You are on page 1of 35

SIRI DIALOG BERSAMA PADERI

Oleh : Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid

BENARKAH NABI ISA DISALIB

BAB PERTAMA : DOSA WARISAN


BAB KEDUA : PENEBUSAN DOSA? ( PENYALIBAN DAN KEBANGKITAN )
BAB KETIGA : TRINITI (ANAK TUHAN DAN KETUHANAN JESUS)

Katakanlah : “Wahai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada satu kalimah


(ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak
kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu
pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain
sebagai Tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada
mereka : “Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri
(kepada Allah)”.

(Surah Al-
Imran 3 :64)

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang telah menjadikan Islam sebagai
Agama yang benar, Selawat serta Salam buat Nabi Junjungan, Sayyidina
Muhammad s.a.w, Ahli Al-Bait, Sahabat-sahabat Baginda serta pengikut
Sunnah Baginda hingga ke hari Kiamat.

Firman Allah SWT :


Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan Rasulnya (dengan
membawa) petunjuk (Al Quran) dan Agama yang benar (Islam) untuk
dimenangkannya di atas segala agama, walaupun dibenci oleh orang-
orang musyrikin.
(Surah at
Taubah 9 :33)

Di dalam arus kemodenan ini, gerakan Kristianisasi telah menggunakan


bermacam-macam cara dalam menyalurkan akidah mereka kepada Umat
Islam. Selain dari menterjemahkan Bibble mereka ke dalam 2000 bahasa
yang berbeza ke seluruh dunia, mereka juga telah ‘menodai’ kesucian Al
Quran dan Hadis milik pusaka umat Islam di dalam memesongkan akidah
kita. Dan menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan Agama Islam yang
suci ini dari fitnah musuh-musuh Islam.

Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan orang-orang Yahudi serta orang-orang Nasrani


(Kristian) tidak akan sekali-kali redha kepada engkau (Wahai
Muhammad) sehinggalah engkau mengikuti agama mereka.
Katakanlah; “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang
benar)”. Dan sekiranya kamu mengikuti kemahuan mereka setelah
pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak akan menjadi
pelindung dan penolong bagimu.

(Surah Al Baqarah 2 : 120)

Buku ini adalah buku kecil di antara jutaan buku-buku berbentuk


‘Comparative Religion’ dan ia diolah dengan cara yang ringkas sebagai titik
awal untuk menarik minat pembaca dalam menghayati ilmu perbandingan
agama ini. Saya amat mengalu-alukan teguran dari pihak pembaca sekalian
demi usaha dakwah untuk mempertahankan kesucian akidah Islam yang
dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Jazakumullah.

Muqaddimah

Ketika minum petang bersama dengan guru Kristologi saya, Pak Engku, beliau
telah menghulurkan kepada saya sebuah buku yang bertajuk, ‘Rahsia jalan
yang lurus’. Buku yang bersaiz ‘booklet’ itu cukup menarik minat saya.
Selain keceriaan gambar sebatang jalan lurus yang dipenuhi dengan pokok-
pokok yang menghijau di sepanjang jalan itu, gaya bahasa penulis ketika
menceritakan detik kematian manusia juga, amat menyentuh hati saya.

Buku yang dimulakan dengan kalimah Bismillah dan Assalamualaikum itu,


dipenuhi juga dengan ayat-ayat suci Al Quran dan Hadis Nabi, sebagai
perangsang supaya manusia mencari ‘Jalan keselamatan’ yang hakiki
agar tetap selamat selepas mengalami kematian.

Namun, setelah membelek halaman demi halaman berikutnya, saya amat


terkejut apabila ‘Jalan Keselamatan’ yang dinyatakan itu, amat
bertentangan dengan ajaran Islam.

Dan akhirnya, barulah saya menyedari, rupa-rupanya buku yang ‘berwajah


Islam’ itu adalah hasil tulisan seorang Paderi Kristian !

Di atas dorongan serta semangat yang diberikan oleh Pak Engku supaya
menjawab fitnah-fitnah Kristian tersebut, maka melalui buku kecil ini, saya
berusaha untuk menjelaskan kepada umat Islam yang terpengaruh dengan
ajaran ‘Jalan Keselamatan’ , tadi agar meneliti kembali ‘Jalan Keselamatan’
yang telah mereka yakini dan seterusnya kembali kepada Islam.
BAB PERTAMA : DOSA WARISAN

Apakah dia Dosa Warisan?


Dosa warisan atau “Original Sin” adalah antara rukun iman yang utama di
dalam Agama Kristian. Orang-orang Kristian percaya bahawa Nabi Adam lah
yang menyebabkan terjadinya dosa warisan ini. Ini adalah kerana baginda
telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah dari pohon larangan
setelah terpedaya dengan godaan Iblis. Ini telah dinyatakan di dalam
Perjanjian Lama (Kejadian 3:6):

Perempuan itu melihat pokok itu sangat cantik dan buahnya


enak dimakan. Dia berfikir betapa eloknya jika dia menjadi
bijaksana. Maka dia memetik buah itu dan memakannya serta ia
juga memberikan pada suaminya lalu suaminya memakan
buah itu.

Oleh kerana seluruh manusia itu berketurunan Adam, maka manusia turut
sama menanggung dan mewarisi dosa Adam. Bahkan bayi yang baru lahir
pun, turut sama mempunyai dosa warisan ini. Di sini bermulanya asal usul
dosa warisan dan orang-orang Kristian mesti meyakininya untuk
membenarkan penyaliban Jesus sebagai penebus dosa warisan.

Berterima kasihlah pada Adam!

Setelah kita faham konsep dosa warisan ini, kita dapati seolah-olah Adam
telah di ‘set up’kan untuk membuat dosa yang telah mengakibatkan seluruh
manusia mendapat dosa warisan secara automatik. Maka dengan itu, barulah
Allah dapat mengirimkan Anak-Nya yang tunggal ke dunia ini, untuk menebus
dosa warisan tadi.

Bertepatan dengan apa yang telah ‘dirancang terhadap Adam’ ini, di dalam
(Yohanes 3:16) telah menyatakan:

Allah sangat mengasihi manusia di dunia ini sehingga Dia


memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang
percaya kepada Anak itu tidak akan binasa tetapi beroleh hidup
sejati dan kekal.

Dalam (Galatia 1:4) juga menyatakan tentang idea penebusan dosa warisan
ini:

Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang jahat ini,


Kristus (Jesus) telah menyerahkan diri-Nya sebagai korban
bagi dosa-dosa kita. Dia melakukannya bagi mentaati
kehendak Allah bapa kita.

Tetapi tahukah anda? Sekiranya Adam tidak melanggar perintah Allah


dengan memakan buah dari pohon larangan tadi, tentu Jesus tidak akan
dikirim oleh Allah ke atas dunia ini untuk menebus dosa warisan dan Agama
Kristian tidak akan wujud sama sekali!

Maka orang-orang Kristian mesti berterima kasih pada Adam!

Akal yang waras menolak idea ini.

Saya pernah berbincang dengan seorang Paderi tentang idea dosa warisan
ini. Di dalam perbincangan itu, saya menerangkan kepada beliau dengan
berkata : “Uncle, sungguh menghairankan! Adam yang membuat dosa tetapi
kita semua turut menanggungnya! Inikah keadilan Tuhan?”. Saya
meneruskan lagi dengan berkata: “Kami sebagai Muslim percaya bahawa
setiap dosa hanya ditanggung oleh diri sendiri”.

