You are on page 1of 26

KOLEJ MARA BANTING

KERJA KURSUS PENDIDIKAN


ISLAM SEM 1/2010

TAJUK: RIBA’ DALAM PERBANKAN


PENSYARAH: USTAZ ABD JAMIR B MD SAAD

NAMA: MUKHZANI BIN MUHAMAD


KELAS: M10E
I/C NO: 921208-05-5323
|1

ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA M/SURAT


1.0 Pengenalan 2
2.0 Definisi Riba’ 3
3.0 Bentuk Riba’ Dalam Sistem Perbankan 3
3.1:Riba’ Dalam Pinjaman 3-4
3.2:Riba Dalam Akaun Simpanan Dan 4-5
Pelaburan
3.3:Sistem Mata Wang 5-6
3.3.1:Sistem Bretton Woods 6-7
3.3.2:Duit Fiat(Fiat Money) 7-8
3.3.3:Unsur Riba’ Dalam Wang Kertas 8
3.3.4:Hukum Wang Kertas 9-11
4.0 Larangan Mengamalkan Riba’ 12-14
5.0 Punca Kewujudan Aktiviti Riba’ Dalam Sistem 15
Perbankan
5.1: Revolusi Permodenan Islam 15
5.2: Penguasaan Ekonomi Dunia Oleh 16
Bangsa Bukan Islam
6.0 Kesan Kewujudan Aktiviti Riba’ Dalam Sistem 17
Perbankan
6.1: Kejatuhan Ekonomi Sesebuah Negara 17
6.2: Campur Tangan Warga Asing Dalam 17-18
Menjatuhkan Ekonomi Negara
6.3: Kekayaan Golongan Barat dan Kemiskinan 18
Bangsa Islam
7.0 Perbezaan Antara Bank Konvensional Dan Bank 19-20
Islam
8.0 Kesimpulan 21-22
9.0 Rujukan 23
10.0 Lampiran 24-25
|2

1.0:PENGENALAN

Terlebih dahulu ,sebagai penghargaan, saya ingin mengucapkan


ribuan terima kasih kepada Ustaz Abd Jamir b. Md Saad yang telah
memberikan garis panduan jelas tentang bagaimana untuk menyiapkan kerja
kursus ini dengan jayanya.Saya juga berterima kasih kepada ibu
saya,Faridah Bt. Mohd. Sharif dan ayah saya, Muhamad B. Bidin kerana telah
menyediakan bantuan rujukan yang lengkap dengan kemudahan internet di
rumah,surat khabar,buku dan majalah.Akhir sekali,sekalung penghargaan
saya tujukan kepada rakan-rakan kelas M10E yang sudi berkongsi maklumat
dan garis panduan sehingga tersiapnya kerja kursus ini dengan jayanya.

Tajuk ini saya pilih kerana tertarik untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai tindakan kerajaan Kelantan baru-baru ini untuk menggunakan dinar
emas sebagai medium perantaraan dalam urusan jual beli [1].Persoalan ini
menimbulkan persoalan lain dalam kepala saya tentang bagaimana revolusi
penggunaan wang kulit kerang dan sesetengah batu seperti penggunaan
syiling emas (denarius) oleh kerajaan Roman dan penggunaan koin perak
(drachma) oleh kerajaan Parsi sebagai duit berkembang kepada penggunaan
wang kertas yang digunakan pada masa sekarang.Saya juga tahu akan
hakikat wujudnya riba’ dalam sistem perbankan dan memilih tajuk ini bagi
membuat kajian lebih lanjut bagaimana semua orang boleh menerima riba’
sebegini.

1
Dinar Emas Kelantan & Penggunaannya,15/8/2010,www.myberita.com
|3

2.0:DEFINISI RIBA’

Riba’ didefinisikan dari konteks bahasa sebagai bertambah atau subur.Pada istilah
syarak, riba’ ialah aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu tetapi
tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika aqad atau diketahui
persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari
keduanya.[2]

[3]
3.0:BENTUK RIBA’ DALAM SISTEM PERBANKAN

Sistem perbankan dunia sudah lama berada dalam cengkaman riba’.Selagi aktiviti
tersebut melibatkan penglibatan bank konvensional,maka aktiviti-aktiviti yang
melingkungi urusan jual beli,pinjaman, hutang piutang dan perniagaan dibelenggu
dengan riba. Terdapat pelbagai bentuk riba’ yang terdapat dalam sistem perbankan
dan kewangan masa kini:

3.1 .Riba dalam pinjaman


Dalam dunia sekarang,tatkala manusia lebih cenderung untuk membeli
barangan untuk seperti kereta,rumah banglo,perabut,barangan kemas dan
lain-lain lagi dengan modal yang terhad, maka wujudnya kaedah alternatif
iaitu dengan membuat pinjaman(loan) dengan bank .

Meminjam wang bukanlah satu dosa namun apabila wujudnya unsur-


unsur riba’ dalam urusan tersebut , maka berdosalah pelakunya iaitu
peminjam dan pemberi pinjaman.Riba’ ini wujud dalam bentuk faedah
(interest). Sebagai contoh, Bank Y memberikan pinjaman RM 50000 kepada
pelanggan X dan sebagai bayaran balik, bank tersebut menetapkan
faedah(interest) sebanyak 4% iaitu sebanyak RM2000.Jadi,untuk membayar
balik pinjaman yang dibuat,pelanggan X terpaksa membayar balik RM 52000
dan bukannya nilai asal yang dipinjam iaitu RM 50000. 4% atau RM 2000
itulah yang dikenali sebagai Riba Ad-Duyun.

