You are on page 1of 10

KEBUDAYAAN

DEFINISI

• Menurut kamus, kebudayaan didefinisikan sebagai satu cara kehidupan. Dalam bahasa Inggris,
kebudayaan disebut culture, yang berasal dari kata Latin Colere, iaitu mengolah atau
mengerjakan. Boleh diertikan juga sebagai mengolah tanah atau bertani. Kata culture juga ada
kala diterjemahkan sebagai "kultur" dalam bahasa Indonesia.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN

• Perkaitan antara wujudnya masyarakat dengan wujudnya kebudayaan. Kebudayaan tidak wujud
sekiranya tidak ada masyarakat, kerana kebudayaan meliputi seluruh sistem dan aktiviti
kehidupan sesuatu masyrakat.

• Kebudayaan bersifat dinamik.

• Kebudayaan yang diwarisi dan diperturunkan dari generasi ke generasi

ZAMAN MASYARAKAT MELAYU ANIMISME

• Amat sukar untuk dikaji kerana bukti dan kesannya hanya dapat dikesan berdasarkan kepada
hasil sastera lisan.

• Perkembangan budaya zaman ini dilihat dari skop:

 Politik

 Integrasi masyarakat

 Pendidikan

 Adat istiadat

PANTANG LARANG DALAM MASYARAKAT MELAYU

• Perkataaan pantang membawa maksud tegahan daripada melakukan sesuatu kerana dipercayai
akan membawa akibat yang buruk .

• Misalnya pantang membawa kanak-kanak keluar pada waktu senja kerana takut keteguran.
Pada waktu itu dipercayai hantu syaitan sedang banyak berkeliaran.

• Perkataan larang juga memberi erti tegahan daripada melakukan sesuatu kerana kuatkuasa
undang-undang atau peraturan, sama ada yang tertulis ataupun tidak.

• Contohnya, pada zaman dahulu rakyat tidak boleh bepakaian kuning kerana warna kuning
dikhaskan untuk kerabat raja .
PERKEMBANGAN KEBUDAYAAN PADA ZAMAN PENGARUH HINDU

• Pengaruh Hindu kukuh dalam kalangan sistem kerajaan manakala kehidupan masyarakat umum
hanyan dipengaruhi oleh aspek estetik yang terdapat di dalam agama Hindu itu sahaja .

• Sistem kerajaan memperlihatkan raja berfungsi sebagai penjelmaan dewa Hindu, unsur ini jelas
terdapat dalam kalangan raja-raja Jawa.

• Antara adat istiadat dan urusan kehidupan masyarakat yang dipengaruhi pengaruh Hindu adalah
seperti berikut :

 PERKAHWINAN

 Adat merisik bagi pihak lelaki diwakilkan oleh ibu.

 Tujuannya adalah untuk memastikan gadis yang mahu dipinang belum berpunya dan pihak
keluarga gadis bersetuju menerima pihak lelaki.

 Adat melamar -di mana pihak lelaki menghantar utusan secara rasmi terdiri daripada
keluarga dan orang kepercayaannya bagi menyampaikan hantaran tanda pertunangan
antara dua pasangan yang biasanya sebentuk cincin yang disarung ke jari manis tangan kiri
gadis itu.

 Sebelum dinikahkan , diadakan malam berinai.

 Paginya keesokkan harinya selepas diijabkabulkan, diadakan pula persandingan di atas


pelamin .

 . Pengantin lelaki dan wanita akan ditepung tawar dan direnjis dengan air mawar.

Mandi Safar

• Mandi safar ini ialah upacar mandi beramai-ramai kerana manolak bala yang kerapkali berlaku di
bulan safar.

• Upacara ini memang masih berlaku di Sungai Ganges dan Jumna, di Benares India.

• Amalan ini amat dihormati oleh orang Melayu terutamanya di Tanjung Keling, Melaka.

• Kini upacara ini digantikan dengan pesta kebudayaan yang diadakan di tempat yang sama di
Melaka.
Perkembangan Kebudayaan Pada Zaman Pra-Islam

• Kebudayaan Melayu pra-Islam sedikit sebanyak masih tidak dapat lari daripada kepercayaan
animisme yang wujud dalam kalangan nenek moyang mereka dahulu.

• Walau bagaimanapun, kedatangan Islam yang sampai ke Tanah Melayu telah menghapuskan
kepercayaan lama.

• Namun tidak dapat dinafikan kepercayaan ini masih menebal biarpun sesudah muncul gerakan
modenisme Islam

Kepercayaan Pada Nyawa atau Roh

• Dalam kepercayaan di Malaysia, terdapat istilah yang membawa pengertian yang sama dengan
roh, iaitu nyawa.

