You are on page 1of 16

Alam Sekitar

Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini
terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air
minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia.

Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah
memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil
lewa dan menganggap sumber-sumber iniadalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-
sumber alam semakin berkurangan.

Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu
yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk
memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara
aktif.

Klik pada pautan-pautan berikut untuk mengetahui tentang langkah-langkah


penjagaan alam sekitar.
 Air
 Bahan Buangan dan Kitar Semula
 Pemuliharan
 Udara

Water

There are a few countries in the world where fresh water flows freely and in
abundance. Rainfall is plentiful in Malaysia, and therefore it becomes easy to take
fresh water for granted. The truth is that Malaysia is on the verge of a major water
crisis and effort is required from all its citizens to help improve the situation.

The following are a list of things we can all do to conserve water usage:

1. Turn the tap off while brushing your teeth.


2. Use a basin of water for shaving.
3. Take quick showers rather than baths.
4. Make sure all leaks are fixed.
5. Install low and dual flush cisterns.
6. Install low flow shower heads and faucet aerators (which disperses water,
making it more efficient).
7. Use grey water (water used for washing) to water plants.
8. Water plants in the morning and evenings. Watering during midday heightens
evaporation and leaves less for the plants.
9. Wash dishes with a tub of water instead of running the tap.

On top of conserving water, it is important to ensure that we prevent our drinking


water from being polluted. These are steps we can take to guard against water
pollution.

 Do not throw in the trash, pour down the drain or dump on the ground paint,
antifreeze, motor oil, and other household hazardous wastes, because they can migrate
to your water source.

 Plant native plants instead of traditional lawn grass to avoid the use of herbicies,
pesticides and fertilizers.

Waste and Recycling

Issues with overflowing landfill sites are a problem in many countries and Malaysia is
no exception. Some countries are attempting to overcome this problem by incinerating
the waste. However, the quantum of waste which is incinerated is small and
incineration is not without its problems.

We have to do our part in ensuring that the amount of waste going to landfills is kept
at a minimum. These are things we can do :

Reduce
 Bring your own bags when doing grocery shopping instead of using plastic bags.
 Buy in bulk. This will save you money and also reduce the amount of packaging
used.

Reuse
 Bring your own to the office instead of using disposable cups
 Buy reusable containers for storing food
 Buy sturdy grocery shopping bags which can be reused again and again
 Bring your own container when buying takeout food
 Use energy efficient light bulbs which not only lasts longer, but save on
electricity as well
 Sell or donate goods which you no longer want to use
 Use rechargeable batteries

Recycle
 Participate in your community recycling programme (if there are no programmes,
start one)
 Recycle car batteries and motor oils
 Separate your rubbish into recyclable and non-recyclable
 Start a composit pit using your organic waste (but not in highly populated areas
as this can attract rodents and pests). This becomes good and natural fertilizer for
our plants
 Use items which have been made from recycled materials (toilet paper, bottles,
containers)

Pemuliharaan

Sebagai spesis yang paling berkembang di muka bumi, adalah amat penting bagi kita
untuk berusaha melindungi dan memelihara penghuni lain di bumi ini. Bumi kita
mempunyai sistem yang kompleks dan pelbagai hasil daripada hubungan simbiosis
dan saling kebergantungan.

Setiap spesis mempunyai tempatnya sendiri dan biasanya tidak boleh ditukar ganti.
Sebagai contoh, jike serangga menjadi pupus, banyak tumbuhan tidak akan dapat
membiak dan ini mengakitbatkan binatang pemakan tumbuhan kebuluran.

Secara langsung, ini akan menjejaskan binatang lain ataupun manusia yang
menjadikan binatang tersebut sebagai sumber makanan. Oleh itu, adalah amat penting
bagi kita untuk bergiat aktif dalam usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar.

