You are on page 1of 3

Bab 12 Petempatan

Petempatan ialah tempat kediaman ( sebuah rumah atau lebih ) dan tempat berinteraksi
penduduk antara satu sama lain. Sesebuah petempatan juga mengandungi bangunan seperti kedai,
sekolah, klinik dan kilang. Mereka berinteraksi melalui pelbagai aktiviti seperti pertanian, perikanan,
perlombongan dan perkhidmatan.

12.1 Petempatan awal dunia


1. Pada mulanya, manusia hidup sebagai nomad ( pemburu dan pemungut hasil hutan yang sering
berpindah-randah untuk mencari makanan dan air serta padang rumput untuk ternakan ).
Petempatan mereka adalah sementara dan mudah dibina.
2. Fungsi petempatan awal.
a) Pusat keagamaan - Manusia mula mendirikan petempatan kekal untuk tujuan agama,
terutama pengebumian mayat dan menjalankan upacara keagamaan.
b) Tempat perlindungan- Melindungi kaum wanita dan kanak-kanak semasa kaum lelaki keluar
memburu.
c) Pusat pentadbiran dan kubu pertahanan.
d) Pusat pertanian- Apabila mereka mula bercucuk tanam
e) Pusat pembuatan, perniagaan dan perdagangan – membuat alat-alat pertanian, pakaian,
ukiran , pasu dll
3. Lokasi petempatan awal
( a) Lembangan sungai Tigris-Euphrates di Mesopotamia
( b) Lembangan Sungai Nil di Mesir
( c) Lembagan Sungai Indus di Benua Kecil India
( d) Lembagan Hwang He di China
4. Faktor-faktor yang menggalakkan petempatan awal ialah:
(a) Bentuk muka bumi yang rata rendah yang sesuai untuk pertanian,penternakan dan bangunan (
Contoh: Lembah Indus )
(b) Sungai yang membekalkan air untuk kegunaan domestik dan pengairan ke kawasan pertanian (
Contoh : Lembah Tigris-Euphrates )
(c) Bertanih aluvium sesuai untuk tanaman padi, gandum dan sekoi. ( Contoh : Hwang He)
( d) Sungai menyediakan jalan pengangkutan untuk pergerakan penduduk, perniagaan dan
perdagangan. ( Contoh : Sungai Nil )

12.2 Petempatan Awal di Malaysia


1. Gua, muara sungai, tebing sungai dan tepi laut merupakan petempatan awal di Malaysia.
2. Gua menjadi pilihan petempatan awal kerana terlindung daripada serangan musuh, binatang buas
dan cuaca buruk.
3. Contoh kawasan gua ialah Gua Niah dan Gua Tengkorak( Sarawak )dan Gua Cha ( Kelantan ) .
4. Muara Sungai menjadi petempatan awal disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
( a ) Tapak semula jadi untuk pelabuhan.
( b) Hutan paya di sekitarnya melindunginya dari angin kencang.
5. Kawasan muara sungai yang menjadi petempatan awal ialah Melaka ( Sungai Melaka), Lembah
Bujang ( Sungai Merbok ), dan Kerajaan Johor-Riau ( Sungai Johor).
6. Kawasan pantai juga menjadi kawasan petempatan awal kerana laut merupakan salah satu jalan
pengangkutan utama, pembekal sumber makanan semula jadi .
7. Santubong di Sarawak satu contoh petempatan di tepi pantai.

12.3 Jenis petempatan di Malaysia


1. Dua jenis petempatan di Malaysia ialah petempatan luar Bandar dan petempatan Bandar.
2. Perbezaan antara petempatan luar banadar dan Bandar

1
Petempatan Luar bandar Petempatan Bandar
Saiz penduduk kecil ( kurang daripada 10 Saiz penduduk besar ( lebih daripada 10 000
000 orang ) orang )
Aktiviti ekonomi : Melakukan kegiatan Aktiviti Ekonomi . Melakukan kegiatan
pertanian, perikanan , pembalakan dan perniagaan, perdagangan perkilangan dan
perlombongan. perkhidmatan
Kepadatan penduduk rendah Kepadatan penduduk tinggi
3. Contoh-contoh petempatan luar Bandar : Sungai Limau,Kedah dan Papar Sabah ( penanaman
padi) / Gemencah , Negeri Sembilan dan Banut Johor ( getah dan kelapa sawit ) / Bagan
Datoh di Perak ( Kelapa ) / Kukup, Pulau Ketam dan Berselah ( Perikanan ) / Mamut di Sabah
( perlombongan ) .