• Istilah itu mula dikenali sebagai roh, iaitu satu istilah Arab setelah kedatangan Islam.

• Orang Melayu memepercayai bahawa roh orang yang telah mati akan kembali ke dunia dalam
bentuk hantu dan menggangu manusia.

• Terdapat juga kepercayaan bahawa hubungan antara yang hidup dan si mati akan renggang jika
tidak dipuja.

• Namun setelah kedatangan Islam, al-Quran dijadikan sumber rujukan pertama. Al-Quran
menyatakan bahawa roh adalah urusan Alllah, manusia hanya diberi pengetahuan yang sedikit
mengenai roh.

Sakti

• Sakti merupakan pemikiran orang Melayu yang mempercayai sesuatu perkara terjadi dengan
bantuan kekuatan ghaib.

• Pemikiran ini sama dengan konsep ’mana’ dalam masyarakat Polinesia.

• Contohnya, jika seseorang itu mendapat untung ; maka keuntungan itu dipercayai diperoleh
dengan bantuan azimat.

• Kepercayaan ini mendorong penggunaan tangkal antaranya tangkal bertujuan untuk kebal,
murah rezeki, cantik dan pelbagai lagi.

• Dalam Islam, konsep berusaha diutamakan.

• Setelah itu berdoa dan bertawakal kepada Allah.

• Orang Islam dianjurkan beriman kepada qada’ dan qadar Allah sebagaimana tercatat dalam
rukun iman.
Perkembangan Kebudayaan Pada Zaman Penjajahan

• Perkembangan kebudayaan pada zaman ini menjadi pencorak dan perintis dalam kebudayaan
rakyat Malaysia pada hari ini.

• Pada abad ke-19, penaklukan ekonomi Semenanjung telah bermula.

• Modal mula mencurah masuk diikuti dengan kemasukan pekerja-pekerja lombong keturunan
Cina.

• Pekembangan perusahan getah juga telah menyebabkan kemasukan kaum India untuk bekerja
di estet-estet getah.

• Kemasukan kaum imigran ini membentuk masyarakat majmuk.

• Masyarakat majmuk didefinisikan sebagai masyarakat yang berbilang kaum.

• Semasa zaman penjajahan terdapat empat golongan masyarakat yang utama iaitu masyarakat
elit, masyarakat Melayu, masyarakat Cina dan masyarakat India.

Masyarakat Elit

• Masyarakat ini majoritinya beragama Kristian yang terdiri daripada orang Inggeris, Nasrani, Cina,
India dan Sri Lanka.

• Mereka diberi keutamaan dalam menjawat jawatan profesional seperti peguam, doktor dan
lain-lain dan pergaulan mereka dengan golongan bangsawan.

• Kehidupan mereka seperti orang Barat, iaitu menggunakan pisau, garpu, dan sudu ketika makan.

• Di rumah pula mereka mengupah ramai pembantu yang terdiri daripada orang Melayu, India
dan Cina (Hailam).

• Orang Melayu biasanya menjadi pemandu kereta mereka.

Masyarakat Cina

• Masyarakat Cina tinggal di bandar dan menjalankan perniagaan mengikut sistem Barat dan Cina.

• Unsur tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang masih mereka amalkan terutamanya adat
resam dan perayaan Gong Xi Fa Cai dan Yuan Xiao Jie.

• Dalam perayaan itu mereka mengembangkan kesenian tarian naga, singa dan opera Cina.
• Mereka mendirikan sekolah Cina dan kurikulumnya berdasarkan sistem pelajaran di negara
China.

• Dari segi perkahwinan, mereka mengikut pilihan ibu dan diadakan secara tradisi.

• Golongan bawahan Cina terdiri daripada buruh-buruh di lombong dan penanam sayur.

• Pada pendapat mereka orang Melayu pemalas kerana tidak mahu mengusahakan tanah untuk
bercucuk tanam.

Masyarakat India

• Masyarakat India pula bekerja di ladang getah dan kelapa sawit.

• Rutin harian mereka ialah menoreh getah seawal pagi kemudian menyerahkan susu getah ke
pejabat atau ”depoh getah” dan pulang ke rumah.

• Petangnya mereka menam sayur dan menternak kambing dan lembu.

• Kegemaran mereka selepas bekerja ialah ”main kudu-kudu”, main terup dan minum todi.

• Terdapat juga sekolah didiriakn di ladang dan estet-estet yang mana bahasa pengantarnya ialah
bahasa Tamil dan mata pelajaran bahasa Inggeris memang digalakkan.

