You are on page 1of 22

MPW1143 PENGAJIAN ISLAM

TAJUK
TOKOH ULAMA’ ASIA : SHEIKH DAUD AL-FATANI

NAMA PENSYARAH
USTAZ WAN TERMIZI BIN WAN MOHAMAD

NAMA PELAJAR/KURSUS/NO.MATRIK
MUHAMMAD ZULHAIRE BIN ZAKARIA-HELICOPTER-53157111017

SYAMSOUL AZRIEN BIN MUDA-HELICOPTER-53157111261

MUHAMMAD AZAHAM BIN ROHAIZAT-HELICOPTER-53157111181

SESI JANUARI 2011


Senarai Kandungan

Muka
Bil Isi Kandungan
surat

1 Penghargaan 1

2 Objektif 2

3 Pendahuluan 3

4 Salasilah Keluarga 4-5

5 Tempat Kediaman 6

6 Ilmu dan Pendidikan 7 - 14

7 Karya 15 - 18

8 Kewafatan 19

9 Rujukan 20
Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah,

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat juga kami
siapkan kerja yang dilunaskan oleh pensyarah kami iaitu Ustaz Wan Termizi bin
Wan Mohamad. Setelah beberapa hari kami mengkaji, menyelidik dan
mempelajari tentang tokoh ini iaitu Sheikh Daud al-Fathani, akhirnya laporan
ini dapat disiapkan dengan sempurna dan kemas. Terima kasih kepada Ustaz
Wan Termizi kerana memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan kerja
ini.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas kami yang membantu kami dari
segi kewangan dan sanggup mengorbankan sedikit masa untuk kami bagi
menyiapkan kerja ini. Tidak lupa juga kepada senior-senior kami yang sanggup
menghabiskan masa untuk membantu kami dan memberi tunjuk ajar kepada
kami.

1
Objektif

1. Dapat mengenali tokoh dengan lebih mendalam.

2. Dapat mengetahui ilmu-ilmu yang dipelajari dan disebar oleh tokoh ini
dengan lebih lanjut dan terperinci.

3. Dapat mengenali keturunan tokoh serta salasilah keluarga beliau.

4. Dapat mengenali guru-guru dan murid-murid tokoh ini.

5. Dapat mengetahui tempat pengajian dan tempoh pengajian tokoh ini.

6. Dapat mengetahui cara belajar beliau dalam mendalami ilmu agama,


secara tidak langsung ia memberi inspirasi kepada kita.

2
Pendahuluan

Syeikh Daud bin Abdullah (1769 - 1847) ialah seorang tokoh ulama’ Melayu
yang mengembangkan syiar Islam di Nusantara. Kedudukan Nusantara di
antara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang
yang membenarkan wilayah ini menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang
dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.
Mereka yang bertaraf ulama’ biasanya pernah melanjutkan penggajian ke
Semenanjung Arab seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana, mereka
juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom, dan Turki sebagaimana yang
dapat dikesan dalam sastera himpunan istana seperti Hikayat Amir Hamzah,
dan juga oleh kebudayaan China seperti yang terdapat dalam Hikayat Hang
Tuah, dan Syair Siti Zubaidah. Pengetahuan agama dan politik dunia ini
menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke
Nusantara ketika itu.

3
Salasilah Keluarga

Ada pendapat mengatakan nama penuh Sheikh Daud al-Fathani ialah al-Alim
Allamah al-Arif ar-Rabbani Sheikh Wan Daud bin Sheikh Wan Abdullah bin
Sheikh Wan Idris (juga dikatakan Wan Senik) al-Fatani. Ada pendapat
mengatakan nama sebenar beliau ialah Daud bin Abdullah bin Idris Al-Jawi Al-
Pattani Al-Melayuwi. Ibunya bernama Wan Fathimah anak Wan Salamah bin
Tok Banda Wan Su bin Tok Kaya Rakna Diraja bin Andi (Faqih) Ali Datok
Maharajalela bin Mustafa Datu Jambu (Sultan Abdul Hamid Syah) bin Sultan
Muzaffar Waliullah bin Sultan Abu Abdullah Umdatuddin.