12.4 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Lokasi Petempatan Luar Bandar


1. Sumber Air
 Petempatan luar Bandar biasanya terletak di tepi sungai, pantai dan tasik. Contohnya;
Sungai Rajang ( Song ), Sungai Perak ( Kg. Gajah) dan Sungai Kinabatangan ( Pintasan )
dan Tasik Chini.
 Penduduk memilih kawasan tersebut kerana :
( a) Mudah memperoleh bekalan air- keperluan asas manusia yg penting.
( b) Air sungai digunakan untuk pengairan.
( c ) Merupakan sumber makanan dan pendapatan.
( d ) Sungai menyediakan jalan pengangkutan dan perhubungan.
2. Bentuk Muka Bumi
Kebanyakan petempatan luar Bandar terletak di kawasan tanah pamah, dataran
pantai yg rendah dan rata dan kaki bukit yg beralun.
3. Tanih
 Contohnya; Daerah Krian dan Kelantan – bertanih aluvium yg sesuai utk penanaman
padi. Pekan Nanas di Johor – Bertanih gambut yang sesuai utk penanaman nanas.
Gemencheh di Negeri Sembilan – Bertanih laterit yg sesuai utk penanaman getah dan
kelapa sawit.
4. Keselamatan
 Tanah yang tinggi dari aras banjir merupakan petempatan yang baik dan selamat.
5. Ketersampaian
 Ketersampaian merujuk sama ada mudah atau sukar utk sampai ke sesuatu tempat.
 Petempatan luar bandar biasanya terletak berhampiran dengan jalan raya, pinggir pantai
dan sungai yang memudahkan pergerakan penduduk dari satu tempat ke satu tempat .
6. Dasar Kerajaan
 Beberapa petempatan baru telah diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (
FELDA ). Contohnya:
= Bukit Cerakah di Selangor , Trolak di perak , Sendayan di N. Sembilan dan Keratong di
Pahang , Jengka di Pahang
 Petempatan baru juga dibuka di bawah Rancangan Pembangunan Wilayah seperti
KESEDAR dan KETENGAH.
 Bandar-bandar baru juga dibuka di kawasan pembangunan wilayah semasa Zaman Darurat
( 1948- 1960) . Contohnya: Sungai Siput di Perak, Senai Estet di Johor, Serdang di
Selangor

12.5 Pola Petempatan


Pola petempatan merujuk kepada corak susunan tempat kediaman atau bangunan di sesuatu
tempat. Susun atur bangunan membentuk beberapa corak atau pola di bawah:

2
Berselerak
Susun atur bangunan tidak sekata tanpa susunan tertentu.
 Jaraknya agak jauh antara satu rumah dengan yang lain dan terpencil.
Pola petempatan ini biasanya terdapat di kawasan kebun kecil padi, getah dan kelapa sawit, kebun
sayur, dusun, kawasan pembalakan, dan pinggir hutan.
 Kebanyakan daripada mereka membina rumah di atas milik sendiri.

Berselerak

Berjajar
 Juga dikenali sebagai petempatan linear.
 Susun atur bangunan terletak dalam satu barisan atau deretan.
Sebaris atau selari di sepanjang sungai, jalan raya, tali air , parit, pantai, permatang dan jalan kereta
api.
Kegiatan utama ialah bersawah padi dan menangkap ikan.
 Contoh-contoh petempatan berjajar adalah: kawasan padi di Tanjung Karang, Selangor dan
perkampungan nelayan di Kukup di Johor.

Berjajar

Berpusat
Bangunan dibina secara rapat-rapat, padat dan bertumpu di sekeliling objek yang menjadi tumpuan
penduduk( cth: masjid, persimpangan jalan raya, kedai, sekolah pasar dan sebagainya.
Contohnya, jika masjid menjadi pusat kepada petempatan, rumah-rumah akan di bina di
sekelilingnya.

Berkelompok
Berpusat

Berkelompok
Susun atur bangunan adalah rapat dan padat antara satu sama lain.
Pola petempatan berkelompok tidak mempunyai atu tanda panduan yang nyata seperti pola
petempatan berpusat.
Ladang-ladang getah dan kelapa sawit juga mempunyai pola berkelompok.
Petempatan berkelompok yang terancang adalah lebih teratur. Contohnya, rancangan FELDA Labu
di Seremban.

You might also like