Professional Documents
Culture Documents
Interaksi dan alam sekeliling mempengaruhi perkembangan kognitif, afektif (sikap) dan
Psikomotor ( kemahiran gerak-geri) kanak2.
1. Rancangan pengajaran
2. Pembelajaran murid berjalan di bwh panduan & bimbingan s’org guru
3. Pengajaran berjalan dlm kump besar @ kecil m’ikut peringkat persekolahan
berkenaan.
4. Penilaian dlm btk ujian @ peperiksaan
Rujukan:
(1998). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni visual. KBSR. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Set induksi :
Sbg mukaddimah
Cth : ikut kreativi guru : gunakan video, cerita apa2 yg berkaitan yg guru suka lah..
Sumber internet :
Mengenai "set induksi" pengajaran ini yang amat penting sekali ialah kita kena fahami
apakah fungsi-fungisi "set induksi" itu mesti ada dalam setiap P&P. Berdasarkan kepada
fungsi-fungsinya itulah kita terjemahkan ke dalam bentuk ayat-ayat apakah yang cikgu nak
laksanakan bagi sesi set induksi itu dalam pengajaran.
Biasanya set induksi itu diperuntukkan masa antara 3 hingga 5 minit sahaja sebelum Langkah
1 dimulakan. Apakah yang cikgu hendak lakukan dan juga apakah yang cikgu mahu murid-
murid cikgu lakukan dalam sesi set induksi tersebut; perkara-perakar itulah yang cikgu
tuliskan sebagai set induksi pengajaran cikgu.
Adalah baik sekiranya dalam seti induksi itu sendiri cikgu rancangkan dengan
membahagikannya kepada 3, iaitu (a) Intro, (b) Pelaksanaan dan © Pentutup.
Bagi (a) Intro - memfokuskan minda murid kepada memberi tumpuan kepada subjek yang
cikgu nak mulakan pengajaran. Di sinilah minda murid di bawa daripada perkara-perkara
yang sedia ada dalam minda mereka sebelum cikgu masuk ke kelas, diubah kepada hanya
satu perkara saja, iaitu perkara yang cikgu hendak minda mereka berikan tumpuan.
Bagi (b) Pelaksanaan - mengemukakan soalan-soalan kepada murid untuk mereka jawab
yang jawapannya akan menjurus kepada tajuk yang ingin juga ajar dan di sinilah ketikanya
prinsip pembelajaran diaplikasikan, iaitu:
- dari yang diketahui oleh murid kepada yang belum mereka ketahui
- dari yang dekat kepada murid kpd yang jauh
- dari sedia dialamai oleh murid kepada yang belum dialami
Bagi © Penutup - setelah diberitahu apakah tajuk pelajaran yang akan mereka pelajari
hendaklah dinyatakan kepada murid-murid apakah objektif eksplisit (yang telah cikgu
sediakan dalam Persediaan Pengajaran (Lesson Plan) cikgu kepada mereka; supaya mereka
dari awal-awal lagi mengetahuinya (apa-apa yang mereka kena buat atau perolehi sebagai
objektif eksplisit) sebelumnya pelajaran tamat.
Saya memerhatikan ramai guru yang lupa, iaitu tidak memberitahu apakah objektif ekspilisit
pembelajaran kepada murid-murid, sedangkan adalah amat penting mereka diberitahu awal-
awal sebagai menjadi garis panduan di minda murid-murid supaya mereka boleh mengetahui
apakah yang mereka dikehendaki hasil daripada P&P itu.
Demikianlah juga di akhir sesi set induksi itu cikgu hendaklah jelaskan kepada murid-murid
kenapa mereka perlu belajar tajuk yang cikgu nak ajarkan itu; apakah gunanya dalam
kehidupan sehari-hari, atau masa depan mereka atau apakah gunaannya di dunia ini. Dan elok
juga dikaitkan dengan jenis kerjaya di bidang kerjaya apakah tajuk itu adalah berkaitan.
Biasanya set induksi ini salah satu fungsi utamanya ialah untuk menarik perhatian murid-
murid maka dengan sebab itu sekiranya cikgu menggunakan media pengajaran seperti apa-
apa jua peralatan, carta atau gambarajah; pastikan kesemuanya adalah yang dapat menarik
perhatian murid-murid. Ini bererti cikgu mestilah sediakan sesuatu yang boleh misalnya
mengejutkan mereka, sesuatu yang sebelum ini mereka tak pernah lihat bergantung kepada
kreativiti cikgu.
1.Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar
seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar
serta paksaan.
2.Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak
ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara
berterusan.
4.Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara
perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku
pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.
7.Pendekatan Pengajaran
Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka
untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru
bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan
isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing,
menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi
memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat
sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan
yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Pembelajaran :