You are on page 1of 55

1.

0 Pendahuluan

Keusahawanan merupakan bidang strategik yang sentiasa menjadi perhatian


dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Bagi umat Islam, keusahawanan
telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun Islam sejak dari
zaman Rasulullah lagi. Keusahawanan atau lebih dikenali dengan perniagaan
merupakan bidang pilihan umat Islam khususnya pada awal kedatangan Islam, malah
tidak terkecuali Rasulullah sendiri. Berdagang menyusuri semenanjung Tanah Arab
bersama kafilah dagang Arab yang lain, Rasulullah telah membuktikan bahawa
keusahawanan merupakan kerjaya strategik yang perlu dihayati oleh umat Islam
seluruhnya.

Bermula dari zaman tersebut, kegemilangan Islam terus disokong oleh


golongan-golongan usahawan yang terdiri daripada para sahabat dan tabi’in. Para
sahabat telah membuktikan bahawa perniagaan merupakan sumber utama dalam
menggerakkan ekonomi umat Islam. Malah mereka telah menunjukkan bahawa
mereka lebih berkaliber dalam bidang ini berbanding bangsa lain termasuk Yahudi.
Perniagaan yang dijalankan pada ketika itu lebih telus dan jauh daripada masalah-
masalah penipuan. Islam juga secara langsung amat menyokong dan memberikan
ruang yang cukup luas bagi urusan jual beli dan perniagaan ini.
2.0 Teori Keusahawanan Dari Persepktif Psikologi

Awal abad ke 18, Richard Cantilon telah membangunkan teori awal tentang
usahawan, karya “Essai sur la de commerce en general “ merupakan terbitan pertama selepas
20 tahun kematian beliau dalma karya tersebut beliau menjalankan perniagaan yang
mendapat perhatian daripada saudagar, tukang dan pemilik tunggal perniagaan beli pada
harga lain dan jual pada harga lain. Istilah entrepreneur merujuk kepada individu yang
sanggup mengambil risiko dan mengejar peluang- peluang yang ada di persekitaran mereka.
Selain itu, berkecimpung dalam pertukaran yang mengaut keuntungan disamping amalan
pertimbangan perniagaan dalam menghadapi risiko yang yang tidak dijangkakan. Usahawan
juga ditakrifkan sebagai seorang yang telah melakukan inovasi. Beadar (1730-1790)

Keusahawanan mempunyai definisi yang meluas dan pelbagai mengikut ciri-ciri dan
stituasi tertentu, seperti yang dinyatakan oleh Schumpeter (1954) beliau menyatakan bahawa
seorang usahawan perlu mempunyai ciri inovasi dengan istilah ciptaan.beliau kurang setuju
usahawan dikaitkan dengan inovasi sebaliknya bagaimana usahawan menjalankan perniagan
tanpa melakukan inovasi. Schumpeter menyatakan bahawa inovasi mungkin terdiri daripada
banyak jenis dan berpunca daripada penghasilan produk baru dan penambahbaikkan dalam
kualiti, kemajuan kaedah penghasilan produk yang baru, pembukaan pasaran baru dan
penguasan sumber bekalan baru serta organisasi yang baru dalam industri. Namun dalam
perspektif ahli psikologi usahawan ini didefinisikan berdasarkan kepada sikap atau ciri-ciri
usahawan itu sendiri dan bagaimana tingkah laku mereka dalam menguruskan perniagaan
yang mereka jalankan.

Para ahli psikologi telah mengemukakan tentang model baka,teori kehendak


pencapaian dan juga lokus kawalan dalaman seorang usahawan dalam model ini ahli
psikologi memandang golongan usahawan ini sebagai individu atau golongan yang
mempunyai identiti tersendiri jika dibandingkan dengan individu yang lain. Disamping itu,
model baka ini juga menyatakan bahawa indentiti usahawan wujud semulajadi dalam diri
mereka. Terdapat kelebihan yang ada pada diri usahawan tetapi tidak ada pada orang lain
seprti sifat yang sepatutnya ada iaitu, berinisiatif, keupayaan, merancang, mengambil risiko,
kecekalan, bijak mencari peluang dan banyak lag sifat yang lain, pendokong utama model ini
ialah Mc Celland, Lyn dan Schrage.

KAJIAN MENGENAI TEORI KEUSAHAWANAN BERDASARKAN MODEL BAKA


Satu kajian telah dilakukan oleh David McClelland dan Mc Ber & Co, kajian ini
dilakukan merentas budaya di tiga buah negara iaitu India, Malawi dan Equador. Penyelidik
mengkaji kompetensi yang dimiliki oleh usahawan yang dianggap penting dari segi nilai,
sikap dan motivasi keusahawanan. Menurut hasil daripada kajian kompetensi atau
keterampilan diri wujud daripada pengaruh nilai hidup, sikap dan dorongan atau desakan
dalaman diri seseorang untuk melakukan tugasnya dengan lebih sempuran dan penghasilan
kerja yang cemerlang. Gabungan nilai dan sikap boleh melahirkan semangat.

Kajian ini menghasilkan 13 kompetensi keusahawanan, kompetensi keusahawanan


merupakan cirri-ciri utama yang ada pada diri seseorang individu bagi membolehkan ia
melaksanakan tugas sebagai usahawan dengan jayanya. Terdapat 13 kompetensi
keusahawanan antaranya ialah inisiatif, melihat dan betindak terhadap peluang, bercekalan,
menitikberatkan mutu kerja yang tinggi, mencari maklumat, komitmen terhadap perjanjian
kerja dan orientasi kearah kecekapan, seterusnya perancangan yang sistematik, penyelesaian
masalah , keyakinan diri, ketegasan, kemampuan menyakinkan orang lain dan menggunakan
strategi pengaruh.

Kompetensi keusahawanan

 Inisiatif

Individu yang memilik daya inisiatif yang tinggi akan cenderung untuk memulakan
sesuatu tindakan tanpa menunggu diarah atau dipaksa, melakukan kerja secara sukarela.
Sebagai contoh, ia bertindak mempelbagaikan barangan atau mengembangkan perniagaan
atas inisiatifnya sendiri tanpa menunggu keadaan memaksa atau dipaksa. Dengan memiliki
ciri ini usahawan mampu lebih maju. Pada peringkat permulaan sesuatu perniagaan, sikap
inisiatif atau proaktif membolehkan usahawan berusaha mencari peluang, mengambil
tindakan awal menyediakan keperluan untuk memulakan dan menerokai bidang-bidang yang
mungkin belum diterokai lagi. (Mohd Shaffie Ariffin, 2009).

Daya inisiatif adalah salah satu kemahiran keusahawanan yang sangat penting .usahawan
berjaya adalah usahawan yang mempunyai daya inisiatif yang tinggi. Usahawan tidak hanya
berdiam diri dan duduk menunggu peluang datang kepadanya sebaliknya, mereka berusaha
dengan mencari dan mengali peluang-peluang yang ada secara berterusan dan tidak berputus
asa, walaupun apa yang bakal dilakukan belum pernah dilakukan oleh orang lain dan asing
bagi orang ramai. Mohd Salleh Hj. Din, Abu Bakar Hamed, Abd. Isa Ismail, Aini hayati, Aini
Hayati, Hanissah dan Salniza (1997)

 Melihat dan bertindak terhadap peluang

Sikap usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang bermaksud
mempunyai kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud dan
berkemampuan untuk merebut peluang sama ada memperluaskan pasaran, mendapatkan
bantuan bagi kepentingan perniagaan atau lain-lain. Ciri ini menjadi faktor penting untuk
kejayaan dan daya tahan perniagaan. Kemampuan ini akan membantu usahawan untuk
berjaya pada peringkat memulakan perniagaan dan membolehkan hayat perniagaan yang
berpanjangan. Mohd Azim (2009)

Individu ini sentiasa mencari dan melihat dengan kreatif segala peluang yang wujud di
persekitarannya. Ia juga memilik kemampuan untuk merebut pelaung tersebut. Tidak mensia-
siakan peluang yang ada, walaupun peluang yang datang adalah sangat tipis, namun
usahawan cuba sedaya upaya untuk merebut peluang tersebut. Usahawan bijak mengenal
pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang, merebut dan
melaksanakannya adalah kualiti penting seorang usahawan. Majalah sukses (2009).

Individu yang mempunyai keupayaan untuk melihat peluang-peluang ekonomi dan


merangka langkah untuk mengeksploitasinya, Cole (1959). Usahawan yang berjaya sentiasa
memikirkan pencapaian dan matlamat. Setiap apa yang dilakukan mereka akan menetapkan
matlamat dan strategi yang harus digunakan. Ini adalah disebabkan oleh keupayaan mencari
dan mengambil peluang yang ada. Peluang perniagaan wujud kesan daripada masalah atau
perubahan yang berlaku pada persekitaran seperti perubahan teknologi, perubahan cita rasa
pengguna, perubahan cara hidup, perubahan sikap, sumber-sumber alam yang masih belum
diterokai, peraturan dn undang-undang kerajaan dan sebagainya, perubahan –perubahan ini
berlaku disebabkan oleh peningkatan taraf hidup masyarakat dan kehendak yang tidak terhad.
Sudin haron (1990)

 Kecekalan

individu ini mempunyai kecekalan yang tinggi dan sentiasa tabah dalam menghadapi
segala halangan dan rintangan dalam mencapai matlamat. Individu tersebut akan berusaha
berulang kali dengan berbagai strategi untuk mengatasi halangan dan rintangan tersebut tanpa
mengenal erti putus asa. Usahawan adalah seorang yang berdikari. Gartner,W.B (1990).
Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna hanya
usahawan yang bertanggungjawab membuat keputusan dan hanya keputusan seorang
usahawan sahaja yang diterima. Seorang usahawan mempunyai hak membuat keputusan yang
penting.

Sikap cekal dan tabah dilihat melalui tindakan usahawan seperti tidak berasa jemu
mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah dan sentiasa berusaha untuk
mengatasi halangan yang boleh menyekat pencapaian matlamat. Usahawan sentiasa berdepan
dengan pelbagai risiko dan permasalahan. Contohnya harga barang mentah meningkat
dengan tiba-tiba, pekerja tidak amanah, permintaan barang yang menurun dan lain-lain lagi.
Orang yang cekal tidak jemu berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang
dihadapinya dan sanggup bangun semula walau pernah mengalami kegagalan. Mohd azim
(2009)

 Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi

Sikap individu yang menitikberatkan mutu kerja yang tinggi adalah lebih cenderung
untuk menghasilkan atau menjual barangan yang bermutu tinggi. Selain itu, sentiasa
membuat perbandingan mutu kerja yang dihasilkan dengan mutu kerja orang lain supaya
standing atau berada pada peringkat yang lebih baik. Bukan hanya semata-mata ingin
menyelesaikan sesuatu tugas sahaja tetapi akan menyelesaikan tugas itu dengan cemerlang
dan bermutu. Hasil kerja yang bermutu tinggi dapat menjamin kepuasan pelanggan dan ini
akan dapat meluaskan pasaran serta meningkatkanimej usahawan dan perniagaan. Dengan ini
usahawan berpeluang untuk berjaya. Mohd Azim (2009)

Individu ini cenderung untuk memastikan kerja yang dilakukan sentiasa menepati
piawaian sedia ada atau lebih cemerlang lagi. Dia tidak mengamalkan budaya “budaya
cincai” iaitu melakukan kerja sambil lewa dan tidak bersungguh. Seorang usahawan sentiasa
berkeinginan untuk menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Usahawan yang berjaya
menitikberatkan mutu kerja dan sentiasa memastikan standard penghasilan barangan atau
perkhidmatan mencapai tahap cemerlang Gartner, W.B.(1989)
 Mencari maklumat

Individu ini sentiasa berusaha untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat
perniagaan atau untuk menyelesaikan masalah. Antara usaha yang dilakukan termasuklah
melakukan penyelidikan sendiri, mendapatkan khidmat nasihat pakar, mengkaji maklum
balas pelanggan dan menggunakan maklumat dari rakan peniaga yang lain. Usahawan
memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia
merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya berdasarkan maklumat yang
diperolehinya. Justeru, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan
menggunakan agensi sebaik mungkin.

Sikap individu yang mampu mencari maklumat adalah individu yang melakukan
penyelidikan atau tinjauan sendiri untuk maklumat dan maklum balas bagi menyediakan
barang atau perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelanggan.selain itu, mendapatkan
khidmat pakar untuk kemajuan perniagaan dan membuat kajian pasaran serta membuat
analisisnya. Untuk berjaya seorang usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan
terkini. Usahawan perlu ada kemahiran mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber-
sumber yang boleh dipercayai. Maklumat dan maklum balas yang diperolehi akan dapat
digunakan untuk meneningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi
perniagaan yang diterajui. Mohd shafiee (2009)

Seorang usahawan yang berjaya suka untuk mengetahui tahap pencapaian mereka.
Mereka memiliki keinginan yang kuat untuk menggunakan pengetahuan bagi memperbaiki
prestasi mereka P.F. Druckers (1985). Cirri-ciri ini sangat berkait rapat dengan kemahuan
untuk belajar dari kesilapan lalu. Hasilnya, usahawan selalunya menjadi rujukan sebagai
pendengar yang baik dan cemerlang serta seorang yang dapat mempelajari sesuatu perkara
dengan cepat.

 Komited terhadap perjanjian kerja

Sikap usahawan yang mempunyai ciri ini dapat dilihat dengan kesanggupan individu
tersebut melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja. Sentiasa
mengambil dan melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya dalam menyelesaikan tugas dan
sanggup membantu kakitangan untuk menyelesaikan tugas dan member kepuasan kepada
pelanggan. Seorang usahawan juga menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan
kehendak pelanggan dan sentiasa memastikan perjanjian yang dibuat khususnya dengan
pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah dipersetujui. Sikap ini
akan membolehkan orang lain percaya terhadap usahawan dan perniagaannya, dan dapat
membantu meningkatkan imej usahawan dan perniagaannya. Kepercayaan pelanggan,
pembekal, pihak institusi kewangan adalah kunci kepada kestabilan dan kemajuan
perniagaan. Mohd Shafie (2009)

Individu ini sentiasa memberi keutamaan dalam memastikan sesuatu tugas disiapkan
mengikut perjanjian. Sentiasa menepati janji dan kontrak yang dibuat dengan pelanggan agar
pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Usahawan juga akan
mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang masalah dengan pelanggan.
Seorang usahawan itu bertanggungjawab secara peribadi ke atas natijah atau kesan ke atas
usahanya untuk menceburi bidang tersebut. Kesanggupan untuk menerima tanggungjawab
terhadap natijah yang dihasilkan melalui usaha teroka mereka adalah berkait rapat dengan
keinginan usahawan untuk mengekalkan lokus dalaman. Rotter (1966).

Komitmen merupakan salah satu bentuk personality usahawan yang sangat penting dalam
menentukan kejayaan usaha mereka dalam menjalankan sesebuah perniagaan.kebanyakkan
usaha memerlukan seorang usahawan melibatkan diri mereka sepenuhnya dengan perniagaan
mereka. Di peringkat awal perniagaan, usahawan bertindak sebagai pengusaha dan pemilik
yang terlibat dalam seluruh operasi perniagaan. Seorang usahawan meletakan segala
tanggungjawab di atas bahunya dan tidak sekali-kali membiarkan orang lain memikul
tanggungjawabnya seperti yang dilakukan oleh pengurus tradisional yang banyak
mengagihkan tugas kepada orang lain. Seorang usahawan memerlukan komitmen yang tinggi
dan nekad terhadap semua keputusan yang diambil. Shaver and Scott (1991).