• Ramai juga di antara mereka berniaga di ladang dan bandar.

Masyarakat Melayu

• Kehidupan orang Melayu di luar bandar dan mengamalkan sistem pertanian sara diri.

• Teknologi tradisi digunakan dalam pertanian seperti parang, cangkul, kuku kambing dan
sebagainya.

• Ikan dapat diperolehi dari sawah padi dan di atas batas sawah itu ditanam sayuran.

• Waktu malam mereka beramai-ramai keluar menunaikan solat berjamaah di surau atau masjid
berdekatan.

• Selepas itu mereka belajar agama, mengaji al-Quran, berzanji atau belajar marhaban.

• Ada juga yang belajar kompang dan seni mempertahankan diri orang Melayu iaitu silat.

• Orang Melayu juga terkenal dengan budi bahasa dan sopan santunnya di mana yang tua
dihormati yang muda disayangi.
PERMAINAN TRADISIONAL

• Layang-layang

• Permainan layang-layang atau wau mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli


terutama pada bentuk layang-layang atau wau itu sendiri.

• Di Malaysia lazimnya permainan layang-layang dilakukan selepas musim menuai padi


atau pada masa nelayan tidak dapat pergi ke laut menangkap ikan.

• Antara jenis layang-layang ialah Layang-layang Baruk, Layang-layang Puyuh, Layang-


layang Burung dan yang terkenal ialah Wau Bulan.

• Congkak

• Merupakan jenis permainan Anjung.

• Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir.

• Bilangan pemain ialah seorang sepasukan.

• Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak.

• Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampung 5, 7, 8


atau 9.

• Gasing

• Permainan gasing merupakan permainan untuk orang lelaki muda dan dewasa.

• Pada masa dahulu permainan gasing merupakan sejenis permainan yang mendapat
perhatian umum dan ramai peminatnya.

• Di samping bermain sebagai riadah dan memenuhi masa lapang, permainan ini
dimeriahkan melalui perlawanan antara pasukan di peringkat kampung, daerah dan
negeri.
PERKAHWINAN TRADISIONAL

• Perkahwinan Tradisional Masyarakat Melayu

• Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa


proses.

• Antaranya ialah merisik atau meninjau; melamar; upacara peminangan; upacara


menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari
persandingan; jemput menantu.

• Perkahwinan Tradisional Masyarakat Cina

• Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut


tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

• Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga
bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun
selama seratus hari.

• Perkahwinan Tradisional Masyarakat India

• Di Malaysia majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pedanda.

• Pedanda memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu


kepada Tuhan supaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan.

• Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki.

• Sebaik sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher
pengantin perempuan.

• Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali.

• Sewaktu upacara ini berlangsung atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai
tanda restu.

• Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali.

• Pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api
sebanyak tiga kali.
• Perkahwinan Masyarakat Cina Peranakan

• Orang-orang Cina peranakan adalah orang Malaysia yang dilahirkan di Negeri-negeri


Selat iaitu negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang.

• Ahli wanitanya dipanggil nyonya dan ahli lelaki dipanggil Baba.

• Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh di dapati di dalam perkahwinan


mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin
itu.

• Adat lain termasuk ‘mas kahwin’ diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian
gadis itu.

• Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai dan
pembakaran setanggi.

• Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina.

• Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa
ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.

• Perkahwinan Masyarakat Orang Asli

• Perkahwinan orang asli (Puak Mahmeri) mempunyai banyak persamaan dengan


perkahwinan masyarakat Melayu seperti adat merisik, menghantar tanda dan
meminang.

• Sehari sebelum hari perkahwinan beberapa istiadat akan diadakan seperti istiadat
menepung tawar, menghalau hantu syaitan, istiadat mengasah gigi, mengandam,
membuang sial, menggantung kelambu dan berinai.

• Semasa majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat istiadat diadakan sempena


majlis tersebut iaitu menjulang pengantin; pertarungan pencak silat; mengelilingi busut;
membasuh kaki; dan mandi bunga gomba.
PERAYAAN

• Hari Raya Aidil Fitri

• Merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam.

• Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan.

• Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan
sembahyang terawih pada sebelah malamnya.

• Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan.

• Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran.

• Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan


silaturahim.

• Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.

• Tahun Baru Cina

• Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang
menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka.

• Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu,
harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap
binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri

• Perayaan Deepavali

• Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu.

• Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November.

• Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’.

• Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan,


kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan
mengatasi kejahilan.
• Perayaan Gawai Dayak

• Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.

• Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan
disediakan.

• Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula
dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai.

You might also like