You are on page 1of 5

SETIAP HARI KITA MENGHASILKAN 15,000 TAN SAMPAH, TETAPI KITA SEMAKIN

KESEMPITAN RUANG UNTUK MENAMPUNGNYA.


Kita biasanya tidak memirkirkan di manakah sampah sarap kita dibuang atau apakah yang terjadi kepadanya
sebaik sahaja ia dipungut. Hakikatnya lori sampah tidak dapat menghapuskannya begitu sahaja. Ia biasanya
akan diangkut ke tapak pelupusan sampah.
Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Di masa yang sama kita terpaksa menghabiskan jutaan
ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang
pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu isu keselamatan yang berkaitan.
Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang. Jadikan amalan
mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita.

APA ITU KITAR SEMULA?


Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang
pernah dianggap sebagai sampah.

KENAPA KITAR SEMULA?


Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah
di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah
ynag dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat
laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.

- Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan
haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang
dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

- Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran


Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu
punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar
seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

- Kitar semula untuk menjimatkan kos


Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara
tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang
perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan
sampah akan dikurangkan.

- Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita


Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia
mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi
menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan lain untuk industri pengeluaran yang
lain.

- Kitar semula untuk menjimatkan tenaga


Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang
digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru
sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

- Kitar semula untuk menyelamatkan hutan


Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan
mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-
paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.

Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula.

Kami ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia tentang kepentingan kitar semula dalam kehidupan kita.
Mempelajari tentang kitar semula dan mempraktikkanya adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, kami ingin
menggesa seluruh rakyat Malaysia supaya mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian kerana masa
depan terletak di tangan kita sendiri

Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semula. Item-item tersebut adalah
plastik, kertas, aluminium dan kaca.

     

Semua jenis kaca   Semua jenis barang yang   Semua jenis kertas sama   Beg-beg membeli belah
termasuklah botol minuman, diperbuat daripada ada yang berwarna plastik, beg plastik dari
bekas makanan, botol aluminium seperti tin-tin ataupun yang tidak supermarkat, botol
vitamin dan bekas kosmetik. minuman boleh dikitar berwarna, seperti minuman plastik, botol air
semula. suratkhabar lama, mineral dan bekas
Semua jenis kaca ini majalah lama, buku, makanan yang diperbuat
mestilah diletakkan di dalam Ia juga mestilah katalog, risalah, daripada plastik boleh
tong yang berwarna dimasukkan ke dalam kalendar, kad, sampul diproses untuk dikitar
COKLAT tong yang berwarna surat dan kotak boleh semula.
JINGGA dikitar semula.
Semua jenis plastik ini
Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke
mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna
dalam tong yang JINGGA.
berwarna BIRU.
CARA DAN TEMPAT UNTUK KITAR SEMULA

Syarikat pengutip bahan kitar semula

Anda cuma perlu mengasingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula daripada sampah-sarap dari
tempat kediaman atau premis perniagaan atau pejabat anda. Kemudian, hubungilah syarikat
pengutip bahan kitar semula. Anda juga boleh menghubungi Unit Kesihatan Awam Majlis
Perbandaran Sandakan untuk mendapatkan bantuan. Nombor-nombor yang boleh anda hubungi
adalah seperti yang berikut:-

 089-228259 [Unit Kesihatan Awam; u.p En. Mohd Shah]


 089-224625, 013-8924625 [City Express, u.p.: En. Joseph]

Tong kitar semula

Masukkan bahan kitar semula ke dalam tong kitar semula mengikut kod warna yang bersesuai. Tong-
tong ini boleh didapati di sekolah-sekolah dan beberapa bangunan kerajaan. Kemudahan ini
disediakan untuk menampung bahan kitar semula dalam jumlah yang kecil hingga sederhana sahaja.

Pusat kutipan

Bahan kitar semula yang lebih banyak dan lebih besar perlu dihantar ke pusat-pusat ini. Pada masa
ini terdapat lima pusat kutipan yang masing-masing terletak di Bandar Nam Tung (sebelah
gelanggang bola keranjang), Bandar Pasar Raya (hadapan Supermarket Servey), Taman Indah Jaya
(sebelah Supermarket Happymart), Taman Fajar (hadapan gerai Fajar) dan si Bandar Sibuga Jaya
(hadapan Pasar Sibuga Jaya).

