You are on page 1of 7

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

(JXEA 1104)

TAJUK: FALSAFAH DARI PANDANGAN IBNU


RUSHD

PENSYARAH: DR AMRAN MUHAMMAD

MUHAMAAD HAZANI BIN SUKRI


JEA 080051
SEMESTER 1 2008/2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
LATAR BELAKANG

Ibnu Rushd lahir dalam keluarga yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya

merupakan kadi di Cordova (Sepanyol). Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan

perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di

Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.

Sebelum meninggal dunia, Ibnu Rushd telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al

Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan

judul ”Faclititation of Treatment”. Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu

Zuhr, Ibnu Rushd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam

Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusyd dilantik sebagai hakim di

Sevilla pada tahun 1169. Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik

sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibnu Tufail. Kerana desakan

dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke

daerah Alaisano.Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang

semula Cordova. Kehadirannya di Cordova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau

telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada

masyarakatnya.Pada lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan

semula apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang

dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya

tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun

1198.
FALSAFAH DAN ILMU LOGIK

Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan hasil kerja Aristotle. Melalui terjemahan

dari bahasa latin oleh Ibnu Rushd pada awal abad ke-12, pengetahuan yang

ditinggalkan oleh Aristotel mula diketahui ramai di barat. Hujah Ibnu Rushd dalam “The

Decisive Treatise” menjustifikasi pembebasan sains dan falsafah dari aliran rasmi

mazhab Ash'ari. Ini menyebabkan sebahagian sarjana menganggap Ibnu Rushd

sebagai bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah barat. Ibnu Rushd menterjemah

dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama hampir tiga dekad. Beliau banyak

mempengaruhi falsafah dunia Islam. Dalam hasil kerjanya Fasl al-Maqal (The Decisive

Treatise), beliau menekankan pentingkan berfikir secara analitikal untuk menterjemah

Quran dan ini bertentangan dengan pandangan konservatif ulama' Islam di mana

penekanan pentafsiran Quran diletakkan kepada sumber seperti hadith.

Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada perkara yang berkaitan

dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang

bernas lagi jelas, dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraian mengenai

perkara tersebut. Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam

bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat seperti Voltaire dan Rousseau.

Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis

sehingga merobah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini.

Masyarakat Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya,

sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di

benua Eropah.
CORAK PEMIKIRAN RUSHD

Pemikiran Ibnu Rushd yang paling menonjol adalah aspek falsafaty (estetika

logika dan filsafat) yang terbentang di hampir setiap karyanya. Beliau mengamalkan

corak pemikiran secara logik. Menurutnya, nilai filsafat dan logika itu sangat penting,

khususnya dalam mentakwil dan menafsir Al-quran sebagai kitab teks, yang selalu

memerlukan artikulasi makna dan perlu diberi interpretasi kontekstual dan bukan

artikulasi lafadz. Islam sendiri tidak melarang orang berfilsafat, bahkan Al Kitab, dalam

banyak ayatnya, memerintahkan umatnya untuk mempelajari filsafat. Menurut Rushd,

takwil (pentafsiran) dan interpretasi teks diperlukan untuk menghindari adanya

pertentangan antara pendapat akal dan filsafat serta teks Al-quran.

Dalam kaitan kandungan Al-quran ini, Rushd membahagi manusia kepada tiga

kelompok: awam, pendebat, dan ahli fikir. Kata Rushd kepada ahli awam, Al-quran tidak

dapat ditakwilkan, kerana mereka hanya dapat memahami secara tertulis. Demikian

juga kepada golongan pendebat, takwil sulit diterapkan. Takwil, secara tertulis dalam

bentuk karya, hanya boleh diperuntukkan bagi kaum ahli fikir. Pemikiran Rushd tersebut

kemudian dikenal sebagai teori perpaduan agama dan filsafat. Sementara itu, dalam

kajian tentang Quran, Rushd berpendapat bahwa Al-quran memiliki makna batin di

samping makna lahir. Ada tiga dalil untuk menjelaskan teori itu:

1. Dalil Inayah ialah dalil yang mengemukakan bahawa alam dan

seluruh kejadian yang ada di dalamnya, seperti siang dan malam,

matahari dan bulan, semuanya menunjukkan adanya penciptaan

yang teratur dan rapi yang didasarkan atas ilmu dan kebijaksanaan.

