You are on page 1of 1

KENAPA SAYA MEMILIH PROFESION KEGURUAN?

Saya seorang guru sandaran tidak terlatih (GSTK) yang telah bertugas di _______. Harapan
saya ialah menjadi seorang guru yang bertauliah dapat menjadi kenyataan kelak. Antaranya ada
beberapa faktor yang mendorong saya memilih profesion keguruan.

Minat dalam bidang profesion keguruan merupakan faktor yang paling penting dalam
mendorong saya untuk menjadi seorang guru. Bagi saya, minat tersebut telah mendorong saya
supaya sentiasa berusaha mencari peluang untuk menjadi seorang guru yang bertauliah.

Saya amat berminat mengajar murid-murid di sekolah rendah. Perasaan ini terlahir pada diri
saya berdasarkan pengalaman mengajar sebagai guru sandaran tidak terlatih. Bagi saya, murid-
murid merupakan anak-anak muda yang comel dan mampu dididik. Murid-murid perlulah diberi
perhatian dan diajar dengan baik dan bukannya sentiasa dimarahi.

Gaji guru bukan penentu kepada saya memilih profesion keguruan. Saya sentiasa melihat
pekerjaan guru merupakan satu profesion yang amat mulia. Guru dapat menyumbang jasa kepada
negara dengan mendidik anak-anak bangsa agar mereka seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Saya juga menyedari bahawa anak-anak muda kini merupakan aset penting kepada
negara dan akan menerajui masa depan negara pada masa akan datang.

Selain itu, saya seorang yang bersikap sabar, penyayang, tekun dan dedikasi. Saya berasa
sikap-sikap tersebut dapat memenuhi kriteria-kriteria yang perlu ada pada seseorang guru yang baik.
Saya menyedari sikap-sikap negatif akan membawa kepada kerugian kepada diri dan murid malah
juga menghancurkan profesion keguruan.

Cita-cita saya bukan sahaja ingin menjadi seorang guru biasa pada masa akan datang, malah
saya ingin berusaha menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang di sekolah mahupun di
dalam negara. Walaupun tugas guru pada masa kini mempunyai banyak cabaran , tetapi saya amat
yakin bahawa saya mampu menangani cabaran berkenaan.

Dengan itu, saya berharap dapat terus melanjutkan pelajaran dalam bidang profesion
keguruan agar dapat menjadi guru yang bertauliah.

You might also like