 Orientasi kearah kecekapan

Sikap individu yang berorientasikan ke arah kecekapan adalah sentiasa mencari jalan
melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau dengan masa yang lebih singkat dari
kebiasaannya. Selain itu, sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan
daripada sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan dengan menggunakan
maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk meningkatkan kecekapan diri
dan perniagaan dengan pengunaan maklumat yang tepat dan strategi yang sesuai perniagaan
yang dijalanakan sudah pasti akan mengalami perubahan yang positif dan berkembang
dengan baik. Kecekapan mengurus perniagaan dengan baik akan dapat meningkatkan
keuntungan dan mengurangkan pembaziran dan kos. Ini akan membantu dalam mewujudkan
perniagaan yang berjaya dan berkembang. Mohd Azim (2009)

Individu ini sentiasa cenderung untuk mempertingkatkan tahap kecekapan syarikat dalam
penggunaan input perniagaan dan sentiasa memastikan kerja dilakukan dengan lebih pantas
dan menjimatkan kos. Mereka berusaha mengelakkan pembaziran dan member perhatian
terhadap perbandingan antara kos dan keuntungan atau faedah. Kajian menunjukkan bahawa
usahawab yang sentiasa berusaha dalam menjalankan kegiatan perniagaannya sangat prihatin
terhadap masa depan perniagaannya. Usahawan yang bijak dapat melihat, mengenal pasti dan
mengambil peluang daripada persekitaran melalui proses unjuran dan pemantauan yang
berterusan. Miner, J.B.(1996)

 Perancangan yang sistematik

Individu ini membuat perancangan yang baik dan sistematik untuk mencapai matlamat
perniagaan perancangan yang baik akan mengambil kira analisis kekuatan dan kelemahan
perniagaan serta peluang dan ancaman yang wujud. Ia juga merancang strategi untuk
mengatasi masalah dan halangan.Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia
memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan
mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh
dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku
dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa
dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci
segala perancangan. Mohd Shafie (2009)

Sikap individu yang membuat perancangan yang sistematik adalah membuat perancangan
dan mengatur langkah-langkah dan membahagikan tugas-tugas yang besar kepada yang lebih
kecil dan mudah. Selain itu, membuat rancangan mengatasi halangan yang dijangkakan
dengan membuat penilaian dan memilih alternatif-alternatif terbaik sesuatu tindakan dan
mengambil pendekatan yang sistematik dan logical untuk mencapai matlamat. Usahawan
perlu merancang dan menyediakan rancangan perniagaan dalam bidang perniagaan yang
akan diceburi. Rancangan perniagaan yang melibatkan semua maklumat mengenai sesuatu
perniagaan hendaklah disediakan untuk menilai daya maju perniagaan tersebut.
Sebahagian daripada penyediaan rancangan perniagaan sebaiknya merangkumi analisis
SWOT (Strenghs, Weakness, Opportunities and Threats) yang melihat kepada faktor-faktor
kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat dalam perniagaan tersebut.
Perancangan yang akan membantu bakal usahawan menilai kesemua aspek sesuatu
perniagaan, dan akan menghasilkan pembuatan keputusan yang terbaik untuk kebaikan dan
mewujudkan perniagaan yang berjaya dan stabil. Mohd Azim (2009)

 Penyelesaian masalah

Individu ini akan mengenalpasti idea baru yang inovatif dalam menyelesaikan masalah
bagi mencapai matlamat dan sentiasa merangka strategi alternative yang lebih baik. Individu
ini akan mencetus idea-idea perniagaan, membentuk organisasi syarikat, menambah modal,
mengaji pekerja, menjalinkan hubungan dengan pembekal, pelanggan dan pemerintah serta
menukarkan konsep menjadi sebuah organisasi yang berfungsi, Hugen (1968).

Sikap individu yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah mencari


langkah-langkah yang bijak supaya masalah dapat diatasi dengan sebaik mungkin dan
mencari dna melahirkan idea-idea baru atau cara penyelesaian. Kreativiti dalam penyelesaian
masalah adalah penting untuk membuat keputusan dan menaggung risiko hasil daripada
keputusan yang dibuat. Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara
membabi buta : sebaliknya segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila
seseorang usahawan melibatakan diri dalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil
kira untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya.
Pemikiran yang kreatif perlu diasah dan dibina dalam diri usahawan dan perlu menyedari
bahawa terdapat lebh daripada satu jawapan bagi setiap masalah atau persoalan. Ini
menunjukan usahawan tidak seharusnya terikat dengan satu jalan penyelesaian semata-mata
kerana seorang usahawan yang kreatif mampu melihat daripada itu dan berfikir diluar kotak
fikiran. Mohd Shaffie (2009)

Usahawan tulen mestilah berupaya menyesuaikan diri dengan dengan perubahan. Porter ,
dan Lawler (1968). Tanpa keanjalan ini, usahawan akan sukar untuk terus mempertahankan
perniagaan yang ditubuhkan dalam dunia hari ini yang mengalami perubahan ekonomi,
teknologi dan cara hidup yang pesat. Keupayaan untuk bertindak balas secara anjal ini
memerlukan darjah kreativiti yang tinggi. Memandangkan kreativiti boleh dipelajari, seorang
usahawan boleh meningkatkan keupayan melalui beberapa cara. Antaranya ialah sentiasa
bertanya soalan seprti “adakah cara atau kaedah yang lebih baik?’, usahawan hendaklah
mampu mencabar suatu kebiasaan yang sudah menjadi tradisi atau keluar dari kehidupan
yang biasa. Selain itu, bermain dengan permainan mental dan melihat kesilapan dan
kegagalan hanyalah halangan untuk menuju kejayaan E. Depilis dan K. Reardon (2001).
Disamping itu, mengaitkan idea yang kelihatan tidak berkaitan dengan masalah yang cuba
diselesaikan bagi menghasilakan penyelesaian yang lebih kreatif.

 Keyakinan diri

Individu mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap kemampuan dirinya sendiri dan
menunjukkan sikap yakin ketika menyelesaikan sesuatu tugas atau apabila menghadapi
sesuatu cabaran. Seorang usahawan juga mempunyai pendirian yang tetap dalam menyatakan
keputusannya walaupun mendapat tentangan hebat daripada pihak lain. Ini sifat yang amat
penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh
risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan
bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.

Individu yang bersikap yakin terhadap diri, mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan
dan kemampuan diri untuk mendapatkan perkara yang dinginkan atau dihajati. Dengan
melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikan sesuatu tugas atau
menyahut cabaran dan boleh membuat keputusan tanpa ragu-ragu. Disamping itu, banyak
membaca dan mengumpul pengalaman terutamanya dalam bidang-bidang diluar bidang
pengkhususan dan tidak takut mencuba dan tidak takut gagal. Sikap yakin terhadap
keupayaan diri akan membantu kejayaan perniagaan kerana sikap ini akan mewujudkan
keyakinan orang lain kepada usahawan dan perniagaan yang dijalankan. Mohd Shafiee
(2009)

Seorang usahawan memilki usahawan memiliki keyakinan yang tinggi terhadap keupayan
diri sendiri. Mereka juga seorang yang optimis. Memandangkan dunia keusahawan ini penuh
dengan cabaran, maka seorang usahawan hendaklah berani dan yakin dengan kemampuan
diri dalam meyahut cabaran. Tsao, Frank, (1993). Untuk menambahkan keyakinan diri,
usahawan hendaklah menuntut ilmu secara berterusan sepanjang hidup. Seorang usahawan
haruslah banyak membaca buku –buku yang berkaitan dengan usahawan dan perniagaan serta
cara-cara untuk membuat keputusan dan mencari peluang, melibatkan diri dalam kegiatan
persatuan, membina hubungan dengan orang ramai dan melengkapkan diri dengan bentuk
kemahiran yang diperlukan secara khusus dalam bidang perniagaan pada masa kini dan juga
masa hadapan.

Usahawan yang berjaya tidak takut kepada kegagalan. Jamaluddin (1992). Mereka
menumpukan seluruh tenaga kearah usaha kejayaan. Adalah sangat penting untuk
membezakan kegagalan dalam perniagaan dan kegagalan seorang usahawan . kegagalan
seseuatu perniagaan tidak semestinya bermaksud suatu kerugian Ong Hean, Yap sin dan
Takashi (1997). Walaupun perniagaan yang gagal itu tidak wujud lagi sumber-sumber
makronya masih boleh diedarkan semula. Tambahan pula, apa yang lebih teruk lagi adalah
apabila seseorang usahawan tidak belajar daripada kegagalan atau pengalaman lepas.

 Ketegasan

Seorang usahawan sanggup menghadapi masalah atau isu dengan berterus terang.
Sentiasa tegas dalam memberi amaran atau mengambil tindakan sekiranya terdapat pihak lain
yang gagal dalam melaksanakan tugas seperti yang diharapkan dan berani memberitahu
orang lain tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan dan yang tidak patut dilakukan.

Sikap tegas boleh dilihat melalui tindakan-tindakan seperti berani menyuarakan pendapat
atau idea kepada orang lain secara langsung berani mengambil tindakan walaupun terpaksa
menghadapi tentang daripada pihak lain. Sifat tegas usahawan akan dapat menjamin
pengawalan organisasi dengan baik. Hal ini, adalah disebabkan ia dapat menjelaskan sesuatu
masalah sedemikian tidak berulang atau menular. Sebagai contoh, masalah pekerja yang curi
tulang atau ponteng kelas sekiranya diambil tindakan dengan tegas boleh menyebabkan
pekerja lain tidak berani melakukan kesilapan yang sama. Mohd Azim dan Mohd Shafie
(2009)

 Kemampuan meyakinkan orang lain

Individu ini mempunyai kemampuan untuk memujuk atau meyakinkan orang lain dalam
konteks perniagaan seperti menjual barangan, mendapatkan pinjaman, mencari pelabur dan
mendapatkan kontrak. Sikap individu yang dapat meyakinkan orang lain adalah, mampu
menonjolkan kemahiran diri dan lain-lain kualiti serta bermaklumat dan berpengalaman.
Usahawan perlu berurusan dengan pelbagai pihak. Untuk menjamin urusan perniagaan
berjalan dengan lancer, ia hendaklah dapat menyakinkan pelbagai pihak yang berkepentingan
kepada perniagaannya seperti kakitangan, pelanggan, pembekal, institusi kewangan dan
sebagainya. Untuk dapat menyakinkan orang lain, usahawan perlu terlebih dahulu yakin
kepada kemampuan sendiri. Mohd Azim dan Mohd Shafiee.

Usahawan yang berjaya merupakan seseorang yang berpengalaman memiliki


pengetahuan tentang teknologi dan keadaan pasaran di mana dia beroperasi R. J Arend,
(1999). Jarang sekali dapat dilihat sesuatu usaha teroka yang berjaya dikendalikan oleh
seorang seseorang yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang yang diterokainya.
Usahawan yang berjaya mempunyai kemampuan untuk menggunakan pengaruhnya Shapero,
A dan Sokol, S.(1982). Usahawan yang berjaya biasanya mempunyai matlamat dan wawasan
ini memerlukan perancangan dan penelitian yang rapi serta pola pemikiran yang cemerlang.
Matlamat dan wawasan ini bukanlah sekadar untuk jangka masa terdekat tetapi menjangkaui
jangka masa panjang dan ke depan Peter H. (1998). Persekitaran peluang ,cabaran, ancaman
dan risiko sudah dipertimbangkan dengan teliti dan secara realistik.

 Menggunakan strategi pengaruh

Individu ini menggunakan pelbagai strategi untuk mempengaruhi orang lain bagi
mencapai matlamat perniagaan yang dijalankannya. Strategi yang digunakan ini tidak
termasuk tipu helah atau rasuah dan ia mewujudkan jaringan perhubungan dengan mereka
yang mempunyai pengaruh. Usahawan perlu memiliki salah satu daripada sumber kuasa atau
kombinasi sumber-sumber ini sebagai strategi pengaruhnya terhadap pelanggan, pekerja dan
keseluruhan industry dan pasaran yang terlibat dengannya. Mohd Azim (2009).

Sikap individu yang menggunakan yang menggunakan strategi pengaruh adalah lebih
cenderung memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu
helah sesuatu matlamat perniagaan. Usahawan adalah pemimpin di dalam syarikatnya.
Sebagai pemimpin, usahawan perlu mampu mempengaruhi pekerja dan industry yang
diceburi supaya ia dapat mencapai matlamat perniagaannya. Terdapat lima asas pengaruh
digunakan iaitu pengaruh berdasarkan kuasa mutlak, pengaruh berdasarkan kuasa
menghukum, pengaruh berdasarkan kuasa member ganjaran kepada pekerja, pengaruh
berdasarkan kuasa kepakaran dan pengaruh berdasarkan kuasa member teladan. Mohd Azim
(2009)
 Beriman dan beretika

Seorang usahawan perlu beriman untuk membolehkan keputusan perniagaan dibuat


denngan lebih member kemakmuran manusia sejagat dan tidak mementingkan keuntungan
semata-mata. Perniagaan yang member kemakmuran kepada manusia sejagat akan kekal
beroperasi untuk satu jangka masa yang panjang, dan akan memberikan pulangan yang tinggi
kepada usahawan tersebut. Amalan perniagaan yang beretika juga akan membolehkan
perniagaan kekal dan betahan lama. Mohd Azim (2009)

TEORI KEHENDAK PENCAPAIAN

Teori kehendak pencapaian ini telah dipelopori oleh Mc Clelland(1961). Beliau telah
mengaitkan tentang ilmu keusahawanan dengan teori kehendak pencapaian. Menurut Mc
Clelland individu yang ada kehendak pencapaian yang tinggi merupakan golongan yang lebih
suka mengambil tanggungjawab ke arah mencapai sesuatu matlamat dengan usaha sendiri
tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Model ini telah diuji di India dan menjadi bahan
rujukan bagi negara-negara dunia ketiga bagi mencari penyelesaian masalah sosioekonomi.
Teori ini menerangkan bagaimana seorang individu sanggup berkorban untuk mencapai
keinginannya.

Teori kehendak pencapaian usahawan dikaitkan teori hirarki kehendak


Maslow,menurut Abraham Maslow kehendak manusia boleh dikategorikan dalam lima
peringkat mengikut hirarki, daripada peringkat paling rendah kepada yang tertinggi, pada
peringkat satu iaitu peringkat paling rendah: kehendak fisiologi iaitu kehendak paling asas
manusia seperti makanan, minuman, udara dan lain-lain, kehendak ini sangat penting untuk
manusia meneruskan kehidupan. Peringkat kedua ialah kehendak keselamatan iaitu keinginan
manusia untuk dilindungi daripada ancaman dan bahaya. Seterusnya, peringkat ketiga iaitu
kehendak sosial iaitu kehendak manusia untuk berkasih saying. Bersosial dan berhubungan
sesame manusia. Dan peringkat keempat iaitu kehendak penghormatan iaitu kehendak
manusia untuk dihormati dan diiktiraf oleh manusia lain.