Berdasarkan beberapa hasil tulisan orang yang mempunyai hubungan dengan


Sheikh Daud al-Fathani, terdapat beberapa pendapat mengenai tarikh lahir
beliau. Ada yang mencatat tarikh kelahirannya adalah pada tahun 1133 H,
1153 H dan ada juga yang mencatat tarikh kelahiran beliau adalah pada tahun
1183 H.

4
Beliau mempunyai lima orang adik-beradik iaitu Syeikh Wan Abdul Qadir,
Syeikh Wan Abdul Rasyid, Syeikh Wan Idris dan Siti Khadijah bin Abdullah al-
Fathani.

Ayah Sheikh Daud iaitu Sheikh Wan Abdullah dan datuknya Sheikh Wan Idris
adalah ulama besar untuk zamannya. Sheikh Daud al-Fathani telah dididik
dengan ajaran agama Islam oleh ayah dan datuknya sejak dari kecil lagi.

Berdasarkan beberapa hasil tulisan Nik Mahmud Perdana Menteri Paduka Raja
Kelantan, Sheikh Daud al-Fathani dikatakan berasal dari keturunan Faqih Ali.

5
Tempat Kediaman

Ulama yang dikenali sebagai penulis kitab yang prolifik iaitu Sheikh Daud al-
Fathani ini berasal dari Patani, selatan Thailand. Rumah keluarga beliau berada
dalam kawasan istana kerana keluarganya mempunyai peranan penting dalam
urusan agama Islam, termasuk ayah beliau, Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh
Wan Idris bin Syeikh Wan Senik al-Karisiqi al-Fatani.

6
Ilmu dan Pendidikan

Sheikh Daud al-Fathani ialah seorang yang sangat tekun mempelajari ilmu
agama sehinggakan beliau dapat menguasai banyak ilmu agama seperti ilmu
usuluddin, ilmu tauhid, ilmu kalam dan sebagainya. Beliau juga mendalami
ilmu kedoktoran, ilmu hisab dan ilmu falak.

Pada peringkat awal, Sheikh Daud al-Fathani hanya berguru dengan kaum
keluarganya sendiri yang sememangnya terkenal alim. Antaranya ialah bapa
saudaranya iaitu Sheikh Shafiyuddin.

Ada pendapat mengatakan Sheikh Daud al-Fathani menerima pelajaran


asasnya di Patani selama lima tahun, kemudian ke Aceh belajar dengan Sheikh
Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi selama dua tahun. Sheikh
Muhammad Zain al-Asyi adalah seorang ulama terkemuka di Kesultanan Aceh.

7
Ada orang meriwayatkan bahawa Sheikh Daud al-Fathani pernah belajar di
Aceh sekitar dua tahun. Dalam manuskrip nombor 486 yang tersimpan di Pusat
Islam Malaysia (Kuala Lumpur) ada menyebut bahawa Sheikh Abdush Shamad
al-Falimbani mengambil ijazah muqaranah daripada Sheikh Muhammad Zain
Aceh. Bererti tentunya Sheikh Daud al-Fathani juga belajar dengan Sheikh
Muhammad Zain. Sheikh Muhammad Zain adalah penyusun kitab Bidayat al-
Hidayat, Kasyf al-Kiram dan lain-lain. Nama pada kitab karya-karyanya ialah
Sheikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi.

Pendapat lain yang dipercayai mengatakan Sheikh Daud al-Fathani dan kawan-
kawannya telah belajar di Mekah selama 30 tahun dan lima tahun di Madinah.
Sheikh Daud al-Fathani diberi gelaran al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani kerana
tempoh pengajiannya yang begitu lama di Mekah dan Madinah. Ketika
melanjutkan pelajarannya di Mekah, Sheikh Daud al-Fathani mendekati para
ulama Patani yang telah bermastautin di Mekah. Di antara ulama Patani yang
telah diiktiraf dan dibolehkan mengajar di Masjidil Haram ialah Sheikh
Muhammad Shaleh bin Abdur Rahman al-Fathani. Beliau adalah seorang tokoh
ulama Ahli Syari'at dan Haqiqat yang lebih banyak terjun ke dunia kesufian.
Kepadanya Sheikh Daud al-Fathani banyak memperoleh ilmu terutamanya ilmu
kesufian.