2
Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badrain – Syeikh Daud Fattani, http://www.al azim.com/masjid /
infoislam/muamalat/riba.htm
3
Zaharuddin Abd Rahman,Riba& Bentuknya Dalam Konteks Semasa Di Bank Konvensional,
http://www.zaharuddin.net/content/view/301/91/
|4

Walaupun faedah(interest) tersebut ditetapkan oleh pihak bank,namun,si


peminjam turut dianggap bersubahat dan mengamalkan riba’.

[4]
3.2.Riba Dalam Akaun Simpanan dan Pelaburan
Riba dalam kategori ini berlaku dalam 2 cara:
 Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap(Fixed Deposit Account)
Bagi akaun ini, pihak bank telah mengumpulkan dan
menggunakan wang simpanan pelanggan mereka untuk tujuan
pelaburan wang ke dalam mana-mana syarikat bagi mendapatkan
keuntungan yang baik atau digunakan dahulu untuk memberikan
pinjaman secara riba kepada premis-premis yang membuat pinjaman
wang sama ada perniagaan mereka halal atau haram. Setelah
menggunakan wang pelanggan untuk tujuan tersebut, sudah tentu
terdapat ganjaran akan diberi kepada pelanggan bank yang telah
meminjamkan duit secara automatic kepada bank iaitu pemberian
faedah tertentu atau fixed interest .
Kadar faedah ini telah ditetapkan oleh bank seperti 4% faedah
kepada pelanggan bank yang menyimpan duit di bawah akaun ini dan
menurut islam, ini terang-terangan ialah Riba’ Ad-Duyun dari jenis Al-
Qard.Terdapat satu lagi penggunaan konsep yang salah di bawah
akaun ini apabila kadar faedah atau keuntungan tambahan kepada
pelanggan bank telah ditetapkan awal sebelum bank mendapat
keuntungan daripada pelaburan mereka. Hal ini kerana ia akan
mendatangkan kerugian kepada pelanggan jikalau keuntungan
daripada pelaburan itu tinggi,namun pelanggan bank yang menyimpan
di bawah akaun ini masih lagi mendapat keuntungan balik yang sedikit
sebanyak 4%.
Menurut Islam,keuntungan perlu dibahagikan dalam nisbah
(70:30)(60:40)(Bank:Pelanggan) dan bukannya dalam nisbah (2:98)
(4:96) dan seterusnya seperti yang berlaku dalam sistem perbankan [5].
Ini sekaligus menunjukkan penindasan kepada pelanggan.
 Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving Account)
4
Zaharuddin Abd Rahman,Riba& Bentuknya Dalam Konteks Semasa Di Bank Konvensional,
http://www.zaharuddin.net/content/view/301/91/
5
Wan Jemizan Wan Deraman,Kontrak Perkongsian:Utusan Malaysia,Edisi 07/07/2010,hlm.10
|5

Bagi pelanggan yang menyimpan wang di dalam akaun ini,


mereka akan diberikan faedah tetap sekitar 0.1%-0.2%.Disebabkan
namanya faedah,maka ini adalah riba yang pasti iaitu Riba’ Ad-
Duyun.Faedah ini diberikan sebagai balasan atas pinjaman wang
pelanggan oleh pihak bank bagi tujuan pelaburan kecil-
kecilan.Konsepnya begini,sekiranya bank mendapat keuntungan yang
banyak,maka,mereka hanya perlu membayar kadar faedah yang
begitu sedikit, namun, sekiranya pihak bank mengalami kerugian hasil
daripada pelaburan tersebut,Bank tetap perlu membayar kadar faedah
tetap tersebut kepada pelanggan dan tentunya tindakan ini akan
menambahkan kehilangan wang dan kerugian kepada
bank.Justeru,berlaku penindasan pula kepada pihak bank atas polisi
mereka sendiri

Untuk riba’ dalam akaun simpanan biasa ini,jelas berlaku 2


kesalahan menurut Islam iaitu penglibatan faedah(interest) yang
sememangnya suatu riba’ dan juga penindasan kepada pelanggan dan
penindasan kepada pihak bank. Ini antara sebab riba’ diharamkan di
dalam sistem perbankan.
3.3.Sistem mata wang [6]
Penyelitan unsur riba’ dalam sistem mata wang iaitu duit kertas yang
kita gunakan sekarang adalah unsur riba yang melibatkan hampir semua
orang di dunia ini di atas satu sebab yang mudah; penggunaan mata wang
dalam semua urusan seperti kesihatan,pemakanan,zakat,pelajaran dan
sebagainya. Sistem mata wang masa kini sangat bertentangan dengan
sistem dinar pada zaman Rasulallah.Satu analogi mudah, logikkah untuk kita
membeli 5 buah kereta dengan 50 keping kertas(wang kertas),sebuah kapal
dengan 500 keping kertas berwarna, 2 buah rumah dengan menggunakan 50
keping kertas berwarna hijau dan sebagainya.Wajarkah nilai semahal sebuah
kapal dibandingkan dengan nilai helaian kertas yang begitu murah sumber
dan harganya?Berbanding dengan sistem dinar emas dan perak atau
tembaga, walaupun emas,perak dan tembaga hanyalah batu-batuan,namun