Steven R.Covey dalam buku beliau yang berjudul The Seven Habits of Highly
Effective people (1989) telah menyenaraikan tujuh tabiat yang perlu diamalkan oleh individu
untuk menjadikan seorang individu itu lebih berkesan. Tabiat-tabiat tersebut ialah
mengamalkan sikap proaktif, memulakan sesuatu dengan bermatlamat akhir, melakukan
perkara utama dahulu, berfikiran secara menang-menang, perlu memahami orang lain
sebelum mahu difahami oleh orang lain dan melakukan tindakan yang bersinergi atau sama
haluan dengan organisasi serta melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan daya fikiran dan
kesihatan diri. Tabiat –tabiat tersebut jika diamalkan boleh meningkatkan pencapaian
individu dalam semua jenis bidang yang diceburi mereka. Tabiat- tabiat tersebut juga perlu
diamalkan oleh usahawan untuk menjadikan diri mereka lebih cemerlang. Mohd Azim dan
Mod shaffie (2009).

Berbanding dengan semua cirri-ciri psikologi yang dianggap mempunyai kaitan


dengan keusahawanan, motivasi pencapaian mempunyai sejarah yang paling lama. Shaver
dan Scott, 1991). David McClelland menyatakan dalam kajiannya tentang hubungan di
antarakeperluan pencapaian dan gelagat semenjak tahun 1940an lagi. Beliau mendefinisikan
keperluan pencapaian sebagai keinginan untuk melakukan sesuatu yang sukar dengan
jayanya. Ini dikaitkan lagi dengan ciri-ciri lain termasuklah kesedaran diri (self-awareness),
kemampuan perancangan (planning ability), inisiatif (initiative), penyelesaian masalah
(problem solving), tenaga (energy), inovasi (innovation), keazaman (determination),
motivasi, kemahiran pengambilan risiko (skilled risktaking), tanggungjawab (responsibility),
pembuatan keputusan (McClelland, 1968) dan kekuatan superego (superego strength) (Lynn,
1966).

Teori McClelland (1961) menyatakan bahawa keperluan pencapaian adalah satu


kekuatan psikologikal disebalik tindakan manusia dan telah di cadangkan sebagai salah satu
faktor yang mempengaruhi gelagat keusahawanan. Mengikut Teori McClelland, individu
yang mempunyai keperluan pencapaian yang tinggi adalah mereka yang ingin menyelesaikan
masalah sendiri, menetapkan sasaran, dan berjuang mencapai sasaran melalui usaha sendiri.
Teori ini mencadangkan bahawa individu yang mempunyai keperluan pencapaian yang kuat
selalu menjumpai jalan ke arah keusahawanan dan lebih berjaya berbanding orang lain
sebagai usahawan. Adalah dipercayai bahawa individu yang mempunyai keperluan
pencapaian yang tinggi akan mempunyai pencapaian yang lebih baik dan mempunyai
keinginan yang kuat untuk berjaya.

Kajian-kajian terbaru juga melaporkan yang usahawan mempunyai keperluan


pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan bukan usahawan (Robinson,Huefiner, and
Hunt,1991); Robinson, Stimpson, Huefiner and Hunt,1991). Kajian oleh Shaver (1995) juga
mendapati bahawa usahawan mempunyai keperluan pencapaian yang lebih tinggi berbanding
dengan bukan usahawan. Bagi mengukur keperluan pencapaian usahawan, Cassidy dan Lynn
(1989) telah menggunakan empat dimensi yang berbeza yang mengandungi enam belas item.
Dimensi-dimensi ini termasuklah etika kerja (workethics); mengejar kecermerlangan (pursuit
of excellence), kemahiran (mastery), dan berpengaruh (dominance)

LOKUS KAWALAN USAHAWAN

Lokus kawalan didefinisikan sebagai setakat mana seseorang individu itu merasakan
mampu untuk mengawal hidupnya sendiri dengan mengambil kira orientasi dalaman-luaran
individu itu (Schermerhorn, Hunt, dan Osborn, 2003). Lokus kawalan mengambarkan
persepsi individu mengenai ganjaran dan hukuman di dalam hidupnya (Pervin, 1965). Julian
Rotter seorang penyelidik personaliti mengenalpasti dimensi personaliti yang dinamakan
lokus kawalan bagi menjelaskan perbezaan ini. Teori Lokus Kawalan Rotter (1966) melihat
individu mempunyai lokus kawalan samada dalaman atau luaran. Individu yang percaya
mereka mampu mengawal apa yang berlaku kepada diri mereka sebagai individu yang
mempunyai lokus kawalan dalaman, sementara mereka yang percaya keadaan atau orang lain
(faktorfaktor luaran seperti nasib, peluang,dan takdir) yang mengawal nasib mereka dianggap
mempunyai lokus kawalan luaran.

Kajian oleh Howard (1996) mendefinisikan lokus kawalan dalaman sebagai setakat
mana seseorang usahawan menyedari sebarang situasi yang berlaku kepada dirinya adalah
disebabkan oleh perlakuan dan ciri-ciri yang ada pada dirinya. Usahawan yang berjaya adalah
individu yang percaya kepada diri sendiri serta tidak mempercayai kejayaan dan
kegagalannya adalah disebabkan oleh nasib atau faktor-faktor luaran. Usahawan yang
mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi dimotivasikan oleh pencapaian yang tinggi,
keupayaan memegang tanggungjawab dan mempunyai keyakinan diri. Sementara kajian oleh
Brockhaus dan Horwitz (1986) mendapati ciri lokus kawalan boleh digunakan bagi
membezakan usahawan yang berjaya dengan yang tidak berjaya. Mengikut Rotter (1966),
individu yang mempunyai lokus kawalan dalaman akan lebih mencuba untuk pencapaian jika
dibandingkan dengan mereka yang mempunyai lokus kawalan luaran. Hasil penemuan
empirikal oleh Ho dan Koh (1992) dan Robinson et.al (1991) menunjukkan bahawa lokus
kawalan dalaman adalah salah satu cirri keusahawanan.

Sebahagian kajian mendapati terdapat perbezaan antara usahawan dengan pengurus


menggunakan ciri lokus kawalan dalaman (Cromie dan Johns, 1984), sementara sebahagian
kajian lain tidak menyokong penemuan itu (Begley dan Boyd, 1987). Walaubagaimanapun
lokus kawalan dalaman juga dikaitkan dengan set ciri-ciri positif seperti berinisiatif, toleransi,
dominasi, pencapaian, kefahaman yang mendalam, tegas, bebas, berkesan, sihat, efektif,
boleh bersosial dan kecekapan intelektual (Joe, 1971). Hasil kajian yang dijalankan oleh
Lewin dan Stephens (1994) mendapati terdapat perhubungan yang positif di antara lokus
kawalan dalaman dengan pencapaian. Kebanyakan usahawan sebenarnya berjaya kerana
lokus kawalan dalaman mereka menolong mereka mengatasi kekecewaan dan halangan.
Mereka melihat diri mereka sebagai pencorak kepada takdir mereka sendiri dan bukannya
semata-mata bergantung kepada nasib.

Pengukuran lokus kawalan dalaman menjelaskan sejauh manakah individu itu percaya
yang pelaksanaan bergantung kepada gelagat mereka sendiri (Rotter ,1966; Levenson ,1972).
Menurut Levenson (1981) lokus kawalan mempunyai tiga tiga dimensi yang berbeza yang
mengandungi 12 item. Dimensi itu ialah sifat semula jadi dalaman (internal attributing),
peluang semula jadi (chance attributing), dan menguasai yang lain (power others). Kesemua
dimensi ini mempengaruhi seorang usahawan.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya usahawan di labelkan atau didefiniskan berdasarkan


kepada ciri-ciri dan sifat mereka dalam menguruskan sesebuah perniagaan yang mereka
jalankan. Semua orang mempunyai potensi menjadi seorang usahawan namun bukan semua
orang boleh menjadi seorang usahawan yang sejati. Berdasarka perspektif ahli pskologi
usahawan mempunyai identity tersendiri, lebih istimewa jika dibandingkan dengan yang
bukan usahawan, kerana bukan semua orang mampu menjadi usahawan yang sejati dan
mampu menguruskan perniagaan dengan baik dan bertahan lama dalam bidang perniagan
dengan halangan –halangan pada masa kini yang semakin mencabar dan sangat pesat
membangun.

Keusahanan merupakan antara perkara terpenting kepada individu, keluarga,


pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Bidang keusahawanan
merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap. Kemahiran dan
pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan. Keusahawanan dikatakan
sebagai satu kebolehan, kemampuan dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara
seperti mengenal pasti pelaung perniagaan, mengendalikan usaha perniagaan yang
menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai, mendapatkann kejayaan melalui usaha-
usaha yang dapat memenuhi keperluan masyarakat, mengambil risiko yang telah
diperhitungkan dan sentiasa bersedia dan berusaha untuk membuat penambahbaikan yang
boleh meningkatkan perniagaan.

Wawasan negara untuk menjadi maju menjelang wawasan 2020 juga telah menjurus
kepada dasar-dasar kerajaan bagi terus mengerakkan negara kea rah perdagagan. Ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan lagi peluang-peluang perniagaan dan melahirkan ramai
usahawan daripada pelbagai kaum. Pusat-pusat pengajian tinggi juga menawarkan kursus-
kursus berkaitan dengan bidang perniagaan dan perubahan kemajuan dalam pembanguan
ekonomi negara menyebabkan ramai orang mula menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan dan kepentingan keusahawanan telah mula disedari oleh semua pihak. Dengan
itu, lebih ramai yang memilih usahawan sebagai pilihan kerjaya mereka

2.0 Usahawan Dari Aspek Ekonomi

Usahawan mempunyai pelbagai maksud yang tersendiri dan telah dikemukakan oleh
pelbagai pelopor. Sebenarnya, perkataan usahawan diterjemahkan daripada perkataan
‘entrepreneur’ yang diambil daripada istilah bahasa Inggeris. Perkataan tersebut berasal
daripada perkataan Perancis iaitu ‘entreprendre’ yang membawa maksud memikul tugas atau
mencuba. Hal ini bertepatan dengan ciri-ciri usahawan dari aspek ekonomi iaitu tidak takut
untuk mencuba dan sanggup menanggung sebarang risiko yang bakal dihadapi ketika
menjalankan perniagaan. Bukan itu sahaja, usahawan juga dikaitkan dengan istilah bahasa
Melayu iaitu ‘usaha’ dalam menyempurnakan sesuatu perniagaan. Dalam hal ini, dapat
dilihat bahawa usahawan merupakan individu yang berusaha bersungguh-sungguh ketika
menjalankan sesuatu perniagaan. Usaha tersebut dibantu dengan ciri-ciri usahawan yang
positif untuk membolehkan perniagaan mereka berjaya (Hoe Chee Hee, Mohd Salleh Din,
Norashidah Hashim et al, 2005).

Istilah usahawan juga dapat dilihat di dalam Kamus Webster’s New World. Istilah
tersebut menjelaskan bahawa usahawan merujuk kepada individu yang mengorganisasi dan
mengurus pengambilalihan dan mengandaikan risiko demi keuntungan (Slideshare, 2011).
Hal ini menunjukkan bahawa usahawan merupakan individu yang peka dan sistematik dalam
melaksanakan pekerjaan mereka. Mereka sudah bersedia dengan sebarang risiko yang bakal
dihadapi oleh mereka supaya mereka dapat menghadapinya dengan baik tanpa menganggu
aktiviti perniagaan. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat menguruskan sumber dengan baik
supaya pembaharuan yang dilaksanakan berjaya dan dapat memenuhi permintaan individu
lain yang bakal menjadi pelanggan.

Salah seorang ahli ekonomi yang memperkenalkan konsep dan keusahawanan adalah
seperti Richard Cantillon pada tahun 1725. Richard Cantillon merupakan antara ahli
ekonomi paling awal yang memperkenalkan konsep usahawan dan keusahawanan. Beliau
menerangkan bahawa usahawan merujuk kepada ejen yang membeli alat-alat pengeluaran
untuk menghasilkan sesuatu produk yang boleh dipasarkan. Hal ini bermaksud bahawa
usahawan merupakan individu yang cuba untuk memenuhi kehendak orang lain dengan
melakukan inovasi terhadap idea mereka. Bukan itu sahaja, Richard Cantillon juga
berpendapat bahawa usahawan merupakan individu yang sanggup menghadapi risiko kerana
mereka berani untuk mencuba sesuatu yang baru dan mereka bertanggungjawab terhadap
hasil kerja mereka (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah
Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007).

Selain itu, Adam Smith juga merupakan salah seorang ahli ekonomi yang telah
memperkenalkan definisi usahawan pada tahun 1776. Beliau beranggapan bahawa usahawan
merupakan individu yang membentuk organisasi bagi tujuan komersial (Norita Deraman,
Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Dalam
hal ini, dapat dilihat bahawa usahawan merujuk kepada individu yang bijak mengambil
peluang dan peka dengan persekitaran. Hal ini demikian kerana mereka mampu
mengenalpasti potensi permintaan terhadap produk untuk memastikan sebarang pembaharuan
yang dilakukan oleh mereka selari dengan permintaan terhadap produk. Keadaan ini penting
untuk membolehkan idea baru mereka diterima oleh individu lain.

Di samping itu, Jean Baptiste Say juga telah memperkenalkan definisi usahawan pada
tahun 1803. Beliau menyatakan bahawa usahawan merupakan individu yang memerlukan
wang dan bukan individu yang mempunyai wang atau kapitalis (Norita Deraman, Armanurah
Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Hal ini menunjukkan
bahawa syarat untuk menjadi usahawan tidak semestinya perlu mempunyai wang, tetapi
mereka perlu memperkenalkan pembaharuan terhadap produk untuk mencipta wang daripada
hasil pembaharuan tersebut. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa semua individu boleh
menjadi usahawan walaupun tidak mempunyai wang yang banyak. Namun, mereka perlu
berusaha untuk mendapatkan wang dengan usaha yang tiada hentinya selagi mereka ingin
bergelar seorang usahawan.
Ahli ekonomi lain yang menerangkan definisi sebenar usahawan adalah seperti Joseph
A.Schumpeter pada tahun 1934. Beliau telah menjelaskan tentang definisi usahawan di dalam
bukunya yang berjudul Theory of Economics Development. Usahawan dikatakan merujuk
kepada individu atau inovator yang boleh menyebabkan berlaku sesuatu pembaharuan dalam
dunia perniagaan (Mohd Shafie Ariffin, Mohamad Azim Shafeeyullagan, 2009). Individu ini
akan cuba memperkenalkan idea-idea baru untuk membolehkan perniagaan dapat memenuhi
kehendak individu lain. Pembaharuan tersebut bertepatan dengan kehendak manusia yang
sering berubah-ubah dari semasa ke semasa. Usahawan juga akan berpuas hati dengan
penerimaan terhadap pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh mereka.

Ahli ekonomi seterusnya adalah seperti Hull, Bosley dan Udel yang terkenal pada era
1980-an. Mereka telah mendefinisikan usahawan sebagai individu-individu yang membeli
atau mewarisi perniagaan sedia ada dengan niat dan usaha yang berterusan untuk
meluaskannya (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim,
Ooi Yeng Keat, 2007). Elemen usaha yang berterusan dan tiada hentinya merupakan salah
satu ciri usahawan yang berjaya. Hal ini demikian kerana setiap individu yang ingin
memperkenalkan pembaharuan terhadap sesuatu idea perlu sentiasa menghadapi risiko
seperti kegagalan. Kegagalan mampu mematahkan usaha individu kerana mereka
beranggapan mereka tidak layak untuk menjadi usahawan yang berjaya. Sebagai seorang
usahawan, individu perlu berani berhadapan dengan kegagalan dan menjadikannya sebagai
suatu motivasi untuk mencipta pembaharuan yang lebih baik dari sebelumnya. Hal ini
penting bagi individu yang ingin menjadi usahawan yang berjaya kelak.