CARA MEMULAKAN KEMPEN KITAR SEMULA DI RUMAH DAN DI PEJABAT

Ubah cara anda membuang sampah

Jangan buang segala-galanya ke dalam tong sampah yang sama. Asingkan bahan boleh dikitar
semula daripada sampah-sarap yang lain. Ambil sedikit usaha untuk mengasingkan kertas, plastik,
tin aluminium, tin keluli dan barangan kaca.

Amalkan sistem yang mudah

Amalkan sistem yang mudah diikuti dan lakukannya berterusan. Sediakan tong atau beg di tempat-
tempat yang strategik di rumah atau pejabat. Tong atau beg ini digunakan untuk menyimpan bahan
kitar semula.

Pilihan bekas

Anda boleh gunakan sebarang jenis tong atau beg. Contohnya: kotak kadbod, kotak kayu, bakul
plastik dan rotan, tong sampah berpenutup, beg plastik, sarung guni, beg sampah plastik, dll.

Libatkan ahli keluarga dan rakan sekerja

Amalan ini menjadi lebih mudah jika setiap orang komited untuk mengitar semula.

Pastikan ia ringkas

Tabiat lama memang sukar dikikis, tetapi boleh diubah secara beransur-ansur. Yang penting jangan
beria-ia sangat dan jangan guna paksaan. Amalkan konsep kitar semula selangkah demi selangkah.
Tunjukkan kesungguhan anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi sebahagian
hidup anda.

S etiap hari kita membuang sampah dan sampah ini akan dilupuskan oleh pihak yang

berkuasa untuk memastikan kebersihan terus terjaga. Kos untuk melupuskan sampah ini pula
mencecah berjuta-juta ringgit Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang oleh orangramai akan terus
meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh. Dalam sehari kita menghasilkan
lebih daripada 16,000 tan sampah setiap hari.

Kita boleh membantu mengurangkan jumlah sampah yang dibuang dengan


melakukan kitar semula. Sebelum boleh melakukan kitar semula, kita perlu tahu jenis sampah yang
boleh dikitar semula. Sampah kitar semula boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu kaca, plastik, kertas
dan aluminium. Setelah diasingkan sampah ini boleh di hantar ke pusat kitar semula atau ke pusat
pungutan atau dimasukkan ke dalam tong sampah khas kitar semula.

Semua bekas kaca yang berwarna atau jernih termasuk botol minuman, bekas makanan, botol
vitamin, bekas alat solek dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan kaca perlu dimasukkan
ke dalam tong kitar semula berwarna coklat. Manakala semua jenis tin aluminium dan besi seperti
tin minuman dan tin makanan juga boleh dikitar semula. Barangan berasaskan kaca ini perlu
dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna oren.

Semua kertas yang berwarna dan tidak berwarna seperti suratkhabar, majalah, buku, panduan
telefon, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat, kotak dan seumpamanya boleh dikitar semula.
Tong kitar semula berwarna biru hendaklah digunakan untuk semua jenis kertas. Begitu juga semua
plastik yang berwarna atau tidak berwarna seperti beg membeli-belah, beg pasaraya, botol minuman,
botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun, bekas vitamin dan seumpamanya boleh dikitar
semula. Barangan berasaskan plastik perlu dimasukkan ke tong kitar semula berwarna oren.

Kitar semula akan mengurangkan jumlah barangan buangan dan ini akan mengurangkan keperluan
serta jangka hayat tapak pelupusan sampah. Pencemaran juga dapat dikurangkan dan
menyelamatkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Dari segi jangkamasa panjang kitar semula
lebih murah daripada penyelenggaraan tapak atau sistem pelupusan sampah yang lain. Paling
penting kitar semula meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup kita.

Oleh itu fikir dahulu sebelum membuang sampah. Segalanya perlu bermula dari rumah dan diri kita.

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan
yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan
mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari
pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran
gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.[1][2] Kitar semula
adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi
"Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil,
dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan
buanagn biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak
dianggap kitar semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak
pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi
bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi
bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas
pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.
Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan
menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu
kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula
bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah
salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh,
plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat
beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).

Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran
mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali
menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya,
pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan
penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses
pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran
merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang
dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar
beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong
kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong
kepada pertikaian

You might also like