You are on page 1of 20

KOLEJ MARA BANTING

Jalan Labuhan Dagang 


Bkt Changgang 
42700 Banting, Selangor

KERJA KURSUS PENDIDIKAN AGAMA ISLAM


SEMESTER SATU/2010
PEMBEDAHAN PLASTIK MENURUT PERSPEKTIF
ISLAM
PENSYARAH: USTAZ ABDUL JAMIR B. MD SAAD
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA : DANIA INARAH BINTI AZMY

KELAS : M10E

NO I/C : 921011-01-5184

1
ISI KANDUNGAN
BAB MUKA SURAT

1.0) Pengenalan 2-3

2.0) Fenomena pembedahan plastik 3-4

3.0) Jenis jenis pembedahan plastik

3.1- pembedahan rekonstruktif 5

3.2-pembedahan kosmetik 5-6

4.0) Faktor-faktor melakukan pembedahan plastik 7

5.0) Prosedur pembedahan plastik 8-10

6.0) Hukum pembedahan plastik menurut Islam 11-13

6.1-contoh pembedahan plastik yang dibolehkan 14

7.0)Lampiran 15-16

8.0)Bibliografi 17

9.0) Penutup 18

2
1.0)Pengenalan
Syukur ke hadrat Ilahi kerani akhirnya kerja kursus agama ini Berjaya juga disiapkan dalam
masa seminggu. Bagi pilihan tajuk,saya telah memilih “Pembedahan Plastik mengikut
Perspektif Islam” sebagai tajuk pilihan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang
terlibat sepanjang menyiapkan kerja kursus ini terutamanya kepada ibubapa dan rakan-rakan
yang banyak membantu. Tidak lupa juga kepada ustaz Jamil yang banyak bertolak ansur dan
memberi tempoh masa yang lama bagi kami menyiapkan kerja kursus ini.

Saya memilih tajuk ini sebagai tajuk kajian kerana tanpa kita sedari, fenomena pembedahan
plastik sebenarnya banyak berlaku dalam kalangan orang Muslim di Malaysia ini sendiri.
Fenomena ini kian menular dan makin ramai yang berani mencuba melakukan pembedahan
plastik bagi tujuan kepuasan diri. Walau bagaimanapun, pandangan terhadap pembedahan plastik
sebenarnya patut diperbetulkan kerana tidak semua pembedahan palstik itu bertujuan kecantikan.
Kebanyakan daripada kita apabila ditanya mengenai pembedahan plastik,pasti hanya tertumpu
pada kecantikan semata-mata seperti ingin memancungkan hidung,menipiskan bibir,membuang
lemak dan sebagainya. Ada juga pembedahan plastik yang perlu dilakukan seperti jika
berlakunya kemalangan atau kemalangan yang mengubah bentuk dan rupa asal manusia normal.

Selain itu,tujuan saya memilih tajuk ini adalah disebabkan kesedaran ingin sedikit sebanyak
membantu mereka yang terlalu taksub dengan pembedahan plastik bagi mengubah ciptaan
Tuhan agar kembali ke pangkal ke jalan. Walaupun naskhah ini tidaklah sehebat mana,namun
ia dapat memperjelas kepada kita semua tentang hokum pembedahan plastik pelbagai situasi. Di
Malaysia sendiri,kita dapat lihat semakin ramai umat Muslim yang melakukan pembedahan
plastik salah satu cara untuk tidak kelihatan tua. Ini sudah semestinya bercanggah dengan
norma kehidupan dan sudah semestinya bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh itu, diharap kita
semua mendapat pandangan dan pemahaman yang lebih jelas dan terperinci mengenai
pembedahan plastik dan hukumnya menutut Islam

3
Dalam tajuk ini nanti,akan saya kupas mengenai pembedahan palstik serta hukumnya
menurut pandangan Islam. Diharap,kita semua mendapat pengajaran dan ilmu melalui
pembacaan menerusi kerja kursus ini. Sekian,terima kasih.