6
Zaharuddin Abd Rahman,Penciptaan Duit Kertas Moden,Hukum &Forex, http://www.zaharuddin.net/
content/view/767/72/
|6

nilainya tetap di pasaran dengan harga yang mahal.Namun,untuk sistem


mata wang masa kini ,nilainya sering berubah mengikut kedudukan mata
wang dunia.
Penciptaan wang kertas
3.3.1.Sistem Bretton Woods [7]
Tindakan kerajaan German mencetak duit kertas tanpa had
selepas Perang Dunia Pertama bagi menampung kos kerosakan dan
ketenteraan menyebakan hiperinflasi(hyperinflation) sebagai contoh di
Republic Weimar, German. Bagi mengelakkan inflasi seperti di
German dan penyelesaian krisis ekonomi selepas Perang Dunia
Kedua, Sistem Bretton Woods ditubuhkan.
Bretton Woods ialah satu persidangan antarabangsa yang
ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua yang membincangkan
mengenai cara untuk menangani kemelesatan ekonomi dunia yang
teruk akibat daripada peperangan tersebut.Persidangan inilah yang
merupakan titik tolak penubuhan Bank Dunia dan International
Monetary Fund(IMF).

Solusi mereka ialah pengenalan mata wang kertas yang


mempunyai nilai tukaran tetap(Fixed Exchange Rate).Nilai matawang
kertas telah disandarkan kepada nilai emas sebenar.Nilai matawang
pada masa itu yang cukup kuat untuk memenuhi permintaan
meningkat bagi pemindahan matawang antarabangsa ialah US
Dollar.Nilai US Dollar mempunyai sandaran tetap dengan emas
sebanyak $35 seauns dengan komitmen kerajaan US untuk
menukarkan nilai dollar bersamaan dengan nilai emas.Pihak kerajaan
US berjanji untuk membenarkan tebus tuntut US Dollar dengan emas
yang sebenar.Bagi mereka,penggunaan dollar adalah lebih baik
daripada emas kerana lebih fleksibel dan meraih faedah
(interest).Namun,bagi Islam, faedah (interest) inilah yang merupakan
riba’.Matawang pada masa ini dinamakan gold blacked paper money
yang merujuk kepada duit dalam bentuk kertas sebagai ganti
matawang emas. Dalam nama lain,wang ini juga dikenali sebagai

7
Bretton Woods System, http://en.wikipedia.org/wiki/Bretton_Woods_system
|7

representative money, yang mewakili jumlah emas dan perak yang


berada di dalam simpanan bank.

Namun begitu,pada tahun 1971, perjanjian tersebut menemui


kegagalan dan telah dimansuhkan atas punca sebenar disebabkan
oleh jumlah emas mentah tidak mencukupi dan tidak dapat
menampung jumlah wang-wang kertas yang dicetak di pasaran yang
dinamakan Nixon Shock.Masalah mula timbul apabila kerajaan USA
mencetak mata wang kertas melebihi jumlah emas mentah di dalam
simpanannya.

3.3.2.Duit Fiat(Fiat Money) [8]

Berpunca daripada kegagalan Sistem Bretton Woods


disebabkan oleh kekurangang jumlah emas mentah untuk
dibandingkan dengan nilai mata wang kertas,maka muncullah mata
wang Fiat(Fiat Money) yang merupakan wang kertas tanpa sandaran
atau diikat kepada mana-mana nilai emas atau perak.Wang Fiatlah
merupakan mata wang yang kita guna pada hari ini dalam segala
urusan dan konsep wang Fiat ini membolehkan kerajaan mencetak
sesuka hati wang yang mereka perlukan kerana bahan untuk
mencetaknya begitu mudah didapati iaitu kertas.

Wang Fiat ini bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan


penduduk dunia dan disebabkan itulah,matawang USA dijadikan
sebagai penentu ekonomi dunia kerana kepercayaan pemimpin-
pemimpin dunia kepada mata wang tersebut.Maka,sekiranya
berlakunya peperangan di US atau Eropah dan kerajaan-kerajaan ini
terpaksa mencetak duit dalam kuantiti yang banyak,inflasi akan berlaku
dan menyebabkan kesusutan nilai mata wang.Disebabkan ekonomi
dunia bergantung kepada nilai matawang USA ,sudah tentu Negara
lain turut mengalami kemelesetan ekonomi.

8
Fiat Money, http://en.wikipedia.org/wiki/Fiat_money
|8

Pengajarannya,Negara-negara perlu bijak dalam mencetak


wang agar inflasi tidak berlaku.Hal ini kerana sekiranya inflasi wang
berlaku,bagi menyelesaikan inflasi atau lebihan wang ini,dalam
ekonomi,harga barangan terpaksa dikurangkan bagi memastikan duit
lebihan tersbut habis digunaka.Sekiranya harga barangan dikurangkan
daripada harga asal,sudah tentu,ekonomi Negara akan mengalami
kerugian yang besar.

3.3.3.Unsur Riba dalam wang kertas

Asas penciptaan wang kertas Fiat adalah disebabkan untuk


meraih keuntungan melalui interest.Maka,fungsi wang sebagai medium
perantaraan untuk jual dagang sudah berubah kerana bank boleh
meraih keuntungan dengan medium ini.Kaedah ini begitu berbeza
dengan konsep jual beli Islam kerana keuntungan dalam perdagangan
Islam diraih dengan penghasilan produk berkualiti, kewujudan peluang
pekerjaan,usaha untuk menjadikan perniagaan mereka maju dan
sebagainya.

Namun,keuntungan konvensional pula diraih dengan hanya


berdasarkan pengecasan kadar lebih hasil daripada pinjaman wang
dengan bank. Kadar lebih inilah yang dipanggil sebagai interest dan
riba’ Ad-Duyun.Itulah asas penciptaan wang Fiat yang dicipta asalnya
oleh Bank Negara,kemudian dipinjamkan kepada bank-bank komersial
yang lain juga dengan kadar faedah dan bank-bank komersial ini
meminjamkan kepada pelanggan mereka dengan kadar faedah
juga.Jadi,kita lihat,semua urusannya melibatkan riba’.