Meredith, Nelson dan Neck juga merupakan antara ahli ekonomi yang terkenal pada
era 1980-an. Beliau juga telah mendefinisikan usahawan sebagai individu yang mampu
melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan. Hal ini bermakna mereka sentiasa peka
dengan persekitaran supaya mereka tidak terlepas peluang yang baik untuk perniagaan
mereka. Bukan itu sahaja, usahawan juga dikatakan sebagai individu yang bijak
menggabungkan keperluan sumber-sumber setelah memiliki sesuatu peluang. Keadaan ini
menunjukkan bahawa usahawan memiliki sikap tidak suka mensia-siakan sesuatu peluang
yang telah dimiliki oleh mereka. Penggabungan sumber-sumber dengan baik pula
membolehkan individu memilih inisiatif terbaik untuk melakukan sebarang pembaharuan
terhadap idea. Hal ini penting untuk membolehkan individu menjalankan perniagaan mereka
dengan jayanya (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah
Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007).
Ahli ekonomi yang turut terkenal pada era 1980-an adalah seperti Harword. Harword
menjelaskan bahawa usahawan merupakan individu yang suka mengambil inisiatif untuk
memastikan kejayaan perniagaannya, mengandaikan autonomi dalam organisasi dan
pengurusan sumber, berkongsi risiko aset, berkongsi keuntungan yang tidak menentu dan
sebagainya (Slideshare, 2011). Lazimnya, hal ini dapat dilihat dalam perniagaan yang
melibatkan perkongsian. Setiap rakan kongsi perlu saling bantu-membantu dan melengkapi
antara satu sama lain supaya perniagaan yang dilangsungkan berjaya. Mereka yang perlu
berbincang dan bertindak untuk mendapatkan inisiatif terbaik bagi kepentingan perniagaan
mereka bersama. Mereka bukan sahaja perlu bersama memperoleh keuntungan, malahan
mereka juga perlu menanggung risiko seperti kegagalan. Hal ini demikian kerana kegagalan
yang mengajar mereka untuk lebih berhati-hati dan peka dengan persekitaran pada masa akan
datang. Persekitaran sentiasa berubah-ubah dan mereka akan ketinggalan jauh sekiranya
mereka tidak cuba untuk mengambil segala peluang baik yang ada di hadapan mata mereka.

3.0 Definisi Keusahawanan Dari Aspek Ekonomi

Secara umumnya, keusahawanan dikatakan sebagai ciri-ciri yang dibentuk dan diasah
dalam diri individu dan ciri ini boleh dipaparkan di dalam dan luar organisasi perniagaan atau
bukan perniagaan yang tidak bermatlamatkan keuntungan (Hoe Chee Hee, Mohd Salleh Din,
Norashidah Hashim et al, 2005). Dalam hal ini, dapat disimpulkan bahawa individu boleh
dilatih untuk menjadi usahawan yang berjaya dan bidang keusahawanan tidak boleh
diwariskan jika individu tidak berminat untuk mendalaminya. Bidang keusahawanan juga
amat berkait rapat dengan unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan
dengan aktiviti perniagaan (Mohd Shafie Ariffin, Mohamad Azim Shafeeyullagan, 2009).
Elemen-elemen tersebut dapat menentukan sejauhmana kejayaan seseorang usahawan. Oleh
sebab itu, sebagai seorang usahawan, individu perlu memiliki sikap-sikap yang positif,
kemahiran selok-belok perniagaan yang dijalankan dan pengetahuan tentang ilmu perniagaan
supaya perniagaan yang dijalankan berjaya.

Usahawan dan keusahawanan merupakan dua perkara yang berbeza. Usahawan lebih
berfokuskan kepada individu yang terlibat dalam mengusahakan sesuatu perniagaan dan
mereka memiliki ciri-ciri seperti sanggup menanggung risiko, bijak mengambil peluang,
kreatif dan inovatif dan sebagainya. Hal ini berbeza dengan keusahawanan yang merupakan
suatu bidang yang dinamik yang boleh mewujudkan penambahan kekayaan kepada individu
yang melibatkan diri dalam bidang tersebut (Mohd Shafie Ariffin, Mohamad Azim
Shafeeyullagan, 2009). Dalam hal ini dapat dilihat secara sepenuhnya bahawa usahawan
merupakan individu yang melaksanakan sesuatu perniagaan, manakala keusahawanan
merupakan bidang atau landasan yang diceburi oleh individu yang menjalankan perniagaan.
Hal ini menunjukkan bahawa bidang keusahawanan merupakan suatu bidang yang penting
kepada individu yang ingin menjadi seorang usahawan. Bukan itu sahaja, keusahawanan juga
merupakan proses pewujudan dan pengembangan perniagaan secara berterusan dan
menyumbang kepada ekonomi sesebuah negara (Prof Madya Dr Mohamed Dahlan Ibrahim,
2003).

Salah seorang ahli ekonomi yang mengemukakan definisi keusahawanan adalah


Knight yang terkenal pada era 1920-an. Beliau mengatakan bahawa keusahawanan
merupakan penghasilan keuntungan kesan daripada sanggup menerima risiko dan
ketidakpastian. Hal ini menunjukkan usaha seseorang usahawan yang sanggup menghadapi
sebarang cabaran dan risiko dalam perniagaannya amat berbaloi dengan keuntungan yang
bakal diperoleh mereka. Oleh sebab itu, seseorang individu yang ingin menjadi usahawan
perlu memiliki sikap yang positif seperti tidak mudah berputus asa, sanggup menghadapi
sebarang risiko dan ketidakpastian yang berlaku dalam perniagaan mereka. Ketiadaan sikap
ini boleh menyebabkan seseorang usahawan menemui kegagalan dalam perniagaannya
(Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng
Keat, 2007).

Hal ini berbeza dengan Schumpeter yang menyatakan keusahawanan sebagai satu
proses menjalankan kombinasi baru organisasi firma. Hal ini melibatkan produk atau servis,
sumber-sumber baru bahan mentah, kaedah pengeluaran yang baru, pasaran baru dan bentuk
organisasi baru (Scribd, 2011). Sebagai seorang usahawan, mereka perlu mengurus
kombinasi tersebut dengan baik. Kombinasi ini penting untuk menentukan seseorang
usahawan sama ada berjaya atau tidak dalam bidang keusahawanan yang diceburi oleh
mereka. Misalnya, sumber perlu digunakan dengan baik untuk memperoleh keuntungan dan
selari dengan kaedah pengeluaran yang akan digunakan oleh organisasi.

Bagi Sexton dan Bowman Upton mereka berpendapat bahawa keusahawanan dilihat
sebagai satu proses mengenalpasti peluang-peluang dalam pasaran, menyusun sumber-
sumber untuk mencapai objektif organisasi dan seterusnya mengeksploitasi keperluan
sumber-sumber bagi kepentingan peribadi dalam tempoh jangka masa panjang (Norita
Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat,
2007). Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa bidang keusahawanan penting untuk
membolehkan seseorang usahawan peka dengan persekitaran mereka kerana mereka akan
terlepas peluang sekiranya mereka leka. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu bijak dalam
menyusun dan mengorganisasi sumber supaya sumber tidak dibazirkan untuk sesuatu
perniagaan yang tidak mendatangkan keuntungan. Hal ini penting kerana pembaziran sumber
dapat mendatangkan kerugian kepada perniagaan seseorang usahawan. Oleh sebab itu,
seseorang usahawan perlu memiliki sikap bijak dalam menguruskan sumber supaya mereka
dapat menjalankan perniagaan dengan baik.

Pendapat mereka berbeza dengan Cole yang merupakan salah seorang ahli ekonomi
yang terkenal pada era 1950-an. Beliau beranggapan bahawa keusahawanan merupakan
aktiviti yang bertujuan untuk memulakan dan membangunkan perniagaan yang
berorientasikan keuntungan (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar,
Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Hal ini bermaksud individu yang ingin
memulakan sesebuah perniagaan perlu membuat perancangan yang bijak supaya perniagaan
mereka dapat mendatangkan keuntungan. Perancangan yang bijak merangkumi pengurusan
dan penggunaan sumber dengan baik, pengurusan organisasi yang sistematik dan matlamat
yang jelas dapat mendatangkan keuntungan kepada perniagaan.

Hisrich dan Peter pula merupakan ahli ekonomi yang terkenal pada era 1990-an.
Mereka berpendapat bahawa keusahawanan merupakan proses menghasilkan sesuatu yang
baru dari segi nilai dengan memperuntukkan masa dan usaha yang diperlukan sepenuhnya
terhadap penghasilan sesuatu produk. Bukan itu sahaja, keusahawanan juga melibatkan
penanggungan risiko yang meliputi risiko psikologikal dan sosial dan mendapat ganjaran
dalam bentuk ganjaran atau kepuasan diri setelah perniagaan berjaya dilaksanakan dengan
baik (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi
Yeng Keat, 2007). Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa seseorang yang ingin menceburi
bidang keusahawanan perlu memiliki sikap seperti sanggup berkorban wang dan tenaga,
sanggup berhadapan dengan sebarang risiko dalam perniagaan dan sebagainya. Hal ini
membuktikan bahawa keusahawanan merupakan suatu bidang yang sangat mencabar dan
mampu mempengaruhi emosi seseorang individu yang melibatkan diri dalam bidang tersebut.

Selain itu, Timmons juga merupakan salah seorang ahli ekonomi yang terkenal pada
tahun 1999. Beliau merumuskan bahawa keusahawanan boleh wujud dalam pelbagai bentuk,
misalnya seperti perniagaan yang besar atau kecil, jenis perniagaan sama ada baru atau lama.
Dalam hal ini dapat dilihat bahawa semua organisasi termasuk dalam bidang keusahawanan
termasuklan organisasi yang tidak bermatlamatkan keuntungan (Hoe Chee Hee, Mohd Salleh
Din, Norashidah Hashim et al, 2005). Keusahawanan merupakan suatu bidang yang luas
kerana bidang ini terhad dan memerlukan mereka yang mendalami bidang tersebut supaya
berpandangan jauh. Sikap tersebut penting supaya perniagaan mereka mudah berkembang
dan tidak tetap di satu peringkat sahaja. Perkembangan penting untuk usahawan sentiasa
mencipta inovasi melalui terjemahan idea kreatif yang dimiliki oleh mereka.

4.0 Sejarah Keusahawanan Dari Aspek Ekonomi

Keusahawanan tidak berkembang terus dalam satu peringkat, sebaliknya bidang


tersebut berkembang secara berperingkat-peringkat. Hal ini demikian kerana peringkat-
peringkat tersebut penting untuk menunjukkan perkembangan bidang tersebut dari peringkat
permulaan sehingga kini.

4.1 Peringkat Awal

Pada peringkat ini, usahawan telah wujud dan mereka terdiri daripada
pedagang yang berlayar ke pelbagai tempat untuk menjual sesuatu barangan kepada
penduduk di tempat persinggahan mereka (Norita Deraman, Armanurah Mohamad,
Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Perniagaan pada ketika
ini turut dijalankan mengikut sistem barter. Sistem ini melibatkan pertukaran barang
dengan wang atau barang dengan barangan lain. Namun, sistem ini dikatakan tidak
adil kerana kadangkala barangan tukaran tidak mempunyai nilai yang sama (Scribd,
2011). Oleh sebab itu, sistem itu jarang digunakan berbanding dengan wang.
Pedagang dikatakan sebagai seorang mereka memiliki sikap seperti seorang
usahawan. Mereka sanggup menanggung sebarang risiko ketika menjalankan
penjualan barangan, tidak mudah berputus asa, menunjukkan usaha yang gigih untuk
belayar ke merata tempat bagi menjalankan perniagaan mereka dan sebagainya.

Pada peringkat ini, seorang pedagang yang terkenal pada Zaman Kerajaan
Melayu Melaka telah memperkenalkan konsep ‘go-between’. Konsep ini menjelaskan
bahawa peminjam atau pemilik wang akan meminjamkan wang kepada pedagang
untuk dijadikan modal bagi mereka menjalankan perniagaan. Namun, konsep ini tidak
sesuai digunakan kerana terdapat peminjam yang mengamalkan amalam riba dengan
cuba mengambil keuntungan daripada perniagaan pedagang tersebut. Hal ini
menyebabkan terdapat sesetengah pedagang yang mengalami masalah kewangan yang
serius dan terpaksa menghentikan perniagaan mereka buat sementara waktu.
Walaupun peminjam dikatakan sebagai bijak dalam mendapatkan keuntungan,
mereka sebenarnya tidak pandai menguruskan organisasi dengan baik dan tidak
memiliki ciri usahawan sejati dalam mencari keuntungan untuk organisasi. Hal ini
dapat dibuktikan apabila peminjam menindas pedagang yang meminjam wang mereka
dengan kadar faedah yang lebih tinggi dari wang yang telah dipinjam sehingga
kadangkala menyebabkan sesetengah pedagang tidak dapat membayarnya (Norita
Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng
Keat, 2007).

4.2 Peringkat Pertengahan

Pada peringkat ini, keusahawanan dikatakan sebagai pengurus projek


pengeluaran yang besar. Hal ini melibatkan penggunaan tenaga kerja yang ramai
supaya perniagaan atau organisasi dapat berjalan dengan lancar. Namun begitu,
individu yang menjadi usahawan pada zaman tersebut masih tidak yakin untuk
menanggung sebarang risiko yang bakal dihadapi dalam perniagaan yang dijalankan
oleh mereka (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah
Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Mereka hanya mahu mengurus tetapi tidak mahu
bertanggungjawab terhadap hasil akhir mereka. Secara tidak langsung, mereka
kehilangan sikap usahawan yang mempunyai akauntabiliti iaitu akan menanggung
segala hasil kerja yang telah dilakukan oleh mereka untuk organisasi.

Tambahan lagi, usahawan pada peringkat ini hanya mahu menggunakan


sumber yang telah diperuntukkan untuk aktiviti perniagaan yang akan dijalankan oleh
mereka. Mereka tidak mahu menggunakan sumber peribadi untuk mengembangkan
perniagaan mereka. Hal ini demikian kerana mereka tidak sanggup menghadapi risiko
sekiranya perniagaan yang dijalankan akan menemui kegagalan (Norita Deraman,
Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007).
Kegagalan tersebut akan menyebabkan mereka mengalami kerugian dan hal ini
menyebabkan mereka tidak yakin dengan kemampuan mereka menggunakan sumber
demi mencapai matlamat organisasi. Sebenarnya, peringkat ini penting untuk menguji
seseorang usahawan sama ada mereka merupakan usahawan yang sejati ataupun
tidak. Usahawan sejati sentiasa yakin dengan keputusan yang telah dibuat, sanggup
menanggung sebarang risiko pada masa akan datang, mampu menggunakan sumber
dengan baik dan sebagainya. Pengurusan dan pengorganisasian sumber yang baik
akan mewujudkan satu perniagaan yang menuju ke arah perkembangan dan
kemajuan.