2.0)Fenomena pembedahan plastik

“Pembedahan plastik merupakan suatu cabang ilmu bedah yang terbahagi kepada 2 iaitu operasi
Rekonstruksi dan Estetik. Istilah ”Plastik” sendiri berasal dari bahasa Yunani iaitu plasticos yang
bererti dapat diubah/dibentuk, bukan dengan menggunakan bahan dari plastik, tetapi dengan
menggunakan bahan dari tubuh sendiri (lemak, tulang rawan, kulit, dll) atau bahan artificial
(implant) seperti silikon padat untuk memancungkan hidung atau silikon gel untuk membesarkan
payudara.”1

Secara dasarnya,pembedahan plastik terbahagi kepada dua iaitu Rekonstruktif dan Kosmetik.
Pembedahan rekonstruktif bertujuan bagi membaikpulih anggota badan yang tidak normal dan
tidak dapat berfungsi akibat daripada kecacatan sejak lahir,penyakit ataupun kemalangan teruk
yang menyebabkan kerosakan pada anggota badan. Dengan melakukan pembedahan
rekonstruktif, seseorang ini berpeluang menjalani kehidupan normal dan tidak dipandang rendah
oleh masyrakat. Manakala pembedahan kosmetik pula bertujuan bagi mengubah bentuk anggota
badan mengikut keinginan dan kepuasan seseorang. Dikatakan ada sesetengah pihak yang
beranggapan bahawa dengan mengubah bentuk anggota badan yang diingini dapat meningkat
tahap keyakinan dan imej diri seseorang dalam berhadapan dengan khalayak ramai.

“Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Abdul Latiff Ahmad dalam satu kenyataan pada tahun lalu
berkata, sepanjang empat tahun lepas, permintaan terhadap pembedahan kosmetik dan plastik di
seluruh dunia telah mencatat peningkatan mendadak iaitu 280 peratus dan negara kita Malaysia
turut tidak terkecuali.

1
http://hirayusopa.wordpress.com/2008/09/24/apakah-bedah-plastik-itu/

4
Masalah sumbing atau rekahan lelangit, bibir dan pembedahan tengkorak muka merupakan
pembedahan rekonstruktif yang paling banyak dijalankan di Malaysia. Pembedahan plastik
bukan sahaja popular di kalangan wanita tetapi juga lelaki.”2

Namun begitu,setiap perkara semestinya mempunyai risiko yang harus ditanggung. Antaranya
adalah melakukan pembedahan plastik boleh dikira sebagai satu pembaziran kerana bagi satu
pembedahan plastik bagi hidung contohnya memakan wang sebanyak RM 2000. Dan bukan satu
rawatan pembedahan sahaja harus dijalani. Sekurang-kurangnya 5 rawatan pembedahan yang
harus diikuti. Selain itu, tidak semua prosedur pembedahan plastik yang dilakukan akan berakhir
dengan sempurna. Terdapat sesetengah kes di mana bentuk anggota badan yang diingini tidak
seperi yang diharapkan malah menambah beban individu yang menjalani pembedahan plastik itu
disebabkan komplikasi yang dialami. Malahan lebih teruk lagi membawa kepada kematian. Rupa
paras yang diingini menjadi bertambah hodoh dan menggerunkan. Inilah fenomena yang
minoritinya terjadi di Barat akibat ketaksuban mereka ingin kelihatan lawa.

Pembedahan plastik itu juga akan membawa kesakitan yang teramat sangat dan kesakitan ini
mungkin mengambil masa tempoh yang lama untuk sembuh. Untuk menahan sakit pula,mereka
biasanya diberikan ubat penahan sakit atau ubat bius yang menyebabkan mereka terdedah
dengan risiko ketagihan ubat tersebut. Ketagihan seperti ini boleh mengakibatkan penyakit
jantung,kerosakan otak dan akhir sekali kematian.