3.3.4.Hukum wang kertas


|9

Jikalau dunia masa kini menggunakan sistem dinar yang telah


lama diasaskan sejak zaman Rasulallah,maka,kejadian
riba’,penindasan dan ketidakadilan ini tidak akan berlaku sama
sekali.Hal ini kerana nilai emas atau perak ini adalah tetap manakala
nilai matawang Fiat pula boleh berubah-ubah berdasarkan
kepercayaan orang lain kerana itulah asas penciptaan matawang Fiat.

Contohnya,sekiranya satu perniagaan itu telah meraih


keuntungan berjuta-juta ringgit di atas usaha kerja keras
pengurusnya,pekerjanya dan semua ahli syarikat,namun, disebabkan
kepercayaan antarabangsa meleset kepada matawang Ringgit
menyebabkan wang tesebut dari nilai berjuta-juta jatuh hingga hingga
kepada beberapa ringgit sahaja.Adakah ini dinamakan adil? Sudah
tentu,sistem ini merupakan satu penindasan kepada perniagaan
tersebut.

Sekiranya emas atau perak digunakan sebagai medium jual beli


dengan cirinya yang mempunyai harga tetap dan tidak ditentukan
dengan keadaan pasaran,kepercayaan atau lain-lain,maka, kerugian
dan ketidakadilan serupa itu tentu tidak akan terjadi. Benarlah kata-
kata Ibnu Sina yang mengakui dan mengangkat nikmat kurniaan Allah
iaitu emas dan perak sebagai elemen penting dalam perniagaan:
| 10

‫فلو حصل عليهما‬..‫م ن حكمة هللا في الحجرين وندورهما أنهما قيم لمكاسب الناس‬
‫بالصفة لبطلت حكمة هللا في ذلك وكثر وجودهما حتى ال يحصل من اقتنائهما‬
]9[
‫على شيء‬

Ertinya : Ini adalah dari hikmah yang dikurniakan Allah pada dua jenis logam ini
(emas dan perak) dan kesukaran menemuinya (scarcity) sehingga itu ia mampu
menjadi penyandar nilai usaha manusia (sebagai perolehan dan matawang),..maka
jikalau boleh sifat kedua-duanya (emas dan perak) itu diperolehi dengan mudah
(secara tidak hakiki seperti apa yang ada pada matawang fiat kertas), maka akan
terbatallah hikmah penciptaannya oleh Allah, dan banyaklah yang boleh memilikinya
sehingga menyimpannya(memilikinya) tidak sebarang erti.

Idea untuk menggunakan emas atau perak sebagai medium jual beli juga
disokong oleh Umar Al-Khatab:

‫ أنها نقود اعتبارية فيها‬: ‫بخصوص أحكام العمالت الورقية‬


‫صفة الثمنية كاملة ولها األحكام الشرعية المقررة للذهب‬
‫والفضة من حيث أحكام الربا والزكاة والسلم وسائر أحكامها‬
[10]
Ertinya : Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada
hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu
semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang
kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan
seluruh hukum emas dan perak.

Bagi menentukan hukum penggunaan matawang kertas,Majlis Fiqh


Antarabangsa yang dianggotai ulama-ulama terkenal perlu berpijak di bumi
yang nyata dan menjadi lebih fleksibel memandangkan kepada hakikat dunia
hari ini berada dalam cengkaman dan penguasaan golongan kafir yang tidak

9
Wang Kertas Adalah Riba, http://www.dirham2dinar.com/index.php?option=com_
content&view=article&id=112: wang-kertas-adalah-riba&catid=39:blog&Itemid=64
10
Zahari Abd Rahman,Penciptaan Duit Kertas Moden & Forex,
http://www.zaharuddin.net/content/view/767/72/
| 11

langsung menghiraukan saranan Islam dalam apa sahaja tindakan yang


diambil oleh mereka.

Walaupun fungsi matawang kertas ini tidak sebaik fungsi emas atau
perak,namun, mereka bersetuju secara kolektif untuk membenarkan
penggunaannya dengan syarat matawang ini mestilah mengikuti displin dan
syarat yang sama dengan hukum atas emas dan perak. Keputusan ini dibuat
memandangkan fungsi matawang ini yang masih digunakan sebagai medium
perantaraan dan juga hakikat kepada masyarakat dunia yang tidak akan
langsung menghiraukan sekiranya penggunaannye diharamkan.Hal ini kerana
penggunaan matawang kertas telah dipersetujui oleh hampir semua pihak
walaupun oleh orang Islam sendiri kerana ringan dan mudah dibawa tanpa
memikirkan kesan penggunaanya. Oleh itu,umat Islam diringankan
penggunaan matawang dalam perniagaan namun hendaklah mengikut
disiplin emas atau perak.

4.0:LARANGAN MENGAMALKAN RIBA’


| 12

Bahayanya Riba’ dan kesannya akan datang kepada tamadun


manusia diingatkan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai wahyu terakhir dan
diturunkan kepada Rasulallah pada saat-saat terakhir hayat Baginda iaitu
[11]
lebih kurang 81 hari sebelum wafat .Kedudukan wahyu ini sebagai yang
terakhir menunjukkan petunjuk Allah SWT tentang bahaya besar dan
berleluasanya aktiviti riba’ dalam kalangan umat akhir zaman.

