You are on page 1of 8

UNIVERSITI MALAYA

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU


( JXEA 1104 )
PELAJAR SEMESTER 1 2008 /2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
(APM )

TAJUK : KUPASAN FALSAFAH


DALAM
PANTUN ADAT

NAMA PENSYARAH : PROF. DR. AMRAN


MUHAMMAD

TUTOR : CIK SITI HADIJAH ABDOL RAHMAN

NAMA PELAJAR : NUR ZAM HAFIZAH BT KHALIB

NO. MATRIK : JEA080098


Cantik kembang bunga melati
Tumbuh sebatang di tepi kota
Patah tumbuh hilang berganti
Adat pusaka terpelihara juga

Bukan lebah sebarang lebah


Lebah bersarang di pohon nangka
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah dengan adat pusaka

Bila sampai ke laut gading


Belokkan perahu mencari selat
Jika bertikai dalam berunding
Elok balik pada adat

Berbuah lebat pohon mempelam


Rasanya manis dimakan sedap
Bersebarlah adat seluruh alam
Adat pusaka berpedoman kitab
PENGENALAN PANTUN

Pantun adalah sebuah puisi yang istimewa yang tiada tandingan. Suatu konsep atau gagasan

yang memerlukan huraian yang panjang dapat dinyatakan dalam satu rangkap yang ringkas,

dalam bentuk yang padat, dan indah. Ciri-ciri keagungan ini dapat dilihat berdasarkan ukuran

terhadap karya yang dianggap atau diangkat sebagai karya agung melayu. Terdapat empat

aspek yang penting yang dijadikan ukuran ialah lambang dan pesanan yang di sampaikan,

nilai seni atau budaya, nilai ilmu serta teknik kepengarangan.

Selain itu, pantun juga boleh ditafsirkan sebagai pengucapan kemelayuan.Dalam

pantun terkandung umpama atau seperti yang juga merupakan makna pantun, dalam pantun

terdapat bicara dan mainan.Pantun melayu sarat dengan kias dan makna, kasih sayang,

seloka dan jenaka, pepatah dan perumpamaan, ratapan, derita dan rindu, yang merupakan

sebahagian daripada pengucapan lahir batin melayu. Pantun memiliki dua bahagian utama

iaitu pembayang dan maksud atau sampiran dan isi, tetapi kedua-dua bahagian tersebut

,terutamasecara integratif sehingga menjadi pengucapan yang indah. Pada bahagian tersebut

ibarat dua struktur yang saling melengkapi, lahir dan batin, luar dan dalam, tertaut menjadi

satu, seterusnya menjadi pantun.

Di samping itu, pantun juga mempunyai sifat semula jadinya atau tabii yang

tersendiri, iaitu tabii yang terungkap melalui citra lahir dan pantun.Apatah lagi apabila pantun

diungkap atau digunakan dalam pelbagai kehidupan manusia melayu. Selain itu, pantun juga

dapat dilihat keindahannya dari dua perspektif iaitu, estetika dan dan etika.

Berdasarkan pantun di atas, falsafah yang ingin dikupas adalah mengenai adat. Adat dari

sudut falsafah bermaksud peraturan hidup yang membentuk peribadi dan jati diri sesebuah

masyarakat yang mengamalkannya. Adat dijadikan sebagai pegangan atau panduan dalam
sesebuah masyarakat . Oleh itu, sesebuah masyarakat mempunyai hubungan yang rapat

dengan amalan tradisi adat.

Amalan adat ini biasanya diamalkan dalam masyarakat melayu khususnya di

Malaysia. Hal ini kerana masyarakat melayu sangat dikenali dengan sifat lemah – lembut dan

sopan santun. Kehidupan seharian masyarakat melayu juga dipengaruhi oleh persekitaran.

Masyarakat melayu sangat berpegang teguh kepada adat kerana adat melambangkan identiti

dan keperibadian sesebuah masyarakat.

Adat masih diamalkan sehingga kini kerana adat mempunyai nilai – nilai yang begitu

indah. Amalan adat ini telah diwarisi daripada nenek moyang secara turun- temurun.

