2
untuk dijadikan sebahagian daripada pemahaman mereka, struktur barumengenai sesuatu bentuk ilmu pengetahun dapat dibina. Rutherford dan Ahlgren mengatakan bahawa kanak-kanak mempunyai idea mereka yangtersendiri tentang hampir semua perkara tetapi tidak pengetahuan mereka itusemuanya betul. Sekiranya salah faham dan miskonsepsi ini dibiarkan dantidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka akankekal.John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakanbahawa pendidik yang cekap haruslah melaksanakan pengajaran danpembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secaraberterusan dan menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiapaktiviti P&P.Pada masa kini, teori konstruktivisme di dapati lebih releven dan sesuai untukdiaplikasikan dalam P&P kerana dapat membantu kanak-kanak dalammemahami sesuatu perkara dengan lebih mudah sejajar dengan KurikulumBersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan kepada empat prinsipiaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,pendidikan seumur hidup dan pendidikan yang sama untuk semua murid.Walau bagaimanapun, pada tahun 14 Oktober 2010, Surat Pekeliling Ikhtisasmengenai Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) TahapSatu telah dikeluarkan untuk di laksanakan mulai tahun 2011. Bagi matlamatkurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat danmengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagimenguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikapsaintifik dan nilai murni.Antara pendekatan dan pembelajaran sains yangdisarankan ialah pendekatan inkuiri, konstruktivisme dan pendekatan sains,teknologi dan masyarakat. Apa yang ingin di tekankan di dalam KKBI iniadalah pendekatan melalui Teori Konstruktivisme di dalam subjek Sains.Melalui temubual yang telah di jalankan dan juga perbincangan bersama ahlikumpulan yang lain, dapat di simpulkan bahawa guru percaya latar belakang