[12]
٢( ‫ِى م َِن ٱلرِّ َب ٰ ٓو ْا إِن ُكن ُتم‬ َ ‫َي ٰـٓأ َ ُّي َها ٱلَّذ‬
َ ‫ِين َءا َم ُنو ْا ٱ َّتقُو ْا ٱهَّلل َ َو َذرُوْˆا َما َبق‬
َ ‫) م ُّۡؤ ِمن‬٧٨
‫ِين‬

Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada


Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada
pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.
(Surah Al-Baqarah:278)

Masyarakat Islam pada masa kini bagaikan terkulai layu kerana tidak
mampu menangani riba’ yang sudah berleluasa melalui sistem perbankan
akibat dasar yang ditetapkan masyarakat barat.Allah SWT mengishtiharkan
perang ke atas mereka yang memberikan riba’,menerima riba’,menjadi saksi
dan mempunyai kaitan dengan riba’.Walaupun faedah(interest) diminta oleh
pihak bank, namun kita secara automatic tergolong sebagai golongan yang
bersubahat dengan riba’.

11
99% Manusia Dijajah, http://muslimvillage.wordpress.com/penjajahan/
12
Mahmood Al-Bana , http://www.quranexplorer.com/quran/
| 13

]13[
ٍ ۬ ‫َفإِن لَّمۡ َت ۡف َعلُو ْا َف ۡأ َذ ُنو ْا ِب َح ۡر‬
ُ‫ب م َِّن ٱهَّلل ِ َو َرسُولِ ِهۦ‌ۖ َوإِن ُت ۡب ُتمۡ َف َلڪُمۡ ُرءُوس‬
)٢٧٩( ‫ُون‬ َ ‫ُون َواَل ُت ۡظ َلم‬ َ ‫أَ ۡم َوٲلِڪُمۡ اَل َت ۡظلِم‬

Maksud:Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai


larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari
Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu
bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu.
(Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu
juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah Al-Baqarah:279)

Melihat kepada ayat di atas,jikalau Allah SWT sendiri telah


mengishtiharkan perang kepada mereka terlibat,memang sukar untuk
dibayangkan azab yang bakal diterima di akhirat kelak

‌ۖ‫…و َم ۡن َعادَ َفأ ُ ْو َل ٰـٓ ِِٕˆٕٮ َك أَ ۡص َح ٰـ ُˆب ٱل َّن ِار‬


َ
[14]
َ ‫هُمۡ فِي َہا َخ ٰـلِ ُد‬
(٢٧٥) ‫ون‬
Maksud:… dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu)
maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-
Baqarah:275)

Inilah janji Allah kepada mereka yang mengulangi Riba’.Adakah kita


tergolong dalam golongan ini?Tepuk dada,Tanya selera.Namun,mampukah
masyarakat sekarang membebaskan diri daripada dibelenggu dengan riba’
apabila institusi perbankan memainkan peranan penting dalam zaman
globalisasi ini?

Larangan riba’ ini bukan hanya dinyatakan dalam Islam sahaja namun
turut dinyatakan oleh agama-agama lain.[15]Menurut sumber asalnya, agama
Nasrani telah mengharamkan riba’ secara mutlak.Larangan ini turut
dipersetujui oleh ramai pakar perundangan dan ahli falsafah kuno seperti
13
Mahmood Al-Bana , http://www.quranexplorer.com/quran/
14
Mahmood Al-Bana , http://www.quranexplorer.com/quran/
15
Peranan Nilai dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam; cetakan 1998;Yusuf Al-Qardawi;terjemahan Mufti
Labib&Arsil Ibrahim;hlm. 415-416
| 14

Solon, pengasas undang-undang Athens lama dan juga Plato.Demikian juga


dengan pendapat Aristotle yang telah berkata: ”Wang tidak sepatutnya
melahirkan wang.Sesiapa melahirkannnya dan bekerja maka dialah yang
berhak dengan hasil kerjanya.”

Allah SWT telah menyatakan dengan jelas hukum riba’ dan balasan
kepada mereka yang mengamalkannya.Namun, persoalannya,mampukah
suara masyarakat Islam didengar oleh Bank Dunia atau masyarakat
antarabangsa lebih-lebih lagi dengan sentiment anti-Islam atau Islamophobia
yang melanda Eropah sekarang?Yang kita boleh lakukan hanya mengira
detik masa supaya satu ketika nanti,masih ada pejuang Islam sebenar yang
sanggup berusaha sehingga boleh merampas kembali kuasa ekonomi dunia
daripada cengkaman kafir laknat.

5.0:PUNCA KEWUJUDAN AKTIVITI RIBA’ DALAM SISTEM


PERBANKAN

5.1.Revolusi Permodenan Islam.[16]

Mesir merupakan antara tamadun awal Islam yang menggunakan


system matawang kertas dalam perbankan.Kemunculan system ini bertitik

16
Bagaimana sistem perbankan masuk dalam dunia Islam selepas kejatuhan kerajaan Khilafah Othmaniah,
http://www.dirham2dinar.com/
| 15

tolak dengan penglibatan Sheikh Muhammad Abduh.Beliau menentang


imperialisme British di Mesir namun menyokong pemodenan untuk dunia
Islam dan kagum dengan system barat. Muhammad Abduh disingkirkan dari
Mesir kerana cuba untuk membawa pembaharuan.Empat tahun kemudian,
Bristish mengubah polisi mereka di Mesir dan memanggil Abduh kembali di
Mesir. Terdapat motif tersembunyi di sebalik sifat ‘murah hati’ British
memanggil Abduh pulang.Hal ini kerana pada tahun 1898,majlis ulama
Universiti Al Azhar telah mengesahkan perbankan adalah haram dan
riba.Lord Cromer,ketua wakil Britain di Mesir melantik Abduh dengan misi
untuk mengubah undang-undang yang menghalalkan fatwa Universiti Al-
Azhar itu. Dia dilantik menjadi Mufti Besar Al-Azhar oleh Cromer.Pada tahun
1899,Abduh menggunakan penafsiran Al-Quran yang amat liberal untuk
membenarkan riba dalam perbankan.Hasilnya, British kembali menguasai
ekonomi Mesir melalui bank-banknya.