4.3 Abad Ke-17

Pada abad ke-17 Richard Cantillon telah mula memperkenalkan istilah


keusahawanan. Beliau menerangkan bahawa keusahawanan melibatkan usahawan
sebagai seorang ejen untuk melaksanakan proses pengeluaran untuk menghasilkan
produk yang boleh dipasarkan kepada individu lain (Scribd, 2010). Hal ini bermakna
usahawan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan keperluan dan
kehendak individu lain. Keadaan ini amat sukar kerana setiap individu mempunyai
perspektif dan persepsi mereka yang tersendiri terhadap sesebuah produk dan hal ini
memerlukan individu yang bergelar usahawan menghasilkan produk yang dapat
memuaskan hati pelanggan. Misalnya, produk tersebut perlu disesuaikan dengan
semua citarasa semua individu.

Pada peringkat ini, keusahawanan dikaitkan dengan pengambilan risiko.


Peringkat ini berkesinambungan daripada peringkat zaman pertengahan yang
menyatakan usahawan tidak berani mengambil risiko dalam perniagaan mereka.
Sebaliknya, pada peringkat ini usahawan mula sedar tentang kepentingan mereka
mencuba sesuatu yang baru dan sanggup menanggung sebarang risiko dalam
perniagaan mereka. Mereka yang perlu bertanggungjawab terhadap tindakan yang
diambil oleh mereka dalam organisasi pada setiap masa. Lazimnya, perniagaan tidak
semestinya mendatangkan keuntungan kepada sesetengah usahawan kerana
keuntungan tersebut tidak dapat dijangka oleh mereka. Oleh sebab itu, setiap
usahawan perlu bersedia untuk menanggung sebarang risiko yang akan berlaku dalam
perniagaan mereka sama ada produk mereka diterima atau tidak oleh individu lain.
Bukan itu sahaja, risiko juga mampu mendatangkan kesan terhadap kewangan
seseorang usahawan, menjatuhkan imej atau reputasi diri mereka dan memberi
tekanan kepada keluarga (Hoe Chee Hee, Mohd Salleh Din, Norashidah Hashim et al,
2005). Usahawan perlu tahu cara untuk menangani risiko tersebut dengan sebaiknya
supaya perniagaan mereka masih dapat diselamatkan daripada sebarang risiko yang
boleh menghancurkan perniagaan tersebut. Secara keseluruhannya, usahawan
dikatakan mahu menanggung sebarang risiko dalam perniagaan pada peringkat ini.
Dalam hal ini, dapat dilihat usahawan pada ketika itu merupakan seorang yang
bertanggungjkawab terhadap hasil kerja mereka dan mereka tidak menyalahkan orang
lain atas hasil kerja mereka yang mendatangkan kesan negatif terhadap perniagaan.

4.4 Abad ke-18

Pada peringkat ini, keusahawanan dapat dilihat berdasarkan kepada perbezaan


antara individu yang mempunyai modal dan individu yang memerlukan modal. Dalam
hal ini, dapat dilihat bahawa usahawan tidak semestinya terdiri daripada mereka yang
mempunyai modal. Individu yang mempunyai merujuk kepada usahawan yang
melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan. Golongan ini dikenali sebagai pengurus
kewangan profesional kerana mereka melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan untuk
mendapatkan pulangan yang lebih lumayan berbanding dengan modal yang telah
dicagarkan untuk aktiviti tersebut (Mohani Abdul, Kamarulzaman Ismail, Zainal
Abidin Mohamed, Abdul Jumaat Mahajar, 2008). Namun, golongan ini dilihat sebagai
tidak aktif dalam sesebuah perniagaan atau organisasi. Namun begitu, risiko adalah
lebih tinggi bagi individu yang mempunyai modal untuk mengalami sebarang
kegagalan seperti kerugian. Hal ini disebabkan oleh usaha individu tersebut yang
hanya ingin melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Kadangkala, individu yang
mempunyai modal juga menjadi seorang pemberi modal kepada individu lain untuk
menjalankan perniagaan mereka. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa individu yang
mempunyai modal saling bergantungan dengan individu yang memerlukan modal.

Namun, hal ini berbeza dengan usahawan yang memerlukan modal. Mereka
ini kelihatan lebih aktif dalam sesebuah perniagaan atau organisasi kerana mereka
terlibat secara langsung dalam perniagaan mereka. Usahawan bergerak seiring dengan
kemajuan dalam bidang perindustrian kerana mereka perlu merebut peluang yang
wujud akibat kemajuan tersebut. Oleh sebab itu, mereka perlu peka dengan sebarang
perubahan yang berlaku di persekitaran mereka supaya perniagaan mereka tidak
ketinggalan. Bukan itu sahaja, rekaan produk juga semakin bertambah dan pelbagai
pada abad ini (Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah
Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007). Usahawan perlu mencipta produk yang lebih unik
dan berkesan untuk menarik minat individu lain bagi mendapatkan mereka. Kehendak
dan keperluan individu lain juga mula mengalami perubahan dan setiap individu
mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza. Justeru, usahawan harus mencipta
pembaharuan terhadap produk yang mampu menarik minat individu lain untuk
memilikinya. Ketika ini juga dapat dilihat usahawan saling bersaing untuk mencipta
rekaan dan inovasi yang lebih menarik dan berguna untuk individu lain.

4.5 Pertengahan Abad Ke-20

Pada peringkat ini, usahawan dikatakan sebagai agen perubahan kerana


mereka perlu melakukan sebarang perubahan sama ada dari aspek produk, proses dan
sistem. Dalam aspek produk, mereka perlu melakukan satu inovasi supaya produk
mereka mendapat permintaan (Mohani Abdul, Kamarulzaman Ismail, Zainal Abidin
Mohamed, Abdul Jumaat Mahajar, 2008). Oleh sebab itu, seseorang usahawan perlu
berpandangan jauh dan peka dengan persekitaran perniagaan mereka untuk
membolehkan mereka mencipta satu inovasi yang mampu menarik minat individu lain
demi kepentingan perniagaan mereka. Inovasi mereka juga perlu disesuaikan dengan
budaya tempat perniagaan dijalankan supaya tidak bertentangan kerana hal ini boleh
mewujudkan ketidakselesaan individu lain. Hal ini penting untuk memastikan usaha
mereka dianggap berbaloi apabila mereka mendapat faedah daripada inovasi yang
telah dilakukan oleh mereka.

Dalam aspek proses, usahawan perlu mencipta satu proses pengeluaran yang
baru supaya lebih sesuai dengan aktiviti perniagaan. Mereka menentukan teknologi
yang paling sesuai untuk menghasilkan produk. Hal ini penting untuk memastikan
segala aktiviti pengeluaran perniagaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah
yang boleh menghalang penghasilan produk perniagaan. Bukan itu sahaja, usahawan
juga perlu melakukan perubahan dalam aspek sistem perniagaan (Norita Deraman,
Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007).
Mereka perlu menggunakan alternatif sistem yang paling berkesan demi faedah
perniagaan. Misalnya, sistem pengagihan yang baru membolehkan produk
disampaikan dengan lebih pantas dan cekap kepada individu lain untuk
mendapatkannya. Hal ini penting untuk mendapatkan kesetiaan individu lain terhadap
produk perniagaan. Sistem yang tersusun juga membolehkan segala urusan
perniagaan dijalankan dengan lancar dan potensi permintaan terhadap produk juga
dapat dijangka oleh usahawan. Potensi ini penting untuk melihat sejauhmana prestasi
organisasi dan langkah segera dapat diambil oleh usahawan sekiranya permintaan
sebenar lebih rendah berbanding dengan potensi permintaan yang telah ditetapkan
oleh usahawan. Dalam hal ini, dapat dilihat begitu pentingnya sistem yang teratur
dalam membantu mengembangkan sesebuah perniagaan kerana aspek ini merupakan
kekuatan dan kelemahan bagi perniagaan yang telah dijalankan.

4.6 Abad Ke-21

Pada peringkat ini, usahawan menuju ke arah yang lebih moden dan mereka
terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Cabaran tersebut berlaku kerana
adanya kepelbagaian dalam inovasi dan hal ini memerlukan usahawan lebih kreatif
supaya produk mereka mendapat tempat di hati individu lain. Hal ini penting supaya
perniagaan tidak berhadapan dengan risiko yang boleh mendatangkan kerugian
sekiranya individu lain telah memilih produk perniagaan tersebut. Bukan itu sahaja,
usahawan perlu lebih peka dengan sebarang perubahan yang berlaku dalam
persekitaran supaya perniagaan mereka tidak ketinggalan (Norita Deraman,
Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, 2007).
Misalnya, perubahan teknologi menyebabkan wujudnya persaingan sengit yang
mampu mencabar usahawan untuk menyediakan produk yang lebih menarik dan
bermutu. Hal ini demikian kerana teknologi dapat membantu dalam meningkatkan
proses pengeluaran dalam perniagaan.

Selain itu, usahawan juga terpaksa berhadapan dengan cabaran tenaga kerja
yang semakin meningkat apabila perniagaan semakin berkembang. Usahawan perlu
mengenalpasti potensi pekerjanya supaya perniagaan mendapat faedah daripada
potensi tersebut. Bukan itu sahaja, usahawan sebagai pemilik perniagaan juga
terpaksa berhadapan dengan tingkah laku pekerjanya yang pelbagai (Mohani Abdul,
Kamarulzaman Ismail, Zainal Abidin Mohamed, Abdul Jumaat Mahajar, 2008).
Mereka perlu memastikan kebajikan pekerjanya terjaga dan keselamatannya terjamin.
Hal ini demikian kerana pekerja pada peringkat ini sudah tahu mengenai hak-hak
mereka dan tindakan akan dilaksanakan oleh mereka sekiranya hak mereka tidak
dipenuhi oleh pemilik perniagaan. Pekerjanya juga mempunyai pelbagai latar
belakang yang berbeza. Oleh sebab itu, usahawan perlu mengurus perniagaan dengan
lebih terancang dan tersusun. Mereka perlu menyesuaikan pengurusan organisasi
dengan budaya pekerjanya yang meliputi aspek personaliti, gaya kepimpinan dan
pendekatan dalam komunikasi. Aspek ini penting untuk meningkatkan produktiviti
perniagaan kerana pekerja akan berasa lebih selesa dengan iklim organisasi yang
sesuai dengan budaya kerja yang diamalkan oleh mereka. Perhubungan antara
pengurus perniagaan dengan pekerja juga haruslah baik demi kepentingan perniagaan.

.1 Keusahawanan daripada perspektif Islam

Islam dan konsep keusahawan tidak pernah terpisah sejak zaman dahulu lagi
walaupun ada penulisan yang mengasingkan keusahawan Islam daripada yang lai
terutama aliran pendapat dan perkembangan di Barat. Islam yang merupakan satu cara
hidup telah mengiktirafkan keusahawanan sebagai salah satu daripada cabang ibadat
dengan mengakui bahawa 90% daripada sumber rezeki datangnya daripada hasil
perniagaan. perniagaan dalam istilah fiqah dipanggil ‘jual beli’ dan dalam bahasa
Arab disebut ‘al-Buyu’ (Norita Deraman et. Al, 2010). Dalam Islam, perniagaan
adalah sangat digalakkan seperti yang dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 275
yang bermaksud “ Dan Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba”.

Perniagaan merupakan satu bidang terpenting dan terluas dalam bidang


ekonomi dan segala kegiatan ekonomi tidak terlepas daripada perniagaan. perniagaan
juga merupakan satu kegiatan yang amat fleksibel dari segi tempat dan suasana. Dari
pandangan Islam, kegiatan perniagaan dipandang tinggi dan mulia selagi
perjalanannya tidak melanggar lunas-lunas yang ditetapkan oleh syarak (Muhammad
Syukri Salleh, 2001).

4.1 Islam dan Keusahawanan

Islam sebagai al-din yang mencakupi segala bidang telah menyedari


kepentingan keusahawanan ini sejak sekian lama dan memberikan galakan kepada
umatnya agar menceburi bidang ini. Walaupun Islam mengiktiraf bekerja di bawah
orang lain merupakan pekerjaan yang baik, bekerja sendiri tetap merupakan pilihan
terbaik. Islam amat menggalakkan umatnya bekerja sendiri dan menceburi bidang
keusahawanan. Ini kerana bidang ini bukan sahaja menjana pendapatan peribadi dan
menghalang seseorang daripada meminta-minta, malah dapat memberi peluang
pekerjaan kepada orang lain. (Nik Mohamed Affandi Nik Yusoff, 2002).

Keusahawanan dari perspektif islam ialah merupakan pencarian kekayaan


yang perlu diiringi dengan niat, maksud, pengurusan dan penggunaan seperti yang
ditetapkan oleh Islam. Usahawan dan keusahawanan mempunyai tempat yang
istimewa dalam Islam. Menurut Hadis Riwayat Tirmizi, “ Sembilan per sepuluh
sumber rezeki adalah melalui perniagaan”. Keusahawanan merangkumi aspek
kehidupan di dunia dan di akhirat. Golongan usahawan yang berjaya ialah usahawan
yang mencapai Al-Falah iaitu mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.
(Norita Deraman et. Al, 2010).

Kedudukan yang begitu istimewa dijanjikan oleh Allah melalui Rasulnya


kepada golongan usahawan dengan syarat mereka benar-benar jujur dan ikhlas serta
tidak mengejar keuntungan semata-mata. Cabaran inilah yang sukar ditempuhi oleh
usahawan-usahawan masa kini. Seiring dengan perkembangannya, Islam telah
menunjukkan contoh-contoh terbaik golongan usahawan. Model-model tersebut
merupakan sahabat-sahabat rapat Rasulullah sendiri yang sama-sama mempertahan
dan memperjuangkan Islam dengan sepenuh jiwa raga mereka. Antara mereka adalah
Saydina Uthman bin Affan, Abdul Rahman Auf, Sayyidatina Khadijah, Abu Talhah
dan beberapa tokoh lagi. (Norita Deraman et. Al, 2010).

4.2 Konsep perniagaan dan keusahawanan dalam islam

Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa Islam amat menggalakkan


umatnya berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Konsep perniagaan dalam Islam
melebihi objektif dunia yang hanya berlegar di sekitar keuntungan sahaja. Dalam
Islam, perniagaan mempunyai nilai dan objektif yang meliputi kehidupan dunia dan
akhirat. Konsep-konsep perniagaan dalam Islam meliputi perkara-perkara tersebut
antaranya: (Nik Mohamed Affandi Nik Yusoff, 2002).

i. Konsep Ubudiyah

Islam sebagai agama yang syumul tidak memisahkan segala urusan kehidupan
seharian dengan nilai-nilai agama. Semuanya mempunyai objektif tertentu dan akan
diberi ganjaran yang sewajarnya di akhirat nanti. Begitu juga dalam bidang
perniagaan, usahawan haruslah mempunyai niat yang ikhlas mencari keredhaan Allah.
Usahawan Muslim tidak seharusnya menjadikan untung material semata-mata sebagai
objektif tertinggi. Mereka harus sedar bahawa manusia adalah khalifah yang
mengurus dan memakmurkan bumi dan bukanlah pemilik mutlak.