Generasi masa kini harus menghargai setiap warisan yang diperturunkan kerana warisan

inilah yang memberikan identiti iaitu menjadi lambang kebanggaan kepada masyarakat

melayu. Malah masyarakat kini perlu menimba segala ilmu, idea dan teladan daripada

warisan tersebut bagi membina dan menegakkan kemajuan. Dari sudut falsafah dan ideologi,

adat mempunyai nilai dan martabat yang tinggi. Oleh yang demikian, adat harus dipelihara

dan dipupuk agar ia tidak luput di telan zaman.

Dalam masyarakat melayu, adat merupakan cara yang biasa dilakukan ataupun

kelaziman. Adat juga disamakan dengan kebudayaan tertentu. Masyarakat melayu

mempunyai pelbagai adat, Contohnya, adat pepatih, adat istiadat perkahwinan, adat

melenggang perut, adat bercukur, adat berkhatan, dan sebagainya. Masyarakat melayu

khususnya di Malaysia, mengamalkan adat pepatih dan adat temenggung. Adat pepatih masih

diamalkan oleh masyarakat melayu terutamanya di Negeri Sembilan, dan di Naning, Melaka.

Adat pepatih ini dikenali kerana sistem sosialnya agak unik dan berlainan daripada sistem

sosial masyarakat melayu yang lain. Masyarakat dalam adat pepatih dikenali sebagai
masyarakat matrilineal, iaitu keturunan seseorang itu disusurgalurkan melalui nasab atau suku

ibunya. Dalam adat pepatih juga wujud mekanisme, khususnya melalui harta pusaka yang

membolehkan kaum perempuan mewarisi harta milik ibu atau sukunya. Kesemua aspek

kehidupan dalam adat pepatih ini jelas ditunjangi oleh perbilangan yang memastikan ahli-

ahlinya mempunyai asas dan panduan dalam kehidupan mereka. Namun demikian, terdapat

juga tuduhan yang menyatakan adat pepatih ini khususnya tumpuan yang diberikan kepada

sistem pewarisannya, bercanggah dengan islam.Bagi masyarakat adat pepatih, adat dan islam

itu sudah sebati dan tiada percanggahan antara kedua-duanya.

Perkataan adat dalam adat pepatih mempunyai empat lapisan makna yang berbeza.

“Adat yang sebenar adat” merupakan sesuatu yang semulajadi yang telah diwujudkan oleh

Allah. Manakala, “adat yangteradat” pula merujuk kepada cara hidup yang telah dijadikan

tunjang dalam masyarakat melayu. Selain itu, “adat yang diadatkan” pula ialah segala cara

hidup yang telah diangkat menjadi pedoman atau undang-undang yang membantu

membentuk masyarakat melayu masa kini. Seterusnya, “adat istiadat” ialah upacara-upacara

yang diamalkan oleh masyarakat melayu bagi memantapkan lagi sistem sosial tersebut.

Dalam konteks empat lapisan adat ini, “adat yang teradat” dan “adat yang diadatkan”

merupakan dua lapisan makna yang paling asas dalam adat pepatih. Tanpa kedua-dua adat ini,

sistem sosial yang dikenali sebagai adat pepatih tidak akan wujud. Kedua-dua adat ini harus

dijaga dan tidak dikompromikan.

Selain itu, bagi masyarakat melayu yang mengamalkan adat temenggung, adat

resam perkahwinan begitu dititik beratkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu

akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat

melayu, terdapat beberapa peringkat penting iaitu merisik, meminang, bertunang, akad nikah,

berinai dan melangsungkan perkahwinan. Dalam adat merisik, ia juga dipanggil sebagai
meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis

yang dihajati oleh seseorang lelaki itu masih belum berpunya. Hal ini penting kerana dalam

islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Disamping itu, adat ini juga

bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab

sopan, tingkahlaku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya, adat ini akan

dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Bagi

pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima

lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang

agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Seterusnya dalam adat istiadat perkahwinan

masyarakat melayu, adat bersanding menjadi salah satu elemen penting bagi

menyempurnakan istiadat perkahwinan. Sebenarnya adat persandingan ini adalah turun-

temurun daripada adat hindu.

Bagi masyarakat melayu yang ratanya-ratanya beragama islam, mempercayai setiap

anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing- masing. Justeru itu, setiap kelahiran itu

perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat melayu banyak mengamalkan adat-

adat tertentu yang diwarisi sejak turun- temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu

mengandung, bersalin dan selepas lahir. Sewaktu mengandung, masyarakat melayu

mengamalkan adat melenggang perut. Adat ini juga dipanggil kirim perut oleh masyarakat

melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan disesetengah tempat dikenali sebagai

Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika

kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan

untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal

bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi didalam perut. Adat melenggang perut ini

dipercayai mengandungi budaya hindu.


