TILAWAH AL-QURANAYAT KEFAHAMAN/ HAFAZAN
PEL. 1: MEMOHONKEAMPUNAN DAN RAHMATALLAH
)
Surah al-A’raf: Ayat 23(
Maksud ayat:
Kedua-duanya berkata:
Wahai Tuhan kami! Kami telah menzalimi dirikami sendiri
Dan jika Engkau tidak mengampuni kami
dan memberi rahmat kepada kami,
nescaya kami termasuk orang yang rugi.
Latar Belakang Ayat
Allah mencipta nabi Adam daripada tanah danHawa daripada tulang rusuk Nabi Adam,kemudian Allah memasukkan kedua-duanya kedalam syurga. Di dalam syurga Allah melarang Nabi Adam dan isterinya Hawa mendekatisepohon pokok. Iblis mengambil peluang iniuntuk memperdaya Nabi Adam dan Hawamemakan buah daripada pokok tersebut denganmemberi alasan bahawa sesiapa yangmemakannya akan bertukar menjadi malaikatdan dapat tinggal selama-lamanya di dalamsyurga. Akhirnya Nabi Adam dan Hawaterpedaya dengan tipu helah iblis. Sebaik sahajamereka memakan buah daripada pokok tersebut, pakaian mereka terungkai daripada badan. Allahmenghukum Nabi Adam dan Hawa keluar darisyurga dan turun ke dunia. Nabi Adammenyesal atas perbuatan tersebut lalu memohonampun kepada Allah dengan lafaz seperti yangdisebutkan di dalam ayat 23 surah al-a’raf.
Jenis dan contoh-contoh kezaliman
1.
Zalim terhadap Allah
: seperti tidak solat,tidak berpuasa pada bulan Ramadan.2.
Zalim terhadap diri sendiri
: sepertimenghisap dadah dan membunuh diri.3.
Zalim terhadap sesama manusia
: sepertimembuli kawan, mencaci dan merosakkan harta benda awam.4.
Zalim terhadap alam sekitar
: sepertimembuang sampah di merata-rata tempat.
Maksud menzalimi diri sendiri
Orang yang melakukan dosa terhadap Allahseperti mencuri, minum arak, meninggalkansolat, tidak berpuasa pada bulan Ramadan ataumerosakkan harta benda awam dianggapmenzalimi diri sendiri kerana melanggar hukumsyarak dan mendedahkan diri mereka kepadakemurkaan dan azab Allah.
Maksud keampunan Allah
Penghapusan dosa oleh Allah kepada hambaNyayang berdosa dan memohon taubat kepadaNya.
Langkah-langkah untuk mendapatkeampunan Allah
1. Mengaku kesalahan.2. Menyesal atas kesalahan yang dilakukan.3. Menempelak diri.4. Bertaubat.5. Tidak berputus asa.
Maksud rahmat Allah
Kasihan belas yang dilimpahkan oleh Allahkepada orang yang dikehendakiNya.
Cara-cara untuk mendapat rahmat Allah
1.Berlaku adil terhadap orang lain.2.Bertaubat dengan ikhlas dan berazamtidak akan mengulangi dosa yangdilakukan.3.Melaksanakan ibadat dengan ikhlas dansempurna.
4.
Berkasih sayang bersama anggotakeluarga dan masyarakat.
5.
Membelanjakan harta pada jalan Allahketika senang atau susah.
1