Justeru,fenomena pembedahan plastik ini perlu dikawal kerana matlamat prosedur ini
sebenarnya adalah untuk membantu manusia bukannya merosakkan kita sendiri. Pihak yang
terlibat terutamanya doktor pembedahan plastik memainkan peranan dalam memberi nasihat
kepada mereka yang terlampau taksub mengubah bentuk anggota badan dan tidak hanya semata-
mata ingin mengejar keuntungan. Sebagai manusia pula,kita perlulah mensyukuri nikmat
anggota badan yang Allah s.w.t berikan kerana setiap penciptaa-Nya pasti terselindung hikmah.

2
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

5
3.0Jenis-jenis pembedahan plastik

3.1)Rekonstruksi

1)kecacatan sejak dari lahir seperti sumbing bibir dan langitan, hipospadi (alat kelamin
melengkung), hemangioma (kelainan pembuluh darah pada kulit).

2) Kecacatan akibat kemalangan atau kecederaan yang teruk seperti kulit terbakar, patah dan
retak tulang

3) Kecacatan disebabkan infeksi ataupun penyakit yang menyebabkan pesakit mengalami


penderitaan yang teruk.

4) Pembedahan Kraniofasial dan pembedahan maksilofasial, bagi menangani kelainanbentuk


kepala dan muka (patah tulang muka akibat kecelakaan) daripada yang normal.

5.)Pembedahan mikro (seperti traumatik amputasi jari yang memerlukan penyambungan


pembuluh darah).

6) Transexual

3.2)Pembedahan plastic kosmetik/cosmetic surgery


1. Facelift

Facelift adalah prosedur untuk menegangkankan kulit. Selain itu, facelift juga dapat
meghilangkan kerutan pada wajah.

2. Rhinoplasty

Rhinoplasty adalah operasi untuk memperbaiki hidung sesuai dengan keinginan individu. Selain
bertujuan untuk memperbaiki penampilan, rhinoplasty dapat membantu pernafasan yang
tersumbat.

6
d. Eyelid Surgery

Eyelid surgery dilakukan untuk mengangkat lemak serta menegangkan kulit dan otot di sekitar
mata. Tetapi eyelid surgery tidak akan menghilangkan garis atau kerutan di sekitar mata, atau
menghilangkan warna hitam di bawah mata.

e. Cheek Implant
Operasi ini digunakan untuk menambah tinggi tulang pipi.Operasi ini dilakukan dengan
memasukkan silikon di rongga mulut. Pipi tembam atau “chubby” juga dapat dihilangkan
dengan menyedut lemak di bahagian pipi dan menegangkan ototnya.

f. Liposuction

Suatu cara bagi menghilangkan lemak tubuh dengan cara membuat lubang kecil pada kulit dan
mengeluarkan lemak tersebut dengan tenaga vakum. Hasil yang diperoleh ialah perut akan
menjadi lebih ramping dan langsing.

g. Breast Augmentation

Breast Augmentation adalah operasi untuk merubah ukuran payudara dengan menggunakan
silikon. Hal ini dapat mengembalikan kembali bentuk payudara setelah melahirkan anak atau
merubah ukuran payudara bersesuaian dengan keinginan individu.

h. Lip Augmentation

Faktor umur banyak menyebabkan wanita kehilangan volume di bibirnya dan mulai mendapat
kerutan di bibir. Lip augmentation dapat membantu mengembalikan bentuk bibir serta
menghasilkan bentuk bibir mengikut keinginan seseorang.

7
4.0) Faktor-Faktor Melakukan Pembedahan Plastik
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu melakukan pembedahan plastik.
Matlamat utama pembedahan plastik adalah untuk membetulkan kecacatan pada anggota badan
manusia disebabkan beberapa perkara. Kecacatan teruk semenjak dari lahir seperti “long
syndrome face” atau bibir sumbing dan disebabkan kemalangan menyebabkan seseorang itu
berasa perlu baginya untuk melakukan pembedahan plastik. Sekiranya pembedahan plastic ini
tidak dilakukan,maka menyukarkannya berhadapan dengan persepsi masyarakat.