Berikut adalah tindakan-tindakan yang boleh diambil:


 Elakkan pembersihan tanah kerana ini mengakitbatkan hakisan tanah yang
boleh mencemarkan sungai dan lautan
 Tanamlah pokok kerana ini boleh mengurangkan kesan rumah hijau dan
menggantikan karbon dalam udara dengan oksigen
 Kurangkan penggunaan detergen kerana bahan ini mengandungi fosfat yang
boleh mengakitbatkan terlalu banyak nutrien terhasil. Kesannya pertumbuhan
alga berlebihan akan mengganggu ekosistem semulajadi dan membunuh
tumbuh-tumbuhan dan binatang. Jika perlu, gunakan detergen yang
mengandungi kurang atau tiada fosfat.
 Gunakan mesin basuh isian hadapan kerana jenis ini menggunakan kurang air
dan hanya mulakan basuhan apabila isian penuh.
 Buang sampah dalam tong yang disediakan. Walaupun sampah itu dibuang di
sebarang jalan di Kuala Lumpur, kemungkinan akan sampai ke dalam lautan
dan membunuh hidupan marin.
 Pastikan ikan sardin atau tuna yang anda beli ditangkap menggunakan jaring
yang tidak membahayakan ikan lumba-lumba (biasanya ini tercatat pada tin).
 Elakkan dari membuang minyak masak atau minyak jenis lain ke dalam
sinki. Simpan minyak ini dalam bekas dan kitar semula.
 Jangan makan atau gunakan produk yang diperbuat daripada binatang yang
terancam atau dilindungi. Misalnya sirip ikan yu, sup penyu, kaki beruang
dan lain-lain.

Udara

Hanya sedikit sahaja yang boleh kita peroleh secara percuma dalam kehidupan ini,
seperti udara yang kita hirup. Namun, ini tidak lagi bagi syarikat-syarikat yang
beroperasi di negara-negara yang menandatangani Protokol Kyoto.

Sebagai peserta, Malaysia dikehendaki bertindak aktif untuk mengurangkan


peghasilan karbon. Isu ini perlu diuruskan oleh organisasi-organisasi tertentu dan
pihak kerajaan. Namun demikian, semua individu perlu bekerjasama dalam
mengurangkan jumlah bahan cemar yang terlepas ke udara. Berikut adalah langkah-
langkah yang boleh kita ambil.

 Servis kenderaan anda secara konsisten. Amalan ini menjadikan kenderaan


anda lebih efisien dalam memproses bahan api (oleh itu, menjimatkan wang
anda) serta mengurangkan pelepasan bahan cemar ke udara.
 Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta. Ini bukan sahaja
menjimatkan wang untuk minyak dan kos meletak kereta, malah ia lebih cepat.
 Untuk perjalanan yang dekat, berjalan atau menunggang basikal kerana
senaman yang dilakukan amat berfaedah.
 Beli kereta yang lebih ekonomi. Biasanya kereta sebegini lebih murah dan anda
dapat menjimatkan wang untuk bahan api.
 Janagan gunakan penyembur aerosol. Penyembur pam menghalang
pembebasan gas berbahaya ke atmosfera yang boleh menipiskan lapisan ozon.
 Elakkan pembakaran secara terbuka.

Rujukan :
http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant%20Topics/Society%20and
%20Life/Citizen/SocialWelfareandCommunication/Environment/Pages/myEnvironme
nt.aspx
UCAPAN
           YB DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR SEMPENA
PELANCARAN MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA PERINGKAT
KEBANGSAAN (MASM) 2010
21 OKTOBER 2010 (KHAMIS)
PUTRAJAYA
 
 
Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Yang Bertanggungjawab ke
atas Hal Ehwal Alam Sekitar
 
Y. Bhg. Dato’ Zoal Azha bin Yusof
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
 
Y.Bhg. Dato’ Hajah Rosnani Ibarahim
Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia
 
Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan, Puan-Puan yang dihormati
sekalian,
 
Selamat Pagi dan Selamat Sejahtera,
 
1.   Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih di atas jemputan untuk
melancarkan Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2010
serta Penganugerahan Bandar Lestari dan Wira Alam pada pagi ini.  Tahniah dan
syabas saya ucapkan kepada Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Induk
Sambutan dan semua pihak yang terlibat dan telah memberi kerjasama padu dalam
menjayakan Majlis ini yang pada tahun ini dadakan di Putrajaya.
 
2.    Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia dianjurkan setiap tahun bagi
memperkasakan program kesedaran alam sekitar dalam mempertingkatkan amalan
mesra alam di kalangan setiap individu di Malaysia dengan kerjasama sektor
swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Tahun ini tema sambutan adalah:
‘Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’.
 
