukan dengan
baik, namun ianya permulaan bagi saya untuk meneruskan senaman aerobik ini.

Seterusnya kami memulakan acara permainan tradisonal dengan sesi taklimat


ringkas. Sebenarnya pada malam sebelum festival, Saya bersama ketua permainan lain
telah memberikan taklimat kepada peserta di gelanggara. Oleh yang demikan, mereka
telah memahami serba sedikit permainan yang dijalankan. Permainan bermula dengan
begitu meriah dan para peserta amat gembira bermain permainan ini. Ada yang sudah
pakar dan ada yang tidak pernah bermain selama ini. Namun, itu bukan menjadi ukuran
tetapi sikap kerjasama dan toleransi yang amat dititikberatkan. Saya amat berbangga
kerana mereka yang pakar dalam permainan ini membantu dan memberi tunjuk ajar
kepada rakan-rakan. Hal ini dapat mengikis sikap mementingkan diri dan membantu
menaikkkan jati diri masing-masing. Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu dapat
dijalankan dengan meriah. Mereka semua dapat menimba pengalaman bermain tarik
upih kerana sudah pasti ramai yang tidah berpeluang bermain sebelum ini. Ini menjadi
kesempatan yang baik buat mereka. Saya dapat lihat riak wajah gembira mereka
walaupun mereka tampak keletihan. Bukan itu sahaja, cuaca yang panas tidak
melentur semangat mereka. Keadaan ini amat baik kerana memberi pendedahan
kepada mereka untuk menempuh suka duka sebagai seorang guru. Perkara yang amat
penting ialah kami dapat mengeratkan ikatan persaudaraan di antara kami walaupun
sebelum ini tidah pernah bertegur sapa. Karnival ini dapat merapatkan jurang antara
kami dan sudah pasti ikatan ini berkekalan.
Kesimpulannya, karnival ini begitu memberi impak kepada saya dan rakan-rakan
lain terutamanya dalam mengurus dan melaksanakan program yang melibatkan
penglibatan ramai peserta. Selain itu, ia dapat memupuk kerjasama antara kami
walaupun pelbagai masalah yang perlu kami harungi. Penghargaan dan pujian harus
diberikan kepada peserta kerana memberi kerjasama dan penglibatan yang baik serta
memeriahkan festival ini. Tidak dilupakan pensyarah pembimbing kami yang banyak
member tunjuk ajar dan nasibat bagi memastikan kami dapat belajar dan terus belajar
menjadi guru yang disegani pada masa akan datang.

Disediakan oleh :

Muhammad Hakim Bin Mohd Noor Azlan

890928085441

S1 T3 MT3

You might also like