Di dalam Al Quran Allah telah berfirman:

Maksudnya (lebih kurang) :


Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah Allah, maka
sesungguhnya dia berbuat kebaikan itu untuk (keselamatan)
dirinya sendiri dan barangsiapa yang sesat maka kesesatannya
itu adalah untuk (kerugiannya) sendiri. Dan setiap orang
yang berdosa (dengan dosanya) tidak pula dapat
menanggung dosa orang lain dan kami tidak akan
menimpakan azab sebelum kami mengutuskan rasul (kepada
manusia).

(Surah Al-Isra 17:15)

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Bahkan, Bible sendiri menyokong Al


Quran! Dalam (Yeremia 31:30) menyatakan:
Tetapi sesiapa yang makan anggur yang masam, dia sendirilah
yang akan merasa masamnya. Setiap orang akan mati
kerana dosanya sendiri.

Manakala (Yehezkiel 18:20) juga menyatakan:


Orang yang berdosa akan mati. Seorang anak tidak
menanggung akibat daripada dosa bapanya. Demikian
juga seorang bapa tidak menanggung akibat daripada
dosa anaknya. Seorang yang baik akan menerima
ganjaran kerana kebaikannya , dan seorang yang jahat
akan menanggung akibat daripada kejahatannya.

Perhatikan juga di dalam (Matius 16:27):


Anak Manusia sudah hampir tiba bersama–sama para Malaikat-
Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya. Pada masa itu Dia
membalas tiap – tiap orang menurut perbuatannya
sendiri.

( Matius 19:14 ) menyebut:


Yesus berkata kepada pengikut–pengikut-Nya:
“Biarlah kanak–kanak itu datang kepada–Ku. Jangan
larang mereka, kerana orang seperti inilah yang
menikmati Pemerintahan Allah”

(Roma 2:5-6) juga menyatakan:


Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu, kamu sendiri yang
menjadikan hukuman kamu semakin berat pada hari Kiamat
apabila Allah menyatakan kemurkaan-Nya dan menjatuhkan
hukuman yang adil. Hal yang demikian itu adalah kerana Allah
akan membalas setiap orang, setimpal dengan
perbuatannya sendiri.

“Lihat! Bible pun turut membenarkan apa yang dikatakan oleh Al-Quran tadi”.
Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Uncle, pihak Gereja menyatakan
adanya dosa warisan, sedangkan Holy Bible pula menyatakan sebaliknya. Di
antara kedua pendapat ini, (Gereja dan Holy Bible) mana satukah yang patut
diikuti oleh orang–orang Kristian ?”.

Setelah beliau mendengar hujah yang saya utarakan , dengan yakin Paderi
itu menjawab : “Sebenarnya, yang dimaksudkan dengan “Original Sin’ ( Dosa
warisan) ialah kecenderungan untuk membuat dosa, bukannya dosa
yang yang kita warisi dari Adam.

Setelah mendengar konsep ‘baru’ tentang dosa warisan itu, saya terus
menyatakan lagi : ”Jikalau begitu apa gunanya Jesus disalib kalaulah semata–
mata untuk menebus kecenderungan berbuat dosa, kerana semua
manusia diberi hawa nafsu.”
Bahkan hingga sekarang ini pun, penganut Kristian yang meyakini dosa
warisan mereka telah tertebus pun masih mempunyai kecenderungan
membuat dosa.

Amat menakjubkan ! Selain daripada akal yang waras , Bible mereka juga
menolak idea dosa warisan ini .

Jadi , siapakah yang sebenarnya telah mencipta idea ini ?

atas

BAB KEDUA : PENEBUSAN DOSA?


( PENYALIBAN DAN KEBANGKITAN )

Adakah Nabi Isa disalib ?

Orang-orang Kristian menyakini, bahawa Adam adalah penyebab kepada


wujudnya dosa warisan, sebagaimana yang telah saya kupaskan di dalam
bab pertama yang lalu. Mereka juga menyakini bahawa Allah yang Maha
Pengasih telah mengutuskan anak-Nya yang tunggal ( Nabi Isa ) ke dunia ini,
untuk menebus dosa warisan manusia. Di dalam ( Yohanes 3:16 )
menyatakan :

Allah sangat mengasihi orang di dunia ini, sehingga Dia


memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang
percaya kepada anak itu tidak akan binasa tetapi memperolehi
hidup sejati dan kekal.

Orang-orang Kristian juga percaya bahawa kisah penyembelihan Ishak


oleh Nabi Ibrahim adalah gambaran awal dari Allah SWT bahawa Jesus akan
disalib untuk menebus dosa warisan manusia.
Ketika berbincang dengan seorang Paderi dan isterinya tentang ‘Benarkah
Ishak yang disembelih?, saya berkata kepada beliau: “Uncle, kami sebagai
Muslim percaya bahawa Ismail yang telah dikorbankan bukannya Ishak
sebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang Kristian.

Walaupun Kristian membuktikan hujah mereka melalui Old Testament,


sebagaimana yang dinyatakan dalam buku Kejadian bab 22 ayat 2 :

Allah berfirman : “Pergilah ke tanah Moria dengan Ishak,


anakmu yang tunggal, yang sangat engkau kasihi. Di situ, di
sebuah gunung yang akan Ku tunjukkan kepadamu,
persembahkanlah anakmu sebagai korban untuk
menyenangkan hati-Ku“.

Namun, Kitab Bible sendiri menolak hujah ini!. Saya meneruskan lagi dengan
berkata : “Cubalah kita lihat di dalam Old Testament, buku kejadian bab 16
ayat 15-16, di mana Bible telah menyatakan :

Kemudian Hagar ( Hajar ) melahirkan seorang anak lelaki, lalu


Abram ( Ibrahim ) bapa anak itu menamakan dia Ismail. Pada
masa itu Abram berumur 86 tahun.

dan bandingkan pula dengan Old Testament, buku Kejadian bab 21 ayat 5
ini”.

Ibrahim berumur 100 tahun ketika Ishak dilahirkan

Dengan menggunakan ‘White Board’ yang ada di dalam gereja tersebut, saya
melakarkan ayat–ayat tadi agar beliau dapat memerhatikan dengan lebih
jelas tentang ‘keistimewaan’ ayat– ayat ini!

Ismail atau Ishak ?


Saya berkata kepada beliau : “Uncle, perhatikan ayat-ayat ini. Di antara
Ismail dan Ishak, siapakah yang lahir dulu?”. Tanpa menunggu jawapan
daripada beliau, saya menyatakan bahawa Ismail yang dilahirkan dulu kerana
ketika Ismail dilahirkan umur Nabi Ibrahim 86 tahun, sedangkan ketika Ishak
dilahirkan umur Baginda sudah menjangkau 100 tahun. Beliau dan isterinya
nampak bersetuju dengan apa yang saya nyatakan.

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Tetapi Uncle, jika Ismail yang
dilahirkan dulu, mengapa di dalam Old Testament, buku Kejadian 22:2 di atas
menyatakan Ishak adalah anak tunggal Ibrahim? Sedangkan Ishak
mempunyai abang iaitu Ismail“!

Saya berkata lagi: “Inilah buktinya bahawa kalimah ‘Ishak’ didalam Old
Testament, buku kejadian 22:2 tadi adalah kalimah tambahan dari Ulama
Yahudi yang sememangnya dengki kepada Ismail dan keturunannya”.

Setelah mendengar hujah yang saya kemukakan tadi, beliau terus menjawab
dengan penuh yakin: “Sebenarnya Ishak adalah satu-satunya anak
tunggal Ibrahim yang lahir daripada isteri yang sah!. Manakala Ismail
pula bukanlah anak Baginda yang sah kerana Hagar (Hajar) adalah
gundik Ibrahim!”