3.         Pemilihan  Putrajaya sebagai lokasi Majlis pada tahun ini juga mempunyai
maksud yang tersendiri. Seperti yang kita sedia maklum, Putrajaya merupakan
sebuah bandar lestari dan mesra alam atau sustainable city mula dibina pada tahun
1995  sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Dibangunkan berdasarkan
konsep bandar dalam taman,  sejumlah 38 peratus daripada jumlah keseluruhan
kawasan Putrajaya telah dibangunkan untuk kegunaan taman, tasik dan wetland,
manakala kawasan selebihnya meliputi kegunaan pejabat-pejabat dan kawasan
kediaman. Taman, tasik dan wetland ini dapat menyeimbangkan pembangunan dan
pada masa yang sama mengekalkan persekitaran yang sihat. Putrajaya juga
menyediakan kemudahan Park & Ride dengan bas NGV serta sentiasa menaiktaraf
perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengurangkan pergerakan kenderaan
bermotor di sekitar Putrajaya sebagai langkah untuk mengurangkan kadar
pelepasan gas-gas pencemar.
 
Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
 
4.         Alam sekitar yang bersih, sihat dan berkualiti adalah penting untuk
menjamin kesejahteraan rakyat. Kita harus sedar akan kepentingan khazanah alam
sekitar kerana Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kepelbagaian
biodiversiti yang tinggi di dunia. Kita juga amat bertuah kerana masih mampu
menghirup udara segar kerana kekayaan sumber semula jadi ini.
 
5.      Namun begitu, kegagalan kita memelihara alam sekeliling boleh
menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar yang akhirnya menjejaskan
kesejahteraan hidup rakyat sejagat. Masalah-masalah alam sekitar seperti
pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa pepejal dan toksik,
penebangan hutan yang tidak terkawal atau secara haram dan sebagainya serta
fenomena perubahan iklim boleh menyebabkan ketidakseimbangan kepada alam
sekitar dan ekosistem. Gangguan kepada ekosistem ini boleh mengakibatkan
berlakunya pelbagai jenis bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kemarau dan
sebagainya.
 
6.    Sehubungan itu, Kerajaan telah memperkenalkan dasar dan garispanduan serta
menguatkuasakan pelbagai undang-undang berkaitan dengan alam sekitar.  Dasar,
garis panduan  dan program ini  perlu dijadikan panduan kepada semua pihak
termasuk Kerajaan-kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi
memastikan sumber semula jadi digunakan dengan lestari di samping alam sekitar
kita dipelihara.  Salah satu program yang diadakan ialah sambutan Minggu Alam
Sekitar Malaysia (MASM) yang diadakan setiap tahun.
 
Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
 
7.      Dalam usaha menjaga alam sekitar, bukan pihak Kerajaan sahaja yang harus
dipertanggungjawabkan, tetapi semua pihak perlu melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti  pemuliharaan alam sekitar. Apa yang penting adalah setiap individu
perlu bersedia membuat sedikit  perubahan kepada cara hidup seharian dengan
amalan-amalan mesra alam.  Back to basics, bunyinya mudah, namun amat
praktikal. Mari kita mulakan dengan 3 pendekatan asas, iaiatu, learn atau belajar,
practise atau amal dan share atau kongsi.
 
8.         Sebagai titik permulaannya,  para hadirin boleh menggunakan platform
Minggu Alam Sekitar kali ini, untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat
berkenaan alam sekitar serta bertanya kepada pegawai-pegawai bertugas, tentang
apa yang ingin anda tahu tentang pemeliharaan alam sekitar. Terdapat banyak
tapak pameran di sediakan sepanjang 3 hari mulai hari ini hingga Sabtu, 23
Oktober 2010.  Dengan pengetahuan yang ada, barulah kita dapat menghayati
semangat cintakan alam sekitar seterusnya melaksanakan langkah kedua iaitu
practise, atau amal.
 
9.         Pada hari ini, para hadirin semua dibekalkan dengan beg mesra alam
bersama-sama satu buku kecil  bertajuk “Amalan Mesra Alam”atau Environmental
Friendly Practices. Penggunaan Beg Mesra Alam ini merupakan salah satu contoh
amalan yang baik atau good practice dalam memelihara alam sekitar, kerana ia
dapat  mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli belah, dan
seterusnya mengurangkan pelupusan sisa yang tidak mudah terurai di tapak
pelupusan.
 