Selain itu, sesetengah individu juga melakukan pembedahan plastik atas dasar ingin
mengembalikan semula fungsi tubuh badan yang terganggu.

Namun begitu,kebanyakan masyarakat sekarang banyak melakukan pembedahan plastic bagi


tujuan kecantikan terutamanya wanita. Mereka terlalu taksub dengan idola mereka sehinggakan
ingin mengubah bentuk anggota badan supaya menyamai idola mereka. Keinginan untuk
mendapatkan wajah yang lebih sempurna juga penyebabnya sesetengah pihak melakukan
pembedahan plastik.

Dari segi ini, kita mulai dapat melihat kepentingan pembedahan plastik ini mulai terpesong
apabila kebanyakan pihak melakukan pembedahan plastik bagi mengubah ciptaan Allah s.w.t.

8
5.0)Prosedur pembedahan plastik

Prosedur pembedahan plastik terbahagi kepada dua iaitu:

Membentuk semula(Rekonstruktif): Prosedur membentuk semula ialah pembedahan yang


dijalankan bagi mengembalikan semula fungsi bahagian badan yang tidak normal disebabkan
oleh kecacatan sejak dari lahir ataupun kecederaan akibat kemalangan yang dialami. Penggunaan
tarik flap(siat) dan graf(cantuman) tisu untuk memulihkan kehilangan bentuk kerana terbakar
dan pindah otot belakang ke kaki dan tangan yang cedera adalah antara contoh prosedur yang
dilakukan oleh pakar pembedahan plastik. Surgeri membentuk semula dapat dikira sebagai
prosedur surgeri yang dilaksanakan ke atas anggota badan yang tidak normal bagi
mengembalikan semula fungsinya.

Kosmetik : Prosedur ini pula tidak lain hanyalah bagi kecantikan semata-mata. Prosedur ini
dilakukan kepada anggota badan yang normal dan berfungsi dengan baik bagi mempercantik dan
memperindah anggota badan mengikut pilihan individu tersebut. Sebagai contoh prosedur
menegangkan kulit,memancungkan hidung dan sebagainya.

Pembedahan membentuk semula anggota badan ini setelah saya melakukan kajian dan
pembacaan tidak ditegah dalam Islam malah menjadi wajib hukumnya sekiranya ia mesti
dilakukan untuk mengembalikan semula bentuk asal ciptaan Allah s.w.t akibat daripada
kemalangan dan kecacatan yang teruk seperti patah tulang yang teruk ataupun kulit yang
terbakar hampir seluruh badan. Oleh itu,dalam kes ini dibolehkan seseorang itu melakukan
pembedahan plastik.Jika anggota badannya sudah sempurna dan dia melakukan pembedahan
plastik atas tujuan kecantikan dan ingin megubah ciptaan Allah,perkara sebeginilah yang
ditegah dalam Islam sebagaimana firman Allah:

“‫وأل مرنهم فليبتكن ءاذان األنعم وأل مرنهم فليغيرن خلق هللا‬

(119: ‫)سورة النساء‬


9
Tafsirnya: "Dan demi sesungguhnya aku (syaitan) akan memperdayakan mereka dengan angan-
angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-
binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh
mereka mengubah ciptaan Allah. "

(Surah an-Nisd ': 119) “3

Selain itu,pembedahan plastik itu juga boleh dilaksanakan ka atas anggota tubuh manusia yang
baru ditimpa kecacatan atau kemalang yang teruk sebagaimana:

“ Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengizinkan seorang lelaki yang terpotong
hidungnya dalam suatu peperangan supaya menjadikan (mengganti) hidungnya itu dengan emas.
“4

Kesimpulannya, segala pembedahan plastik yang bertujuan untuk membentuk semula anggota
tubuh badan bagi menghilangkan kecacatan mahupun megembalikan semula fungsi anggota
badan yang rosak adalah harus.

