Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
9Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Doktor muda

Doktor muda

Ratings: (0)|Views: 1,444|Likes:
Published by Rahimi Sarif

More info:

Published by: Rahimi Sarif on Apr 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

05/18/2013

pdf

text

original

 
1.0Latar belakang program doktor mudaDoktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatihsebagai
Pembimbing Rakan Sebaya
, yang bertindak sebagai pemangkin kepadaperubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan merekamenjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting.Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifatkepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalamakademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.
2.0
Sejarah program doktor mudaProgram Doktor Muda mula dilaksanakan padatahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Sri Biram,Pekan,Pahang. Bermula dari sini, program initelah berkembang dari tahun ke tahun denganbertambahnya bilangan sekolah yangmelaksanakannya.Program ini kemudiannya bertapak di negeriKelantan apabila Sekolah Kebangsaan TanahMerah 1 mula melaksanakannya pada tahun 1991.
 
Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysiatelah menjadikan Program Doktor Muda ini sebagai salah satu program promosikesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan, penyelarasan danpelaksanaan program ini ke seluruh negara dilaksanakan secara bersama denganBahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.Sehingga tahun 2004, hanya negeri-negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka,Kedah dan Selangor melaksanakan program doktor muda di sekolah rendah. Sebanyak347 buah sekolah rendah di negeri-negeri berkenaan terlibat melaksanakan programdoktor muda.Walau bagaimanapun, bermula tahun 2006, semua negeri termasuk WilayahPersekutuan Kuala Lumpur telah melaksanakan program doktor muda denganmelibatkan sebanyak 735 buah sekolah.Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagaiKelab Doktor Muda.Penerimaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti kokurikulum merupakan satupengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada program ini, yang sememangnyatelah terbukti membawa faedah dan kebaikan kepada murid sekolah.Pada Disember 2007, sejumlah 826 buah sekolah telah melaksanakan program Doktor Muda dengan penglibatan seramai 21,907 orang Doktor Muda.
3.0
Pengasas program doktor muda
 
Pelaksanaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti promosi kesihatan di peringkatsekolah rendahmerupakan hasil cetusan idea Tuan Haji Abdul Jabar bin Ahmad,Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.Pada tahun 1989, semasa menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan(Penyelidikan dan Pembangunan) di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, beliau telahmemperkenalkan Program Doktor Muda di Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pekan,Pahang.Program ini terus diperkembangkan ke sekolah-sekolah rendah seluruh negeri Kelantanapabila beliau ditukarkan ke Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan (Perkhidmatan) pada tahun 1989 hingga 1994.Program Doktor Muda ternyatamembawa banyak manfaat kepadamurid dan sekolah. Justeru programini dari tahun ke tahun telahberkembang ke seluruh negara. PadaMei 2006, Kementerian PelajaranMalaysia telah menerima program inisebagai aktiviti kokurikulumdi sekolahrendah dan dikenali sebagai KelabDoktor Muda.Berpegang kepada prinsip bahawa
membentuk tabiat kesihatan yang baik di peringkat kanak-kanak adalah lebih mudah daripada menukar tabiat kesihatan yang buruk di  peringkat dewasa
, Tuan Haji Abdul Jabar sentiasa menyumbangkan idea bagimemastikan program ini terus berjaya dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah.Atas jasa dan komitmen terhadap program Doktor Muda, Tuan Haji Abdul Jabar binAhmad telah dikurniakan Anugerah Tokoh Penggerak Doktor Muda pada KonvensyenDoktor Muda Peringkat Kebangsaan Kali Kedua tahun 2006.

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Krishaalini Gunasegaran added this note|
very nice
Rashina Hashim liked this
Ganesan Samugam liked this
Apix Fara liked this
Nur Kamilia added this note|
I LIKE IT :d
NOOR AZNI liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->