You are on page 1of 2

REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Bersyukur ke hadrat Illahi berakhir juga program pengalaman berasaskan sekolah bagi

sesi 3 pada semester 3 ini. Kali ini saya memilih SK Jerlun bagi melaksanakan tugasan

kerja kursus. Pada semester ini, tugasan kerja kursus diberikan mengikut subjek minor

masing-masing iatu subjek Pendidikan Keselamatan. Tugasan ini memerlukan saya

memerhati dan melihat aspek-aspek keselamatan di sekolah sama ada sekolah

tersebut megikut piawaian yang dikehendaki dalam aspek keselamatan.

SK Jerlun merupakan sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang sedikit iatu

seramai 480 bilangan murid sahaja. Setiap darjah hanya mempunyai 2 kelas sahaja.

Selain itu, SK Jerlun mempunyai satu bangunan yang menempatkan murid-murid pra

sekolah iatu seramai 40 orang. Pencapaian SK Jerlun dalam bidang akademik juga

amat memuaskan bagi sekolah di luar bandar kerana seramai 3 orang pelajar Berjaya

mendapat 5 A dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dalam

bidang ko kurikulum, SK Jerlun berjaya memperolehi tempat ketiga dalam pertandingan

bola sepak peringkat PKG Ayer Hitam.

Berdasarkan pemerhatian selama lima hari di SK Jerlun, saya dapati sekolah ini

mengikuti langkah-langkah keselamatan yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia. Sekolah ini juga dilengkapi dengan alat pemadam api kecil (APAK) yang

diletakkan di tempat-tempat yang berkemungkinan berlakunya kebakaran. Selain itu,

saya dapat lihat plan-plan kecemasan dilekatkan di setiap kelas dan ditepi koridor juga

terdapat lambing anak panah menunjukkan laluan sekiranya berlaku kecemasan atau

kebakaran. Ini dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan sekiranya kebakaran berlaku.


Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang saya perhatikan sewaktu berada di

SK Jerlun ini iatu tiada papan tanda amaran di tempat pembinaan. Pada waktu rehat,

kebanyakan murid-murid berkeliaran dan berlari-lari di sekitar tapak pembinaan

tersebut. Ini mengundang bahaya kerana disitu terdapat pelbagai alatan yang mampu

mendatangkan kecederaan sekiranya terjatuh atau terpijak sesuatu. Seterusnya,

terdapat alat pemadam api kecil (APAK) yang tidak diselenggarakan atau sudah habis

isi di dalamnya. Pihak sekolah mengambil sikap sambil lewa dengan membiarkan alat

pemadam api ini tidak diselenggarakan dengan alasan mungkin tiada kecemasan yang

akan berlaku. Tetapi sekiranya kebakaran berlaku, alat pemadam api kecil (APAK) ini

dapat membantu untuk memadam atau mengawal api yang sedang merebak.

Akhir kata, pengalaman melaksanakan program Pengalaman Berasaskan Sekolah

(PBS) di SK Jerlun memberi seribu kenangan yang tidak dapat saya lupakan kerana ia

dapat membantu saya dari segi mental dan fizikal dalam melaksanakan tugasan

sebagai guru kelak nanti.

You might also like