10.       First,  we learn, second, we practice and third, we share. Sama-samalah
sebarkan dan kongsi pengetahuan dan amalan anda dengan kaum keluarga, sahabat
handai, jiran, rakan sepejabat dan kenalan. Perkongsian maklumat dan amalan
adalah asas dalam membudayakan sesuatu amalan. Justeru, sebagai permulaannya,
ajaklah saudara mara dan kenalan berkunjung ke sini dan sama-sama
memanfaatkan ilmu yang ada serta, jika berpeluang, dapat turut serta dalam aktiviti
yang disediakan sepanjang Minggu Alam Sekitar berlangsung.
 
Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
 
11.       Sambutan tahun ini, antara lain, memberi tumpuan kepada pengurusan sisa
elektronik atau dikenali sebagai E-waste.  Di seluruh dunia terdapat hampir 5
billion pelanggan telefon bimbit pada masa sekarang dan 15 billion bateri telefon
bimbit dijual setiap tahun. Di Eropah dianggarkan sebanyak 100 juta telefon
bimbit dilupuskan setiap tahun dan secara purata pengguna menukar telefon bimbit
setiap 18 bulan.   Di Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media
(SKMM) melaporkan bahawa 6.22 juta rumah tangga (household) di Malaysia
mempunyai television pada tahun 2009.  Peratusan rumah tangga di Semenanjung
Malaysia yang mempunyai television ialah 96% manakala di Sabah dan Sarawak
peratusannya ialah 88%. Di samping itu, 80% lagi penduduk memeliki radio. Pada
2009 SKMM juga mendaftarkan 30.4 juta telefon bimbit  iaitu, 24.1 juta telefon
bimbit pra-bayar dan 6.3 juta pasca bayar.
 
12.       Peningkatan dalam penggunaan barangan elektronik sememangnya
menyebabkan bertambahnya amaun e-waste yang di dikeluarkan  di negara ini.  E-
waste apabila ianya tidak di urus dengan baik dan selamat  boleh menyebabkan
pencemaran alam sekitar dan kemudharatan kesihatan manusia kerana ianya
mengandungi bahan-bahan toksik dan berbahaya seperti plumbum, raksa, arsenik,
kadmium, selenium, kromium heksavalen, penebat api (fire retardant) dan
sebagainya yang boleh mengeluarkan dioksin apabila terbakar.  Sebaliknya jika
buangan ini diurus dengan baik, ianya juga dapat memberi peluang perniagaan
yang memberi pulangan yang lumayan, kerana di dalam e-waste terdapat juga
bahan-bahan bernilai seperti emas, perak dan lain-lain.
 
Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
 
13.       E-waste adalah dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 yang telah dikuatkuasakan mulai 15 Ogos
2005.  Bagi mengurus ewaste secara baik, sebanyak 138 lesen telah dikeluarkan
oleh Jabatan Alam Sekitar untuk kemudahan-kemudahan pemerolehan kembali
buangan tersebut.  Semenjak penguatkuasaan Peraturan Buangan Terjadual, kuantiti
ewaste yang dikutip untuk dipemerolehan kembali oleh kemudahan-kemudahan yang
dilesenkan telah meningkat dari 40,300 tan metrik pada 2006 kepada 134,000 tan metric
pada tahun 2009.
 
14.       Pada 30 Ogos 2007 Kerajaan telah meminda seksyen 34B, Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 di mana pihak yang didapati bersalah melupuskan e-waste
secara haram boleh dikenakan penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun penjara
dan denda tidak melebihi RM 500,000.  Sepanjang  tahun 2009, sebanyak 28
“illegal shipment” telah berjaya ditahan oleh pihak Jabatan Kastam dan Eksias Di
Raja. Kesemua “shipment” berkenaan telah dikembalikan ke negara asal seperti
Amerika Syarikat, Korea Selatan, India, Kanada, Indonesia, Jepun, New Zealand,
Hong Kong, Filipina, Singapura dan China. Selain itui, tindakan mahkamah telah
diambil ke atas satu kes   pengimportan e-waste secara haram ke negara ini pada
tahun 2009. Pengarah Syarikat berkenaan telah dijatuhkan hukuman denda
sebanyak RM180,000.00  serta  penjara mandatori selama satu hari.
 
Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
 
15.          Bagi menyedarkan orang ramai tentang keperluan pengurusan buangan e-
waste yang teratur, kempen kesedaran mengenai pengumpulan buangan bateri dan
telefon bimbit telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar. Bagi maksud ini sebanyak 440 buah tong kitar semula telah
ditempatkan di 200 premis pejabat-pejabat agensi kerajaan termasuk di Putrajaya,
agensi swasta termasuk pusat penjualan telefon bimbit, institusi pengajian tinggi
serta beberapa buah pasaraya membeli-belah utama.  Kempen ini adalah untuk
menggalakan orang ramai meletakkan bateri dan telefon bimbit luput di dalam
tong kitar semula  untuk untuk tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan secara
teratur.
 
16.       Saya difahamkan syarikat-syarikat pemerolehan kembali ewaste, pihak kutipan
ewaste dan juga syarikat telefon bimbit juga mengambil bahagian dalam pamiran
sempena sambutan MASM kali ini. Saya ingin menggalakkan para hadiran terutamanya
warga Putrajaya untuk mengunjung pameran ini dan mempelajari cara-cara pengurusan
ewaste secara baik.  Di samping itu tuan-tuan dan puan-puan juga boleh membawa
ewaste tuan/puan untuk diserahkan kepada syarikat-syarikat berkenaan untuk dikitar
semula.
 
Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
  
17.       Bersempana dengan Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia,  pada pagi
ini diadakan juga penyampaian Anugerah Bandar Lestari 2009/2010 dan Anugerah
Wira Alam 2010.  Penyampaian anugerah-anugerah ini  merupakan pengiktirafan
Kerajaan ke atas sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh Pihak Berkuasa
Temptan dan individu ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Semoga ia menjadi motivasi dan pendorong kepada Pihak-Pihak Berkuasa
Tempatan serta individu-individu untuk meneruskan usaha dan sumbangan yang
telah diberikan.
 
18.       Kepada penerima-penerima anugerah-anugerah ini serta penerima-penerima
kategori khas, saya mengucapkan tahniah dan berharap pemenang-pemenang akan
terus berusaha mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan pengurusan alam
sekitar.
 
19.       Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jabatan Alam Sekitar
dan Jabatan Kerajaan Tempatan yang telah menunjukkan dedikasi dan komitmen
dalam menjayakan Program Penganugerahan Bandar Lestari ini.
 
Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
 
20.       Kejayaan pengurusan alam sekitar secara berterusan memerlukan
kerjasama bersepadu daripada setiap lapisan mesyarakat.  Justeru, adalah menjadi
harapan Kementerian saya supaya tumpuan berterusan diberi kepada usaha
meningkatkan lagi kesedaran dan komitmen orang ramai, badan bukan kerajaan, 
pihak swasta dan industri bagi mencapai hasrat Kerajaan untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara yang berteraskan pembangunan lestari atau “sustainable
development”.
 
21.       Dengan kata-kata itu, saya dengan sukacitanya merasmikam Pelancaran
Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2010.
 
Sekian, terima kasih.

Rujukan:
http://www.nredev.nre.gov.my/ucapan/archive/2010/10/27/pelancaran-minggu-alam-
sekitar-2010.aspx
TEKS UCAPAN
YANG BERHORMAT DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
DI
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE
PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2010
 
24 OKTOBER 2010 (JUMAAT)
HILLS SHOPPING MALL, KUCHING
 
 
Yang Berhormat Datuk Peter Nansian ak. Ngusie
Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak
 
Yang Berhormat Dr. Stephen Rundi ak. Utom
Menteri Muda Kesihatan Awam dan Menteri Muda Kemudahan Awam
Sarawak
 
Yang Berusaha En Ismail Ithnin
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak
 
Yang Berusaha En. Sim Yian Chai
Pengarah, GVE Strategic Waste Sdn. Bhd.
 
Yang Berusaha En. Luke
Pengurus Besar, Umicore Belgium
Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan
 
Para pelajar dari institusi pengajian tinggi/sekolah
 
Wakil-wakil media massa, cetak dan elektronik 
Tuan-Tuan & Puan-Puan yang dihormati sekalian.
 
 
Selamat Tengahari, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
 
 
1.         Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
pihak penganjur iaitu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, GVE Strategic
Waste Sdn. Bhd., DNS Waste Management Sdn. Bhd., Umicore Malaysia Sdn.
Bhd. dan Hills Shopping Mall, Kuching kerana sudi menjemput saya bagi
merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan E-Waste  Peringkat
Negeri Sarawak Tahun 2010.
 