“Sementara pembedahan bagi tujuan kosmetik (untuk mengubah kejadian asal kepada yang lain
daripacta yang belum pernah ada sebelumnya dengan maksud supaya kelihatan lebih cantik)
adalah ini dilarang dan malah dilaknat oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, sebagaimana
sabda Baginda dalam hadis daripada Ibnu Mas'ud:

‫ والنامصات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق‬, ‫لعن هللا الواشمات والمستوشمات‬
3
http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=11795&newlang=mas
4
http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=11795&newlang=mas

10
‫هللا‬

(‫)رواه البجاري ومسلم‬

Maksudnya: "Allah melaknat orang-orang yang mentatu dan yang minta ditatu, orang-
orang yang mencabut rambutnya, orang-orang yang memperlihatkan kecantikan, dan
orang orang yang merubah ciptaan Allah. "”5

6.0)Hukum pembedahan plastik dalam Islam

5
http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=11795&newlang=mas

11
Hukum pembedahan plastik ada sebahagian mubah, sebahagian wajib dan sebahagian lainnya
haram.

1. “Yang mubah adalah pembedahan untuk menutupi luka yang menganga,memperbaiki


bekas-bekas luka yang parah,menampal kulit bekas yang terbakar yang sangat parah,
terutama apabila mengenai muka dan bahagian-bahagian yang biasanya Nampak oleh
orang lain. Semua ini tidak ada masalah,bahkan boleh jadi sebahagiannya wajib.
Sebagai contoh:

2. Menghilangkan cacat di tengah-tengah kehamilan yang disebabkan oleh konsumsi ubat


dan lain-lain. Demikiannya juga untuk menghilangkan bentuk yang berbeza dari bentuk
kejadian asli seperti jari keenam,kelebihan daging dan sebagainya. Semua ini tidak
termasuk dalam mengubah ciptaan Allah S.W.T
3. Semua perbuatan yang termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah S.W.T,maka
hukumnya haram. Allah S.W.T telah menciptakan manusia,ada yang tinggi,ada yang
pendek ada yang hitam ada yang putih,ada yang cantik dan ada pula yang buruk. Itu
semua termasuk di antara tanda-tanda keesaan-Nya dan penciptaan-Nya. Dia Tuhan yang
memberi bentuk,sebagaimana firman-Nya:”6
6
Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah(m/s 321,322,323)/Berlian Publications Sdn Bhd/Oleh Syeikh Abu Malik dan
Kamal bin As-Sayid Salim

12
”7

“Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” 8

Janganlah kita mengubah ciptaan Allah s.w.t kerana sesungguhnya syaitan sentiasa suka
menghasut kita agar mengubah ciptaan Allah s.w.t dan menyesatkan umat Nabi Adam s.w.t.

“9

“Dan aku (syaitan) akan sesatkan mereka, aku akan janjikan angan-angan kosong kepada mereka
dan sungguh aku (syaitan) mahu menguasai mereka. Aku (syaitan) akan menyuruh mereka
memotong telinga binatang ternakan, dan mengubah ciptaan Allah (mengada-adakan upacara
ibadat).” Dan sesiapa menjadikan syaitan sebagai pelindung selain daripada Allah, sesungguhnya
rugilah dia, kerugian yang nyata sekali.”10

Selain itu,terdapat juga sesetengah golongan yang sanggup menukar jantina semata-mata
ingin memuaskan kehendak nafsu mereka. Golongan inilah yang tidak dapat menerima ketentuan
yang ditetapkan oleh Allah s.w.t sehinggakan ada yang menyalahkan yang maha Esa atas
kelahirannya sebagai lelaki ataupun wanita. Seringkali kita dengar mengenai golongan yang
menukar jantinanya dengan melakukan pembedahan plastik bagi mendapatkan ciri fizikal yang
menyerupai jantina yang berlainan. Sebagai contoh, lelaki yang berkeinginan menjadi wanita

