Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
4Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Suku Kaum Kenyah 1

Suku Kaum Kenyah 1

Ratings: (0)|Views: 1,570|Likes:
Published by jojo_joseph92

More info:

Published by: jojo_joseph92 on Apr 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

01/03/2013

pdf

text

original

 
Suku Kaum Kenyah 1. Asal-usul
- Menurut kajian, kedatangan suku kaum Kenyah adalah berasal dari Kalimantan, Indonesia. Kaum Kenyahpada zaman dahulu adalah sentiasa berpindah-randah dan suka mengembara terutamanya adalah di kawasanhulu sungai. Petempatan utama suku kaum Kenyah di Sarawak adalah di Long San iaitu sepanjang SungaiBaram dari Long Akah, Long Selaan, Long Moh, Long Mekaba, Long Jeeh, Long Belaong, Long Silat, LongTungan. Kawasan lain di Sarawak pula adalah seperti Data Kakus, Data Surau, Sg. Senep, Long Dungan,Long Busang, Long Beyak, Bintulu, Miri, Sungai ASAP, Long Bulan, Long Jawe, and Belaga. Petempatan sukukaum Kenyah di Kalimantan Timur, Indonesia pula adalah terletak di Apau Kayan, Bahau, Benua Lama sertaBaru, dan Mahakam. Suku kaum Kenyah terbahagi kepada beberapa suku iaitu termasuk Uma Bakah, LepoTau, Lepu Jalan, Lepo¶ Tepu, Uma Kelap, Badeng (Jamok, Lepo¶ Aga¶), Bakung, Kayan, Penan, Lepu Kulit,Uma Alim, Uma Timai, Uma Lasan, Lepo Ma-ot, Sambop, Lepo¶ Ke¶, Lepo Ngao, Ngurek, Kiput, Long Ulai,Long Tikan, Long Sabatu, Lepo Ga, Lepo Dikan, dan Lepo Pua. Suku kaum Kenyah mendirikan rumahpanjang (uma dado¶) dan 40 buah keluarga untuk satu rumah panjang. Pemilihan ketua rumah panjang adalahsecara demokratik yang dipersetujui oleh setiap buah keluarga.
2. Adat resam
2.1 Perkahwinan - Kebiasaannya adat resam perkahwinan kaum Kenyah pada zaman dahulu adalah dimulaioleh pihak lelaki iaitu pergi "peteng" (meminang pihak wanita). Lelaki yang berkenan tersebut akan pergibersama ibubapanya akan pergi ke rumah wanita untuk mendapatkan persetujuan daripada ibubapa wanitatersebut. Selalunya dasar perkahwinan adalah lebih mementingkan pangkat dan kemampuan antara kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh, pihak lelaki tersebut hendaklah dari keluarga ³paren´ (yang memilikikedudukan yang tinggi dalam rumah panjang atau kawasan) atau tidak memperoleh sekurang-kurangnya satukepala musuh maka pinangan selalunya akan ditolak. Sekiranya lelaki tersebut memperoleh satu kepalamusuh, ini menunjukkan dia adalah seorang yang berani dan dapat melindungi bakal keluarga daripada apa-apa cabaran. Sekiranya perkara tersebut tidak dimiliki oleh pihak lelaki, lamaran atau pinangan akan ditolakkerana pihak ibubapa wanita akan merasa malu bermenantukan lelaki tersebut dan boleh berlaku penceraiansetelah berkahwin. Pada zaman sekarang, adat resam adalah tidak berdasarkan kepada harta atau kedudukantetapi berdasarkan kepada pekerjaan yang boleh menyara kehidupan kedua-dua pengantin. Berkenaandengan hantaran pula, antaranya seperti ³keluma´ (kain sarung untuk perempuan dari wakil pengantinperempuan), ³baing puk´ (parang hulunya berhiaskan bulu), ³tawek´ (gong di mana kedua-dua pengantin akanduduk di atasnya), dan barang-barang lain yang ditetapkan oleh wakil pihak perempuan. Pondok kecil akandibina seperti pelamin dinamakan ³uma¶ jakok´ atau rumah rokok tradisional orang Kenyah. Pakaian pengantinpula ialah pakaian tradisional iaitu ³ta¶a´ dan ³avet´. Segala upacara perkahwinan pula berlangsung di rumahpengantin. Menurut adat resam dahulu, wakil pengantin perempuan akan menjaga pintu utama semasapengantin lelaki serta wakilnya sampai dan akan membenarkan mereka masuk sekiranya semua permintaan
 