Pada tahun sama pengeluaran fatwa mengharamkan perbankan itu,


Natinal Bank of Egypt(NBE) ditubuhkan dengan penguasaan Sir Earnest
Cassel,Ralph Isaac Suarez, abang-abangnya Joseph dan Feliz dan
Constantine Salvagos Alexandria. Duit syiling emas kekal digunakan sebagai
alat pertukaran sehingga NBE diberikan kebenaran untuk mengeluarkan
wang kertas Mesir yang boleh ditukar dengan emas. Keadaan ini berakhir
pada 2/8/1914 apabila mata wang kertas Mesir sah diperlakukan melalui legal
tender dan tidak boleh ditukar kepada emas. (Fiat Money)

5.2.Penguasaan Ekonomi Dunia Oleh Bangsa Bukan Islam

Seperti yang dibincangkan dalam halaman yang sebelumnya, ekonomi


dunia dimonopoli oleh golongan Barat dan kebanyakannya Yahudi.Buktinya
ialah peranan keluarga Rothschild berbangsa German Yahudi dalam dunia
perbankan.Keluarga ini merupakan antara pengasas dalam system
perbankan moden dengan menyebarkan kaum kerabatnya ke Negara lain
untuk menguasai ekonomi Negara tersebut seperti ke Naples,England,
Austria, Germany, France dan Switzerland.Di Negara-negara tersebut, kaum
| 16

kerabat Goltschild telah membeli saham syarikat-syarikat penting dan


mengasaskan bank-bank seperti Rotschild’s London Bank,SM Von Rotschild
[17]
firm di Austria dan NM Rotschild & Sons of London .

Penguasaan system perbankan di negara-negara tersebut


membolehkan mereka mengumpul hartanah yang banyak dan menguasai
ekonomi Negara tersebut.Malah, semua orang tahu, presiden-presiden Bank
Dunia sejak ditubuhkan adalah kafir.Justeru,ketika mereka membuat dasar
dan polisi pembankan,mereka tidak menghiraukan penindasan,ketidakadilan
dan perkataan riba’ itu sendiri tidak ada dalam kamus hidup mereka.Mereka
hanya memandang kepada keuntungan dan mereka melihatnya dengan
kewujudan faedah(interest) sebagai lombong kekayaan menggantikan system
dinar yang begitu adil dan tidak memberikan pulangan lumayan.

6.0:KESAN KEWUJUDAN AKTIVITI RIBA’ DALAM SISTEM


PERBANKAN

6.1.Kejatuhan ekonomi sesebuah Negara

Kemelesetan ekonomi sesebuah Negara merupakan antara kesan


paling ketara akibat daripada riba’ dalam perbankan dan buktinya kita lihat
dengan beberapa kes kemelesetan dan kegawatan ekonomi dunia dalam
abad ke-20.Contohnya,pada 12 Oktober 1977,di Amerika Syarikat,
sebuah rang undang-undang yang dikenali sebagai anti-redlining law telah
17
Rothschild Family, http://en.wikipedia.org/wiki/Rothschild_family
| 17

ditandatangani atas satu objektif bagi memastikan semua rakyatnya


mampu memiliki rumah.Undang-undang ini mengharuskan institusi
kewangan memberi pinjaman yang berisiko tinggi atau subprime loan.[18]

Namun,kesannya mula jelas menjelang tahun1985.Tindakan kerajaan


Amerika Syarikat tersebut menyebabkan institusi-institusi pinjaman
menjadi bankrap.Puncanya cukup mudah untuk difikirkan;pinjaman
berisiko tinggi diberikan kepada rakyat berpendapatan rendah dan kadar
faedah(riba’) yang tinggi yang menyebabkan mereka tidak mampu
membayar balik sepenuhnya hutang pinjaman mereka.Justeru,kerajaan
Amerika Syarikat terpaksa untuk mengambil alih hutang-hutang lapuk itu
dan mengganggu pertumbuhan ekonomi kerana sebahagian pendapatan
negara digunakan untuk melangsaikan semua hutang tersebut.Semuanya
berasal daripada wujudnya interest yang menjadikan bayaran balik
pinjaman menjadi begitu tinggi.