Dalil ini pula yang akan membawa kepada pengetahuan yang benar

sesuai dengan ketentuan Al-quran.


2. Dalil ikhtira' iaitu maksud yang menunjukkan bahwa penciptaan alam

dan makhluk di dalamnya nampak jelas dalam ciri-ciri yang dimiliki

makhluk hidup. Kata Rushd, semakin tinggi taraf makhluk itu,

semakin tinggi pula kegiatan dan pekerjaannya. Ini menunjukkan

adanya pencipta yang mengatur kehidupan. Dalil ini sesuai dengan

syariat Islam, dimana banyak ayat yang menunjukkan perintah untuk

memikirkan seluruh kejadian alam ini.

3. Dalil gerak disebut juga dalil penggerak pertama yang diambil dari

Aristoteles. Dalil tersebut mengungkapkan bahawa alam semesta

bergerak dengan suatu gerakan yang abadi, dan gerakan ini

mengandung adanya penggerak pertama yang tidak bergerak dan

berbenda, iaitu Tuhan.

Menurut Rushd, benda-benda langit beserta gerakannya dijadikan oleh Tuhan. Jadi

gerakan menghendaki adanya penggerak utama atau sesuatu sebab yang

mengeluarkan dari tiada menjadi ada. Rushd yang juga dikenal sebagai 'pelanjut' aliran

Aristoteles ini, menilai bahawa kajian yang terdahulu itulah yang memberikan wujud

kepada kajian yang kemudian tanpa memerlukan petunjuk (Tuhan) yang ada di luarnya.

Ketidaksepakatan Al Ghazali terhadap falsafah Rushd (hingga mengkafirkan Rushd)

diluahkan dalam buku berjudul ”Tahafutul Falasifah” (Kerancuan falsafah). Rushd

membalas dengan menulis ”Tahafutut Tahaafut” (Kerancuan dari Kerancuan). Menurut

Rushd, pembangkitan yang di maksud kaum filsuf adalah pembangkitan ruhy, bukan

jasmani. Bagi Rushd, yang penting bagi manusia adalah jiwanya. Kebahagiaan dan

ketenangan hakiki adalah kebahagiaan jiwa. Bagi Al Ghazali, kebangkitan kembali


manusia tak hanya secara ruh, tapi juga jasmaniyah. Teorinya ini bardasarkan pada tiga

prinsip epistemologi:

1. Keharusan untuk memahami 'yang lain' dalam sistem referensinya sendiri.

Dalam hal ini, terlihat dari penerapan aksiomatik dalam menafsirkan ilmu-ilmu

Yunani.

2. Ibnu Rushd berpendapat bahawa tidak ada perbezaan antara kebenaran agama

dan falsafah, tapi menjadi harmoni di antara keduanya. Harmoni tidak berarti

sama. Kerana itu, hak untuk berbeza harus dihargai.

3. Mengembangkan sikap toleransi. Rushd menolak cara-cara Al Ghazali mencari

kebenaran. Kata Al Ghazali, "Tujuan saya adalah mempertanyakan kajian

mereka dan saya berhasil." Ibnu Rushd menjawab, "Ini tidak sewajarnya

dilakukan oleh orang terpelajar kerana tujuan orang terpelajar tak lain adalah

mencari kebenaran dan bukan menyebarkan karaguan."

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, ilmu dan kata-kata Ibnu Rushd banyak dipengaruhi

dengan perkara logik yang boleh diterima akal. Beliau mengamalkan corak

falsafah yang muktamad dan mempunyai hubung kait yang kuat antara manusia

dengan Tuhan. Ibnu Rushd adalah seorang yang rasionalis dan menyatakan

semua hal boleh diterima akal kecuali hal-hal yang diwahyukan. Antara karya

agung Rushd adalah Tahaafutut Tahaafut, Kitab fil Kulliyat fi at Tibb (kaedah

umum dalam ilmu kedoktoran), Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtashid, Kitab

Fashl al Maqal fii ma Baina Syariah wa al Hilmah min al Ittisal, dan Al Kasyf ’an

Manahij al Adillah fi ’Aqaid al Millah.

You might also like