3
1.0)Pengenalan
Syukur ke hadrat Ilahi kerani akhirnya kerja kursus agama ini Berjaya juga disiapkan dalammasa seminggu. Bagi pilihan tajuk,saya telah memilih ³Pembedahan Plastik mengikutPerspektif Islam´ sebagai tajuk pilihan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yangterlibat sepanjang menyiapkan kerja kursus ini terutamanya kepada ibubapa dan rakan-rakanyang banyak membantu. Tidak lupa juga kepada ustaz Jamil yang banyak bertolak ansur danmemberi tempoh masa yang lama bagi kami menyiapkan kerja kursus ini.Saya memilih tajuk ini sebagai tajuk kajian kerana tanpa kita sedari, fenomena pembedahan plastik sebenarnya banyak berlaku dalam kalangan orang Muslim di Malaysia ini sendiri.Fenomena ini kian menular dan makin ramai yang berani mencuba melakukan pembedahan plastik bagi tujuan kepuasan diri. Walau bagaimanapun, pandangan terhadap pembedahan plastik sebenarnya patut diperbetulkan kerana tidak semua pembedahan palstik itu bertujuan kecantikan.Kebanyakan daripada kita apabila ditanya mengenai pembedahan plastik,pasti hanya tertumpu pada kecantikan semata-mata seperti ingin memancungkan hidung,menipiskan bibir,membuanglemak dan sebagainya. Ada juga pembedahan plastik yang perlu dilakukan seperti jika berlakunya kemalangan atau kemalangan yang mengubah bentuk dan rupa asal manusia normal.Selain itu,tujuan saya memilih tajuk ini adalah disebabkan kesedaran ingin sedikit sebanyak membantu mereka yang terlalu taksub dengan pembedahan plastik bagi mengubah ciptaanTuhan agar kembali ke pangkal ke jalan. Walaupun naskhah ini tidaklah sehebat mana,namunia dapat memperjelas kepada kita semua tentang hokum pembedahan plastik pelbagai situasi. DiMalaysia sendiri,kita dapat lihat semakin ramai umat Muslim yang melakukan pembedahan plastik salah satu cara untuk tidak kelihatan tua. Ini sudah semestinya bercanggah dengannorma kehidupan dan sudah semestinya bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh itu, diharap kitasemua mendapat pandangan dan pemahaman yang lebih jelas dan terperinci mengenai pembedahan plastik dan hukumnya menutut Islam