Dengan segera saya berkata kepada beliau: “Kalau begitu, tunjukkan pada
saya di mana ayat di dalam Bible yang menyatakan Hagar (Hajar) adalah
gundik Ibrahim?.”

Beliau yang nampaknya terkejut dengan permintaan saya itu, hanya


mendiamkan diri sambil membelek–belek kandungan Bible di hadapan beliau
.

Pada mulanya saya menyangka beliau tentu tahu di manakah ayat yang
menyebut tentang Hagar adalah gundik Ibrahim kerana sememangnya
terdapat di dalam sesetengah versi Bible menyatakan sedemikian.
Namun setelah menunggu agak lama serta yakin beliau tidak dapat
membuktikannya, maka saya berkata kepada beliau: “Uncle, ayat yang
menyatakan bahawa Hagar (Hajar) adalah gundik Ibrahim terdapat di dalam
Old Testament, Kejadian bab 16 ayat 3.”

Ayat tersebut menyatakan :


Maka Sarai ( Sarah ) memberikan Hagar ( Hajar ) kepada Abram
( Ibrahim ) untuk dijadikan gundik.

Setelah saya menunjukkan ayat tersebut, beliau nampaknya agak lega


dengan ‘bantuan’ saya tadi.

Tanpa menunggu ‘kelegaan’ beliau itu berpanjangan , saya meneruskan


hujah dengan berkata: “Uncle, walaupun ayat ini menyatakan Hagar sebagai
gundik Ibrahim, sehinggakan Ismail itu dituduh sebagai anak gundik, namun
jika kita buka di dalam Bible King James Version, terjemahan English terhadap
ayat ini adalah to be his WIFE (untuk dijadikan sebagai isteri) bukannya to
be his concubine (untuk dijadikan sebagai gundik) sebagaimana yang
tercatat di dalam versi TEV (Todays English Version) dan lain-lain versi!”

“Mengapa Bible mempunyai pelbagai versi jika ia adalah benar– benar dari
Allah. Lagipun, kalimah Isteri (Wife) dan Gundik (Concubine) mempunyai
perbezaan dan maksud yang amat ketara. Tentu Allah dapat
membezakannya!”

Isteri beliau yang hanya mendiamkan diri sejak awal perbincangan kami cuba
menyatakan kepada saya bahawa pada zaman dahulu, istilah isteri dan
gundik tidak dapat dibezakan dengan tepat. Atas sebab itulah, terdapat
kalimah isteri dan gundik digunakan dalam tempat yang sama dalam
sesetengah Bible!

Isteri atau gundik?


Saya tidak faham mengapa isteri beliau menyatakan sedemikian, tapi dengan
segera saya berkata padanya: “Auntie, bukankah menurut kepercayaan
Yahudi dan Kristian bahawa Ibrahim telah berkahwin seramai 3 orang iaitu
Sarai, Hagar dan Ketura?

Ini telah dinyatakan di dalam Old Testament buku Kejadian bab 25 ayat 1 dan
2:

Abraham berkahwin lagi dengan seorang perempuan yang


bernama Ketura. Isterinya itu melahirkan Zimran, Yoksan,
Medan, Midian, Ishbak dan Suah.

Di dalam ayat ini, jelas dinyatakan bahawa Ketura adalah Isteri Ibrahim.

Saya meneruskan lagi dengan berkata : “Tapi Auntie, cuba bandingkan


dengan apa yang dinyatakan di dalam Old Testament Buku 1 Tawarikh bab 1
ayat 32 ini:
Abraham mempunyai seorang gundik bernama Ketura.
Gundiknya itu melahirkan enam orang lelaki: Zimran, Yoksan,
Medan Midian, Ishbak dan Suah……

Di dalam ayat ini, dinyatakan pula Ketura anak gundik Ibrahim. Bukankah
jelas bahawa kalimah isteri dan gundik mempunyai perbezaan dan penulis
serta periwayat Bible tahu perbezaan ini!.

Apa pula yang hendak Auntie katakan tentang ayat 1 Raja-raja bab 11 ayat 3
:
Raja Salomo (Sulaiman) berkahwin dengan Tujuh Ratus orang
Puteri Raja dan mempunyai Tiga Ratus orang Gundik.

Di dalam ayat yang sama, periwayat Bible sendiri menunjukkan bahawa


mereka tahu perbezaan antara kalimah isteri dan gundik!.
Dengan muka yang merah padam, isterinya bangkit meninggalkan
perbincangan kami dan saya lihat Paderi tersebut hanya menundukkan
mukanya yang kemerahan.

Lantas saya meneruskan lagi dengan berkata : “Uncle, melalui ayat-ayat


yang saya nyatakan tadi, jelaslah bahawa Ismail adalah anak sah dan Hagar
bukanlah gundik Ibrahim!

Di sinilah buktinya bahawa terdapat perselisihan di dalam ayat-ayat Bible dan


sekaligus membuktikan ia bukan Kalam Allah! Ia dikarang serta dipinda
sesuka hati oleh Ulama Yahudi.

Setelah saya berkata demikian, Paderi tersebut hanya mendiamkan diri dan
tidak lama kemudian, beliau menyatakan pada saya bahawa beliau ada kerja
yang ingin diselesaikan.

Dosa Warisan ciptaan Paulus !

Sebenarnya perintah pergorbanan Ishak (menurut kepercayaan Kristian dan


Yahudi) tidak ada kaitannya dengan gambaran awal Jesus akan disalib! Tetapi
idea penebusan dosa warisan ini telah diprogramkan oleh Paulus atau Paul,
seorang yang dianggap ‘Rasul’ bagi penganut Kristian .

Sekiranya kita lihat di dalam (Galatian 1:4) Paul telah berkata:


Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang jahat ini,
Kristus (Jesus) telah menyerahkan diri-Nya sebagai
korban bagi dosa-dosa kita. Dia melakukan bagi mentaati
kehendak Allah bapa kita.

Di dalam ayat lain pula Paul, telah menyifatkan golongan Yahudi yang enggan
menerima ‘berita baik’ penyaliban Jesus ini, sebagai musuh Allah. Ini
dapat kita saksikan melalui kata-kata Paul di dalam (Roma 11:28) :
Kerana orang Yahudi tidak mahu menerima berita baik
(penyaliban Jesus untuk penghapusan dosa manusia ) daripada
Allah ini, maka mereka menjadi musuh Allah .

Tetapi di dalam ayat lain, contohnya di dalam (1 Teselonian 2:15) Paul telah
menyatakan sebaliknya pula tentang idea penebusan dosa ini:
Orang Yahudi sudah membunuh Tuhan Jesus dan Nabi–nabi
serta menganiayai kami juga. Mereka memusuhi semua orang
dan menyebabkan Allah sangat murka.

Sungguh pelik! Paul yang mengajar idea penghapusan dosa warisan ini dalam
masa yang sama juga telah mencela orang–orang Yahudi yang ‘membantu’
proses penghapusan dosa ini! Sepatutnya orang–orang Yahudi yang telah
membunuh Jesus ini, diberi pahala dan sanjungan yang besar kerana
merekalah yang telah membunuh dan menyalib Jesus, sehingga dosa warisan
yang membelenggu manusia selama ini, terhapus. Sekiranya Jesus tidak
dibunuh dan disalib oleh mereka, tentu dosa warisan masih lagi
membelenggu penganut Kristian hingga ke hari ini dan Agama Kristian tidak
mungkin wujud sama sekali.

