You are on page 1of 9

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TAJUK:

KARYA KLASIK(CERITA RAKYAT-SI


LUNCAI)

NAMA PENSYARAH: DR.AMRAN MUHAMMAD

NAMA PELAJAR : ROSLINDA BINTI SAWAD (JEA 080119 )

PENGENALAN
Karya klasik merupakan sastera melayu klasik lama yang mampu

bertahan dari segi perubahan masa dari zaman ke zaman.Klasik merujuk

kepada karya-karya yang ada nilai seni dan estetika yang tinggi.Sastera

rakyat termasuk dalam kesusasteraan Melayu klasik dan ia terdiri daripada

cerita metos,lagenda dan cerita rakyat.Cerita-cerita rakyat ini pula terdiri

daripada cerita-cerita binatang,cerita jenaka,cerita hantu dan penglipur

lara.Ia juga dikenali sebagai sastera lisan kerana penyebarannya melalui

media lisan.

Sastera rakyat ini mempunyai beberapa fungsi untuk kita sama-sama

mengamatinya yang member kita suatu keseronokan di samping mendapat

iktibar darinya.Antara fungsi sastera rakyat ini ialah ia berfungsi sebagai alat

hiburan,masyarakat zaman dahulu bekerja sepangjang hari dan berehat

pada sebelah malamnya.Oleh itu,pada malamnya mereka akan mendengar

cerita rakyat untuk menghiburkan hati setelah penat bekerja pada siang

hari.Cerita rakyat ini juga berfungsi untuk menyampaikan pengajaran kepada

pendengar.Hal ini berlaku apabila seorang nenek atau ibu bercerita kepada

cucu atau anaknya.

Cerita rakyat turut berfungsi sebagai salah satu cara untuk meningkat

darjat atau keturunan seseorang pemerintah.Contohnya,asal keturunan

seeorang raja dikaitkan dengan tokoh-tokoh tertentu akan membuatkan

mereka dipandang tinggi seperti dalam teks sejarah Melayu yang dikatakan

raja-raja Melaka berasal daripada keturunan Iskandar Zulkarnain.Cerita

rakyat juga diguna sebagai media untuk mengkritik sesuatu golongan


misalnya pemerintah seperti dalam cerita Pak Kaduk,Si Luncai,Lebai

Malang,Pak Belalang dan Pak Pandir.

PETIKAN KARYA KLASIK SI LUNCAI

Telah itu baginda pun masuklah dan Si Luncai berdiri diluar mongkor itu. Setelah

musta`id, lalu dihulurkanlah sekalian menteri, hulubalang dan orang besar-besar akan baginda

dengan Si Luncai kedalam lubang itu. Maka pada waktu hendak turun mongkor itu, Si Luncai

pun bersedia sahajalah hendak berlepas dirinya. Dengan takdir Allah ta`ala, adalah pula suatu

lubang yang lain, boleh naik kedunia balik. Apabila terpandang sahaja olehnya, makaa ia pun

melompatlah keatas suatu batu ditepi lubang itu dengan pantasnya. Maka baginda tiadalah

sempat hendak keluar lagi, oleh meraka yang diatas lubang itu dengan pantasnya. Maka baginda

tiadalah sempat hendak keluar lagi, oleh tali mongkor itu terlalulah amat deras dihulurkan oleh

mereka yang diatas lubang itu. Maka dilihat baginda makin lama makin gelap gulitalah, sehingga

lemaslah baginda tak boleh bernafas lagi.

Maka dengan kudrat dan iradat allah ta`ala, mongkor itu pun terjatuh betul kedalam mulut seekor

naga yang terlalu besarnya. Maka demi dirasanya sahaja, apatah lagi, langsung ditelannyalah.

Maka baginda pun mangkatlah. Kelakian, tersebutlah perkataan Si Luncai. Telah dilihatnya

baginda itu tiada dapat keluar dari dalam mongkor itu, dan langsung terus kebawah sahaja serta

telah ghaiblah, maka ia pun berserulah dengan nyaring suaranya, katanya, hai sekalian menteri

dan orang besar-besar serta hulubalangku, putuslah tali ini., kerana aku telah bertemu dengan

ayahanda bonda, dan tiadalah diberinya aku berbalik lagi kedunia. Si Luncai sahaja aku titahkan

balik akan ganti aku menjadi raja dinegeri, serta kahwinkan dia dengan puteriku Tuan Puteri Lela

Kendi itu.
Falsafah Si Luncai

Dalam masyarakat melayu tradisioanal,karya klasik si Luncai merupakan satu wadah

untuk menyampaikan sesuatu pengajaran atau pun satu bentuk kritikan dan sindiran kepada

masyarakat zaman dahulu.Masyarakat melayu tradisional menyindir dan mengkritik

masyarakatnya terhadap apa yang berlaku pada mereka melalui karya-karya yang

dihasilkan.Cerita si Luncai ini timbul ekoran daripada sikap dan cara hidup sesetengah rakyatnya

yang menjadi perhatian oleh masyarakat setempatnya.Dalam cerita si Luncai ini menceritakan

sikap kebijaksanaan yang digunakan pada jalan yang salah di mana seorang rakyat biasa dapat

memperdaya pemerintahnya dengan begitu mudah.