Seterusnya, masyarakat melayu menjalankan upacara bercukur kepala. Selepas tujuh

hari daripada hari bersalin, lazimnya masyarakat melayu mengadakan kenduri nasi kunyit

kerana pada hari itu adat bercukur kepala dijalankan dan bayi diberi nama. Adat bercukur

kepala ini seeloknya dilakukan pada hari Jumaat, Isnin atau Khamis. Bagi adat ini, bahan-

bahan seperti tepung tawar, berteh dan beras kunyit adalah merupakan bahan yang utama

dalam menjalankan upacara bercukur kepala. Dalam adat bercukur, bayi akan dipakaikan

dengan pakaian yang cantik dan dipakaikan barang-barang perhiasan seperti gelang, cincin,

rantai emas kemudian diletakkan di atas tilam kecil. Selepas itu bayi tersebut akan ditepok

dengan tepung tawar, ditebar dengan sedikit beras kunyit dan berteh serta diguntingkan

sedikit rambutnya. Bilangan orang yang melakukan upacara bercukur kepala ini hendaklah

bilangan yang ganjil. Setelah selesai menjalankan adat bercukur, rambut bayi tersebut akan

dicukur keseluruhannya oleh tok bidan. Rambut bayi yang telah dicukurkan dimasukkan ke

dalam sebuah bekas dan ditanam di perdu pisang. Dalam kepercayaan adat melayu, rambut

bayi itu akan menjadi lebat jika ditanam di situ kerana pokok tersebut mempunyai ciri- ciri

yang sejuk.

Di samping itu, masyarakat melayu juga menjalankan adat bersunat atau

berkhatan. Adat ini dilakukan apabila seseorang kanak-kanak lelaki telah berumur di antara

lima hingga sepuluh tahun. Sekiranya ibu bapa dalam kalangan orang berada, pada hari

mengadakan istiadat ini, sebuah pelamin disediakan untuk anaknya bersanding. Kenduri

besar-besaran selama dua hari berturut-turut diadakan iaitu pada hari pertama untuk istiadat

bersanding dan pada hari kedua pula upacara berkhatan dilakukan.Pada hari yangtelah

ditetapkan untuk istiadat berkhatan ini, tok mudim iaitu tukang sunat yang di tempah akan

memandikan kanak-kanak yang hendak disunatkan itu dengan ayer buyong diiringi dengan

jampi menteranya. Setelah itu, upacara berkhatan di atas batang pisang dimulakan seterusnya

hujung kalamnya ditanam. Dalam adat berkhatan ini, kanak-kanak yang disunatkan itu hanya

diberi makan nasi dengan ikan kering sehingga sembuh lukanya.


Kesimpulannya, masyarakat melayu perlu memelihara adat yang diwarisi secara

turun-temurun agar tidak pupus dan luput ditelan zaman.Selain itu, adat harus diteruskan dan

diamal kerana ia merupakan peraturan hidup yang dapat membentuk peribadi individu dan

masyarakat amnya. Adat sebenarnya memimpin kita untuk maju secara beradab dan

terpimpin. Sehubungan dengan itu, masyarakat yang mengamalkan tradisi adat telah terbukti

mempunyai sistem yang teratur dan terpimpin dalam mencapai kebaikan bersama. Untuk

mendapatkan penyesuaian baru, sejajar dengan kedinamikan itu, ia haruslah mengikut lunas-

lunas dan melalui proses serta aturan adat yang sebenarnya. Justeru itu, tradisi yang baik dan

unggul patut diamalkan dan disemai dalam sanubari generasi baru sebagai kawalan sosial

terutama pada alaf baru yang penuh dengan cabaran ini.

Bibliografi

Yasin Dan Abd Aziz.1960.Adat Resam Dan Kebudayaan Melayu.Sinaran Bros Limite.

Syed Alwi.1960.Adat Resam Melayu Dan Adat Istiadat.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Rogayah A. Hamid.2006.Pandangan Semesta Melayu Pantun.Kuala Lumpur:Dawama


Sdn.Bhd.

Harun Mat Piah.2001.Pantun Melayu:bingkisan Permata.Selangor:Utusan Printeorp


Sdn.Bhd.

You might also like