2.    Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di
atas kesudian tuan-puan dapat menghadirkan diri bersama-sama menjayakan
program berkaitan kesedaran alam sekitar khususnya pengurusan E-Waste.
Kehadiran tuan-tuan, dan puan-puan sekalian boleh diterjemahkan sebagai
bukti sokongan dan komitmen anda semua dalam usaha menghargai dan
memulihara alam sekitar.
 
Yang Berhormat dan Hadirin yang saya hormati,
 
3.    Kemajuan dalam teknologi pengeluaran barangan elektrik dan elektronik
termasuk komputer persendirian, televisyen, alat penghawa dingin, mesin
basuh, telefon bimbit dan bateri, meningkat dengan kadar yang cepat sekali.
Justeru itu barangan elektrik dan elektronik menjadi cepat luput (obsolete)
dalam tempoh yang singkat sebaik sahaja model baru diperkenalkan di pasaran. 
Di samping itu, barangan elektrik dan elektronik yang lama, rosak dan
sebagainya perlu juga dilupuskan. Dengan itu terhasillah buangan elektrik dan
elektronik ataupun lebih di kenali sebagai e-waste.
 
4.   Menurut International Telecommunication Union (ITU), jumlah pelanggan
telefon bimbit di seluruh dunia pada tahun 2009 ialah sebanyak  4.6 billion dan
angka ini dijangka melebihi 5 billion pada tahun 2010.  Hampir 15  billion
bateri telefon bimbit dijual setiap tahun. Di Eropah dianggarkan sebanyak 100
juta telefon bimbit dilupuskan setiap tahun dan secara purata pengguna
menukar telefon bimbit setiap 18 bulan.  Menurut  Suruhanjaya Komunikasi
dan Multi Media (SKMM),  6.22 juta rumah tangga (households) memiliki
television pada tahun 2009. Sebanyak 96% rumah tangga di Semenanjung
Malaysia mempunyai  television manakala peratusan di Sabah dan Sarawak
ialah 88%. Di samping itu, 80% lagi rumah tangga memiliki radio. Pada tahun
2009, SKMM juga mendaftarkan 30.4 juta telefon bimbit  iaitu, 24.1 juta
telefon bimbit pra-bayar dan 6.3 juta pasca bayar.
 
5.    Berdasarkan trend peningkatan penjualan dan penggunaan barangan
elektronik dan elektrik tersebut, amaun e-waste di peringkat global meningkat
sebanyak 40 juta tan setiap tahun. Menurut satu laporan lagi, menjelang tahun
2020, jumlah e-waste daripada komputer lama di India akan meningkat
sebanyak 500 peratus.  Manakala di Afrika Selatan dan China peningkatannya
adalah dalam lingkungan di antara  200 hingga 400 peratus. Justeru, pengurusan
e-waste kini menjadi satu cabaran besar kepada semua negara termasuk
Malaysia.
Yang Berhormat dan Hadirin yang saya hormati,
 
6.         Pembuangan E-waste secara tidak terkawal atau jika ia tidak diurus
dengan baik boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. Ini ialah
kerana E-waste mengandungi bahan toksik dan logam berat yang sangat
berbahaya seperti plumbum, raksa, arsenik, kadmium, selenium, kromium
heksavalen, penebat api (fire retardant) dan sebagainya yang boleh
mengeluarkan dioksin apabila terbakar.  Pada masa yang sama, sisa ini
merupakan satu sumber yang berharga dan negara akan rugi jika ia tidak
dimanfaatkan dengan baik.  Jika buangan ini diurus dengan baik, ianya juga
dapat memberi peluang perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan,
kerana di dalam e-waste terdapat juga bahan-bahan bernilai seperti emas, perak
dan lain-lain. Menurut satu kajian, pasaran untuk e-waste di peringkat dunia
dijangka meningkat daripada US$ 6.9 bilion pada tahun 2009 kepada US$ 21
bilion pada 2020.
7.         Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia memang serius dalam memastikan
e-waste diuruskan secara selamat dan berkesan di negara kita supaya tidak
memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat, di samping
memperolehi manfaat ekonomi. Pendekatan yang diambil merangkumi
penguatkuasaan undang-undang dan peraturan termasuk mengawal
pengimportan E-Waste secara haram, penggalakan aktiviti pemerolehan
kembali buangan tersebut dan meningkatkan kesedaran masyarakat.
 