Seorang raja atau pemerintah sesebuah negara merupakan manusia yang cerdik pandai

namun boleh terpedaya oleh seorang rakyat biasa.Raja sebagai tunjang kerajaan perlu bijak

dalam pemerintahannya namun jika terlalai walaupun hanya seketika akan megakibatkan negara

kucar-kacir.Masyakat melayu tradisional tidak berani menyindir pemerintah secara terang-

terangan maka mereka menghasilkan karya untuk menyampaikan sindiran mereka secara lebih

halus.Oleh itu terhasillah karya si Luncai untuk menyindir pemerintahnya.

Dalam cerita tersebut,si luncai telah memperdaya raja untuk masuk ke dalam mangkor

dan dihulurkan ke dalam lubang dengan tujuan bertemu dengan ayahanda dan bonda

baginda.Namun,baginda tidak pernah terfikir bahawa si Luncai ingin membunuhnya untuk

merebut takhta kerajaannya.Peristiwa tersebut menyebabkan negara menjadi huru-hara kerana

kehilangan pemerintah kemudiannya digantikan oleh seseorang yang tidak layak memegang

takhta tersebut.Akibat daripada tertipu oleh helah si Luncai,masyarakat ketika itu telah

menghasilkan karya tersebut untuk mengkritik pemerintah secara halus agar mangambil iktibar

daripada peristiwa tersebut.Selain menyindir pemerintahnya,masyarakat zaman itu juga turut


menyindir masyarakatnya.Si Luncai digambarkan sebagai watak rakyat biasa yang menggunakan

kebijaksanaannya pada jalan yang salah telah menjadi sindiran masysarakat tradisional kerana

tidak menggunakan kebijaksanaannya untuk membantu perkembangan negara dan masyarakat.

Paradigma pemikiran masyarakat masa itu berpusat pada pemerhatian dan pengalaman

yang pernah dilihat dan dilalui yang akhirnya menjadi satu anjakan kepada mereka untuk

menghasilkan sesuatu karya yang berbentuk sindiran.Faktor kemiskinanrakyat yang berpunca

daripada sikap yang malas juga turut dijadikan sindiran oleh masyrakat melayu tradisional pada

waktu itu.Contohnya,si Luncai dikatakan seorang yang miskin kerana malas bekerja untuk

memajukan kehidupannya.Ini dapat kita lihat pada keadaan fizikalnya yang kelihatan agak

selekeh dengan perut yang besar kerana asyik tidur dan makan sahaja membuatkan dirinya

menjadi seperti itu.Walaupun dia bekerja mengambil upah menumbuk dan menjemur padi serta

menjual kayu api namun jika tidak ada orang yang mengupahnya maka si luncai hanya akan

tidur sepanjang waktu.

Akibat dari keadaan hidupnya yang serba miskin itu,si Luncai telah menggunakan

akalnya ke jalan yang salah.Kerana ingin cepat menikmati hidup yang senang maka si Luncai

telah memperdaya rajanya sendiri untuk kesenangan dirinya kelak.Keadaan ini telah memberikan

aib kepada dirinya sendiri kerana rakyat memandang serong terhadapnya kesan daripada

perbuatannya memperdayakan raja.Cerita si luncai ini juga turut ditujukan kepada golongan yang

berniat untuk menjatuhkan raja mereka kerana sikap mereka yang hanya mementingkan

kesenangan hidup semata-mata .Dalam masyarakat zaman moden ini,cerita si Luncai moden

bolehlah dianggap sebagai satu wahana kepada sesetengah pihak yang pandai mengambil

kesempatan.Zaman yang serba moden ini,ramai insan yang menggunakan akal mereka kearah

jalan yang salah.Salah satunya ialah kejadian penipuan dalam perniagaan atau pun gejala rasuah

yang sedang berleluasa sekarang ini.Ada sesetengah pihak yang menjalankan perniagaan bijak
menipu pelanggan mereka untuk mengaut keuntungan yang lebih seperti menawarkan barang

yang bermutu dengan syarat membayar komisen yang lebih namun bila diperiksa,rupa-rupanya

barang tersebut telah rosak atau langsung tak bermutu.

