You are on page 1of 11

ADAB TERHADAP ALAM SEKITAR

&
KESANNYA TERHADAP
MASYARAKAT
Pengertian

• Alam sekitar ialah meliputi keseluruhan


kawasan yang didiami oleh manusia.
• Alam sekitar terbahagi kepada dua iaitu :
1) Kaku ( ciptaan Allah semulajadi ).
2) Hidup (buatan manusia).
1) Kaku ( ciptaan Allah semulajadi ) seperti daratan,
bintang dan langit. Dua ciri utama alam kaku ialah: 

- Berfungsi untuk kegunaan dan memenuhi


kehendak manusia. Contohnya Allah menjadikan
tanah yang sesuai untuk tanaman. Sekiranya Allah
menjadikan semua tanah gurun atau pasir ataupun
semua emas, sudah pasti manusia tidak boleh
bercucuk tanam dengannya.
- Semua alam sekitar ini saling lengkap
melengkapi mengikut ketentuan Allah seperti
matahari memberi cahaya dan kepanasannya
yang sesuai kepada manusia sepertimana air
mengalir memberi sumber kehidupan kepada
manusia.
2) Hidup (buatan manusia) seperti lubang yang
digali sebagai sungai, pokok-pokok yang
ditanam, bangunan-bangunan yang dibina dan
sebagainya. Manusia, haiwan dan pokok
termasuk juga dalam alam sekitar yang hidup.
Konsep
• Kejadian alam sekitar dan isi kandungannya
merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T.
• Alam yang dijadikan oleh Allah S.W.T adalah
untuk memudahkan manusia menjalani
kehidupan dengan baik dan sempurna.
• Alam menghasilkan sumber keperluan untuk
manusia. Daripadanya terhasil sumber
makanan, minuman, tenaga dan alat
perhubungan.
• Manusia hendaklah memelihara dan menjaga
alam sekitar dengan baik dan
bertanggungjawab supaya tidak berlaku
pencemaran.
• Terdapat beberapa adab yang perlu kita ikuti
bagi memelihara alam sekitar supaya sentiasa
bersih dan terjaga.
Dalil
• Firman Allah Ta’ala dalam Surah Ar-Rum ayat 41:

“ Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana


di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah
dilakukan oleh tangan manusia timbulnya
demikian kerana Allah hendak merasakan mereka
sebahagian daripada balasan perbuatan-
perbuatan buruk yang mereka telah lakukan
supaya mereka kembali insaf dan bertaubat”
• Sesungguhnya alam sekitar dan segala kekayaan
adalah milik mutlak Allah sebagaimana firman
Allah yang bermaksud:

“Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan


bumi serta Segala Yang ada padanya; dan Dia lah
jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” 
(Surah al-Maidah, 120).
• Dalam mengejar kekayaan, alam sekitar tidak
patut dicemar atau dimusnahkan. Hal ini telah
dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang
bermaksud:

“Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak


orang ramai, dan janganlah kamu
bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi” 
(Surah al-Syu’ara, 183)

You might also like