Setelah beliau menamatkan pengajiannya di Mekah dan Madinah, beliau


pulang ke Patani untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang dipelajarinya ke
negerinya. Namun timbul krisis peperangan antara Patani dengan Siam pada
ketika itu.

8
Pendapat mengatakan beliau turut serta dalam peperangan itu. Sepanjang
peperangan tersebut berlaku, akhirnya beliau kembali ke Mekah bersama-
sama beberapa pelarian politik. Selepas tiba di Mekah, beliau dilantik menjadi
Ketua Sheikh Haji dan beliau adalah orang pertama dilantik secara langsung
sebagai ketua.

Di samping itu, beliau mengajar ilmu agama di Masjidil Haram. Beliau juga
melibatkan diri dengan penulisan yang merupakan hobi beliau. Karangannya
dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab. Penulisan beliau yang
dikarang dalam bahasa Arab tidak tersebar luas di Asia Tenggara. Walau
bagaimanapun, karangan bahasa Melayu beliau sangat banyak tersebar di Asia
Tenggara walaupun kitab beliau merupakan tulisan tangan sahaja.

Dalam salasilah berasal dari tulisan Sheikh Ismail bin Abdul Lathif Pontianak
(lebih dikenali dengan nama Haji Ismail Jabal) yang salasilah itu sekarang ada
pada salah seorang muridnya seorang ulama Pontianak bernama Haji Abdur
Rani Mahmud, bahawa Sheikh Daud al-Fathani belajar daripada Sheikh Ali bin
Ishaq pada bidang Tarekat Samaniyah. Tetapi dalam bidang Thariqat
Syathariyah pula adalah sebaliknya, iaitu Sheikh Daud al-Fathani telah
membai'ah Sheikh Ali bin Ishaq al-Fathani. Jadi bererti Sheikh Ali bin Ishaq al-
Fathani adalah murid Sheikh Daud al-Fathani, bukan guru beliau.

9
Daripada dua sumber yang bertentangan itu, ada pendapat mengatakan
bahawa sebelum Sheikh Daud al-Fathani menjadi seorang ulama besar,
mungkin beliau belajar daripada Sheikh Ali bin Ishaq al-Fathani. Riwayat yang
lain pula mengatakan Sheikh Daud al-Fathani belajar langsung daripada Sheikh
Muhammad bin Abdul Karim Samman al-Madani, penegak/pelopor Tarekat
Samaniyah.

Berkemungkinan kerana Sheikh Daud al-Fathani yang termuda, lebih muda


pula dari sahabatnya Sheikh Ali bin Ishaq al-Fathani, maka beliau merasa perlu
mendapat didikan dan bimbingan dari yang lebih tua.

Namun Sheikh Daud al-Fathani belajar terus secara rutin sehingga ia menjadi
seorang yang berkebolehan dalam banyak bidang, maka tidak mustahil
sahabatnya yang jauh lebih tua daripadanya kembali belajar kepadanya.
Kejadian seperti tersebut ini adalah lumrah dalam dunia pendidikan.

10
Sheikh Daud al-Fathani mempunyai ramai guru. Berbagai aliran mazhab dan
aliran iktikad dan kepercayaan yang dipelajari. Pegangan tetapnya tidak
berganjak menurut tradisi nenek moyangnya iaitu Mazhab Syafi’e dalam Fiqh
dan mengikut Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam iktikad. Beliau tetap tidak
berani mengambil jalan keluar supaya dalam Islam ini mesti melepaskan diri
dari Mazhab Syafie ataupun tidak mengikat diri dari fahaman Ahlus Sunnah wal
Jamaah walaupun pengetahuan beliau dalam segala bidang sangat mendalam.
Pengetahuannya yang menyeluruh lengkap bukan hanya di bidang Islam
sahaja, tetapi termasuk pengetahuan umum dan pengetahuan duniawinya.