7
http://teachislam.org/quran/transliteration/3.htm
8
http://www.alquran-melayu.com/3-al-i-imran/
9
http://www.teachislam.org/quran/translations/hilali/4-4.htm
10
http://qurannet.tripod.com/004nisa.html

13
sanggup berhabisan wang ringgit bagi menukar alat kemaluannya serta memperbesar payu
daranya agar menyerupai wanita. Kaum sebegini dilaknat oleh Allah s.w.t berdasarkan fakta di
bawah:

“ Pembedahan kecantikan bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah s.w.t dengan mengganti
kelamin ,misalnya dari lelaki kepada wanita dan sebaliknya atau mengubah warna kulit ,atau
mengubah bentuk yang telah disusun Allah s.w.t,terutama bentuk wajah ,semua itu merupakan
perbuatan mengikuti kehendak syaitan yang ingin menyesatkan manusia.

Perbuatan paling besar keharamannnya dalam mengubah ciptaan Allah s.w.t,iaitu mengganti
kelamin dari lelaki kepada wanita dan sebaliknya. Ini berlaku pada orang yang telah diciptakan
oleh Allah s.w.t sebagai lelaki tulen ,lalu ia ingin menjadi wanita dan sebaliknya. Adapun orang
yang memang sejak lahirnya mempunyai dua jenis alat kelamin iaitu lelaki dan
perempuan(berkelamin ganda),yang biasa disebut sebagai khuntha dalam bahasa Arab, maka
tindakan pembedahan untuk menghilangkan satu kelamin pada jenis kelamin yang paling
dominan,boleh dilakukan kerana ia tidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan
Allah,bahkan ini juga termasuk ciptaan Allah.

Adapun pembedahan penggantian kelamin bagi orang yang tercipta sebagai lelaki tulen
supaya dirinya menjadi wanita , atau menginginkan jenis ketiga,sebagaimana berlaku sekarang di
beberapa negara dengan tujuan menciptakan jenis yang tidak hamil dan digunakan untuk
kesenangan belaka,maka termasuk dalam kejahatan berlapis. Pertama,penggantian ciptaan Allah
s.w.t.Kedua,tujuannnya mempunyai nilai kemaksiatan. Lebih sesat dari yang pernah dilakukan
oleh Kaum Luth. Allah jugalah yang maha mengetahui.”11

6.1)Contoh pembedahan plastik yang dibolehkan;

11

Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah(m/s 321,322,323)/Berlian Publications Sdn Bhd/Oleh Syeikh Abu Malik dan Kamal
bin As-Sayid Salim

14
a) ”Contohnya jika seseorang itu cacat seperti mulut sumbing, ia masih dibenarkan Islam
untuk dilakukan pembedahan plastik. terhadapnya dan ia tidak dikategorikan sebagai
mengubah ciptaan Allah S.W.T. Ini disebabkan kejadian wajah manusia adalah
normal,mulutnya adalah tidak sumbing dan dengan menjalani pembedahan membetulkan
sumbing itu, ia mengembalikan keadaan mulut kepada kejadian manusia normal.
b) Comtoh lain, jika lubang hidung seseorang itu terlalu sempit hingga menyukarkan ia
bernafas,maka dibolehkan untuk individu itu menjalani pembedahan bagi
memperbesarkan lubang hidungnya. Tapi sekiranya dia ingin menjalani pembedahan
sekadar untuk meninggikan lagi batang hidungnya konon supaya kelihatan cantik,maka
perbuatan itu berdosa dan tidak dibenarkannya.
c) Pemindahan organ seperti jantung,hati dan sebagainya. Hal ini untuk menyelamatkan
nyawa seseorang. Pada zaman sekarang kita melihat adanya penderma darah yang
merupakan bahagian dari tubuh manusia telah merata di negara negara kaum muslim
tanpa ada seorang ulama pun yang mengingkarinya,malah menganjurkannya serta turut
serta menjadi penderma.”12

