You are on page 1of 3

a.

‘Experiential Learning’
 
Murid-murid belajar melalui pengalaman di mana mereka didedahkan dengan
aktiviti-aktiviti Sains yang sesuai dengan keupayaan mereka bagi meneroka sendiri
alam Sains. Melalui ‘Experiential Learning’ murid-murid berupaya mengalami sendiri
dan seterusnya meningkatkan keupayaan berfikir dan membuat keputusan yang
rasional berdasarkan apa yang dialami. Antara contoh pembelajaran melalui
pengalaman ialah membuat aktiviti-aktiviti di tempat yang sebenar. Contohnya
aktiviti “hands-on” atau penjelajahan aktif (active exploration) serta kerja lapangan
(field trips).
 
Contoh aktiviti:
 
Aktiviti  Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah
 
Tahun : 5
 
Tema : Menyiasat Alam Kehidupan
 
Topik : Pembiakan Tumbuhan
 
Sumber P & P : Carta Kitaran Hidup Tumbuhan
 
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari  pembiakan haiwan.
 
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pelajaran, murid dapat:
a)     Menyatakan dengan betul cara bagaimana tumbuhan membiak
Strategi P & P : Pembelajaran berasaskan pengalaman
 
Prosedur aktiviti:
a)    Guru mengenal pasti tempat-tempat yang sesuai untuk dijadikan kerja
lapangan di kawasan / persekitaran sekolah
b)    Guru menyediakan lembaran kerja untuk murid menjawab semasa kerja
lapangan seperti lembaran kerja A.
c)    Guru membawa  murid melawat kawasan sekolah untuk mengenal pasti cara-
cara tumbuhan membiak seperti bryophyllum, Begonia, pokok jagung, pokok betik,
pokok rambutan, pokok pisang, bunga, mengkuang, kangkong, tebu, paku pakis,
pokok ubi kayu, bunga seri pagi, lalang, rumput, love grass, ubi keladi, ubi keledek
dll.
d)    Murid menjawab lembaran kerja selepas perbincangan seperti berikut:
i)              Apakah nama tumbuhan ini? ( Guru mengambil gambar digital)
ii)             Sekiranya kita mahu menanam tumbuhan ini apa yang kita gunakan?
(Guru mengambil gambar  bahagian yang menjadi bahan pembiakan)
e)    Selepas balik ke bilik darjah guru menyemak jawapan bersama murid.
(Sekiranya ada LCD, guru boleh mengimbas kembali  gambar-gambar yang diambil
untuk pengukuhan)
f)     Guru membuat rumusan terhadap pelajaran.
 
LEMBARAN KERJA
Nama :                       
Kelas :                                                                                     Tarikh:
 
 
Bilangan
Cara pembiakan tumbuhan
Contoh-contoh
 
1
Menghasilkan biji benih
a)   pokok durian
b)
c)
 
2
Membiak dengan daun
 
 
a)   Bryophillum
b)    
 
3
Menggunakan  keratan batang
 
 
 
a)   Tebu
b)    
 
 
4
Menggunakan spora
 
 
 
a)  Paku –pakis
b)   
 
5
Menggunakan sulur/anak pokok
 
 
 
a)  Pokok pisang
b)   
 
6
Menggunakan batang rayap
 
 
a)  Rumput
b)   
 
7
Menggunakan batang bawah tanah
 
 
 
a)  Halia
b)

You might also like