Mari kita lihat pula apa kata Paul di dalam (1 Korintus 2:8):

Semua roh yang berkuasa dan yang memerintah dunia ini, tidak
tahu kebijaksanaan itu. Seandainya roh-roh itu mengetahuinya,
tentu roh-roh itu tidak akan menyalib Tuhan (Jesus) Yang
Mulia.

Lihatlah! Betapa jelasnya percanggahan kata–kata Paul yang dianggap oleh


orang–orang Kristian sebagai ‘Rasul Kristus’.

Oleh kerana kata-kata Paul sendiri mengandungi percanggahan, maka saksi


yang paling layak untuk kita analisa bagi mencapai kebenaran hakiki tentang
idea penyaliban bagi menebus dosa ini, adalah kata–kata Jesus sendiri.
Apa kata Jesus terhadap idea yang telah dicipta oleh Paul ini?

Jesus sendiri tidak rela disalib !

Jika anda perhatikan di dalam (Yohanes 7:19), Jesus sendiri telah berkata
kepada orang–orang Yahudi yang ingin membunuh dan menyalibnya:

“Bukankah Musa yang memberi Taurat kepada kamu. Tetapi


tidak seorang pun di antara kamu yang mentaati Taurat itu.
Mengapa kamu mahu membunuh aku?”

Lihat pula di dalam (Yohanes 8:37) dimana Jesus sendiri telah berkata:

“Aku tahu kamu keturunan Ibrahim. Namun kamu berusaha


untuk membunuh aku, kerana kamu tidak mahu menerima
ajaranku”.

Di dalam (Yohanes 8:44):


“Bapa kamu Iblis dan kamu anak–anaknya. Kamu lebih
suka menurut kehendak bapa kamu. Sejak permulaan,
Iblis itu pembunuh..”

Di dalam ( Yohanes 19:11 ):


Jesus telah berdialog dengan Pilatus ( Gabenor Kerajaan Rom),
dan berkata: “Kamu tidak berkuasa ke atas aku, kecuali Allah
memberikan kuasa itu kepadamu. Oleh itu, orang yang
menyerahkan aku kepadamu, lebih besar dosanya dari
dosamu .

Perhatikan! Jesus sendiri menolak idea penebusan dosa ciptaan Paulus ini!
Bahkan, untuk membuktikan keengganan Jesus menghadapi hukuman untuk
menebus dosa manusia, Matius dan Markus telah menceritakan bagaimana
Jesus telah berusaha melarikan diri dari orang-orang Yahudi dan tentera Rom
yang mahu menangkap dan membunuh baginda. Jika ini adalah perintah
Allah, mengapa Jesus melarikan diri? Perhatikan ayat ini :
“Bangunlah, mari kita pergi! Lihatlah, orang yang
mengkhianati aku sudah datang!”

(Matius 26:46)

“Bangunlah, marilah kita pergi! Lihatlah, orang yang


mengkhianati aku sudah datang!”

(Markus 14:42)

Bahkan sahabat-sahabat Jesus sendiri melarikan diri ketika Jesus ditangkap!


Jadi, siapakah yang menjadi saksi peristiwa penyaliban ini?

Jika benar penyaliban Jesus ini adalah perintah Allah sebagaimana yang di
dakwa oleh Paul dalam (Galatian 1:4) tadi, sudah tentu sahabat–sahabat
baginda akan membantu menyerahkan baginda kepada orang–orang Yahudi
dan tentera Rom.

Perhatikan apa yang telah diriwayatkan dalam (Matius 26:56) :


……kemudian semua pengikut Jesus lari meninggalkan
Dia.

Dan di dalam (Markus 14:50) meriwayatkan :


Ketika itu, semua pengikut Jesus lari meninggalkan Dia.

Sungguh menghairankan! Jika benar apa yang dikatakan oleh Paul tentang
penyaliban Jesus adalah rancangan Tuhan untuk menebus dosa warisan,
maka kita dapat saksikan bahawa Jesus dan sahabat–sahabat baginda sendiri
‘lari’ dari perintah Tuhan!

Kisah penyaliban yang berbagai versi!


Kisah penyaliban Jesus telah dirakamkan oleh 4 Gospel yang utama di dalam
New Testament iaitu Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Namun tahukah
anda, kisah penyaliban ini berbeza dan berbagai versi keadaannya?

Rela disalib

Orang-orang Kristian telah menggunakan ayat (Lukas 23:46) ini sebagai


tanda Jesus telah rela disalib untuk menebus dosa warisan manusia.
Perhatikan ayat ini :
Lalu Jesus berseru dengan suara lantang “Ya bapa aku
serahkan diriku ke dalam tanganMu”. Setelah berkata
demikian dia pun meninggal.

Perhatikan pula di dalam ( Yohanes 19:28-30 ):


Jesus tahu bahawa sekarang semuanya selesai dan supaya apa
yang tertulis di dalam Al-kitab berlaku, dia berkata “Aku dahaga.
Di situ ada sebuah mangkuk yang penuh dengan wain murah.
Bunga karang dicelupkan ke dalam wain murah itu kemudian
dicucukkan ke sebatang kayu dan dihulurkan ke mulut Jesus.
Jesus mengecapnya lalu berkata: “Telah selesai.” Setelah itu dia
menundukkan kepalanya dan meninggal.

Melalui dua ayat ini, orang-orang Kristian berkata dengan megahnya, “Inilah
tanda kasih sayang Jesus. Dia sanggup mati demi dosa kita!”

Apakah ‘Kasih sayang’ itu?

Kepada orang-orang Kristian, saya bertanya: “Apakah maksud kasih sayang di


dalam agama anda? Adakah semata-mata untuk menebus dosa warisan dari
Adam ( yang hanya memakan sebiji buah larangan ) lalu Tuhan Maha
Pengasih terpaksa membunuh anak-nya yang tunggal, kamu katakan
sebagai ‘kasih sayang’?”
Bahkan ‘Putus asa’!

Sebenarnya, apa yang telah dinyatakan di dalam (Lukas 23:46 dan Yohanes
19:28-30) ini adalah menunjukkan putus asa Jesus! Mengapa tidak? Jesus
telah berusaha melarikan diri dari tangkapan tentera Rom dan orang-orang
Yahudi selama hidupnya, tiba-tiba Bapa di Syurga tidak membantu beliau
melepaskan diri! Maka dengan putus asa beliau mengucapkan : Ya bapa,
aku serahkan diriku ke dalam tangan-Mu.

Bahkan Jika kita perhatikan kalimah ‘Ya bapa, aku serahkan diriku ke
dalam tanganMu’ ini juga, dapat kita perhatikan ada 2 ‘Tuhan’ bukannya
Satu seperti yang didakwa oleh orang-orang Kristian. Pertama, ‘Anak
Tuhan’ yang mati di tiang salib dan yang kedua, ‘Tuhan Bapa’ yang tidak
mati bersama anak-Nya. Dan ‘Tuhan-Tuhan’ ini bercerai tidak bersatu
sehinggakan ada Tuhan yang mati dan ada yang tidak mati!