7.0) Lampiran

12
http://www.scribd.com/doc/16793385/Teknologi-dalam-islam

15
Contoh-contoh kegagalan pembedahan plastik

Mengubah ciptaan Allah s.w.t

Pembedahan plastik yang diharuskan

16
Pembedahan penukaran jantina

8.0)Bibliografi
17
Sumber pertama:

Internet

http://hirayusopa.wordpress.com/2008/09/24/apakah-bedah-plastik-itu/

http://www.scribd.com/doc/16793385/Teknologi-dalam-islam

http://www.oddee.com/item_96587.aspx

http://infad.usim.edu.my/modules.php?
op=modload&name=News&file=article&sid=11795&newlang=mas

http://cikwiduri.wordpress.com/2008/06/25/botox-braces-
susuk/http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=283

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

Sumber kedua:

Buku ilmiah

-Plastic Surgery or Other Operations to fix a Disfigurant or Deformation is Permissible,(page


347)Islamic Fatawa Regarding Women/Published by Darussalam Publishers & Distributors-
1996/1417H

- Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah(m/s 321,322,323)/Berlian Publications Sdn Bhd/Oleh


Syeikh Abu Malik dan Kamal bin As-Sayid Salim

9.0)Penutup

18
Sebagai penutup,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat
dalam menyediakan kerja kursus ini. Perhargaan istimewa diberikan kepada Ustaz Jamir kerana
telah member ruang kebebasan bagi kami memilih tajuk juga member tunjuk ajar sepanjang
melengkapkan naskhah ini. Sekalung ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa dan
rakan-rakan yang turut menyumbang idea bagi menambah baik kerja kursus ini.

Secara keseluruhannya,saya mengambil masa selama lebih kurang seminggu bagi


melengkapkan naskhah ini. Selain menjadikan internet sebagai sumber rujukan utama,saya juga
merujuk kepada buku ilmiah bagi mempelbagaikan sumber rujukan. Dengan itu, saya dapat
melihat pandangan serta ilmu pengetahuan yang berbeza tetapi masih berlandaskan pada hokum
yang sama.

Saya melihat tajuk kerja kursus saya ini sebagai tajuk yang menarik kerana ia biasa
dibahaskan dan kebanyakan daripada kita masih lagi keliru dengan hokum bagi pembedahan
plastik bagi situasi yang berbeza. Kebiasaannya,kita melihat isu pembedahan plastik ini dalam
skop yang terlalu kecil dan kita mudah menghukum seseorang apabila seseorang itu melakukan
pembedahan plastik. Walhal,dalam Islam itu sendiri sudah menetapkan hukum yang sepatutnya
dan ada alasan disebalik setiap hukum yang ditetapkan. Di Malaysia sendiri, isu pembedahan
plastik ini bukanlah perkara asing lagi apabila semakin ramai dilihat mula mengalihkan perhatian
terhadap fenomena ini. Selebriti terutamanya mula terikut-ikut dengan pengaruh barat apabila
ada sesetengah golongan mula taksub melakukan pembedahan plastik bagi mendapatkan bentuk
anggota badan yang diingini.

Namun begitu,haris kita ingat bahawa pembedahan plastik juga membawa banyak
kebaikan kepada insan tertentu yang memerlukannya. Dengan melakukan pembedahan
plastik,kehidupan seseorang kembali kepada kepada normal dan dapat bergaul dengan
masyarakat tanpa ada rasa rendah diri. Hal ini biasanya terjadi kepada mereka yang mengalami
kecacatan mahupun kemalangan teruk yang menjejaskan fungsi anggota badan mereka.

Kesimpulannya, isu pembedahan plastik ini telah saya kupas sebaik mungkin dari segala
segi dan aspek. Diharapkan, kerja kursus ini dapat member manfaat kepada kita semua.

19
20

You might also like