Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Petempatan Tingkatan 2

Petempatan Tingkatan 2

Ratings: (0)|Views: 549|Likes:
Published by kopi
Tingkatan 2 Geografi nota
Tingkatan 2 Geografi nota

More info:

Published by: kopi on Apr 23, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/01/2013

pdf

text

original

 
Bab 12 Petempatan
P
etempatan ialah tempat kediaman ( sebuah rumah atau lebih ) dan tempat berinteraksi penduduk antara satu sama lain. Sesebuah petempatan juga mengandungi bangunan seperti kedai,sekolah, klinik dan kilang. Mereka berinteraksi melalui pelbagai aktiviti seperti pertanian, perikanan, perlombongan dan perkhidmatan.
12.1 Petempatan awal dunia
1.
Pada mulanya, manusia hidup sebagai
nomad
( pemburu dan pemungut hasil hutan yang sering berpindah-randah untuk mencari makanan dan air serta padang rumput untuk ternakan ).Petempatan mereka adalah sementara dan mudah dibina.
2.
Fungsi petempatan awal
.a)
 Pusat keagamaan
- Manusia mula mendirikan petempatan kekal untuk tujuan agama,terutama pengebumian mayat dan menjalankan upacara keagamaan. b)
Tempat perlindungan
- Melindungi kaum wanita dan kanak-kanak semasa kaum lelaki keluar memburu.c)
 Pusat pentadbiran dan kubu pertahanan
.d)
 Pusat pertanian
- Apabila mereka mula bercucuk taname)
 Pusat pembuatan, perniagaan dan perdagangan
– membuat alat-alat pertanian, pakaian,ukiran , pasu dll
3.
Lokasi petempatan awal
( a) Lembangan sungai Tigris-Euphrates di Mesopotamia( b) Lembangan Sungai Nil di Mesir ( c) Lembagan Sungai Indus di Benua Kecil India( d) Lembagan Hwang He di China
4.
Faktor-faktor yang menggalakkan petempatan awal
ialah:(a)
 Bentuk muka bumi
yang rata rendah yang sesuai untuk pertanian,penternakan dan bangunan (Contoh: Lembah Indus )(b) Sungai yang membekalkan air untuk kegunaan domestik dan pengairan ke kawasan pertanian (Contoh : Lembah Tigris-Euphrates )(c) Bertanih aluvium sesuai untuk tanaman padi, gandum dan sekoi. ( Contoh : Hwang He)( d) Sungai menyediakan jalan pengangkutan untuk pergerakan penduduk, perniagaan dan perdagangan. ( Contoh : Sungai Nil )
12.2 Petempatan Awal di Malaysia
1.
Gua, muara sungai, tebing sungai dan tepi laut
merupakan petempatan awal di Malaysia.2.Gua menjadi pilihan petempatan awal kerana terlindung daripada serangan musuh, binatang buasdan cuaca buruk.
3.
Contoh kawasan gua ialah
Gua Niah
dan
Gua Tengkorak 
( Sarawak )dan
Gua Cha
( Kelantan ) .
4.
Muara Sungai
menjadi petempatan awal disebabkan oleh faktor-faktor berikut:( a ) Tapak semula jadi untuk pelabuhan.( b) Hutan paya di sekitarnya melindunginya dari angin kencang.5.Kawasan muara sungai yang menjadi petempatan awal ialah Melaka ( Sungai Melaka), LembahBujang ( Sungai Merbok ), dan Kerajaan Johor-Riau ( Sungai Johor).
6.
Kawasan pantai
 juga menjadi kawasan petempatan awal kerana laut merupakan salah satu jalan pengangkutan utama, pembekal sumber makanan semula jadi .7.Santubong di Sarawak satu contoh petempatan di tepi pantai.
12.3 Jenis petempatan di Malaysia
1.
Dua jenis petempatan di Malaysia ialah petempatan
luar Bandar
dan petempatan
Bandar
.2.Perbezaan antara petempatan luar banadar dan Banda
1
 
Petempatan Luar bandarPetempatan BandaSaiz penduduk kecil ( kurang daripada 10000 orang )Saiz penduduk besar ( lebih daripada 10 000orang )Aktiviti ekonomi : Melakukan kegiatan pertanian, perikanan , pembalakan dan perlombongan.Aktiviti Ekonomi . Melakukan kegiatan perniagaan, perdagangan perkilangan dan perkhidmatanKepadatan penduduk rendahKepadatan penduduk tinggi
3.
Contoh-contoh petempatan luar Bandar : Sungai Limau,Kedah dan Papar Sabah ( penanaman padi) / Gemencah , Negeri Sembilan dan Banut Johor ( getah dan kelapa sawit ) / BaganDatoh di Perak ( Kelapa ) / Kukup, Pulau Ketam dan Berselah ( Perikanan ) / Mamut di Sabah( perlombongan ) .
12.4 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Lokasi Petempatan Luar Bandar
1.
 Sumber Air 
 
Petempatan luar Bandar biasanya terletak di tepi
sungai, pantai dan tasik 
. Contohnya;Sungai Rajang ( Song ), Sungai Perak ( Kg. Gajah) dan Sungai Kinabatangan ( Pintasan )dan Tasik Chini.
Penduduk memilih kawasan tersebut kerana :( a) Mudah memperoleh bekalan air- keperluan asas manusia yg penting.( b) Air sungai digunakan untuk pengairan.( c ) Merupakan sumber makanan dan pendapatan.( d ) Sungai menyediakan jalan pengangkutan dan perhubungan.
2.
 Bentuk Muka Bumi 
Kebanyakan petempatan luar Bandar terletak di kawasan tanah pamah, dataran pantai yg rendah dan rata dan kaki bukit yg beralun.
3.
Tanih
Contohnya; Daerah Krian dan Kelantan – bertanih
aluvium
yg sesuai utk penanaman padi. Pekan Nanas di Johor – Bertanih
gambut
yang sesuai utk penanaman nanas.Gemencheh di Negeri Sembilan – Bertanih
laterit
yg sesuai utk penanaman getah dankelapa sawit.
4.
 Keselamatan
Tanah yang tinggi dari aras banjir merupakan petempatan yang baik dan selamat.
5.
 Ketersampaian
Ketersampaian merujuk sama ada mudah atau sukar utk sampai ke sesuatu tempat.
Petempatan luar bandar biasanya terletak berhampiran dengan jalan raya, pinggir pantaidan sungai yang memudahkan pergerakan penduduk dari satu tempat ke satu tempat .
6.
 Dasar Kerajaan
Beberapa petempatan baru telah diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA ). Contohnya:= Bukit Cerakah di Selangor , Trolak di perak , Sendayan di N. Sembilan dan Keratong diPahang , Jengka di Pahang
Petempatan baru juga dibuka di bawah Rancangan Pembangunan Wilayah sepertiKESEDAR dan KETENGAH.
Bandar-bandar baru juga dibuka di kawasan pembangunan wilayah semasa Zaman Darurat( 1948- 1960) . Contohnya: Sungai Siput di Perak, Senai Estet di Johor, Serdang diSelangor 
12.5Pola Petempatan
Pola petempatan merujuk kepada corak susunan tempat kediaman atau bangunan di sesuatutempat. Susun atur bangunan membentuk beberapa corak atau pola di bawah:
2

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Alin Lin liked this
AnaRaff liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->