Tidak rela disalib

Kali ini kita perhatikan pula bagaimanakah dua ayat ini menjelaskan
keengganan Jesus untuk disalib. Perhatikan (Matius 27:45-50):
Pada tengah hari selama tiga jam, Seluruh negeri itu menjadi
gelap. Pada pukul tiga petang, Jesus berseru dengan suara
lantang “Eli Eli lama sabakhtani?” yang bermaksud “Allah
Allah mengapa Engkau tinggalkan aku?”. Beberapa orang
di situ mendengar seruan Jesus lalu berkata “dia memanggil
Elia”. Seorang dari mereka mengambil bunga karang, lalu
mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian bunga
karang itu dicucukkan pada sebatang kayu, lalu dihulurkan ke
mulut Jesus. Tetapi orang lain di situ berkata: Tunggu, mari kita
lihat kalau-kalau Elia datang menyelamatkan dia.” Kemudian
Jesus berseru lagi dengan nyaring lalu menghembuskan nafas
terakhirnya.
Keengganan Jesus untuk disalib juga digambarkan oleh (Markus 15:33-37)
Pada tengah hari selama tiga jam, Seluruh negeri itu menjadi
gelap. Pada pukul tiga petang, Jesus berseru dengan suara
lantang “Eloi Eloi lama sabakhtani?” yang bermaksud “Ya
Allah Ya Allah mengapa Engkau tinggalkan aku?”.
Beberapa orang di situ mendengar seruan itu lalu berkata “Dia
memanggil Elia”. Seorang dari mereka mengambil bunga
karang, yang dicelup dengan wain murah lalu mencucukkannya
pada sebatang kayu, lalu dihulurkan ke mulut Jesus sambil
berkata “Tunggu! mari kita lihat kalau-kalau Elia menurunkan
dia dari salib.” Lalu Jesus berteriak dan menghembuskan
hafasnya yang terakhir.

Bahkan bukan Jesus di tiang salib!

Kalimah “Eloi Eloi lama sabakhtani? yang bermaksud “Ya Allah


mengapa Engkau tinggalkan aku?” di dalam ayat-ayat di atas juga, jelas
menunjukkan bahawa bukan Jesus yang disalib.

Saya pernah memberitahu kepada seorang Pastor berbangsa India di negeri


saya ketika kami berbincang mengenai siapakah yang disalib sebenarnya.
Saya berkata “Uncle, sekiranya Jesus yang disalib, tentu dia tidak akan
menggunakan lafaz ‘Allah, Allah’ tetapi ‘Bapa,bapa’. Ini adalah kerana,
Jesus adalah ‘anak Tuhan’!

Amat menghairankan! Matius dan Markus telah meriwayatkan berita


penyaliban ini dengan perbezaan yang amat ketara berbanding dengan versi
yang dibawa oleh Lukas dan Yohanes. Namun begitu, terdapat persamaan di
antara keempat-empat Gospel ini. Tahukah anda apakah persamaan itu? Ia
adalah tentang Kematian ‘Tuhan’!

Adakah anda percaya Tuhan telah mati ?


Saya pernah bertanya kepada seorang Kristian dari Jamaica, yang secara
kebetulan saya temui ketika menunggu KLIA Ekpress . Pada mulanya saya
menyangka beliau seorang Arab Muslim (memandangkan rupanya seperti
Arab) tetapi setelah beliau memperkenalkan dirinya sebagai Roger dan
menyatakan beliau seorang Kristian Protestant, saya segera mengambil
peluang keemasan tersebut untuk bertanya tentang kematian ‘Tuhan’!

Di dalam kesempatan itu saya bertanya : “Uncle, do you believe God (Jesus)
died for three days and three night?” (Adakah tuan percaya bahawa Tuhan
(Nabi Isa) telah mati tiga hari tiga malam?) Beliau tersenyum sambil berkata :
“This is a very interesting question”.

Saya menunggu agar beliau meneruskan jawapannya tetapi apabila saya


melihat beliau seperti ingin lari dari menjawab soalan tersebut, saya ulangi
semula soalan itu untuk kali kedua. Dengan serba salah beliau menjawab: “I
do not believe God (Jesus) died.” (Saya tidak percaya tuhan (Nabi Isa) telah
mati).

Apabila saya ingin melanjutkan perbualan kami ke topik yang lebih menarik
berkaitan Kristian, beliau dengan segera menjawab: “Im very tired now and I
have to sleep”. ( saya amat letih sekarang dan perlu berehat.).

Bible mengatakan Jesus tidak pernah mati!

Walaupun kita telah membuktikan kepada orang-orang Kristian bahawa Jesus


sendiri ‘tidak merestui’ upacara penebusan dosa bahkan bukan Jesus yang
disalib oleh tentera Rom, namun orang- orang Kristian masih lagi
mempertahankan hujah mereka dengan berkata: “Baiklah! Kami akan
membuktikan pada kamu melalui kata-kata Jesus sendiri tentang kematian
dan kebangkitannya!”.

Dalam ( Matius 17:22-23 ):


…Jesus berkata kepada mereka, “Tidak lama lagi Anak
Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia. Dia
akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan
dibangkitkan semula”.

Dalam ( Lukas 24:46):


Jesus berkata kepada mereka, “Sudah tertulis bahawa
Penyelamat yang diutus oleh Allah mesti mengalami
penderitaan dan mesti bangkit daripada kematian pada
hari ketiga”.

“Lihatlah ayat–ayat ini! Pasti tiada seorang pun Muslim yang mampu
menyangkal tentang kematian dan kebangkitan Jesus!”

Saudara, perhatikan! Sekiranya kita tidak mempersiapkan diri dengan ilmu,


sudah tentu ayat-ayat di atas memutuskan hujah kita sebagai Muslim yang
beryakinan bahawa Jesus ataupun Nabi Isa A.S tidak pernah mati! Mereka
mengutarakan hujah yang diambil dari Holy Bible dan ayat-ayat tersebut
memang terdapat di dalam Bible mereka.

Jesus menjawab ‘bagi pihak’ Muslim

Oleh kerana orang-orang Kristian tidak menerima Al-Quran sebagai ‘Last


Testament’, maka sudah tentu hujah yang terpaksa kita pakai untuk
membuktikan keyakinan Muslim tadi adalah melalui Holy Bible mereka.

Katakan kepada mereka: “Wahai saudaraku, perhatikan apa yang telah


dikatakan oleh Petrus atau Peter dan bandingkan dengan apa yang telah
Jesus katakan tentang ‘kematian dan kebangkitannya’!
Petrus atau Peter menyatakan di dalam ( Petrus 3:18) bahawa, kebangkitan
setelah kematian itu hanya berlaku dalam bentuk ruh atau ‘spirit’ sahaja.
Perhatikan :
…Dia (Jesus) dibunuh dalam keadaan jasmani, tetapi
dihidupkan semula dalam keadaan rohani.

Sedangkan di dalam ( Lukas 24:39-40 ) Jesus pula menyatakan :


Lihatlah tangan-ku dan kaki-ku ini. Inilah aku! Peganglah aku,
maka kamu akan tahu bahawa aku bukan hantu (ruh) kerana
hantu (ruh) tidak mempunyai daging dan tulang,
sedangkan aku masih mempunyainya.” Jesus berkata
demikian sambil menunjukkan tangan dan kaki-Nya kepada
mereka.

Perhatikan! Jesus menafikan apa yang telah dinyatakan oleh Petrus dengan
bahasa dan kalimah yang amat jelas!

Bahkan, untuk menyakinkan bahawa Dia belum mati sebagaimana yang


diyakini oleh murid-muridnya ketika itu dan orang-orang Kristian pada hari
ini, Jesus juga telah meminta makanan dari mereka dan memakannya .
Perhatikan ayat ( Lukas bab 24 ayat 41-43):
Mereka masih tidak dapat percaya kerana terlalu gembira dan
hairan. Jesus bertanya kepada mereka, “ Adakah kamu
mempunyai makanan di sini?” Mereka pun memberi
sepotong ikan yang sudah dimasak kepada-Nya. Lalu Jesus
memgambil ikan itu lalu makan di hadapan mereka.

