Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sulalatus Salatin

Sulalatus Salatin

Ratings: (0)|Views: 275 |Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
Falsafah dan logika melayu
Sulalatus Salatin
NORDAYANA BINTI HAMZAH
Falsafah dan logika melayu
Sulalatus Salatin
NORDAYANA BINTI HAMZAH

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Aug 31, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/09/2013

pdf

text

original

 
UNIVERSITI MALAYA JXEA1104FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
KARYA KLASIK:SULALATUS SALATIN (HIKAYAT HANG TUAH)NAMA: NORDAYANA BINTIHAMZAHNO MATRIK: JEA080088FAKULTI: AKADEMI PENGAJIANMELAYU
 
PENGENALAN
Falsafah atau philosophia iaitu, cinta akan hikmah digambarkan sebagai sutu teori tentangkehidupan yang kompleks atau perbincangan keilmuanyang sukar dicerakinkan dandifahami. Pada hakikatnya persoalan kehidupan manusia mencakupi segenap lapisanmasyarakat tidak pernah terlepas daripada perbahasan falsafah secara disedari atau tidak,terutama falsafah yang terserlah dan praktikal. Falsafah amat penting dalam membentukesedaran manusia melalui proses mendidik, memahami, menilai, dan membuat pertimbangan tentang kehidupan. Falsafah adalah hasil dari daya usaha akal manusia yangrasional, kritis dan intergral untuk memahami dan menganalisis beberapa objek utama iaitu,hakikat alam, hakikat manusia dan hakikat ketuhanan.Karya klasik yang dipilih untuk tugasan subjek JXEA1104 Falsafah dan LogikaMelayu ialah cerita tentang tentang Hang Tuah dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu bermula pada bab 5 halaman 103. Kisah Hang Tuah bermula apabila utusan Melakamemberitahu Raja di Goa bahawa Raja Melaka suka akan budak lelaki yang baik rupa dansikapnya serta berani. Raja di Goa telah menemukan anak Raja Bajung dan memberikanyakepada Raja Melaka. Budak tersebut bernama Daeng Mampawah,berusia 12 tahun dan pernah mengalahkan orang yang mengamuk. Raja Melaka telah menamakan budak itu HangTuah, Hang Tuahmerupakan seorang pahlawan yang berani dan setia. Hang Tuah pernahdititahkan hukum bunuh oleh Sultan Mansur Syah atas tuduhan bermukah dengan dayang.Walaubagaimanapun, beliau terselamat daripada hukuman itu hasil pertolomgan Seri NaraDiraja yang menyembunyikan dan memenjarakan beliau di sebuah dusun. Hang Tuah jugatelah menurut perintah Sultan supaya beliau membunuh Hang Jebat yang mengamuk,walaupun Hang Jebat merupakan sahabat Karibnya. Berdasarkan pengenalan tentang kisahHang Tuah, bakal dilanjutkan pula kupasan falsafah yang terdapat dalam karya ini.
PETIKAN 1
(Hang Tuah Dihukum Bunuh)
 
Hatta maka sekali persetua, kuda kenaikan Sultan Mansur Syah jatuh ke pelindungan tahi, seorang pun tiada hendak menambatkan tali kepada kuda itu. Setelah dilihat oleh Laksmana Hang Tuah orangyang beratus-ratus iti tiada mau turun mengambil kuda itu, maka Hang Tuah pun segera terjun kedalam perlindungan itu, ditambatkannya tali pada kuda itu. Maka diudar oranglah ke atas. Setelahkuda itu naik, maka Hang Tuah pun naik ; tubuh dan muka Hang Tuah penuhlah dengan tahi sampaike kepalanya, lalu ia pergi mandi berlangir, berbedak. Setelah Sultan Mansur Syah melihat kuda baginda sudah naik itu, maka terlalulah sukacita bagida; beberapa puji baginda akan Hang Tuah, sertadianugerahi persalinan dengan sepertinya.Syahadan berapa lamanya maka datanglah hujjatu’l balighatakan Hang Tuah; maka adaseorang dayang- dayang raja, orang yang keluar masuk, bukan orang yang tetap didalam, bermukahdengan Hang Tuah. Maka diketahui oleh Sultan Mansur Syah; baginda pun terlalu murka. HangTuah disuruh baginda bunuh kepada Seri Nara Diraja. Maka oleh Seri Nara Diraja dibawanya pulang pulang kerumahnya; fikir dalam hatinya, “Adapun Hang Tuah ini, bukan barang-barang orang;tiadalah dua orang, orang yang didalam negeri Melaka ini sebagainya pada zaman ini. Jikalau ia inimati, di mana duli Yang Dipertua beroleh hamba seperti Hang Tuahini? Lagipun belum sampaidosanya patut dibunuh.” Setelah ia fikir demikian, maka kata Seri Nara Diraja pada Hang Tuah,“Mana perintah Orang Kaya sahaya turut.” Maka sahut Hang Tuah, “Hanya jikalau Sahaya hendak Orang Kaya taruh, pasunglah sahaya supaya jangan berjalan.” Maka oleh Seri Nara Diraja disuruhnya bawa Hang Tuah kepada suatu dusunnya di hulu, di sana dipasungnya. Maka dipersembahkannya,“Akan Hang Tuah telah matilah sudah, tuanku.” Maka Sultan Mansur Syah pun diamlah. Akan HangTuah, sebilang hari disuruh Seri Nara Diraja hantari makanan yang berjenis-jenis. Sungguhpunsekian halnya, ia didalam dukacita juga, malah beransur kurus.PETIIKAN 2Maka sembah Seri Nara Diraja, “Ampun tuanku beribu ribu ampun atas batu kepala patik.Tatkala titah Dipertuan menyuruh membunuh Hang Tuah itu, maka fikir patik belum patut Hang Tuahitu dibunuh sebab dosanya itu. Hang Tuah bukan barang-barang hamba ke bawah duli YangDipertuan; kalau-kalau ada perkenannya kepada kemudian hari. Sebab itulah maka ia patik taruh padadusun anak patik, patik pasung; melainkan ampun ke bawah duli Yang Dipertua juga akan patik.”Maka Sultan Mansur Syah pun terlalu sukacita mendengar sembah Seri Nara Diraja itu. Makatitah baginda, “syabas! Bahawa Seri Nara Dirajalah sempurna hamba.” Maka dianugerahi baginda persalin dengan sepertinya. Maka titah baginda pada Seri Nara Diraja, :segeralah si Tuah suruh bawakemari.Maka Seri Nara Diraja pun menyuruhkan orang mengambil Hang Tuah; maka Hang TuahDatanglah dibawa orang kehadapan Sultan Mansur Syah. Pucat, kurus, berjalan teranggar-anggar.Miskinan Hang Tuah belas segala yang memandang kerana lama dalam pasungan. Setelah SultanMansur Syah melihat Hang Tuah datang, maka dianugerahi baginda ayapan. Setelah sudah HangTuah makan, maka oleh Sultan Mansur Syah diambil keris daripada pinggang baginda, dianugerahi pada Hang Tuah; maka titah baginda, “Basuhlah arang di muka aku.” Maka sembah Hang Tuah,“Insya-Allah Taala, baiklah tuanku.” Maka Hang Tuah pun menjunjung duli, lalu pergi mendapatkanHang Jebat.
KUPASAN FALSAFAH
Melalui petikan diatas, dapatlah dikupaskan persoalan falsafah yang terdapat padakisah Hang Tuah iaitu, falsafah kesetiaan. Kesetiaan merupakan satu sifat keteguhan hati dan

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->