Secara asasnya, tentang teori dan praktik zikir dalam Tarekat Syathariyah
Sheikh Daud al-Fathani telah menerima bai’ah dari Sheikh Mursyidnya, yang
diakui sebagai ulama Sufi yang 'Arif Billah iaitu Sheikh Muhammad As’ad.
Salasilah mengenai Tarekat Syathariyah ini secara lengkapnya ada disebutkan
di dalam naskhah tulisan tangan beliau sendiri iaitu Kaifiyat Khatam Quran.

Mengenai salasilah Tarekat Samaniyah mulai dari Sheikh Daud al-Fathani yang
diikuti Sheikh Ali bin Ishaq al-Fathani, Sheikh Muhammad Saleh bin Abdur
Rahman al-Fathani, Sheikh Abul Hasan dan Maulana Sheikh Hasib mungkin
hidup segenerasi dan dapat menemui Sheikh Muhammad Karim Saman secara
langsung.

11
Ada pun tentang penerimaan bai’ah Tarekat boleh saja dibai’ah oleh murid
yang lebih tinggi darjatnya atau lebih tua umurnya dengan syarat ada
pelantikan Sheikh Mursyid sebagai khalifahnya. Salasilah lengkap Tarekat
Samaniyah Sheikh Daud al-Fathani ini tertulis dalam kitab Siyarus Salikin
karangan Sheikh Abdush Shamad al-Falimbani.

Adapun mengenai sanad Ilmu Tauhid/Usuluddin hingga sampai kepada al-


Imam Abul Hasan al-Asy’ari, keterangannya adalah sebagai yang berikut.
Bahawa Sheikh Daud al-Fathani masih sempat menemui tahun-tahun
kehidupan seorang ulama besar Mazhab Syafi’e yang menjadi Mahaguru di
Universiti al-Azhar di Kaherah, Mesir, yang terkenal dengan sebutan Imam
Syarqawi (1150 H- 1227 H).

Ulama mazhab Syafie itu ramai murid-muridnya. Antaranya bernama Sheikh


Muhammad bin Ali as-Syanwani yang sangat popular dengan Imam as-
Syanwani saja. Bahawa beliau adalah sezaman dengan Sheikh Daud al-Fathani.

Dari versi lain mengenai Ilmu Usuluddin ini, terkenal lagi dengan nama seorang
Imam besar yang disebut Imam Abu Manshur al-Maturidi. Bahkan salasilah
Sheikh Daud al-Fathani sampai kepada imam besar tersebut. Salasilah lengkap
mengenai sanad Ilmu Tauhid/Usuluddin daripada kedua-dua Imam besar yang
disebutkan di atas tidak disentuh, tetapi telah disebut dalam buku berjudul
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani: Ulama dan Pengarang Terulung Asia
Tenggara.

12
Pertalian salasilah Tarekat Syazaliyah adalah sebagai berikut iaitu Sheikh Wan
Daud bin Abdullah al-Fathani belajar daripada Sheikh Muhammad Saleh bin
Ibrahim, ketua Mazhab Syafi’e di Mekah (wafat pada 1226 H) dalam berbagai
bidang ilmu pengetahuan termasuk Tarekat Syazaliyah.

Ketokohan Sheikh Daud al-Fathani dalam bidang fiqh diperakui oleh semua
ulama di Asia Tenggara yang memahami dan mengkaji sejarah Islam di rantau
ini.

Demikian juga ketokohannya dalam bidang usuluddin, tauhid dan ilmu kalam
yang kiranya tidak perlu dijelaskan lagi.

Pendapat mengatakan bahawa di Asia Tenggara tercatat dua orang sahaja


ulama tokoh besar orde tarekat Syathariyah. Mereka ialah Sheikh Abdur Rauf
al-Fanshuri dan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Murid Sheikh Abdur Rauf
al-Fanshuri bernama Sheikh Burhanuddin Ulakan menyebarkan Tarekat
Syathariyah itu ke Pariaman, Minangkabau.

Bahawa pada suatu masa dahulu tarekat ini pernah memegang peranan yang
terpenting dalam dakwah Islamiah di Asia Tenggara. Bahkan ia adalah satu
orde tarekat yang terbesar pengikutnya di Asia Tenggara sebelum masuknya
Tarekat Qadiriyah dan Naqsyabandiyah.