Sungguh jelas! Jesus menegaskan bahawa Dia tidak pernah mati kerana Dia
masih mempunyai daging serta tulang. Sedangkan ruh tidak mempunyainya!
Dan demi meyakinkan mereka yang menyaksikan itu , Dia telah memakan
makanan yang diberikan.

Sungguh aneh! Petrus atau Peter memberitahu umat Kristian bahawa Jesus
telah dibunuh dan bangkit dalam bentuk ruh atau ‘spirit’. Sedangkan Jesus
menjawab: ‘Wahai Peter dan umat Kristian, Aku tidak pernah mati! Lihatlah
aku masih hidup dan lengkap dengan ruh serta jasad!”

Siapakah yang anda pilih Jesus atau Petrus

Apa jawapan Allah SWT terhadap mereka ?


Jika kita perhatikan kepada riwayat yang telah disifatkan oleh empat Gospel
tadi, ( Matius, Markus, Lukas dan Yohanes ) seolah-olah Jesus sendiri ada
kalanya rela, ada kalanya tidak rela dan ada kalanya putus asa.
Sedangkan di dalam Islam, para Nabi dan Rasul itu bersifat dengan benar dan
tidak pula pernah berdusta. Inilah di antara bukti bahawa terdapat
percanggahan yang amat ketara di dalam kitab Bible serta juga Taurat orang-
orang Yahudi . Amat benarlah firman Allah di dalam Al-Quran :

“Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang–orang yang


menulis (merubah) Alkitab dengan tangan mereka
sendiri kemudian mereka mengatakan: “Inilah dari
Allah” (dengan maksud) ingin memprolehi keuntungan
yang sedikit dari perbuatan itu. Maka kecelakaan
besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang telah ditulis
oleh mereka dan kecelakaan besarlah bagi mereka, di
atas apa yang telah mereka kerjakan”.
(Surah Al-Baqarah
2:79)

Di dalam menjawab fitnah yang telah ditimbulkan oleh orang-orang Yahudi


dan Kristian melalui kitab Taurat dan Bible mereka, maka Allah SWT juga
telah menyatakan secara jelas di dalam Al-Quran :

“Dan kerana ucapan mereka ‘Sesungguhnya kami telah


membunuh Al Masih Isa anak Maryam pesuruh Allah. Dan
sebenarnya, mereka tidak membunuhnya dan tidak pula
menyalibnya, tetapi ( yang mereka bunuh itu ialah )
orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka.
Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham
tentang (pembunuhan) Isa benar–benar di dalam
keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak
mempunyai keyakinan tentang siapakah yang
sebenarnya dibunuh itu, kecuali mereka hanya menurut
sangkaan mereka sahaja. Mereka tidak pula yakin bahwa
yang mereka bunuh itu, adalah Isa. Tetapi (sebenarnya)
Allah telah mengangkat Isa kepadaNYa. Dan adalah Allah
itu, Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

( Surah An-Nisa :4:157-158 )

atas

BAB KETIGA : TRINITI


(ANAK TUHAN DAN KETUHANAN JESUS)

Apakah dia Triniti?

Triniti merupakan Akidah Utama di dalam Agama Kristian. Ia bermaksud


Tuhan itu satu tetapi di dalam tiga keperibadian. Triniti terdiri daripada Tuhan
Bapa, Tuhan Anak dan Holy Spirit. Ketiga-tiga Tuhan ini bersatu dan tidak
pernah berpisah.

Orang-orang Kristian meyakini akidah Triniti ini berdasarkan ( Yohanes 5 :7-8)


:
“Ada tiga saksi : Roh Allah, air dan darah dan ketiga-tiganya
memberi kesaksian yang sama”.

Namun tahukah anda? Ayat ini telah dibuang dari cetakan Bible RSV (Revised
Standard Version) kerana Ulama-Ulama Kristian mengakuinya sebagai ayat
palsu serta ditokok tambah!.

Di dalam (Matius 3:16-17) menyatakan :

Setelah Jesus dibaptis, Dia keluar dari air sungai itu. Tiba-tiba
langit terbuka dan Jesus nampak Roh Allah turun seperti
burung merpati ke atasnya. Kemudian terdengarlah suara Allah
berfirman : “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan
hati-Ku”.

Di dalam (Lukas 3:21-22):


Setelah semua orang itu dibaptis, Jesus juga dibaptis. Ketika Dia
berdoa, langit terbuka dan roh Allah berwujud burung merpati
turun ke atas-Nya. Lalu terdengar suara dari syurga
mengatakan : “Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau
menyenangkan hati-Ku”.

Inilah dalil-dalil yang menyatakan wujudnya tiga kesaksian atau Triniti dalam
Agama Kristian. Ketiga-tiga keperibadian ini tidak terpisah dan mereka adalah
satu. Jika benar Tuhan-Tuhan ini tidak pernah berpisah, mengapa ketika
Jesus mati di tiang salib, Tuhan Bapa dan Holy Spirit masih hidup? Ini
menunjukkan ‘Tuhan-Tuhan’ ini bercerai dan mempunyai Tiga
keperibadian yang berasingan!

Holy Spirit di Dalam Agama Kristian


Orang-orang Kristian percaya bahawa selain dari Allah sebagai Tuhan Bapa
dan Jesus sebagai Anak Tuhan, mereka juga meyakini bahawa Holy Spirit
adalah oknum ketiga di dalam akidah Trinity mereka. Ketiga-tiga oknum ini
adalah Tuhan dan mereka semua adalah satu.

Holy Spirit adalah pengganti Jesus di bumi ini. Dialah yang mengambil alih
tugas Jesus yang sekarang ini berada di sebelah kanan Tuhan Bapa di langit.
Orang-orang Kristian mendakwa bahawa mereka semua adalah umat
‘kelahiran kembali’ dan mengakui Holy Spirit atau Ruh Kudus telah
menguasai mereka. Di dalam (Yohanes 3:3) menyatakan :
Jesus menjawab: “Percayalah, tidak seorang pun dapat
menikmati pemerintahan Allah, kecuali dia dilahirkan
kembali”.

Bahkan untuk memahami Al Kitab pun, mereka mendakwa harus mempunyai


Ruh Kudus atau Holy Spirit terlebih dahulu. Di dalam ( Korintus 2 : 13-14)
menyatakan :
Oleh itu, ketika kami menjelaskan hal-hal tentang Allah kepada
orang yang mempunyai Ruh kudus, kami tidak berkata-kata
menurut kebijaksanaan manusia, tetapi menurut ajaran Ruh
kudus. Sesiapa yang tidak mempunyai Ruh kudus, tidak
dapat menerima kurnia daripada Ruh Kudus, kerana orang
seperti itu tidak dapat memahaminya dan menganggapnya
sebagai satu kebodohan sahaja. Kurnia daripada Ruh Kudus
hanya dapat dinilai secara rohani.

Inilah dalil yang selalu digunakan oleh orang-orang Kristian ketika menjawab
soalan-soalan tentang percanggahan di dalam kitab mereka. Mereka
mengatakan : “Kamu harus mempunyai Ruh Kudus terlebih dahulu sebelum
memahami kitab kami!”.

Holy Spirit yang membisu!


Ketika berpeluang mengunjungi salah sebuah gereja di Selangor, kenalan
Kristian saya telah menceritakan bahawa terdapat sebuah keluarga Melayu
telah menganut Agama Kristian manakala seorang melayu di Puchong pula,
telah pun menjadi Paderi!