hantaran adalah mencukupi untuk ³penjaga pintu utama´ itu. Ini adalah untuk menguji sama ada pengantinlelaki benar-benar mahu mengahwini pengantin perempuan. Upacara ini disambut dengan meriah dan seluruhkampung akan dijemput untuk bermain alat musik serta ³ne¶nak¶ (seperti syair atau pantun) oleh kedua-duapihak yang menunjukkan mereka rasa gembira atas perkahwinan tersebut.
2.2 Penceraian
± Antara punca penceraian seperti, setelah berkahwin pihak lelaki akan tinggal bersama dengan keluarga siisteri selama 1 atau 2 tahun atas dasar untuk membalas jasa serta budi ibubapa pengantin perempuan. Puncapenceraian adalah mungkin kerana ibubapa si isteri atau si suami tidak sukakan tabiat atau sikap menantumereka setelah tinggal bersama.Sekiranya ini berlaku, maka hukuman atau denda yang dikenakan dinamakanµseri kasih¶ yang mana hukuman tersebut dijatuhkan ke atas kedua-dua ibubapa dengan bayaran sebanyakRM5 dan kalau dahulu, hukumannya adalah seekor babi atau barang-barang yang berharga. Penceraian inihanyalah boleh disahkan oleh ketua kampung atau yang berkedudukan tinggi dengan perbicaraan yang adil.2
.3 Kematian
±Pada ketika dahulu, kebiasaannya si mati akan dimandikan oleh keluarganya dan dibaringkan dalam µlungun¶iaitu keranda yang diperbuat daripada batang yang ditebuk pada tengah-tengah batang tersebut yangmencukupi badan si mati dan ditutup lalu diikat menggunakan rotan dengan ketat. Keranda ini akan diukir dengan ukiran yang dinamakan sebagai ³kalung udo¶´. Hari perkabungan pula sekurang-kurangnya 2 atau 3hari dan seluruh penduduk kampung akan turut serta berkabung. Kebiasaannya pada ketika dahulu, hariberkabung bagi golongan ³paren´ iaitu golongan yang berpangkat tinggi adalah lebih lama sehingga semingguberbanding golongan ³panyen´ iaitu golongan orang biasa. Pada hari terakhir pengkebumian, sebelum si matidihantar ke kubur; sanak saudaranya akan memotong sedikit rambut dan dibuang ke lantai lalu disapu hinggake luar rumah oleh orang yang lebih tua atau yang pandai membaca jampi. Menurut kepercayaan orangdahulu, ini adalah untuk membuang sial dan menghalau roh-roh dari kubur yang datang mengambil nyawa simati. Selain itu, seluruh penduduk kampung si mati tidak boleh pergi ke kebun atau sawah kerana jika adapenduduk yang tidak menurut adat ini; maka tidak hairanlah akan ditimpa kemalangan atau tidak mendapathasil yang baik. Zaman sekarang, adat resam ini tidak begitu diamalkan lagi kerana tidak berpegang kepadakepercayaan lama.
2.4 Pindah rumah
-Adat berpindah rumah sama dari rumah panjang atau rumah persendirian adalah sama iaitu tuan rumah yangberpindah tidak boleh merobohkan rumahnya sekiranya rumah tersebut berada di tengah rumah panjang atauada rumah yang bersambung dengannya di sebelah kiri atau kanan rumah. Sekiranya tuan rumah didapatimelanggar adat resam ini, maka tindakan hukuman akan dikenakan iaitu bayaran atau mendirikan semularumah tersebut.
 
2.5 Perayaan
- Kebiasaannya perayaan kaum Kenyah adalah lebih kepada ³tau nugan´ (hari menanam padi dan ³tau majau´(hari menuai). Perayaan ini disambut besar-besaran dengan seluruh kampung merayakannya bagi memuja ³bali pa¶dei´ (roh padi) agar memberikan hasil yang baik kepada setiap keluarga. Pelbagai aktiviti dan upacaradibuat sempena perayaan ini seperti persembahan ³´, lawak jenaka, minum ³burak´ serta ³payuh´ iaitu mengujikekuatan mempertahankan diri. Pada pagi keesokan selepas perayaan ini, seluruh ahli keluarga hingga keanak cucu akan pergi ke sawah untuk menanam padi bagi mendapatkan rahmat serta rezeki yang baik agar tetap berkekalan.3.
Budaya 3.1
 - Kebudayaan tradisional kaum Kenyah dapat dikenali melalui tarian tradisional iaitu ³ngajat´. Tarian initerbahagi kepada ³ngajat leto´ iaitu tarian wanita dan ³ngajat laki´iaitu tarian lelaki. Ngajat ini sebenarnya salahsatu pergerakan untuk mempertahankan diri bagi tarian lelaki dan menunjukkan kelembutan serta keikhlasanbagi tarian wanita.3.
2 Pakaian tradisional
-Kaum lelaki; Pakaian tradisional bagi lelaki bagi kaum Kenyahadalah seperti ³abet´ iaitu cawat dan ³tapung puk´ atau juga ³terega´ iaitu topi yang dihiaskan dengan bulubinatang atau bulu burung kenyalang serta ³besunung´ yang diperbuat daripada kulit rusa ataupun beruang.Lelaki juga menggunakan gelang iaitu ³gelam bete´ untuk gelang dipakaikan pada betis dan ³gelam lengen´untuk gelang dipakaikan pada lengan.-Kaum wanita; Pakaian tradisional bagi kaum wanita adalah seperti ³ta¶a´ iaitu baju dan skirt panjang disulamdengan ukiran menggunakan manik. Kaum wanita juga menggunakan ³lavung´ sebagai hiasan kepala. Anting-anting yang digunakan oleh kebanyakan kaum wanita dahulu dinamakan sebagai ³belaong´ yang khas untukwanita yang bertelinga panjang.4.
Pantang larang
4.1 Berhuma/bersawah padi - Berhuma atau bersawah padi adalah kewajiban bagi kaum Kenyah dari zamandahulu dan masih diamalkan hingga ke hari ini. Berhuma atau bersawah padi mempunyai pantang larang yangamat kuat dalam masyarakat kaum Kenyah. Contohnya, jika tuan sawah pergi ke sawah dan dalam perjalananada terdengar atau terserempak dengan burung pipit yang terbang melintasi jalan dengan bunyi yang kuat;maka itu adalah petanda yang sangat tidak baik. Oleh itu, tuan sawah terpaksa balik semula ke rumah dantidak boleh pergi ke sawah pada hari berkenaan. Sekiranya tuan sawah pergi juga ke sawah, maka kecelakaanatau kemalangan akan menimpanya seperti pokok jatuh ke atasnya ataupun diserang binatang liar dan buastanpa disedarinya. Selain itu juga, sekiranya tuan sawah meminta kerjasama orang kampungnya untukmenanam padi atau menuai; maka pekerjanya tidak lebih awal berada di sawah daripada tuannya. Seandainya

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Gabriella liked this
Tamil Arasi liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->