13
Syathariyah berkembang di Pulau Jawa, yang terbesar pengikutnya di Cerebon,
Jawa Barat. Penyebarnya yang terkenal ialah Sheikh Abdul Muhyi Pamijahan,
murid Sheikh Abdul Rauf al-Fansuri iaitu Sheikh Abdul Malik (Tok Pulau Manis)
Terengganu, Sheikh Yusuf Tajul Khalwati, semuanya adalah murid Sheikh
Abdur Rahman al-Fansuri.

Di mana sahaja Tarekat Syathariyah dikembangkan di zaman mutakhir iaitu


dimulai akhir abad ke 18 hingga ke abad ini, Sheikh Daud bin Abdullah al-
Fathani tetap dikenal dan disebut namanya.

Salah seorang muridnya mengenai Tarekat ini seumpama Sheikh Zainuddin


Sumbawa. Nama sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani lebih bersemi di hati
umat Islam pengikut Tarekat Syathariyah di negeri-negeri di Alam Melayu,
bahkan sampai ke Campa dan Burma. Salasilah tarekat ini di Asia Tenggara
banyak bersambung dengan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fahthani.

Daripada Sheikh Daud al-Fathani dikenal pula ulama besar yang berasal dari
Patani sebagai khalifah-khalifah Mursyid Tarekat Syathariyah seperti Sheikh
Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani, Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain bin
Mustafa al-Fatani, Sheikh Ismail bin Abdul Qadir bin Mustafa al-Fatani dan lain-
lain.

14
Karya-karya Penulisan

Terdapat beberapa karya Ilmu Tauhid karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-
Fathani baik yang nipis mahupun yang tebal-tebal. Demikian halnya dengan
Sheikh Ahmad al-Fathani, sekurang-kurangnya tiga judul dalam bahasa Arab
dan empat judul dalam bahasa Melayu.

Sejarah ringkas perkembangan Ilmu Tauhid di Nusantara selengkapnya telah


penulis muat dalam buku berjudul Faridatul Faraid Syeikh Ahmad Al-Fathani
'Aqidah Ahlis Sunnah Wal Jama'ah Yang Sejati. Di sini penulis petik khusus
mengenai pengkaryaan akidah kedua-dua ulama yang berasal dari Patani itu
serta tambahan beberapa informasi terkini yang dirasakan perlu
membahasnya.

Karya-karya Ilmu Tauhid oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah
sebagai yang berikut: Ad-Durruts Tsamin fi 'Aqaidil Mu'minin (1232 H/1816 M),
'Iqdul Jawahir (1245 H/ 1829 M), ditulis dalam bentuk nazam.

15
Nazam ini beliau syarah sendiri, diberi nama Warduz Zawahir li Hilli Alfazhi
'Iqdil Jawahir (1245 H/1829 M). Selanjutnya Sheikh Daud bin Abdullah al-
Fathani mensyarah risalah mengenai Ilmu Tauhid karangan gurunya Saiyid
Ahmad al-Marzuqi, diberi nama Al-Bahjatus Saniyah fil 'Aqaidis Saniyah (1258
H/1842 M).

Untuk peringkat kanak-kanak, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyusun


risalah ilmu ini yang diberi judul Kifayatul Mubtadi wa Irsyadul Muhtadi atau
digunakan dengan judul yang lain, iaitu: Irsyadul Athfalil Mubtadiin fi 'Aqaidid
Din wal Ad'iyatun Nafi'ah lid Din, tanpa dinyatakan tahun selesai penulisan.

Sebagai pedoman melakukan zikir ahlit tauhid menurut metode Thariqat


Syathariyah, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, ketika berada di Sambas,
Kalimantan Barat menyusun kitab berjudul Dhiyaul Murid fi Bayani Kalimatit
Tauhid, juga tanpa dinyatakan tahun selesai penulisan. Selain kitab-kitab
akidah yang berdiri sendirinya, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga
menulis ilmu itu pada bahagian halaman awal kitab-kitab fiqhnya, iaitu:
Hidayatul Muta'allim, Al-Jawahirus Saniyah, Sullamul Mubtadi, Fat-hul Mannan
dan Furu'ul Masail.