6.2.Campur tangan warga asing dalam menjatuhkan ekonomi negara

Ekonomi dunia yang dikuasai warga Barat menyebabkan mereka


berkuasa dalam menentukan kemajuan atau kemelesetan ekonomi
Negara lain.Contohnya berlaku di Malaysia sendiri,pada pertengahan
tahun 1997, ekonomi Negara di ASEAN seperti Indonesia,Thailand dan
Malaysia mengalami kegawatan ekonomi yang hebat kerana tanpa sebab,
harga tukar dollar meningkat sangat tinggi.Antara factor yang mendorong
ke arah keadaan ini adalah disebabkan oleh tindakan jahat seorang
spekularor matawang Hungarian-American,pelabur saham,ahli
[19] [20]
bisnes,filantrofis dan aktivis politik liberal,George Soros . Beberapa
bulan sehingga Julai 1997,Soros bekerja keras untuk mewujudkan
limpahan hot money dalam ekonomi Britain.Sebagai makluman,hot money
ialah wang yang mengalir dalam sesebuah negara untuk mengambil
kesempatan dengan kadar faedah(interest) tertentu untuk mendapat
pulangan yang tinggi [21] .Kerajaan Britain memberi ‘jaminan’ kepada
18
Dr.Eamonn Buttler ,Krisis Ekonomi Bukan Akibat Kapitalisme: Utusan Malaysia,Edisi 08/10/2010,hlm.13
19
George Soros, http://en.wikipedia.org/wiki/George_Soros
20
Alexandra Perebikovsky,The Soros Dossier:The Case of Malaysia,hlm.75
21
Hot Money, http://en.wikipedia.org/wiki/Hot_money
| 18

pelaburan asing dan pinjaman asing(idea oleh Soros sendiri).Soros yang


memiliki bahagian besar hot money ini telah menggunakan kesempatan
untuk menghancurkan ekonomi Negara Asia Tenggara yang meminjam
daripada kerajaan Britain.Keadaan ini meningkatkan hutang negara yang
tidak mampu membayar pinjaman tersebut kerana kadar faedah yang
tinggi.

6.3.Kekayaan Golongan Barat dan Kemiskinan Bangsa Islam

Sistem perbankan dunia telah dikuasai oleh golongan kafir sejak


berabad lamanya.[22]Bank Dunia dan IMF dikuasai oleh keluarga
Rothschild yang berasal dari etnik German-yahudi.Bank Dunia merupakan
kunci kekayaan kerajaan Amerika Syarikat kerana mereka menentukan
kadar faedah pinjaman wang oleh bank-bank komersial lain.Jika terdapat
Negara lain yang inginkan pinjaman dan bantuan Bank Dunia,sudah tentu
mereka akan beraksi sebagai penyelamat ekonomi Negara tersebut
dengan memberikan bantuan pinjaman namun,balasannya ialah kadar
faedah yang tinggi.Semakin tinggi faedah,semakin kayalah bangsa barat
dan yang miskinnya ialah negara-negara yang meminjam .Dalam situasi
sekarang, ayat ini jelas menggambarkan keadaan perbankan dan ekonomi
sekarang;yang miskin bertambah miskin,yang kaya bertambah kaya.

[23]
7.0:PERBEZAAN ANTARA BANK KONVENSIONAL DAN BANK ISLAM

a) Pengaplikasian riba atau faedah kepada jumlah wang asal sebagai


sumber keuntungan tidak dibenarkan sama sekali dalam bank islam.Ini
disebabkan menurut Islam,keuntungan atau rezeki perlu datang daripada
usaha sendiri bukannya dengan mendapat wang semata-mata mengecas
wang tambahan daripada wang asal yang disimpan.

22
99% Manusia Dijajah, http://muslimvillage.wordpress.com/penjajahan/
23
Nurbalqis Hayati Ahmad Najih,Antara Bank Islam dengan Bank Konvensional,Edisi 24/03/2004 ,
http://www.yadim.com.my/Ekonomi/EkonomiFull.asp?Id=129
| 19

Bagi sistem konvensional,sistem faedah(interest) digunakan oleh


pihak bank untuk mendapatkan keuntungan.

b) Bagi bank Islam,pihak bank perlu menanggung tanggungjawab terhadap


semua simpanan pelanggan dan memberi perkhidmatan cekap demi
menjaga kepentingan awam

Kebanyakan bank konvensional menggunakan tabungan


awam(public fund) untuk mendapatkan keuntungan peribadi.Oleh
sebab simpanan menjadi keuntungan,maka,pelaburan dan
perniagaan hanya tertumpu kepada usaha untuk memaksimumkan
keuntungan sahaja tanpa melihat kesan kepada masyarakat seperti
kesusahan pelanggan untuk membayar kadar interest dan
sebagainya.

c) Bagi pehubungan di antara pelanggan-pelanggan di bank Islam,pihak


bankakan bertindak sebagai pengurus projek atau ahli kewangan yang
terlibat di dalam pengumpulan wang simpanan.

Bagi bank konvensional,hubungan antara pegawai bank dengan


pelanggannya terhad kepada pemiutang atau peminjam saja

d) Dari segi definisi,sistem perbankan Islam ialah pengguna sebenar


tabungan kerana konsep menabung di sini sangat jelas.Contoh
mudah,sekiranya kita menabung menggunakan tabung buluh yang biasa,
adakah kita perlu membayar apa-apa kepada tabung tersebut?Kita hanya
menyimpan duit sehingga banyak dan kemudian mengeluarkannya.Tiada
cas tambahan dikenakan.

Bagi konsep bank konvensional pula,peranan bank ini ialah sebagai


pencipta tekanan inflasi.Hal ini disebabkan oleh hakikat wang kertas
begitu murah materialnya dan boleh dicetak sesuka hati
banyaknya.Mereka boleh memberi pinjaman sebanyak mana yang
mereka hendak dan juga mencetak duit yang banyak untuk tujuan
ini.Jika tidak berhati-hati,maka berlakulah inflasi.
| 20

8.0:KESIMPULAN

Ada hikmah di sebalik semua penciptaan Allah SWT di muka bumi ini.
Emas,dinar dan tembaga telah digunakan sebagai mata wang rasmi sewaktu
zaman Rasulallah SWT dan pemerintahan para sahabat. Hasilnya cukup jelas
apabila kes inflasi,kemelesetan ekonomi,penindasan dan riba’ tidak berlaku
ataupun begitu kurang berlaku.Namun,kita lihat pada hari ini penciptaan mata
wang kertas dan kaedah interest telah menyebabkan inflasi melampau di
dunia seperti di Indonesia yang menyebabkan matawangnya jatuh merudum,
| 21

kemelesetan ekonomi akibat konsep wang fiat berdasarkan kepercayaan


antarabangsa dan penindasan dahsyat kepada peminjam wang yang
berpendapatan rendah akibat kadar interest yang begitu tinggi serta
penindasan kepada syarikat-syarikat yang maju namun muflis akibat daripada
kejatuhan nilai mata wang.