Sebagai khalifah yang mentadbir dan memakmurkan bumi Allah, manusia


haruslah sentiasa menuruti segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Manusia tidak mempunyai kuasa yang mutlak dalam semua hal, bahkan segala-
galanya adalah dalam pengetahuan dan ketentuan Allah semata-mata. Inilah yang
menjadikan banyak konsep yang berbeza antara perniagaan dalam Islam dan
konvensional. Selain daripada pemaksimuman untung, beberapa konsep seperti
penetuan harga juga berbeza antara Islam dan konvensional. Dalam konsep penetuan
harga, Islam berpendapat bahawa harga di pasaran terbuka bergerak atas ketentuan
dan kehendak Allah. Ini berbeza dengan pendapat ahli ekonomi barat yang
menyatakan bahawa penyelarasan harga berdasarkan permintaan dan pengeluaran
dibuat oleh “tangan yang ghaib” meskipun terdapat kecenderungan wujudnya
perncangan tuhan. (http://plus.maths.org)

Konsep ubudiyah ini juga mempunyai pertalian rapat dengan konsep nilai dan
ikhsan yang menjadi garis panduan dan berfungsi sebagai kawalan kepada individu
usahawan. Individu usahawan bukan sahaja dinilai dengan produk atau perkhidmatan
yang ditawarkan tetapi merangkumi personaliti dan penampilan peribadi serta akhlak.
Akhlak yang baik mencerminkan keimanan yang akan mengawal individu tersebut
daripada melakukan sebarang salah laku dalam perniagaan. (Muhammad Syukri
Salleh, 2001).

ii. Perniagaan mempunyai fungsi ekonomi, sosial dan agama

Perniagaan merupakan bidang yang strategik dalam menggembleng sumber-


sumber dalam ekonomi bagi memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat
serta mendapatkan keuntungan. Melalui perniagaan, masyarakat akan dapat
mencapai dan memenuhi apa yang mereka perlukan di samping menawarkan
peluang-peluang pekerjaan yang menjadi tunjang ekonomi Negara. Dengan
wujudnya peluang pekerjaan yang mencukupi, taraf hidup dan sosial masyarakat
akan meningkat seterusnya mengurangkan pelbagai gejala yang tidak diingini.
Selain daripada peranan dalam ekonomi dan sosial, perniagaan mempunyai
peranan yang besar dalam Islam. Usahawan yang jujur dan baik akan dikasihi
Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang istimewa sebagaimana hadis
yang dinyatakan sebelum ini. Penyebaran dan pembangunan Islam pada zaman
dahulu juga merupakan kesan daripada peranan aktif para peniaga dan pedagang.
Ini termasuklah proses penyebaran Islam ke Asia Tenggara khususnya Malaysia.

iii. Sebagai perkhidmatan memenuhi kepeluan manusia

Perniagaan dijalankan adalah berdasarkan kepada permintaan dan keperluan


manusia. Keperluan berbeza-beza memerlukan ramai usahawan yang bersedia
memenuhi permintaan yang pelbagai. Konsep berkhidmat untuk memenuhi
keperluan manusia ini amat dituntut oleh Islam. Bagi umat Islam, golongan
usahawan ini amat diperlukan memandangkan mereka mempunyai pelbagai
keperluan untuk dipenuhi. Hukum hakam yang menentukan adanya halal dan
haram sesuatu barangan membentuk keperluan yang tersendiri dan unik
berbanding dengan masyarakat agama lain. Atas sensitiviti dan tanggungjawab
sebagai individu Muslim, peniaga dan usahawan sepatutnya berbesar hati dan
terus ikhlas menjalankan tanggungjawab yang besar dan penting di sisi
masyarakat (Khalid Muhammad Khalid, 1968).

iv. Hubungan baik dengan masyarakat

Sebagai pihak yang memenuhi keperluan masyarakat, usahawan perlu


mempunyai hubungan yang baik dengan semua pihak termasuk sesame usahawan
dan juga masyarakat sekeliling. konsep asas ini perlu diterjemahkan dalam bentuk
urusan perniagaan. Hubungan baik sesame korporat atau networking menjadi
kunci kejayaan usahawan pada hari ini. Networking yang tidak begitu kukuh akan
menyukarkan sesebuah perniagaan untuk terus berkembang maju. Masalah ini
juga dialami oleh usahawan Melayu dan tidak mempunyai asas networking yang
kukuh. Oleh sebab itu kerajaan perlu melaksanakan beberapa dasar untuk
membantu usahawan-usahawan tersebut. (Patricia Sloane, 1999).

Dalam urusan muamalat Islam, persetujuan dan kesepakatan antara kedua-dua


belah pihak (pembeli dan penjual) merupakan elemen yang amat penting. Ianya
menjadi asas sama ada sesuatu kontrak itu sah atau sebaliknya. Ini bermakna
setiap urusniaga perlulah didasari oleh persetujuan dan sama-sama berpuashati
dengan urusniaga tersebut. Selaras dengan konsep ini para usahawan atau peniaga
tidak seharusnya memaksa atau mempengaruhi pelanggan secara melampau untuk
memastikan produk mereka laku. Ini termasuklah melakukan perkara seperti
mempengaruhi pelanggan dengan memujuk mereka untuk membeli barangan yang
tidak mereka perlukan, mempengaruhi dengan mendakwa bahawa barangan
mereka berkualiti tinngi atau murah sedangkan dakwaan itu tidak benar dan juga
mempengaruhi pelanggan dengan menimbulkan perasaan takut atau khuatir
mengenai kekurangan bekalan atau kenaikan harga yang bakal berlaku (Nik
Mohamed Affandi Nik Yusoff, 2002).

Dengan menjauhi perkara-perkara di atas, suasana pasaran yang lebih sihat


akan berjaya diwujudkan. Peniaga seharusnya menawarkan sesuatu yang benar-
benar sepadan dengan harga dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan
salah anggap melalui pengaruh iklan. Hubungan yang baik antara pelanggan dan
peniaga sebenarnya merupakan hubungan yang menguntungkan dalam jangka
masa panjang berbanding keuntungan sementara dengan jalan penipuan
(Muhammad Syukri Salleh, 2001).

v. Berpegang teguh dengan nilai

Nilai dan akhlak tidak dapat dipisahkan dengan keusahawanan. Ia merupakan


tunjang bukan sahaja kepada pemilik perniagaan tetapi juga kepada setiap
individu muslim. Dalam bidang perniagaan, Islam mewajibkan setiap usahawan
untuk berpegang teguh dengan nilai yang baik dan menjauhi nilai-nilai yang
buruk. Oleh itu, jaminan hanya diberikan kepada usahawan yang benar-benar jujur
dan ikhlas sahaja (Muhammad Syukri Salleh, 2001).

Terdapat banyak nilai-nilai baik yang perlu diamalkan oleh para usahawan.
Kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak nilai-nilai murni dan gelagat yang
baik wujud dalam diri usahawan. Nilai dan gelagat inilah yang menyebabkan
mereka berjaya mengharungi pelbagai rintangan dalam perniagaan. Antara nilai
dan gelagat yang wujud menurut beberapa kajian adalah seperti berani
menanggung risiko, berdikari, mempunyai ciri-ciri kepimpinan, murah hati,
optimis, kuasa, prihatin, keperluan pencapaian yang tinggi, keyakinan diri dan
banyak lagi. (Litzinger, W.D., 1965).
Ciri-ciri, gelagat serta sikap-sikap tersebut boleh dikategorikan sebagai sikap
yang positif atau terpuji (mahmudah). Dan oleh kerana Rasulullah sewaktu
hidupnya merupakan seorang peniaga yang berjaya, baginda sememangnya
mempunyai ciri-ciri tersebut. Baginda berjaya menmbuktikan bahawa dengan
mengamalkan sifat-sifat yang baik, perniagaan masih dapat keuntungan malah
lebih baik daripada peniaga yang tidak jujur. Keuntungan yang menjadi objektif
baginda bukanlah semata-mata keuntungan kebendaan tetapi keredhaan Allah
yang lebih utama. (Patricia Sloane, 1999).

Secara mudahnya, usahawan Muslim haruslah mengamalkan sikap terpuji


yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah sebagaimana yang telah digambarkan
melalui al-Quran dan al-Sunnah. Selain itu usahawan juga perlu menghindari
daripada mengamalkan larangan Allah seperti riba, judi, rasuah, sorok, mengambil
keuntungan melampau, hasad dengki dan sifat-sifat mazmumah yang lain (Khalid
Muhammad Khalid, 1968).

4.3 Membudayakan Masyarakat Islam dengan keusahawanan

Sebagaimana yang telah diperbincangkan, budaya keusahawan sememangnya


selari dengan nilai-nilai Islam dan harus diterap dan diamalkan oleh umat Islam. Umat
Islam bukan sahaja harus mengubah persepsi mereka terhadap bidang perniagaan
tetapi menghayati nilai-nilai yang wujud dalam keusahawanan itu sendiri. Ini penting
kerana nilai keusahawanan perlu ada pada setiap orang meskipun tidak bekerja
sendiri. Konsep ini dikenali sebagai keusahawanan dalaman (John C. Aplin Jr &
Leveto A. Greg, 1976). Untuk mencapai objektif ini, pelbagai usaha oleh pelbagai
pihak perlu digembleng secara kolektif. Antara inisiatif-inisiatif yang boleh diambil
adalah seperti berikut.

1. Pengukuhan melalui institusi keluarga

Institusi keluarga merupakan permulaan pembentukan individu dan


masyarakat. Melalui peranan ibu bapa, anak akan dibentuk mengikut acuan yang
mereka kehendaki. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi yang bermaksud:

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w berkata:


“ Setiap anak Adam dilahirkan secara fitrah, maka ibu bapanya yang mencorakkannya
sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi”.

Hadis ini menegaskan betapa kuatnya pengaruh pendidikan awal kanak-kanak


dalam mencorakkan peribadi individu pada masa akan datang. Kajian telah
menunjukkan bahawa ibu bapa mempengaruhi sikap anak-anak sama ada berminat
untuk berkecimpung dalam keusahawanan. Anak-anak yang mempunyai ibu bapa
atau keluarga terdekat yang bekerja sendiri didapati lebih cenderung kepada bidang
keusahawanan berbandin mereka yang tidak mempunyai latar belakang seperti
tersebut (Patricia Sloane, 1999).

Oleh yang demikian, kesedaran mengenai kepentingan keusahawanan ini


perlulah wujud daripada diri ibu bapa terlebih dahulu. Memang tidak dinafikan
bahawa ramai, ramai ibu bapa di kalangan masyarakat Islam yang tidak
berpengalaman dalam bidang perniagaan. Ini menyebabkan mereka tidak dapat
menjadi role model kepada anak-anak mereka. Walaubagaimanapun mereka haruslah
menggalakkan sebarang usaha anak-anak mencuba bidang ini dan tidak bertindak
menghalang niat mereka. Mereka juga harus menyemai nilai-nilai keusahawanan
seperti berani mengambil risiko, kreatif dan sabar sejak kecil lagi. Ini secara tidak
langsung akan mengembangkan potensi diri mereka (Khalid Muhammad Khalid,
1968).

2. Meningkatkan ilmu pengetahuan

Pepatah Melayu ada menyatakan “kalau tak kenal maka tak cinta”. Pepatah
tersebut membawa maksud bahawa, seseorang itu akan cenderung atau meminati
sesuatu hanya apabila dia benar-benar memahami perkara tersebut. Begitu juga
dengan bidang keusahawanan, pengetahuan yan mendalam amat perlu untuk
memastikan seseorang itu berjaya dalam bidang yang diceburi (Khalid Muhammad
Khalid, 1968).

Masalah tidak mempunyai pengetahuan yang cukup merupakan masalah yang


agak membimbangkan di kalangan usahawan Muslim. Pengetahuan yang dangkal
menyebabkan usahawan Muslim tidak dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
Mereka tidak dapat mengurus dengan baik akibat tidak mempunyai pengurusan yang
baik. Kajian menunjukkan bahawa usahawan Melayu kurang berpengetahuan dalam
pengurusan syarikat meliputi aktiviti-aktiviti seperti delegasi dan urusan pengajian
berbanding syarikat-syarikat milik bukan Melayu khususnya Cina (Patricia Sloane,
1999).

Dalam era teknologi maklumat, pengetahuan merupakan sumber yang amat


penting dan strategik. Islam telah lama menyeru umatnya untuk menuntut ilmu yang
merupakan proses berterusan sepanjang hayat. Ini bertepatan dengan sabda Rasul
yang bermaksud:

Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda:

“ Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim”.

Oleh yang demikian, budaya menuntut ilmu ini perlulah dihayati oleh semua
pihak, lebih-lebih lagi usahawan Muslim merupakan golongan yang disegani dalam
bidang ilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Pendekatan pendidikan ini juga
harus ditekankan oleh pihak-pihak berwajib dalam mendidik masyarakat. Kursus-
kursus dan seminar secara formal mahupun tidak formal perlu diperbanyakkan untuk
memastikan budaya ini dapat dikongsi oleh setiap lapisan masyarakat. (Khalid
Muhammad Khalid, 1968).

3. Contoh yang baik oleh usahawan

Peranan membudayakan masyarakat dengan keusahawanan perlulah


ditunjangi oleh usahawan sendiri. usahawan perlu menunjukkan contoh yang baik dan
menjadi role model kepada masyarakat. Persepsi buruk terhadap mereka perlu
diperbetulkan dari semasa ke semasa. Usahawan perlu mencontohi para sahabat Rasul
yang sentiasa menjadi penyokong kuat terhadap perkembangan Islam. Sebagai contoh
Abdul Rahman ‘Auf telah menginfaqkan barang dagangannya yang baru pulang dari
Syam sebanyak 700 tunggangan penuh dengan barang dagangan. Selain itu, beliau
juga telah menyumbang sebanyak seratus tunggangan penuh dengan muatan untuk
para pejuang Islam di Madinah (Khalid Muhammad Khalid, 1968).

Selain Abdul Rahman Auf, Saydina Uthman juga merupakan usahawan yang
sentiasa bermurah hati. Pada suatu ketika, beliau telah menderma sebanyak 300
tunggangan dengan muatannya sekali kepada tentera Islam. Beliau juga telah
menyumbang gandum, minyak dan kismis sejumlah muatan 1000 ekor unta kepada
umat Islam pada zaman pemerintahan Saydina Abu Bakar ketika berlaku kemelesetan
ekonomi. Pada ketika itu terdapat pedagang-pedagang Madinah yang sanggup
membeli barangan tersebut dengan harga yang tinggi sehingga 5 kali ganda. Ini
membuktikan keimanan beliau yang lebih rela melepaskan kemewahan di dunia dan
keimanan lebih mementingkan janji Allah yang jauh lebih baik di akhirat.
(Muhammad Syukri Sallah, 2001).

4. Sokongan berterusan daripada pihak kerajaan

Sejak sekian lama, kerajaan Malaysia telah lama komited untuk menerapkan
budaya keusahawanan dalam masyarakat Islam. Melalui Dasar Ekonomi Baru,
kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah untuk meningkatkan pegangan
orang Melayu dalam ekonomi. Selepas Dasar Ekonomi Baru, kerajaan tetap
meneruskan usaha murni ini dengan mewujudkan Dasar Pembangunan Negara.
Penyertaan masyarakat Melayu dalam bidang keusahawanan di berikan dorongan dan
bimbingan padu daripada pelbagai sudut. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai agensi
untuk menyokong usaha-usaha ini. Antaranya adalah Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi, MARA, MARDI, PERNAS, MIDA, dan banyak lagi badan-
badan lain. Agensi dan badan-badan ini membantu usahawan dari segi kewangan,
pemasaran, kemahiran teknologi dan pelbagai aspek lain (Patricia Sloane, 1999).

