You are on page 1of 6
MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN Setiap pelajar mempunyai kebolehan dan keupayaan masing-masing. Banyak perbezaan dari segi bakat, minat, dan lain-lain lagi. Oleh itu, tidak semua pelajar dapat belajar dengan tekun dan penuh minat di dalam bilik darjah. Ada yang cepat belajar dan ada yang sebaliknya. Pelajar- pelajar yang lambat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti: ranger > er > sie > si » kesihatan » mental » emesi > Faktor Pengajaran Dan Pembelajaran Seorang guru menggunakan pendekatan serta kaedah yang berbeza. Sesetengah kaedah sesuai bagi pelajar namun mungkin tidak sesuai bagi sebilangan kecil pelajar. Sebilangan kecilinilah yang perlu diberi perhatian. Bahan P&P haruslah menarik dan mudah difahami oleh golongan ini jika tidak mereka akan bosan dan mereka akan membenci matapelajaran yang diajar, guru, sekolah dan keseluruhannya. Apabila hal ini berlaku mereka akan mula ponteng sekolah. Oleh hal yang demikian, guru perlu bijak memilih bahan pengajaran agar sesuai dengan tahap pelajarnya. Faktor Fizikal Dan Deria Keadaan fizikal yang buruk, kurang makanan, dan penyakit dikaitkan dengan masalah pembelajaran. Keadaan fizikal yang lemah akan menggangu penumpuan terhadap pembelajaran. Kawalan motor yang lemah serta penglihatan atau pendengaran yang kurang baik _menambahkan lagi masalah pembelajaran. Kecacatan penglihatan berlaku dalam dua bentuk. Sesetengah pelajar mempunyai masalah membaca bahan dari jarak dekat seperti membaca buku. Sebaliknya, ada juga yang menghadapi masalah membaca tulisan dari jarak jauh seperti membaca di papan hitam. Masalah pendengaran pula akan menjejaskan kebolehan pelajar untuk membaca. Pendengaran yang baik akan membantu pelajar untuk mendengar sebutan dan intonasi bacaan guru. Masalah Pertuturan Masalah ini pula akan menjejaskan perkembangan bahasa pelajar dari segi lisan Kebolehan bertutur dengan baik adalah disebabkan oleh alat artikulator yang sempurna. Kecacatan alat ini akan menyebabakan pelajar gagal menyebut sesuatu perkataan dengan tepat. Sebutan bunyi juga tidak jelas, pic yang berubah serta tidak konsisten dan intonasi yang tidak jitu. Dengan masalah seperti ini pelajar akan gagal membaca dengan sempurna. Faktor kesihatan Kesihatan pelajar adalah sangat penting bagi menentukan keberkesanan pembelajaran. Masalah yang berkaitan dengan kesihatan ini adalah seperti kekurangan makanan berzat yang menyebabkan pelajar keletinan dan tidak bermaya semasa di dalam kelas. Pelajar-pelajar yang letin tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Keadaan pelajar yang lemah dan kesihatan yang tidak dijaga akan menyebabkan ketidakhadiran mereka ke sekolah. Faktor Mental Mental sangat penting dan jika mental bermasalah maka keseluruhan pencapaian akademik seseorang pelajar akan terganggu. Masalah mental mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti kelahiran awal bulan,kecederaan akal akibat kemalangan atau terjatuh dari tempat tinggi dan seterusnya adalah faktor penyakit yang menyebabkan bengkak pada sesuatu kawasan otak seperti demam yang menyebabkan seseorang individu mengalami suhu yang tinggi untuk tempoh yang lama. Faktor Emosi Masalah emosi selalunya berlaku di rumah yang berpunca dari keluarga yang tidak harmonis. Kelahiran bayi baru dan seterusnya telah menggugat kasih sayang yang telah diberikan pada pelajar tersebut akan menggangu emosinya. Perasaan kecewa dan sedih kerana telah menyebabkan ibu dan bapanya mengalih perhatian kepada bayi tersebut juga akan menggangu penumpuannya dalam bilik darjah. Selain itu, ibu bapa yang berkelahi juga akan menggangu emosi pelajar. Pelajar tersebut akan tertekan dengan keadaan seperti itu dan semasa di sekolah pelajar itu tidak dapat memberikan penumpuan yang penuh kerana masih ingat pada pergaduhan ibu dan bapanya. Faktor- faktor