Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
HIKAYAT Anggun Cik Tunggal

HIKAYAT Anggun Cik Tunggal

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 553 |Likes:

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: andi nur aqilah binti a.karim on Apr 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/13/2012

pdf

text

original

 
HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL´
 
(DIUBAHSUAIKAN OLEH HIZAIRI OTHMAN)
 Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)
Sinopsis
 
Kapal milik Raja Anggun Cik Tunggal bernama Dendang Panjang sedang berlabuh. Tiba-tiba sebuahlancang kuning berlabuh betul-betul di hadapannya. Bujang Selamat bertanya kepada pemiliklancang kuning mengapa berlabuh secara melulu. Si Kembang Cina yang berada dalam lancangkuning dengan beraninya menerangkan hajat nakhodanya.Raja Anggun Cik Tunggal yang tercabar dengan kelancangan Si Kembang Cina telahmengisytiharkan perang terhadap kebiadaban nakhoda lancang kuning iaitu Nakhoda Ragam.Berlakulah tembak menembak di antara Raja Anggun Cik Tunggal dengan Nakhoda Ragam (TuanPuteri). Dalam insiden itu, Tuan Puteri nyaris-nyaris terkorban akibat tembakan Raja Anggun CikTunggal yang langsung tidak usul periksa. Dalam keadaan yang terdesak itu, Tuan Puteri menyalinpakaiannya dan menunjukkan identitinya yang sebenar iaitu Tuan Puteri Gondan Ganariah iaitutunangan Raja Anggun Cik Tunggal. Hal ini menyebabkan Raja Anggun Cik Tunggal tekejut dan malulalu lari ke biliknya sambil berselubung.
 
Tunangannya, Tuan Puteri Gondan Gandariah pun menyatakan rasa terkilannya atastindakan Raja Anggun Cik Tunggal tadi. Baginda merajuk dan berasa seperti dirinya telah dilupakanRaja Anggun Cik Tunggal. Berlakulah pujuk-memujuk yang akhirnya melembutkan hati Tuan Puteri.Tuan Puteri kemudiannya meminta kebenaran untuk belayar pulang. Setelah tiga hari tiga malam,kapal Seludang Mayang berlabuh di pelabuhan negeri Tiku Benua lalu disambut dengan bedilanmeriam. Sesampai di istana, Tuan Puteri menyembah salam dan menyampaikan perkhabarankepada ayahandanya,Raja Laksamana tentang pertemuannya dengan Raja Anggun Cik Tunggal. 
Tema
 
Sikap terburu-buru dan tidak usul periksa yang membawa salah faham. Dalam hal ini, Raja AnggunCik Tunggal berperang dengan tunangnya, Tuan Puteri Gondan Ganariah kerana tidak tahu kapallancing kuning itu milik tunangnya.
 
Persoalan
 
1
.
 
Persoalan perasaan kasih sayang sesama manusia.Tuan Puteri yang sanggup belayar untuk bertemu dengan tunangannya, Raja Anggun CikTunggal.
 
2.
 
Persoalan keberanian menegakkan keadilan.Tuan Puteri yang membalas serangan Raja Anggun Cik Tunggal.3.
 
Persoalan keperluan memujuk setelah melakukan kesilapan dalam sesuatu tindakan.Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Ganariah setelah menyedarikesilapannya yang menyerang lancang kuning milik tunangannya.
 
Watak da
n
Perwataka
n
 
W
atak Utama
 
Raja Anggun Cik Tunggal
 

 
Terburu-buru dalam tindakan kerana menyerang kapal Nakhoda Ragam tanpa soal siasatyang mendalam.

 
Pandai memujuk orang lain. Baginda memujuk tunangnya,Tuan Puteri Gondan Gandariahyang jauh hati akibat insiden membedil yang hampir meragut nyawa.
 

 
Begitu sayang akan Tuan Puteri Gondan Ganariah.
 

 
Tunangan kepada Tuan Puteri Gondan Ganariah. 
W
atak Sampingan
 
 
Tuan Puteri Gondan Gandariah
 
 
Nakhoda lancang kuning yang dibedil.

 
Menggunakan beberapa nama lain seperti Tuan Puteri Nakhoda Ragam.

 
Berani kerana sanggup bertembak-tembakan dengan Raja Anggun Cik Tunggal dan hampiterkorban.

 
Puteri kepada Raja Laksamana

 
Baginda merupakan tunangan kepada Raja Anggun Cik Tunggal.

 
Bijak menggunakan senjata walaupun seorang wanita, buktinya dia melepaskan tembakanyang hampir mengenai Raja Anggun Cik Tunggal.

 
Seorang yang mudah jauh hati atau merajuk.

 
Bersifat lembut hati dan mudah dipujuk walaupun telah melalui insiden yang berbahaya.
 
Raja Laksamana
 
 Ayahanda kepada Tuan Puteri Gondan Gandariah.
 
