Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
pengertian kurikulum

pengertian kurikulum

Ratings: (0)|Views: 121 |Likes:

More info:

Published by: Siti Norbaya Ghazali on Apr 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/22/2012

pdf

text

original

 
1
http://kdckdpm06.bravehost.com/kurikulum.htm 1
 
K
urikulum
 
Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada ¶laluandalam sesuatu pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut , perkataankurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan ¶laluan atau laluan-lauan·.Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahanpembelajaran yang berkembang iaitu ¶apa itu persekolahan·. Ahli progresif danbehaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentangkurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluanmasyarakatan dan strategi-strategi pengajaran.
 
Frank Bobbit (1918), dalam buku ¶The Curriculum· menghuraikan kurikulumsebagai :
 
i)
 
keseluruhan pengalaman, yang tak terarah dan terarah, terumpu kepadaperkembangan kebolehan individu atau
 
ii)
 
satu siri latihan pengalaman langsung secara sedar digunakan oleh sekolahuntuk melengkap dan menyempurnakan pendedahannya.
K
onsep beliaumenekankan kepada pemupukan perkembangan individu melalui segalapengalaman termasuk pengalaman yang dirancangkan oleh sekolah.
 
John Dewey (1902,halaman 5) dalam bukunya ¶The Child and The Curriculum·merujuk istilah kurikulum sebagai ´pengajian di sekolah dengan mengambil kirakandungan dari masa lampau hingga masa kini·. Pembentukan kurikulum menekankankepetingn dan keperluan masyarakat. Beliau selanjutnya menghuraikan konsep inidalam bukunya ¶Democracy and Education· (1916, halaman 125). Dewey menyatakanbahawa skema kurikulum harus mengambil kira penyesuaian pembelajaran dengankeperluan sesebuah komuniti; ia harus membuat pilihan dengan niat meningkatkankehidupan yang dilalui supaya masa depan akan menjadi lebih baik dari masa lampau.Di sini, elemen rekonstruksionism social dapat dikesan dengan melihat kea rah manakeperluan masyarakat diletakkan sebagai objektif utama, tanpa menafikankepentingan individu.
 
Diantara lain definisi kurikulum adalah seperti berikut :
 
-urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan caraberfikir dan bertindak (Valiga, T & Magel, C., 2001)
 
 
2
 
-isi kandungan dan proses formal dan tidak formal yang mana pelajar memperolehiilmu dan kefahaman, mengembangkan kemahiran dan mengubah sikap sertamenghargai dan mempelajari nilai-nilai murni di sekolah (Doll, R.1996)
 
-pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu danpengalaman di sekolah, bagi pertumbuhan dalm hal kecekapan sosial peribadi secaraberterusan dan bersungguh-sungguh
 
-kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untukmemberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah
 
-kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi kandungan,proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan pembelajaran; tahaptanggungjawab yang perlu di ambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran;bagaimana dan dimana kurikulum dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998)
 
-Menurut Laporan Jawatan
K
uasa
K
abinet 1979, dalam konteks Malaysia , kurikulumboleh didefinisikan sebagai :
 
Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusipendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan.
K
urikulum mengandungi duaaspek :
 
-sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran danpembelajaran
 
-kurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform
 
-Mengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (Peraturan
K
urikulum
K
ebangsaan)1997 mendefinisikan
K
urikulum
K
ebangsaan sebagai :
 
·program pendidikanyang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yangmencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dankepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal,rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yangdiingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan·
 
 
3
 
Umumnya, bagaimanakah anda mendefinisikan kurikulum? Carta berikut mungkindapat membantu anda memperoleh pengertian konsep dan kurikulum.
 
K
onsep Umum
K
urikulum
 
K
onsep kurikulum dapat dijelaskan dengan lebih baik lagi melalui cara bagaimanasekolah menjawab sembilan soalan kurikulum yang berikut ini :
 
Apakah yang harus diajar ?
 1.
 
K
epada siapa ia harus diajar ?
 2.
 
Mengapa ia harus diajar ?
 3.
 
Bagaimana ia harus diajar ?
 4.
 
Bila (berapa lama dan bagaimana susunannya?) harus ia diajar?
 5.
 
Bagaimana kita harus tahu bahawa pembelajaran telah berlaku?
 6.
 
Apakah sumber yang akan digunakan (buku teks, bahan, video dll)?
 7.
 
Dalam keadaan bagaimanakah kurikulum akan dilaksanakan? Apakah kumpulan(kooperatif, homogenous, individu) yang akan digunakan?
 8.
 
Apakah aspek situasi bilik darjah (susunan meja kerusi,ekologi bilik darjah) yang akan digambarkan dalam kurikulum?
 
2.0
 
Jenis-Jenis
K
urikulum
 
Apakah jenis kurikulum yang anda tahu ? Sebenarnya terdapat dua jenis kurikulumutama iaitu kurikulum formal dan tersembunyi.
K
urikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supayamatlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu setdokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku dibilikdarjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada kurikulumterancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan kandungan danpengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancangan eksplisitdan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dangred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas (Ornstein, A.C. & Hunkins, F,1983)
 
K
urikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Iamungkin disebut sebagai kurikulum µtak rasmiµ atau µterlindungµ atau µtak formalµ.
K
urikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan perlakuandan sikap yang dibawa kedalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->