8.         Dasar dan strategi Kerajaan dalam pengurusan e-waste adalah
sepertimana termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Buangan Terjadual) 2005 yang telah dikuatkuasakan mulai 15 Ogos 2005.
Menurut Peraturan ini, E-Waste boleh didefinisikan sebagai peralatan
elektronik dan elektrikal yang telah luput dan ianya adalah salah satu daripada
berbagai jenis buangan terjadual atau scheduled waste dengan kod SW 110.
Peraturan ini juga memperuntukkan untuk pemerolehan kembali e-waste
seboleh mungkin. E-waste yang tiada nilai komersial perlu dilupuskan di
tapak/premis yang dilesenkan oleh pihak JAS.
 
9.    Sehingga kini, sebanyak 153 lesen telah dikeluarkan oleh JAS untuk
kemudahan pemerolehan kembali buangan terjadual di Malaysia, iaitu sebanyak
19 kemudahan penuh perolehan kembali (full recovery  facility)  dan 134
kemudahan separa perolehan kembali (partial recovery facility) termasuk 7
yang dilesenkan oleh JAS Sarawak Kemudahan ini menjalankan aktiviti
mengasingan bahan berguna di dalam e-waste  seperti logam, kaca dan plastik
dan akhirnya memperolehi logam-logam spesifik seperti tembaga, emas, perak
dan sebagainya, untuk dijual pada harga yang lebih tinggi untuk kegunaan-
kegunaan lain yang juga akan memberi pulangan hasil yang sangat baik.
Semenjak penguatkuasaan Peraturan Buangan Terjadual 2005, kuantiti e-waste
yang dikutip untuk dipemerolehan kembali oleh kemudahan-kemudahan yang
dilesenkan telah meningkat dari 40,300 tan metrik pada 2006 kepada 134,000
tan metric pada tahun 2009.  Di Sarawak pula, dianggarkan 641 MT E-Waste
terhasil untuk tempoh Januari hingga Oktober 2010.
 
10.       Di samping itu, pada 30 Ogos 2007 Kerajaan telah meminda seksyen
34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana pihak yang didapati bersalah
melupuskan e-waste secara haram boleh dikenakan penjara mandatori tidak
melebihi 5 tahun penjara dan denda tidak melebihi RM 500,000.  Berikutan ini,
sepanjang  tahun 2009, sebanyak 28 “illegal shipment” telah berjaya ditahan
oleh pihak Jabatan Kastam dan Eksias Di Raja. Kesemua “shipment” berkenaan
telah dikembalikan ke negara asal seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan,
India, Kanada, Indonesia, Jepun, New Zealand, Hong Kong, Filipina, Singapura
dan China. Kebanyakan e-waste berkenaan terdiri daripada alat-alat komputer
dan CRT (cathode ray tube).  Selain itu, tindakan mahkamah telah diambil ke
atas satu kes   pengimportan e-waste secara haram ke negara ini pada tahun
2009. Pengarah Syarikat berkenaan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak
RM180,000.00  serta  penjara mandatori selama satu hari.
 
 
Yang Berhormat ,Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
 
11.       E-Waste juga tersenarai sebagai buangan berbahaya di bawah
Konvensyen Basel Yang Mengawal Pergerakan Merentasi Sempadan Buangan
Berbahaya di bawah Annex VIII dengan kod A 1180 dan A 2010, di mana
Malaysia adalah parti kepada Konvensyen tersebut.  Bagi mengelakkan
pengimportan E-Waste secara haram dari luar negara pula, Jabatan  Alam
Sekitar telah mengeluarkan satu garis panduan bertajuk  Guidelines for the
Classification of Used Electrical And Electronic Equipment In Malaysia,
2008. Garis panduan ini menggariskan bahawa pengimportan E-Waste bagi
tujuan pemerolehan kembali dan pelupusan adalah dilarang sama sekali. Walau
bagaimanapun, pengimportan Used Electrical And Electronic Equipment
masih dibenarkan bagi tujuan guna semula jika barangan berkenaan disahkan
masih berfungsi dengan baik atau berumur tidak melebihi 3 tahun daripada 
tarikh ianya dikeluarkan.

12.       Di samping penguatkuasaan undang-undangan dan penggalakan aktiviti


pemerolehan kembali, Kementerian dan pihak JAS dengan kerjasama semua
pihak juga mengadakan pelbagai program kesedaran seperti Program Rakan
Alam Sekitar dan Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia untuk
meningkatkan kesedaran alam sekitar termasuk isu pengurusan sisa E-waste. 
Dalam Sambutan Minggu Alam Malaysia 2010 (Peringkat Kebangsaaan) yang
telah diadakan pada 21 Oktober 2010, pengurusan E-waste telah diberi tumpuan
dengan penyertaan aktif oleh syarikat-syarikat pemerolehan kembali ewaste,
pihak kutipan e-waste dan juga syarikat telefon bimbit.