Melalui dasar-dasar tersebut kerajaan secara langsung ataupun tidak langsung


telah cuba menerapkan budaya keusahawanan kepada seluruh masyarakat. Program
yang dirangka oleh agensi dan kementerian terbabit bukan sahaja meliputi individu
yang berkecimpung dalam perniagaan tetapi juga meliputi pelajar sekolah dan
institusi pengajian tinggi. Malah, kesedaran dan motivasi perniagaan juga diberikan
kepada golongan-golongan tertentu seperti ibu tunggal dan masyarakat di bawah
kategori miskin. Program-program seperti ini sebenarnya memberikan gambaran
kepada masyarakat betapa pentingnya keusahawanan dan perlunya kepada masyarakat
betapa pentingnya keusahawanan dan perlunya kepada masyarakat betapa pentingnya
keusahawanan dan perlunya mereka menghayati budaya dan nilai-nilai dalam
keusahawanan tersebut. (Nik Mohamed Affandi Nik Yusoff, 2002).
4.4 Penutup Keusahawanan Islam

Keusahawanan merupakan bidang strategik yang perlu diceburi oleh lebih


ramai umat Islam di Malaysia. Selain daripada objektif ekonomi, keusahawanan
mengandungi nilai-nilai murni yang harus dihayati oleh masyarakat Islam. Antara
nilai-nilai yang wujud meliputi sifat sabar, berani menanggung risiko, kreatif,
berpengetahuan tinggi, bersungguh-sungguh dan pelbagai sifat mahmudah yang lain.
Ciri-ciri dan nilai dalam keusahawanan ini sebenarnya merupakan nilai-nilai yang
sejajar dengan tuntutan Islam. Selain itu, perniagaan dan keusahawanan itu sendiri
merupakan kerjaya yang mendapat tempat yang cukup istimewa dalam Islam.

Walau bagaimanapun, masyarakat Islam kini tidak lagi mempelopori bidang


ini hanya lebih selesa sebagai golongan pengguna dan pembeli sahaja. Ini
menimbulkan pelbagai masalah terhadap umat Islam secara keseluruhan. Oleh yang
demikian, usaha perlulah digembleng agar bidang keusahawanan dan perniagaan ini
menjadi bidang pilihan umat Islam semula sebagaimnana yang telah ditunjukkan
melalui sejarah Rasulullah dan para sahabat. Sebagai permulaan, kesedaran perlulah
diterapkan kepada keseluruhan lapisan masyarakat Islam melalui pembudayaan nilai
dan sikap usahawan. Dengan menghayati dan membudayakan nilai-nilai
keusahawanan ini, masyarakat Islam akan secara langsung atau tidak langsung akan
berusaha dengan lebih keras dan cuba meningkatkan kemampuan diri untuk
meningkatkan taraf sosial dan ekonomi mereka. Ini akan mendekatkan mereka dan
seterusnya menjadikan perniagaan dan keusahawanan sebagai bidang kerjaya pilihan
di masa akan datang.
DARI SUDUT SOSIOLOGI

Keusahawanan menurut kamus dewan (2005), adalah usaha yang membawa maksud

upaya iaitu dari segi ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan menjdai semakin kompleks seiring

dengan perubahan dari segi ekonomi dan interpretasi sosial. Kemajuan dalam bidang

keusahawanan ini juga seiring dengan berkembangnya bidang pengurusan, pengurusan

strategik, ekonomi, sosiologi dan psikologi (Zaidatol, 1997). Keusahawanan adalah salah satu

proses untuk mengenal pasti dan mengeksploitasi sesuatu peluang supaya ia memberi nilai

dalam usaha untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum dengan mengandaikan segala

risiko yang dihadapi dapat dilaksanakan dalam kadar masa yang singkat. Oleh itu, usahawan

perlu mencipta dan menceburi bidang baru bagi meingkatkan daya saing dengan memberi

lebih banyak pilihan kepada masyarakat serta kesejahteraan mereka (Ab. Aziz, 2000).

Sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli sosiologi tidak boleh dipandang ringan

kerana mereka telah memperkayakan ilmu keusahawanan terutamanya dari segi teori dan

model yang dikemukakan. Salah seorang ali sosiologi bernama Max Weber (1958) telah

menghuraikan bahawa keusahawanan terdiri daripada elemen keagamaan yang dijadikan

landasan untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti ekonomi. Beliau mengatakan bahawa,

kejayaan golongan Protestant dalam kegiatan ekonomi disebabkan oleh ajaran agama yang

terkandung dalam mazhab Protestant. Beliau cuba menunjukkan bahawa kejayaan golongan

ini adalah disebabkan pegangan yang kuat pada agama yang menjadi dorongan utama kepada

golongan protestant ini mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi. Weber telah menulis

panjang lebar mengenai model keusahwanan dalam bukunya yang bertajuk ‘The Protestant

Ethics and The Spirit of Capitalism’.

Model psikodinamik yang diutarakan oleh De Vries dalam Doliinger (1995)

menyatakan bahawa usahawan merupakan individu yang sama kecilnya tidak berpeluang
untuk mendapat kemudahan tertentu menyebabkan mereka memberontak dan mencari satu

alternatif bagi mengubah kehidupan mereka supaya lebih terjamin. Kajian ini disokong oleh

Everette Hegen yang mendapati kedudukan status sosial yang rendah membuatkan ahli

kumpulan bersikap memberontak dan dizahirkan dalam bentuk semangat keusahawanan bagi

memperbaiki mobiliti ekonomi sosial mereka (Salleh,2003). Golongan kumpulan status

bawahan ini merasa tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima sehingga menyebabkan

pemberontakan yang bersifatkan semangat keusahawanan ini berjaya membawa kemajuan

dalam kalangan golongan bawahan.

Sementara itu, Gibbs (1972) pula mengemukakan model keusahawanan yang dikenali

sebagai model pembangunan sosial. Model ini menerangkan proses dan perhubungan sosial

yang dilakukan oleh seseorang yang memaksa diri mereka untuk melakukan perubahan

dengan mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Model ini

memerlukan kesungguhan, persiapan mental, fizikal, kewangan dan personaliti yang tertentu.

Sementara itu, model yang diperkenalkan oleh Shapero dan Sokol mengaitkan keadaan sosial

dan dua faktor yang mempengaruhi seseorang membuat keputusan untuk menjadi usahawan,

iaitu faktor yang dorongan keusahawanan dan faktor situasi. Rajah 1 dapat menjelaskan

model sosiologi kemunculan seorang usahawan.


Rajah 1 – Model Sosiologi Kemunculan Seseorang usahawan.

DORONGAN KEPADA CIRI SITUASI


KEUSAHAWANAN
Persepsi
Dorongan
Anjakan Negatif
Budaya/Nilai/Sikap
Status Imigran,
, Keluarga, Rakan
Diberhentikan Kerja,
sekerja, Mentor,
Bosan, Marah,
Rakan sebaya,
Krisis pertengahan
Masyarakat
umur, Bercerai,
Kematian Pasangan.
Persepsi
KEUSAHAWANAN Kebolehlaksanaan
Tempoh Peralihan
Sokongan/
Militari, Sekolah, Bantuan,
Penjara Demonstrasi,
Model, Mentor,
Rakan Kongsi,
Peluang
Tarikan Positif
Daripada rakan Acara Aktiviti
kongsi, mentor, Keusahawanan
pelabur, pelanggan
Mengambil inisiatif,
penggabungan sumber,
Pengurusan sumber,
Tolakan Positif Pengurursan
organisasi,
Bapa, Kerjaya, Menanggung risiko,
Pendidikan, Membuat
Pengalaman perancangan.

Sumber : A. Shapero dan L.Sokol, ‘The Social Dimensions of Entrepreneurship, ‘ in C. Kent D.


Sexton and K. Vesper, eds, Encylopedia of Entrepreneurship.
Merujuk kepada rajah 1 diatas, model tersebut mempunyai 4 faktor yang mendorong

seseorang kearah keusahawanan. Iaitu : -

a) Anjakan Negatif

Anjakan negatif bermaksud penyisihan seseorang atau kumpulan daripada masyarakat

umum. Golongan ini biasanya tidak mempunyai sesiapa untuk bergantung dalam

hidupnya dan keadaan ini memerlukan mereka untuk lebih berdikari. Contoh yang

jelas adalah seperti kecenderungan golongan imigran untuk menjadi seorang

usahawan di Britain dan orang Asia yang menjadi usahawan di Australia.

Anjakan negatif juga boleh disebabkan oleh seseorang yang dibuang kerja

akibat pengecilan saiz organisasi atau kemelesetan ekonomi yang boleh menyebabkan

seseorang beralih kepada bidang keusahawanan. Bosan dengan pekerjaan sedia ada

kerana terlalu rutin atau tiada autonomi juga merupakan salah satu bentuk anjakan

negatif yang membuatkan seseorang beralih kepada bidang keusahawanan.

Contohnya, ramai pengurus dan eksekutif yang meninggalkan pekerjaan mereka

untuk menceburi bidang perniagaan yang lebih mencabar dan lebih bebas. Usahawan

juga boleh muncul akibat krisis pertengahan umur, perceraian, dan kematian

pasangan.

b) Tempoh Peralihan

Seseorang yang berada antara kedudukan yang tertentu (tentu peralihan) juga lebih

terdorong untuk menjadi usahawan. Seperti golongan imigran, mereka juga dianggap

sebagai orang luar daripada masyarakat teras. Tiga contoh tempoh peralihan adalah

antara kehidupan sebagai askar dengan orang awam, kehidupan pelajar dengan

kerjaya dan kehidupan di penjara dengan orang bebas.


c) Tarikan positif

Pengaruh positif yang dikenali sebagai tarikan positif juga mampu menarik seseorang

membuat keputusan untuk menjadi seorang usahawan. Pengaruh ini boleh datang

daripada bakal rakan kongsi, mentor, ahli keluarga, pelabur, pelanggan dan pembekal.

Rakan kongsi menggalakkan seseorang itu untuk menjadi usahawan dengan tawaran

untuk berkongsi modal, pengalaman, membantu kerja, dan mengurangkan risiko.

Sementara mentor pula boleh meningkatkan keyakinan diri dan perasaan hormat

seseorang. Mentor dan rakan kongsi juga boleh memperkenalkan seseorang usahawan

kepada jaringan sosial dan ekodinamik bagi melancarkan perniagaan mereka.

Terdapat juga hubungan yang kuat antara kerjaya atau latar belakang keluarga

dengan pemilihan kerjaya usahawan. Terdapat kajian yang dijalankan yang

menunjukkan ramai usahawan yang berjaya mempunyai keluarga yang terlibat

dengan bidang keusahawanan. Pelabur dan bakal pelanggan juga mempunyai

pengaruh terhadap seseorang untuk menceburi bidang keusahawanan.

d) Tolakan Positif.

Faktor-faktor tolakan positif ini termasuklah laluan kerjaya yang menawarkan

peluang-peluang untuk menjalankan kegiatan keusahawanan dan juga faktor

pendidikan yang memberikan pengetahuan dan peluang untuk individu menjadi

seorang usahawan. Faktor ini memberi tolakan positif kepada individu dan

mendorong seseorang untuk menjadi usahawan.

Pada bahagian kanan model ini menunjukkan ciri-ciri situasi yang dapat

membantu seseorang menentukan perniagaan baharu dapat direalisasikan dengan

jayanya. Dua faktor situasi itu ialah :


1. Persepsi dorongan

Faktor yang mempengaruhi persepsi dorongan datangnya daripada latar

belakang budaya seseorang, keluarga, sahabat handai, masyarakat atau mentor.

Ini boleh dilihat bagaimana bangsa cina yang kebanyakannya menjadi

usahawan kerana pengaruh budaya, keluarga dan masyarakat.

I. Sosiologi pada zaman awal.

Sejarah keusahawanan telah dirungkaikan mengikut struktur dan zaman dan abad

yang menceritakan tentang perkembangan yang berlaku dalam keusahawanan. Merujuk

kepada sejarah keusahawanan zaman awal, kebanyakan usahawan terdiri daripada saudagar

yang merupakan pegembara. Marco Polo merupakan seorang pegembara yang telah

memperkenalkan istilah ‘go-between’ di mana beliau cuba mewujudkan ‘laluan perniagaan’

bagi menjual produk ke timur jauh. Dalam proses ini, pedagang menandatagani kontrak

dengan pemilik wang kapitalis bagi menjual produknya (Ab. Aziz, 2000). Dalam konteks ini,

pemilik wang akan menyediakan pinjaman kepada saudagar-saudagar pegembara. Saudagar

sangat berperanan aktif dalam perniagaan yang dijalankan. Kapitalis merupakan penanggung

risiko yang pasif, manakala pedagang pula terpaksa menerima risiko fizikal dan emosi.

Dalam keadaan tertentu, pemodal mengaut keuntungan yang melampau daripada sistem riba

sehingga menindas peniaga yang menjalankan perniagaan (Ab. Aziz, 2000).

II. Sosiologi pada zaman pertengahan.

Keusahawanan pada zaman pertengahan lebih menjurus kepada individu yang

menguruskan sesebuah perniagaan, individu ini akan menanggung semua risiko dalaman dan

luaran yang dihadapi semasa mengendalikan perniagaan tersebut. Setiap perlakuan dalam
sebarang tindakan yang dilakukan dipengaruhi oleh sosiologi dan persekitaran yang

berdekatan dengan pengurus tersebut (Salleh,2003). Hal ini boleh dijelaskan dengan situasi

yang berlaku mengikut abad ke 17 dan 18 pada zaman pertengahan ini.

Pada abad ke 17, menampakkan perubahan risiko yang dihadapi oleh usahawan.

Usahawan semakin bijak dalam membuat keputusan dan bertindak dengan mengembangkan

perniagaan melalui kerjasama dalam kontrak yang ditandatagani secara bersama. Setiap hasil

dan kerugian yang berlaku akan dibahagikan mengikut nilai perjanjian yang telah

dipersetujui. Menurut Hisrich dan Peter (1998), mereka mengatakan bahawa, perkataan

usahawan pertama kali digunakan adalah daripada Richard Cantillon pada 1975 dan beliau

merupakan pengasas kepada istilah keusahawanan. Beliau juga mengatakan bahawa

usahawan merupakan pengambil risiko ekonomi iaitu “buy at certain price-sell at certain

price”. Merujuk kepada perkara tersebut, usahawan akan bijak menggunakan masa dan

peluang untuk mendapatkan hasil serta potensi untuk mengembangkan prestasi diri seperti

membuat unjuran kewangan dan analisis untuk kajian.

Namun demikian, pada abad ke 18, keusahawanan pada abad ke 18 pula dilihat

seperti interaksi antara individu yang mempunyai modal dengan individu yang memerlukan

modal. Hal ini boleh dikalsifikasikan sebagai antara pelabur dan usahawan. Pemberi modal

ini kenali sebagai (venture capitalist) yang merujuk kepada pengurus kewangan profesional

yang membuat pelaburan lebih tinggi keatas pelaburan awal yang dibuat oleh seseorang

usahawan dalam organisasi atau perniagaan yang dijalankan. Perkembangan sektor

perindustrian yang pantas pada ketika itu mendesak usahawan untuk lebih berusaha merebut

peluang dan memajukan perniagaan seperti mendorong usahawan untuk merekabentuk atau

inovasi produk yang lebih baik dan berkesan.