Dengan harapan agar cerita tadi dapat ‘merangsang’ saya untuk menjadi
‘saudara baru’ mereka, maka kenalan Kristian saya yang berbangsa Cina dan
India itu, cuba memberi kefahaman pada saya tentang akidah mereka.
Antaranya, bagaimanakah Jesus di anggap sebagai Anak Tuhan dan Tuhan
oleh Penganut Kristian.

Mereka mengatakan Jesus sebagai Anak Tuhan kerana di dalam Bible sendiri
menyatakan demikian.

Saya bertanya kepada mereka : “Adakah semata-mata kerana Bible


menggunakan kalimah Anak Tuhan maka Jesus dianggap Anak Tuhan?
Sedangkan Jesus juga menggunakan kalimah Anak Manusia di dalam Bible.
Bahkan penggunaan kalimah Anak Manusia lebih banyak berbanding
dengan kalimah Anak Tuhan”.

‘Anak-anak Tuhan’

Saya meneruskan lagi dengan berkata : “Kalaulah semata-mata penggunaan


kalimah Anak Tuhan ini dijadikan dalil dan bukti untuk menerima Jesus
sebagai Anak Tuhan, maka ramailah Anak Tuhan di dalam Bible”.

Di dalam Old Testament (Kejadian 6:1-4):


…………anak-anak Allah mengahwini anak-anak
manusia…………

Di dalam Old Testament (Keluaran 4:22):


……………Israel adalah anak-ku, anak sulung-Ku……
……
Di dalam Old Testament (Yeremiah 31:9):
…………Efraim adalah anak-ku yang sulung…………

Di dalam New Testament (Lukas 3:38):


…………menurut pendapat orang…Dia(Jesus) anak Yusuf,
anak Eli, anak Matat……anak Enos, anak Set, Anak Adam,
Anak Allah.

Di dalam New Testament (Roma 8:14):


Orang yang dipimpin oleh ruh Allah, maka mereka itu,
anak-anak Allah.

Saya bertanya lagi : “Berapa ramaikah Anak Allah di dalam Bible?”. Mereka
terdiam dan saya dapati salah seorang dari mereka agak tegang dan penuh
emosi. Manakala yang lain pula (kemungkinan) berminat untuk mendengar
hujah saya yang selanjutnya.

Saya tidak pasti mengapa dia tegang dengan situasi perbincangan dan
soalan yang telah saya kemukakan.

Sedangkan jika dia membaca di Dalam New Testament (1 Peter 3 : 15-16)


telah menyebut :
“Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai tuhan
dalam hidup kamu, Hendaklah kamu sentiasa bersedia
memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang
meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki.
Tetapi lakukanlah hal itu dengan lemah lembut dan
hormat. Hendaklah hati nurani kamu murni, supaya
apabila kamu difitnah kerana hidup dengan baik sebagai
pengikut Kritus, orang yang menfitnah kamu itu akan
menjadi malu.”
Tanpa menghiraukan keadaan yang agak tegang tadi, saya meneruskan lagi
dengan berkata : “Sebenarnya kalimah Anak Allah di sini ialah kiasan atau
pun metafora di dalam bahasa Yahudi”.

Dengan memetik kata demi kata dari pidato Allahyarham Syeikh Ahmed
Hoosen Deedat (semoga Allah merahmati beliau), saya membawakan contoh
lain bagi mereka dengan mengatakan : “Saudara, cuba kita perhatikan New
Testament (Yohanes 10:34-36):
Jesus berkata kepada mereka : “Bukankah tertulis di
dalam Taurat kamu : Allah berfirman, ‘kamu Tuhan’? Kita
tahu bahawa apa yang tertulis di dalam Alkitab berlaku
untuk selama-lamanya. Allah menyebut, orang yang
menerima firman-Nya sebagai ‘Ilahi’. Aku ini dipilih dan
diutus oleh bapa ke dunia. Adakah kamu mengatakan
aku mengkufuri Allah semata-mata aku mengatakan aku
‘anak Allah’? (Sedangkan dalam bahasa kamu, kamu
dipanggil sebagai ‘Ilahi’)

“Inilah buktinya ! Bukankah kalimah Anak Allah yang digunakan oleh Jesus
berdasarkan ayat ini adalah metafora semata-mata dan di sinilah Jesus cuba
memberi faham kepada umat Kristian, bahawa Allah tidak pernah
mempunyai anak dan Jesus bukan Anak Allah seperti yang dipercayai oleh
jutaan umat Kristian pada hari ini”.

Tuhan-Tuhan

Saya berkata lagi: “kalaulah semata-mata kalimah Anak Allah yang telah
disebut oleh Jesus tadi kita menerimanya tanpa memikirkan unsur kiasan
atau metafora, bagaimana pula dengan ayat-ayat ini?”.
Di dalam Old Testament (Keluaran 7:1) :
Tuhan berfirman kepada Musa, “Dengarlah, Aku akan
menjadikan engkau Tuhan di depan Firaun, dan Harun
sebagai Nabimu.
Di Dalam New Testament (Mazmur 82:6) :
“Aku berkata bahawa kamu semua Tuhan, bahawa kamu
semua anak Yang Maha Tinggi”

Di dalam New Testament (2 Korintus 4:4) :


……Iblis adalah Tuhan pada zaman ini……

Di dalam New Testament (Yohanes 10:34)


Jesus berkata kepada mereka : “Bukankah telah tertulis
di dalam Taurat kamu bahawa Allah telah berfirman:
“Kamu adalah Tuhan?”.

Saya bertanya lagi : “Adakah Tuhan yang disebutkan dalam ayat-ayat ini
adalah Tuhan yang membawa makna hakiki?”. Mereka semua terdiam.

Tanpa menunggu jawapan dari mereka, saya meneruskan hujah dengan


berkata : “Inilah buktinya bahawa kalimah Anak Tuhan dan Tuhan di dalam
ayat-ayat yang saya nyatakan tadi merupakan metafora di dalam Bahasa
Yahudi. Bila Jesus menyebutkan dia sebagai Anak Tuhan sebagaimana yang
difahami oleh orang-orang Kristian. Maha Suci Allah s.w.t dari mempunyai
anak atau diperanakkan”.

Seterusnya saya menyambung lagi dengan berkata : “Al Quran telah


menerangkan kepada manusia bahawa Allah SWT tidak mempunyai anak
atau diperanakkan sebagaimana firman-Nya” :

Katakanlah (Wahai Muhammad) : “Dialah Allah yang


Maha Esa. Allah tempat bergantung segala makhluk. Dia
tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada
satu pun yang setara dengan-Nya.

(Surah Al-Ikhlas 112:1-4)


“Sekarang, cuba anda terangkan kepada saya, dari sudut manakah lagi yang
ingin anda pertahankan bahawa Jesus itu sebagai Anak Tuhan dan juga
Tuhan?”

“Jika anda katakan dia memang Anak Tuhan dan juga Tuhan kerana telah
menghidupkan sahabatnya yang telah mati iaitu Lazarus sebagaimana yang
telah dikisahkan dalam (Yohanes 11:38-44), Elia dam Elisha juga pernah
menghidupkan orang yang telah mati”.

Elia pernah menghidupkan seorang kanak-kanak kecil yang telah mati


sebagaimana yang tercatat di dalam (Old Testament, 1 Raja-Raja 17:20-22) :
Kemudian Elia berdoa dengan suara kuat, “Ya tuhan,
Allahku, mengapakah engkau melakukan perkara yang
sedahsyat ini kepada balu itu? Dia sudah memberikan
tumpangan kepadaku, tetapi engkau telah membunuh
anaknya!”. Kemudian Elia menelengkupkan badannya di
atas anak itu tiga kali sambil berdoa, “Ya TUHAN,
Allahku, hidupkanlah semula anak ini!” Tuhan
mengabulkan doa Elia. Anak itu mula bernafas lagi, lalu
hidup semula.