13.   Untuk mencapai keberkesanan pengurusan E-Waste secara menyeluruh,


Jabatan Alam Sekitar juga telah mengadakan beberapa kempen kesedaran orang
ramai mengenai kitar semula dan pelupusan E-Waste. Kempen yang pernah dan
sedang dijalankan menerusi kerjasama Persatuan Industri Komputer dan
Multimedia (PIKOM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pihak
Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Syarikat
Alam Flora Sdn. Bhd. telah diadakan di beberapa negeri seperti Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Johor. 
Kempen ini bertujuan dan  memastikan E-Waste yang terhasil akan dikutip,
dikumpulkan dan tidak dibuang di tapak pelupusan sampah. Ini dilakukan untuk
mengelakkan  kesan pencemaran jangka panjang akibat dari kandungan logam-
logam berat seperti raksa, nikel dan  plumbum.

14.    Selain itu, kempen kesedaran mengenai pengumpulan buangan bateri dan
telefon bimbit telah dijalankan oleh pihak JAS. Bagi maksud ini sebanyak 440
buah tong kitar semula telah ditempatkan di 200 premis pejabat-pejabat agensi
kerajaan termasuk di Putrajaya, agensi swasta termasuk pusat penjualan telefon
bimbit, institusi pengajian tinggi serta beberapa buah pasaraya membeli-belah
utama.  Kempen ini adalah untuk menggalakkan orang ramai meletakkan bateri
dan telefon bimbit luput di dalam tong kitar semula  untuk untuk tujuan
pemerolehan kembali atau pelupusan secara teratur.
 

Yang Berhormat ,Tuan-Tuan dan Puan-Puan,


 
15.       Untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan pengurusan E-Waste,
Jabatan Alam Sekitar sedang mengkaji menggubal peraturan atau  “take back
policy” khusus untuk menggalakkan semua  pengeluar atau pengimport 
barangan elektrik dan elektronik  mengambil balik barangan elektrik dan
elektronik yang telah luput  untuk dikitar semula atau dilupuskan secara
selamat.  Khususnya di Sarawak pula, sukacitanya saya menyarankan agar kerja
sama erat dan kempen pengumpulan E-Waste ini dipergiatkan dengan lebih
proaktif di antara JAS Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan mahu pun
Pejabat Residen Bahagian.  Selain itu  saya mencadangkan supaya
diperbanyakkan pusat 3P iaitu Pemungutan, Pengumpulan dan Pengangkutan
serta mengwujudkan kemudahan penuh atau separa perolehan kembali E-Waste
di semua Bahagian Sarawak.

16.    Dalam hubungan ini, saya mengalu-alukan dan mengucapkan setinggi-


tinggi terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, GVE
Strategic Waste Sdn. Bhd., DNS Waste Management Sdn. Bhd., Umicore
Malaysia Sdn. Bhd. dan Hills Shopping Mall, Kuching atas inisiatif dan usaha
sama dalam menganjurkan kempen pengumpulan e-waste di negeri Sarawak.
Semoga usaha ini akan mencapai matlamat yang disasarkan, di samping
menjadi dorongan kepada pihak-pihak berkepentingan yang lain untuk
menganjurkan aktiviti yang serupa ke arah pengurusan e-waste yang lebih
cekap dan berkesan di negara ini amnya dan di Sarawak khasnya.

17.       Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih dan
syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Pelancaran
Kempen Pengumpulan E-Waste Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2010 pada
pagi ini. Semoga komitmen dan kerjasama yang terjalin ini akan berterusan
bagi menjayakan agenda mempertingkatkan kesedaran berkaitan pengurusan E-
Waste di Negeri Sarawak pada masa akan datang.
 
18.   Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran
Kempen Pengumpulan E-Waste Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2010.
 
Sekian. Terima kasih.
 

Rujukan
http://www.nredev.nre.gov.my/ucapan/archive/2010/10/25/pelancaran-kempen-
pengumpulan-e-waste-peringkat-negeri-sarawak-2010.aspx

You might also like