2
1.0
PENGENALAN
Marcapada ini, persoalan mengenai keluarga Islam memerlukan suatu kajian yang mendalam danterperinci disebabkan oleh keadaan keruntuhan rumah tangga umat Islam khususnya di Malaysia yangsemakin membimbangkan saban hari. Keruntuhan sesebuah institusi rumah tangga bukan sahaja berpuncadaripada kegagalan peribadi seseorang dalam rumah tangga, tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain. Kajian dalam kerja kursus ini akan menumpukan tentang fenomena krisis rumah tangga yang berlaku dalam kalangan masyarakat umat Islam.Saya tertarik untuk memilih tajuk ini sebagai tajuk kerja kursus disebabkan perasaan ingin tahu yangsangat mendalam untuk mengkaji dan mengupas isu yang kian meruncing dalam kalangan masyarakatumat Islam khususnya. Fokus kajian kerja kursus pada kali ini akan menghuraikan dan membincangkantentang bagaimana perceraian boleh berlaku dalam perkahwinan, iaitu melalui talak, fasakh dan khuluk.Kajian ini akan memperincikan tentang definisi, hukum, kesan-kesan, hikmah dan huraian tambahanmengenai cara perceraian melalui talak, fasakh dan khuluk. Sesuatu perceraian sudah pasti akanmeninggalkan pelbagai kesan, bukan sahaja ke atas keluarga yang terlibat, malah masyarakat itu sendiri.Perceraian dalam sesebuah keluarga juga akan mempengaruhi masa depan seseorang anak dalam keluargatersebut dan menjadi salah satu faktor dominan keruntuhan moral dan disiplin generasi kini.Mudah-mudahan dengan usaha yang kecil ini akan mendapat taufik dan hidayat daripada Allah S.W.Tdan menjadi titik permulaan ke arah usaha untuk meleraikan persoalan-persoalan yang menimpamasyarakat umat Islam di negara ini. Tiada gading yang tiada retak. Oleh hal yang demikian, segalakekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam kajian ini diharapkan mendapat pembetulan untuk mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.