yang menyebabkan pelajar mengalami kesukaran dalam pembelajaran adalah terlalu kompleks. Faktor tersebut jelas akan menjejaskan pembelajaran pelajar. Oleh itu, seseorang guru perlu berusaha untuk mengurangkan faktor-faktor penghalang itu demi kepentingan pelajar. CARA- CARA PENGESANAN MASALAH PEMBELAJARAN Guru kelas merupakan orang yang paling baik untuk mengesan aspek-aspek kelemahan pelajar. Guru perlu mengesan masalah pembelajaran ini semenjak dari awal lagi iaitu di penggal pertama ketika pelajar di tahun satu. Antara cara- cara untuk mengesan masalah pembelajaran ini adalah melalui beberapa cara seperti: pemerhatian VTL lacy pentafsiran dan pensel rekod prestasi rekod profil Pemerhatian Melalui cara ini, guru dpat memperoleh berbagai- bagai maklum balas tentang seseorang pelajar. Pemerhatian yang teliti merupakan faktor yang paling penting dalam pengesanan pelajar untuk pendidik pemulihan. Setiap pelajar yang memberikan reaksi yang lambat dalam pelajaran akan menunjukkan ciri- ciri yang nyata yang dapat dikesan oleh seseorang guru. Dalam pemerhatian guru, guru akan dapat melihat terdapatnya beberapa masalah- masalah yang dihadapi oleh pelajamnya sebagai contoh, pelajar yang menghadapi masalah lemah dalam bacaan. Pelajar yang lemah dalam bacaan biasanya menunjukkan tiga ciri. Pertama, kegagalan menyebut perkataan. Pelajar akan berhenti membaca dan tidak dat meneruskan bacaan tanpa dibantu oleh guru. Kedua, berhenti sejenak, pelajar terpaksa berhenti satu atau dua saat sebelum menyebut satu- satu perkataan. Ketiga, salah menyebut perkataan. Dari segi matematik pula guru dapat membuat pemerhatian bagi dua perkara iaitu kegagalan pelajar membezakan bentuk segi empat sama dengan segi empat tepat. Pemerhatian tentang masalah-masalah pembelajaran ini juga dapat membantu guru menganalisis tingkah laku pelajar serta sikapnya terhadap kejayaan dan kegagalan. Selain daripada pemerhatian yang dibuat di dalam bilik darjah, guru juga boleh membuat pemerhatian di dalam bilik darjah. Seorang pelajar yang pendiam atau suka berseorangan ketika makan di kantin atau berjalan balik ke rumah mungkin mengalami masalah sosioemosi. Masalah seperti ini juga dapat menggangu penumpuan pelajar terhadap pelajarannya di dalam bilik darjah. Pentafsiran Rekod Prestasi Rekod prestasi adalah seperti bentuk senarai semak, iaitu senarai kemahiran- kemahiran kecil dikemukakan. Contohnya, satu bentuk senarai semak yang telah disediakan guru untuk melihat sejauh mana prestai muridnya dan kemahiran- kemahiran yang telah dikuasai oleh pelajarnya. Bagi setiap kemahiran yang diperoleh pelajar, tanda (v) akan diletak di sebelah namanya. Dengan ini, jelasiah bahawa penelitian tentang rekod prestasi merupakan stau cara yang baik untu kmengesan kesukaran pembelajaran pelajar. Pentafsiran Rekod Profil Pentafsiran rekod profil memberi gambaran tentang pencapaian pelajar secara keseluruhannya. Rekod ini biasanya disediakan pada setiap penghujung penggal. Pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran dicatatkan dalam bentuk gred. Bagi pelajar yang mendapat gred rendah maka guru perlu memberikan pemulihan terhadap pelajar tersebut bagi mana- mana mata pelajaran yang menunjukkan gred yang tidak memuaskan. Ujian Kertas Pensel Ujian seperti ini adalah sangat terkenal dalam kalangan guru. Kebanyakan guru akan menggunakan kaedah ini bagi menilai tahap pencapaian pelajamnya. Ujian ini terdiri daripada ujian objektif dan subjektif. Pelbagai jenis ujian ini akan dapat memberikan gambaran pencapaian pelajar- pelajar dalam mana- mana mata pelajaran sekalipun. Skor yang diperoleh akan menunjukkan tahap pemahaman pelajar. Skor yang rendah akan menunjukkan kelemahan pelajar dalam satu-satu mata pelajaran. Oleh itu, pendidikan pemulihan perlu diadakan untuk mengatasi kelemahan- kelemahan tersebut.

You might also like