Manakala,dalam sesetengah pihak pula sanggup mengetepikan perasaan simpati demi

kepentingan sendiri.Kejahilan mereka dalamnilai-nilai agama dan moral menjadikan mereka

manusia yang tidak bertanggungjawab.Andai kata dalam negara kita ini ramai yang berfikiran

seperti itu nescaya negara kita ini tidak akan aman damai,sebagai contohnya bila pegawai yang

berjawatan tinggi menggunakan orang bawahannya untuk menjalankan kerja-kerjanya di

samping menindas mereka lalu hasil kerja orang bawahannya akan dijadikan sebagai batu

loncatannya untuk terus mengorak langkah.Kebijaksanaan yang ada pada mereka hanya

digunakan untuk menindas orang sahaja.

Kebiasaannya,orang yang bijak mempunyai banyak akal untuk memajukan dirinya

namun tidak semua orang itu menggunakan kebijaksanaannya ke jalan yang benar.dalam cerita si

luncai kita dapat lihat ketamakan luncai untuk menjadi senang dengan mencari jalan

memperdayakan raja di negerinya sendiri dan di zaman moden ini pula kita dapat melihat

ketamakan manusia dalam mengejar kesenangan hidup melalui cara pemikiran yang sama seperti

yang dilakukan oleh si luncai cuma dari segi praktisnya saja yang berbeza.Jika pada zaman

dahulu si luncai menipu raja tapi pada zaman moden ini kawan tipu kawan,ketua tipu orang

bawahan,peniaga tipu pelanggan dan sebagainya seperti sudah menjadi nadi dalam hidup

mereka.

Sebenarnya cerita karya klasik ini memberi banyak pengajaran kepada kita semua kerana

selain menyindir dan mengkritik masyarakatnya,ia juga memberi pengajaran yang boleh

dijadikan teladan pada masa muka.Daripada keselurahan petikan dan cerita rakyat si luncai
tersebut kita dapati falsafah yang terkandung dalam cerita tersebut ialah kebijaksanaan akal yang

disalahgunakan.

Dalam agama islam,manusiadilarang menggunakan akal mereka untuk kepentingan

sendiri tetapi islam menggalakkan kita menggunakan akal sebaik-baiknya.Maksudnya kita

dilaranguntuk menggunakan akal kita ke arah yang boleh memudaratkan orang lain seperti

menipu dan berdusta.Seperti dalam al-Quran,

FirmanNya:

“sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu lebih manis daripada madu sedangkan hati

mereka lebih pahit dari jadam.Mereka memakaikan kepada manusia dengan pekaian kulit

berbulu yang lembut sedangkan mereka membeli kehidupan dunia dengan agama(yakni menjual

agama untuk mendapatkan kepentingan dunia)”.

Hadis di atas adalah mengenai orang yang berdusta dan menipu.Mereka hanya pandai

berkata-kata tetapi hati mereka busuk.Dalam cerita si luncai ini jelas menunjukkan si luncai

berdusta dengan raja tersebut,dia mengatakan bahawa dunia akhirat itu sangat indah padahal

dunia akhirat itu kita tidak dapat jangkau pun dengan panca indera kita.

Manusia zaman ini juga seringkali berkata manis tapi berhati busuk.Mereka seringkali

berdusta untuk kepentingan sendiri.Akibat menggunakan akal di jalan yang salah maka mereka

seringkali berdusta dan menipu kerana inginkan kehidupan duniawi tanpa memikirkan akibat

atau azab yang akan menimpanya.

Kesimpulannya,falsafahyang terkandung dalam cerita si luncai ini memberi kita

pengajaran agar tidak mensia-siakan akal yang diberikan kerana jika disalahgunakan sekali akan

membawa kita kepada kecelakaan seumur hidup kerana akal satu-satunya kurnian yang amat

bernilai dan jika tersesat agak sukar untuk dipulihkan semula.Oleh itu,kebijaksanaan yang ada

perlulah digunakan sebaik-baiknya bukan untuk memusnahkan kehidupan orang lain.


BIBLIOGRAFI

1. Safian Hussain dll.1981.Sejarah Kesusasteraan Melayu Jilid 1.Kuala Lumpur :Dewan

Bahasa dan Pustaka.

2. Ismail Hussein.1989.The Study of Traditional Malay Literature-with Selected

Bibliography.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Ahmad Kamal Abdullah dll.1990.Sejarah Kesusasteraan Melayu Jilid 11.Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Othman Puteh & Aripin Said.2003.Himpunan 366 Cerita Rakyat

Malaysia.Singapura:Buona Vista Drive.


5. R.O Winstedt & A.J Sturrock.1908.Raja Haji Yahya Cherita Jenaka.Singapura:Malayan

Publishing House.

You might also like