Pemerintah negeri Tiku Benua.
 
Si Kembang Cina
 
O
rang suruhan dalam kapal Seludang Mayang milik Tuan Puteri Gondan Gandariah.
 
Y
akin, buktinya menjawab tujuan lancing kuning milik nakhodanya dengan berani kepadaBujang Selamat.
 
L
atar
 
Latar Tempat
 
 
Di atas kapal Dendang Panjang.Di sini Raja Anggun Cik Tunggal bergurau dengan Tuan Puteri Intan Dikarang. Di sini jugaberlaku peristiwa tembak menembak yang membuta tuli dan hampir-hampir meragut nyawaRaja Anggun Cik Tunggal dan Tuan Puteri Gondan Gandariah.
 
Di atas kapal Seludang Mayang.Kapal ini milik Tuan Puteri Gondan Gandariah. Di sini berlakunya peristiwa tembak menembakyang hampir mengorbankan Tuan Puteri Gondan Gandariah.
 
 
Di pelabuhan.Di situlah kapal Dendang Panjang dan Seludang Mayang berlabuh secara bertentangan.
 
Negeri Tiku Benua.Merupakan negeri asal Tuan Puteri Gondan Gandariah. Rajanya bernama Raja Laksamana.Lancang kuning Seludang Mayang belayar menuju ke negeri ini selepas Tuan Puteri GondanGandariah berjaya dipujuk oleh Raja Anggun Cik Tunggal.
 
 
Negeri Bandan.Negeri ini merupakan tempat yang ingin ditujui oleh kapal Seludang Mayang milik Tuan PuteriGondan Gandariah.
Latar Masa
 
 
Tiga hari tiga malam.Tempoh masa ini diambil oleh Seludang Mayang untuk belayar balik ke negeri Tiku Benua. 
Latar Masyarakat
 
 
Latar masyarakatnya mementingkan budi bahasa.Sebagai contoh, Bujang Selamat bertanyakan pemilik lancang kuning mengapa berlabuhsecara bertentangan dengan kapal Dendang Panjang.
 
 
Latar masyarakat yang memiliki keberanian.Si Kembang Cina berani menjawab panggilan Bujang Selamat walaupun dia seorang wanita.
 
Latar masyarakatnya yang terlalu mudah dicabar.Raja Anggun Cik Tunggal mudah tercabar apabila Si Kembang Cina sambil bercekak pinggangberani menjawab pertanyaan Bujang Selamat.
 
Latar masyarakatnya yang pandai memujuk.Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah yang jauh hati selepaskejadian tembak-menembak. Baginda berupaya meyakinkan Tuan Puteri Agar tidak meragukankasih sayangnya.
 
 
Latar masyarakatnya yang kurang usul periksa.Hal ini ditunjukkan oleh sikap Raja Anggun Cik Tunggal yang terus saja menyerang SeludangMayang dengan tidak usul periksa apakah niat dan tujuannya berlabuh di hadapan DendangPanjang miliknya.
 
 
Latar masyarakat yang tidak mahu beralah.Hal ini berlaku kepada Raja Anggun Cik Tunggal yang langsung tidak mahu beralah dalamperistiwa tembak-menembak walaupun dengan tunangannya sendiri.
 
Gaya Bahasa
 
1
.
 
Bahasa istana
 
Patik, murka, peraduannya, beta
 
2.
 
Simile
B
agai ikan di luar belat 
 
3.
 
Peribahasa
endah diri 
 
4
.
 
Bahasa Arab
 
 A
llah, Insya-
 A
llah
 
5
.
 
Kata ganda
 
Panji-panji, berbalas-balas
 
6
.
 
Inversi
 
G
embiranya hati Tuan Puteri 
 
N
il
a
i
 
1
.
 
Nilai kasih sayang
 
Sebagai contoh Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah keranabaginda sayangkan tunangnya itu walaupun berlaku salah faham dan tembak-menembak sebelumitu.
 
2.
 
Nilai kepatuhan
 
Bujang Selamat patuh pada arahan Raja Anggun Cik Tunggal supaya memeriksa kapal yangberlabuh di hadapan kapal mereka.3.
 
Nilai berani
 
Hal ini ditunjukkan oleh Si Kembang Cina yang sambil bercekak pinggang membalas pertanyaanBujang Selamat yang dianggapnya mencabar.
 
4
.
 
NIlai ketabahan
 
Contoh, Tuan Puteri Gondan Gandariah tetap tabah berhadapan dengan Raja Anggun CikTunggal walaupun nyaris terkorban.
 
Pe
ng
ajara
n
 
1
.
 
Kita hendaklah memeriksa sesuatu perkara dengan teliti sebelum mengambil tindakan.
 

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Oman Komaruzaman liked this
Magdalena Lee II liked this
wahyu nurudin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->