16
Ada pun risalah dan kitab Ilmu Tauhid karangan Sheikh Ahmad al-Fathani pula
ialah: Jumanatut Tauhid (1293 H/1876 M), ditulis dalam bahasa Arab dalam
bentuk puisi. Dalam tahun yang sama, iaitu 1293 H/1876 M, Sheikh Ahmad al-
Fathani juga menyelesaikan Munjiyatul 'Awam li Manhajil Huda minaz Zhalam,
juga ditulis dalam bahasa Arab bercorak puisi. Kitabnya judul Sabilus Salam fi
Syarhi Hidayatil 'Awam (1306 H/1888 M), dalam bahasa Arab adalah
merupakan syarah Hidayatul 'Awam karya gurunya Sheikh Muhammad bin
Sulaiman Hasbullah al-Makki.

Pada tahun yang sama, iaitu 1306 H/1888 M, Sheikh Ahmad al-Fathani
menyusun kitab akidah dalam bahasa Melayu berjudul 'Iqdul Juman fi 'Aqaidil
Iman.

Kitab akidah dalam bahasa Melayu karya Sheikh Ahmad al-Fathani yang paling
banyak diajarkan di banyak tempat di Nusantara ialah Faridatul Faraid fi 'Ilmil
'Aqaid. Selain dalam karya-karya khusus mengenai akidah tersebut, Sheikh
Ahmad al-Fathani juga menulis akidah dalam karya-karya fiqh yang diletak
pada bahagian awalnya, iaitu: Al-Bahjatul Mubtadin, 'Unwanul Falah.

Manakala dalam bentuk penjelasan yang panjang dimuat pada bahagian awal
Al-Fatawal Fathaniyah. Dalam karyanya Hadiqatul Azhar juga terdapat tentang
akidah, di antaranya mengenai tujuh masalah yang menjadi ikhtilaf antara
Imam Abul Hasan al-Asy'ari dengan Imam Abu Hanifah.

17
Selain yang tersebut, terdapat pula tulisan beliau pada kitab-kitab akidah yang
beliau tashhih, di antaranya di bahagian tepi Bidayatul Hidayah oleh Sheikh
Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi (Aceh) dan Ad-Durruts Tsamin
oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

18
Kewafatan

Pendapat mengatakan bahawa Sheikh Daud al-Fathani wafat sekitar tahun


1847 M. Ada juga yang menyebut beliau wafat pada tahun 1265 H. Beliau
wafat dan dimakamkan di Taif. Kuburnya bersampingan dengan kubur Saidina
Abdullah bin Abbas iaitu sepupu Rasulullah s.a.w..

Menurut cerita Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani, beliau
mendengar daripada ibunya, Hajah Wan Siti Saudah binti Abdullah bahawa
jenazah beliau telah dipindahkan oleh Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani ke
Mekah, ditanam di bawah pohon Bedara di rumahnya.

Hal ini disebabkan pada zaman itu pihak Wahabi akan membongkar semua
kubur yang dikeramatkan termasuk kubur Sheikh Daud al-Fathani.

Walaupun beliau telah lama meninggal dunia namun jenazahnya tidak hancur,
darah masih berjalan kecuali nafas sahaja yang tiada.

19
Rujukan

1. Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1)


Tulisan: Ismail Che Daud
Penerbit: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Dicetak oleh: Percetakan ZulRahim Sdn. Bhd., ISBN 983-2391-00-8

2. Keunggulan Penemuan dan Tokoh Penciptaan


Tulisan: Syed Mahadzir
Penerbit: PCT Sdn. Bhd.
Dicetak oleh: Percetakan Tatt Sdn.Bhd., ISBN 983-2807-04-2

3. 163 Tokoh Terkenal Islam


Tulisan: Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Penerbit: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
Dicetak oleh: Litmus Print Sdn. Bhd., ISBN 983-2567-69-6

20

You might also like