III. Pada abad ke 20.


Abad ke 20 merupakan akhir zaman pertengahan dalam sosiologi perubahan yang

berlaku pada usahawan yang dianggap sebagai ejen kepada perubahan dalam

melaksanakan penciptaan produk, proses atau sistem baru. Konsep perubahan merupakan

salah satu bahagian yang penting dalam memahami dengan lebih mudah proses

perubahan yang berlaku pada ketika itu. Sebagai contoh, inovasi secara konseptualnya

adalah mencipta sesuatu yang baru dan merupakan salah satu tugas yang berat kepada

usahawan kerana memerlukan kebolehan dan keupayaan yang teguh dalam setiap hasil

yang diperolehi. Keupayaan untuk melakukan inovasi merupakan salah satu kelebihan

yang dimiliki oleh usahawan yang akan membezakan mereka dengan orang lain yang

bukan usahawan.

IV. Senario usahawan pada abad ke 21.

Kepelbagaian kemahiran dan kecekapan perlu ada dalam diri seseorang usahawan bila

berhadapan dengan situasi lebih mencabar pada abad ke 21. Terdapat dua sebab yang

dikenalpasti tentang bagaimana isu cabaran yang dikatakan pada abad ke 21. Antara

sebab tersebut adalah, usahawan perlu bijak dalam heterogeneti tenaga kerja yang

semakin meningkat. Hetergeneti membawa maksud campuran daripada dua situasi yang

dihadapi dalam masa yang sama tetapi perkara yang berbeza, seperti usahawan

berhadapan dengan benyak masalah pada satu masa. Kedua adalah, apabila mempunyai

tenaga kerja yang pelbagai, maka wujudlah kelebihan bersaing yang menjadi unjuran

kepada usaha untuk memperkembangkan perniagaan.

Keusahawanan pada abad ke 21 sudah menunjukkan bahawa usahawan perlu

berhadapan dengan peningkatan teknologi. Usahawan perlu peka dan mempunyai minat

untuk belajar dalam teknologi yang semakin canggih. Selain daripada itu, persaingan

yang berlaku pada abad ke 21 ini lebih sengit dan kompleks. Para pekerja akan bersikap
lebih mendesak sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi. Perkara ini juga menjadi

cabaran kepada usahawan untuk bijak menagani apabila golongan pekerja mula

mengambil tindakan yang drastik seperti mendakwa usahawan ke mahkamah, mengadu

ke kesatuan sekerja, malah mungkin akan meletakkan jawatan dan menyertai syarikat

pesaing. Hal ini kerana, perkara ini merupakan mobiliti pekerja mengenai hak mereka

yang fleksibel.

V. Keusahawanan di Malaysia.

Bidang keusahawanan telah mengalami evolusi dan perkembangan yang ketara di

Malaysia jika dibandingkan dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka pada masa dahulu

yang mengamalkan sistem barter. Hal ini di ikuti dengan penggunaan logam sebagai

matawang dan seterusnya penggunaan matawang sebagai medium pertukaran sama ada

jualan atau belian. Perkembangan keusahawanan di Malaysia sebelum wujudnya Dasar

Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990) iaitu semasa pemerintahan British (1957-1970),

kegiatan keusahawanan dikuasai oleh warganegara asing dan bukan bumiputera.

Bumiputera majoritinya pada ketika itu terdiri daripada golongan petani dan nelayan yang

hanya mempunyai Rm172 sebulan iaitu dibawah paras kemiskinan (Norasmah 2002).

Bumiputera kurang melibatkan diri dalam sektor keusahawanan dibebakan oleh beberapa

desakan seperti dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh pemerintahan british

yakni bumiputera harus menjadi petani dan nelayan sahaja.

Dasar yang dilaksanakan pada masa ini merupakan dasar ekonomi bebas iaitu

bumiputera tidak diberi galakan dan latihan untuk menceburi bidang keusahawanan

(Zaidatol, 1998). Oleh yang demikian, bumiputera tidak mendapat pengalaman, latihan

mahupun modal untuk menceburi bidang keusahawanan. Berikut merupakan analisis


daripada laporan ekonomi 1973-1974 iaitu unjuran pendapatan purata di Malaysia pada

ketika itu.

Jadual 1.0 : Semenanjung Malaysia : Kadar kemiskinan dan pendapatan purata

keluarga mengikut kumpulan etnik, 1970.

Sumber : laporan ekonomi 1973-1974

Jadual 2.0 : Semenajung Malaysia : Hak milik modal saham mengikut kumpulan etnik

bagi syarikat berhad, 1970.

Sumber : Laporan ekonomi 1973-1974.


Terdapat banyak faktor lain yang membawa kepada perkembangan keusahawanan di

malaysia. Menyedari hakikat bahawa mula wujudnya budaya keusahawanan dalam diri

masyarakat Malaysia, maka penubuhan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian

Bumiputera (MPPB). MPPB dilaksanakan bagi tujuan melahirkan masyarakat bumiputera

yang mempunyai jatidiri, daya tahan, dan mampu bersaing dengan bangsa lain dalam

bidang perdagangan dan perindustrian. Selain itu, bagi meningkatkan lagi penglibatan

bumiputera, maka kerajaan telah memperluaskan kegiatan agensi sedia ada seperti Majlis

Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS). Sebagai

tambahannya, penubuhan agensi baru juga dilaksanakan seperti Lembaga Pembangunan

Bandar (UDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan sebagainya.

Dalam menyokong perkembangan keusahawanan ini juga, Kementerian

Pembangunan Usahawan dan koperasi (MECD) yang akan bertanggungjawab menyelia

perkembangan bidang keusahawanan. Selain daripada itu, kerajaan telah menubuhkan

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang akan bertanggungjawab mengurus

perkembangan keusahawanan di Malaysia dan berupaya mendedahkan bidang ini kepada

golongan muda. Pelbagai program latihan berbentuk teknikal dan vokasional yang

memberikan latihan keusahawanan dan menyediakan sumber kewangan yang diperlukan

kepada usahawan yang baru memulakan perniagaan.

Bagi meningkatkan lagi perkembangan keusahawanan di Malaysia dan

memperbanyakkan penglibatan menyeluruh daripada kaum bumiputera dalam bidang ini,

maka Dasar Pembangunan Negara (DPN) ditubuhkan pada 28 Februari 1991. Sementara

itu, institusi pengajian tinggi juga turut menyediakan pelajar-pelajar yang dipimpin dapat

membentuk remaja kepada budaya keusahawanan (Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia 2006: 15-16) seperti yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia iaitu

menubuhkan Institut Pembangunan Keusahawanan (IPK) pada tahun 2009 yang kini
dikenali sebagai Institusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) (Sumber:

Laman Web CEDI,UUM). Begitu juga dengan penubuhan Pusat Pembangunan Usahawan

(MEDEC) pada 1980 di Universiti Teknologi Mara (UITM). (sumber: Laporan yang

bertajuk ‘ Pengenalan kepada MEDEC’, 1980). Tambahan lagi, media menjadi medium

untuk menyampaikan maklumat kepada semua golongan masyarkat bumiputera

khususnya untuk berminat menceburi bidang keusahawan di Malaysia sehingga kini.

Pelbagai perubahan demi perubahan telah berlaku dalam perkembangan

keusahawanan di Malaysia, menurut Norhashim (1994), perniagaan kecil di Malaysia

telah meningkatkan jumlah peluang pekerjaan dan pembangunan usahawan. Namun

demikian, wujud ketidak seimbangan dalam pegangan ekonomi antara kaum di Malaysia.

Human (1992) mendapati penduduk bukan bumiputera tidak dapat menguasai sektor

ekonomi sepenuhnya mneyebabkan DEB gagal dicapai sepenuhnya (Malaysia, 2001).

Walau bagaimanapun, hasil usaha kerajaan bersama egensi sokongan kerajaan,

pendapatan isirumah di Malaysia telah bertambah baik dalam tempoh Rancangan

Malaysia ke-9. (Norasmah, 2009).

VI. Kemahiran Keusahawanan dalam perniagaan

Terdapat tiga domain kemahiran yang menjadi medium untuk usahawan khususnya di

Malaysia yang dikenalpasti dapat membantu usahawan untuk mengurus dan

menyelenggara perniagaan. Model Kemahiran Generik Usahawan Malaysia (KeGUM).

Rajah 3 dibawah menunjukkan perkaitan antara tiga domain kemahiran utama dan

kesannya kepada aktiviti perniagaan.


Rajah 2 : Model Kemahiran Generik Usahawan Malaysia (KeGUM)

TIGA DOMAIN KOMPONEN KESAN


KEMAHIRAN

 LOKASI PERMINTAAN
 PRODUK TERHADAP
PENGURUSAN PRODUK
 AGAMA
 HUBUNGAN
 PENGALAMAN
 UNDANG-UNDANG

 HARGA KOMPETITF JUALAN


PEMASARAN  HUBUNGAN PRODUK
DENGAN
PELANGGAN
 PROMOSI
 PASARAN

 AKAUN
 GAJI
 JUALAN PENDAPATN
PENGURUSAN PERNIAGAAN

Sumber : Muhammad Haron Husaini dan Khairul Anuar Ahmad, dalam Kemahiran
Keusahawanan : satu kajian analisis kandungan buku-buku teks.)

Merujuk kepada rajah diatas, ikatan yang ditunjukkan antara ketiga-tiga domain

kemahiran dianggap sebai kemahiran generik dan setiap domain mampu memberikan impak

kepada permintaan terhadap produk, jualan dan pendapatan perniagaan. Harga yang
ditetapkan juga boleh mendatangkan kesan kepada permintaan dan selepas jualan dibuat,

kemahiran dalam mengurus pendapatan perniagaan memberikan impak kepada prestasi

keseluruhan perniagaan. Bagi mengukuhkan penguasaan dalam setiap domain berkenaan,

para usahawan telah menceritakan langkah-langkah yang perlu dilakukan mereka terus

berdaya saing dan bertahan dalam suasana perniagaan yang semakin kompetitif.

Setiap cabaran yang dihadapi oleh usahawan perlu ditagani dengan bijak dan proaktif,

daripada sejarah keusahawanan mengikut kronologi yang teratur dan juga penjelasan

mengenai pembangunan usahawan di Malaysia sebenarnya dapat memberi sedikit sebanyak

pengetahuan tentang peluang-peluang sediaada dan penjelasan mengenai kaitan kepada

sosiologinya iaitu situasi perubahan dan perkembangan sepanjang usahawan mula bertapak di

bumi sehinggalah menjadi budaya keusahawanan khususnya di Malaysia.


Bibliografi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi - MECD lahir 20,000 usahawan baru
pelbagai bidang. (2008, 1 Januari). Berita Harian, ms. 26.
Longenecker, J. G., Moore, C.W., Petty, J.W. & Palich, L.E. (2006). Small business
management: An entrepreneurial emphasis (13th ed.). Mason, OH: Thompson
South-Western.
Madura, J. (2007). Introduction to business. (4th ed.). Mason, OH: Thompson South-
Western.
Miles, M.B. & Huberman, A.M. (1994). Qualitative data analysis (2ndEdition). Thousand
Oaks: SAGE Publications.
Strauss, A. & Corbin, J. (1998). Basics of qualitative research – Techniques and procedures
for developing grounded theory (2nd ed). Thousand Oaks: SAGE.
Van Gelderen, M. (2007). Research based yet action oriented: Developing individual level
enterprising competencies. Kertas kerja yang dibentangkan di 17th Global
Conference – Internationalizing Entrepreneurship Education and Training, 8 – 11
July, 2007, Faculty of Management and Economics, Gdansk University of
Technology. Gdansk: Poland.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2007). Usahawan & Keusahawanan: Satu Perspektif
Pendidikan.Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias. (1998). Keusahawanan & Motivasi Diri.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Scarborough, N. M & Zimmerer, T. W. (2006). Essentials of entrepreneurship and small
business management. Upper Saddle River, NJ: Pearson/Prentice Hall.
Aziz, A,(2003).Hubungan trait personaliti dengan kecenderungan keusahawanan di kalangan
mahasiswa pentadbiran perniagaan UUM, Laporan Akhir
PenyelidikanUniversiti,UUM.
Yusof, A. A. (2003). Prinsip Keusahawanan, Edisi Pertama,Pearson Malaysia Sdn.
Bhd, pp 59 – 61. Yusof, M. K. (2001). Locus of Control and Malaysian
Entrepreneurship: A Survey of Literature. Persidangan Kebangsaan Pertama
Keusahawanan & Perniagaan Kecil Anjuran Bersama Sekolah Pengurusan &
Institut Pembangunan Keusahawanan, Universiti Utara Malaysia Kedah Darul
Aman.
Ibrahim, A. B. (1986). Perceived Courses Of Success In Small Business. American Journal
Of Small Business 11(2): 41-49
Norasmah Othman. (2002). Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja Di Sekolah
Menengah. Disertasi Ph.D, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Norhashim Nordin. (1994). Towards Strengthening Smis. The Bank Pembangunan
Perspective. Kertas Kerja Dibentangkan Di 1st National Conference For Smis,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Shahril Marzuki. (1993). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1993). Preparation And Training Needs Of Teachers To
Teach Entrepreneurship In Vocational Programs. Pertanika J Soc. Sci. Hum. 1(2):
123-132.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie Dan Zakaria Kasa. (2000). Professional Traits Needed For
Career Success: How It Relates To Education Of Future Workers. Journal Psikologi
14: 75-86.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Mohd. Majid Konting, Ab. Rahim Bakar Dan A. Genevieve.
(1998). Dasar Dan Strategi Program Peningkatan Keberkesanan Pendidikan
Keusahawanan Untuk Abad Ke 21. Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Seminar
Pendidikan Keusahawanan: Pendidikan Keusahawanan Abad Ke-21. Selangor:
Upm, Serdang.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie Dan Habibah. (1997). Keusahawanan Dan Motivasi Diri.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hoe Chee Hee, Mohd Salleh Din et al (2005). Asas Keusahawanan. Kuala Lumpur. Thomson
Learning.

Mohani Abdul, Kamarulzaman Ismail, Zainal Abidin Mohamed, Abdul Jumaat Mahajar
(2008). Pembudayaan Keusahawanan. Petaling Jaya. Prentice Hall.

Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat
(2007). Keusahawanan: Teori dan praktis. Kuala Lumpur. McGraw-Hill Education.

Prof Madya Dr Mohamed Dahlan Ibrahim (2003). Modul: Teori dan falsafah keusahawanan.
Diperolehi daripada laman web dunia:http://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:
qGIpgyh2iQJ:www.moe.edu.my/rnd/simulasi/LAP7/NOTA/Teori%2520%2520%26
%2520Falsafah%2520Keusahawanan.ppt+proses+pewujudan+dan+pengembangan+p
erniagaan+secara+berterusan+dan+menyumbang+kepada+ekonomi+sesebuah+negara
& pada Mac 15, 2011.

Scribd (2010). Definisi Usahawan dan Keusahawanan. Diperoleh daripada laman web dunia:
http://www.scribd.com/doc/13744679/Definisi-Usahawan-Dan-Keusahawanan pada
Mac 15, 2011.
Scribd (2011). Keusahawanan. Diperoleh daripada laman web dunia:
http://www.scribd.com/doc/13301579/PP2-KEUSAHAWANAN pada Mac 15, 2011.

Slideshare (2011). Asas Keusahawanan. Diperoleh daripada laman web dunia:


http://www.slideshare.net/wanbk/bab-1-2994262 pada Mac 15, 2011.

You might also like