Bahkan, cara Elisha menghidupkan orang mati lagi mengkagumkan. Ini


adalah kerana Elisah telah menghidpkan orang mati setelah Elisha sendiri
mati dan telah pun menjadi tulang. Perhatikan (Old Testament, 2 Raja-Raja
13:21):
Pada suatu hari, ketika orang Israel sedang
menguburkan orang mati, mereka nampak gerombolan
orang Moab. Oleh sebab ketakutan, mereka
melemparkan mayat itu ke dalam kubur Elisha, lalu
melarikan diri. Sebaik sahaja mayat itu terkena pada
tulang-tulang Elisha, mayat itu hidup semula dan berdiri
tegak.
“Dan jika anda katakan dia adalah Anak Tuhan dan juga Tuhan kerana tidak
mempunyai bapa sebagaimana manusia yang normal, bagaimana pula
dengan adam A.S? Adam tidak mempunyai ibu dan juga bapa. Bukankah
begitu?”.

Dan sudah tentu anda pernah membaca tentang Melkisedik sebagaimana


yang tercatat di dalam New Testament (Ibrani 7:1-3):
“Melkisedik adalah Raja Salem dan Imam Allah Yang
Maha Tinggi. Ia pergi berjumpa dengan Ibrahim untuk
memberkatinya setelah Ibrahim kembali dari
mengalahkan Raja-Raja. Ibrahim memberikan kepada
Melkisedik sepersepuluh dari harta yang dirampasnya.
Menurut erti nama Melkisedik itu ialah, Raja kebenaran.
Oleh sebab dia adalah Raja Salem, maka namanya juga
bermakna Raja Kesejahteraan. Ia tidak mempunyai bapa,
tidak mempunyai ibu, tidak ada salasilah keturunan,
harinya tiada permulaan dan hidupnya tiada kesudahan
dan ia dijadikan sama dengan anak Allah, ia tetap
menjadi Imam selama-lamanya”.

“Jadi, cuba anda terangkan kepada saya, di atas dasar apakah Jesus itu
dianggap Anak Tuhan dan juga Tuhan?

Salah seorang dari mereka menjawab: “Kamu tidak boleh menggunakan akal
semata-mata dalam memahami Tuhan. Dan yang paling penting seseorang
itu seharusnya mempunyai Holy Spirit terlebih dahulu sebelum menafsirkan
ayat-ayat di dalam Alkitab”.

Saya menjawab: “Mengapa tidak boleh menggunakan akal? Bukankah Tuhan


yang memberikan kita akal? Bahkan di dalam New Testament (Markus 12:30)
mengatakan :
“Cintailah Tuhan Allah mu dengan sepenuh hatimu,
dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu dan
dengan segala kekuatanmu”.
Dan banyak lagi ayat-ayat di tempat lain yang menyatakan pentingnya akal
untuk menyintai Allah.

Ke mana Menghilangnya Holy Spirit?

Saya meneruskan lagi dengan berkata : “Orang-orang Kristian mendakwa


bahawa mereka adalah umat yang mempunyai serta dipimpin oleh Holy
Spirit. Dan bila kami sebagai Muslim bertanya kepada kamu tentang
percanggahan-percanggahan di dalam Alkitab, kamu mengatakan pula
bahawa seseorang itu perlu mempunyai Holy Spirit terlebih dahulu untuk
memahami Alkitab. Sungguh menghairankan! Apa yang telah Holy Spirit
buat pada kamu sehinggakan kamu sebagai umat yang telah merasai Holy
Spirit, terdiam membisu setiap kali soalan diutarakan kepada kamu? Ke
mana menghilangnya Holy Spirit itu?”.

Salah seorang dari mereka menyatakan secara ikhlas kepada saya : “Saya
tak mampu untuk memberikan jawapan tentang apa yang telah kamu
timbulkan tadi, tetapi saya berdoa semoga satu hari nanti, kamu mendapat
hidayah dari Holy Spirit dan beriman dengan ketuhanan Jesus!”.

Lihatlah, betapa mereka masih mempertahankan akidah mereka yang rapuh


itu walaupun segala bukti dan hujah untuk menolak idea dosa warisan ini
datangnya dari kitab suci mereka sendiri!

Mereka meremehkan ajaran Jesus yang mana baginda sendiri telah


menafikan idea dosa warisan dan penebusan dosa ini. Dan amat malang
lagi, mereka lebih mempercayai apa yang dikatakan oleh Paul, Peter dan lain-
lain berbanding apa yang dikatakan oleh Jesus sendiri!

Sedangkan Jesus menyeru mereka supaya mentauhidkan Allah yang Esa


bukannya menyembah makhluk selain Allah SWT atau mensyirikkan-Nya
dengan sesuatu!
Perhatikan apa yang telah dikatakan oleh Jesus terhadap mereka:
Jesus menjawab :”Inilah perintah yang paling utama,
“Dengarlah wahai bangsa Israil Tuhan Allah KITA, Dialah
Tuhan Yang ESA’. Kasihilah tuhan Allahmu dengan
sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan
seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu”.

(Markus 12 :29-30)

Dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri telah membenarkan apa yang dikatakan
oleh Jesus melalui Firman Allah s.w.t. di dalam Al Quran yang telah
diturunkan kepada Baginda :

Katakanlah (Wahai Muhammad) :”Dialah Allah yang


Maha ESA, Allah tempat bergantung segala makhluk. Dia
tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada
satu pun yang setara dengan-Nya.”

(Surah Al-Ikhlas 112:1-4)

Inilah kalimah tauhid yang dibawa oleh para Rasul dan Nabi-nabi dan
kaumnya termasuk Jesus sendiri.

Bagi mereka yang memerhatikan dalil-dalil ini dengan hati yang ikhlas dalam
mencari kebenaran, maka sudah pasti mereka akan memilih Islam sebagai
‘Jalan Keselamatan’ hakiki, namun bagi mereka yang tertutup pintu
hatinya dari kebenaran, maka mereka tetap mempertahankan akidah mereka
walaupun telah datang cahaya kebenaran melalui utusan-utusan Allah SWT
Di dalam hal ini, Allah SWT telah menggambarkan kepada Muslim tentang
sikap sesetengah mereka yang masih ingin mempertahankan akidah mereka
yang bercanggah dengan apa yang telah diajar oleh Jesus sendiri serta
menyeru umat Islam agar terus berdakwah kepada golongan Ahli Kitab ini.
Firman Allah SWT :

Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk


manusia, menyuruh kepada makruf, dan mencegah dari
kemungkaran dan beriman pada Allah. Dan sekiranya Ahli Kitab
itu beriman, tentulah (keimanan) itu lebih baik bagi mereka, di
antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka
adalah orang-orang yang fasik.

(Surah Al-Imran 3:110)

Perhatikan, betapa benarnya Al-Quran dalam menyatakan sifat mereka ini


terhadap Islam dan kita sebagai Muslim wajib menyampaikan dakwah ini
kepada seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w agar terus berakidah dengan
akidah yang sebenar. Dan yakinlah, Allah SWT akan membantu kita yang
membantu agama-Nya.

Firman Allah SWT :

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (Agama)


Allah, pasti Dia akan menolongmu dan meneguhkan
kedudukanmu).

(Surah Muhammad 26:7)

You might also like