Jadi,siapa yang lebih bijak?Rasulallah SWT dan para sahabat yang


pada masa itu university Harvard dan Cambridge belum lagi wujud ataupun
tokoh ekonomi masa kini seperti keluarga Rotschild dan Robert
Zoellick,presiden Bank Dunia yang melanjutkan pelajaran ke university
terkemuka ,di bawah didikan para genius ekonomi seperti University Harvard
dan Cambridge.Kewujudan elemen-elemen negative dalam sistem perbankan
masa kini jika dibandingkan dengan masa dahulu adalah disebabkan prinsip
bank sekarang untuk hanya mendapatkan keuntungan dengan kurang
memikirkan kesan kepada pelanggan dan kebajikan pelanggan.Itulah
keindahan dan kesucian agama Islam yang menetapkan peraturan dan polisi
yang sentiasa mampu memberikan kebaikan kepada semua pihak dan
bukannya kepada pihak yang berkepentingan saja.

Seperti yang kita ketahui, urusan perbankan masa kini sudah berada
dalam genggaman riba’ sekaligus memaksudkan sebilangan besar penduduk
dunia terlibat dengan riba’.Bilakah kegemilangan Islam akan muncul semula
dan memperbetulkan semua dasar-dasar yang sudah menyelewang daripada
ajaran Islam?Wujudkah golongan Salehuddin Al-Ayubi pada masa depan
yang cukup berani dalam menegakkan syariat Islam dengan membangkang
dan melawan sistem perbankan masa kini dan bebaskan masyarakat dunia
daripada penjara riba’? Itulah tanggungjawab generasi muda untuk menjawab
soalan-soalan ini.
| 22

9.0:RUJUKAN

 Yusuf Al-Qardawi,terjemahan Mufti Labib & Arsil Ibrahim,Peranan Nilai


dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam,cetakan 1998,hlm. 415-416
 Alexandra Perebikovsky,The Soros Dossier:The Case of
Malaysia,hlm.75
 Wan Jemizan Wan Deraman,Kontrak Perkongsian:Utusan
Malaysia,Edisi 07/07/2010,hlm.10
| 23

 Dinar Emas Kelantan & Penggunaannya,15/8/2010,www.myberita.com

 Zaharuddin Abd Rahman,Riba& Bentuknya Dalam Konteks Semasa Di


Bank Konvensional, http://www.zaharuddin.net/content/view/301/91/
 Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badrain – Syeikh Daud Fattani,
http://www.al azim.com/masjid / infoislam/muamalat/riba.htm

 Zaharuddin Abd Rahman,Penciptaan Duit Kertas Moden,Hukum


&Forex, http://www.zaharuddin.net/ content/view/767/72/

 Bretton Woods System,


http://en.wikipedia.org/wiki/Bretton_Woods_system

 Fiat Money, http://en.wikipedia.org/wiki/Fiat_money

 Wang Kertas Adalah Riba, http://www.dirham2dinar.com/index.php?


option=com_content&view=article&id=112: wang-kertas-adalah-
riba&catid=39:blog&Itemid=64

 Mahmood Al-Bana , http://www.quranexplorer.com/quran/


 99% Manusia Dijajah, http://muslimvillage.wordpress.com/penjajahan/

 Bagaimana sistem perbankan masuk dalam dunia Islam selepas


kejatuhan kerajaan Khilafah Othmaniah, http://www.dirham2dinar.com/

 Rothschild Family, http://en.wikipedia.org/wiki/Rothschild_family

 Dr.Eamonn Buttler ,Krisis Ekonomi Bukan Akibat Kapitalisme: Utusan


Malaysia,Edisi 08/10/2010,hlm.13

 Hot Money, http://en.wikipedia.org/wiki/Hot_money


 George Soros, http://en.wikipedia.org/wiki/George_Soros

 Nurbalqis Hayati Ahmad Najih,Antara Bank Islam dengan Bank


Konvensional,Edisi 24/03/2004 ,
http://www.yadim.com.my/Ekonomi/EkonomiFull.asp?Id=129
| 24

10.0:LAMPIRAN

Gambar 1: Matawang US Dollar yang disandarkan dengan nilai emas

Gambar 2: Matawang yang tidak disandarkan dengan emas(Wang Fiat)

Gambar 3:Syiling Emas Denarius yang digunakan semasa kerajaan Roman


| 25

Gambar 4:George Soros yang dilabelkan oleh bekas Perdana Menteri,Tun


Dr.Mahathir Muhamad sebagai penyangak ekonomi dan bodoh

Gambar 5: Keluarga Yahudi Rothschild : Dari kiri, Ted Turner, Bill Gates Sr. ,
George Soros dan David Rockefeller

Gambar 6:2 daripada beratus-ratus hartanah keluarga Rotschild yang menunjukkan


kekayaan mereka yang diperolehi hasil penguasaan ekonomi dunia

You might also like