PENGENALAN PANTUN
Pantun adalah sejenis puisi tradisional melayu yang wujud sejak zaman-berzaman.Menurut Kamus Dewan edisi keempat muka surat 1137, pantun bermaksud puisi lamayang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap( dua baris pertama merupakan pembayang manakala dua baris terakhir mengandungi maksudnya ).Pantun juga seperti yang kita tahu merupakan suatu pengucapan kemelayuan. Didalamnya terkandung seluruh jiwa, seni, kebijaksanaan, budi bahasa dan pandangandunia islam. Di dalam pantun juga terdapat umpama dan seperti sebagai makna kepadasesebuah pantun.Selain itu, di dalam pantun juga terdapat bicara dan mainan.Di dalamnya sarat dengankias dan makna, kasih sayang, seloka dan jenaka, pepatah dan perumpamaannya, nasihatdan tunjuk ajar, ratapan dan derita rindu.Pantun turut memiliki dua bahagian iaitu pembayang dan maksud. Kedua-duanyaibarat dua struktur yang saling melengkapi, lahir dan batin, luar dan dalam, tertautmenjadi satu menjadi pantun. Ianya juga boleh dikategorikan sebagai sampiran dan isiyang tertaut secara integratif sehingga menjadi suatu pengucapan yang sangat indah.Pantn turut memenuhi fungsi dan peranannya disamping terungkap dengan indahnyadalam ritual dan acara kehidupan manusia seperti pelantikan pemimpin, lazim digunakandalam pelbagai persembahan kesenian melayu seperti lagunya, lagu melayu asli,dondang sayang, dikir barat, boria, mendu dan bangsawan.Kehalusan yang ada pada pantun melambangkan perwatakan, sahsiah, keturunan, pendidikan, bendasari, moraliti dan etika melayu. Lambang tersebut selaras dengan sifatyang amat diutamakan oleh orang melayu.