Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
18Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Niccolo Machiavelli

Niccolo Machiavelli

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 1,462 |Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
falsafah dan logika melayu
niccolo machiavelli
Noor Siyah Binte Salleh
falsafah dan logika melayu
niccolo machiavelli
Noor Siyah Binte Salleh

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Sep 01, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/18/2013

pdf

text

original

 
JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU SEMESTER 1(2008/2009)
Tokoh Falsafah Niccolo Machiavelli
Pengenalan
 Niccolo Machiavelli dilahirkan pada 3 Mei 1469 di Florence, Itali. Ayah beliau adalahseorang ahli hukum dan beliau dibesarkan dalam keluarga yang ternama tetapi tidak begitu berada.Ketika Machiavelli berumur 29 tahun, beliau memperolehi kedudukan tinggi dalam kerajaanFlorence. Beliau berkhidmat dalam kerajaan Florence selama 14 tahun sebagai setiausahakerajaan dan terlibat dalam pelbagai misi diplomatik ke Perancis, German dan di dalam negeriItali.Pada tahun 1512, kerajaan Florence telah digulingkan oleh golongan Medici dan kerajaan berbentuk republik telah bertukar menjadi kerajaan zalim. Machiavelli pula telah disingkirkandaripada jawatannya. Oleh kerana terdesak untuk kembali ke alam politik, beliau cuba menarik  perhatian pemerintah Medici dengan menulis sebuah buku politik yang pada pandangannyamerupakan matlamat Medici dan berharap ianya dapat diterima oleh mereka sebagai panduandalam pemerintahan. Maka lahirlah karyanya,
The Prince
semata-mata untuk memuaskan danmemikat hati pemerintah.
The Prince
dipenuhi dengan idea Machiavelli tentang keperluan pemerintahan yang zalim dengan ideologi yang keji dalam sesebuah negara.Malangnya, usahanya ditolak oleh pemerintah Medici dan beliau tidak dapat sebarang jawatan yang diinginkan. Beberapa tahun kemudian, setelah pemerintahan Medici dijatuhkan dankerajaan republik dikembalikan, Machiavelli sekali lagi cuba untuk menyertai semula kerajaanyang pernah disertai sebelum itu. Tetapi oleh kerana tulisannya,
The Prince
, karya itu telahmempengaruhi orang ramai untuk tidak menerimanya kembali kerana mereka memikirkanfalsafahnya menyerupai pemerintah Medici. Keadaan itu telah menyebabkan Machiavelli jatuhsakit lalu meninggal dunia pada tahun 1527 ketika beliau berumur 58 tahun.
NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710 1
 
JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU SEMESTER 1(2008/2009)
Antara karya-karya beliau ialah
The Discourse upon the First Ten Books of Titus Livius
,
The Art of War 
dan
 A History of Florence and La Mandragola
.
The Prince
adalah sebuah karya beliauyang termasyhur dan memang paling mudah untuk dibaca dari semua tulisan ahli falsafah.
Falsafah Politik Machiavelli
Falsafah politik Machiavelli adalah falsafah pengalaman peribadinya yang bersifat saintifik dan empirikal yang berdasarkan suasana kekacauan politik pada zaman Renaissance. Ketika beliau berkhidmat sebagai setiausaha kerajaan, beliau telah menemui ramai ahli politik yangterkemuka dan salah seorang daripada mereka ialah putera Alexander VI, Cesara Borgia, yangtelah memberi kesan mendalam kepadanya. Machiavelli kagum dengan cara pemerintahan Borgiayang bijak mengatur perancangan bagi memenuhi cita-cita walaupun bertindak dengan zalimsebagaimana digambarkan dalam karya beliau,
The Prince
.Fikiran pokok buku ini ialah, untuk mengekalkan kuasa, para pemerintah harusmengabaikan pertimbangan moral sepenuhnya dan menaruh segala keyakinan terhadap kekuatandan kepintaran menipu. Dalam tulisan Machiavelli, beliau banyak menceritakan sejarah kerajaanterdahulu seperti kerajaan Yunani dan Rom yang memusatkan kepada kuasa sebagai tunggak  pemerintahan. Beliau juga mengatakan pemerintah perlu bijak mengaburi mata rakyat denganmenyuap rakyat dengan hiburan, pertunjukan seni dan sukan bagi melalaikan mereka dan agar terus mendapat sokongan daripada rakyat. Jika ada yang menentang, perlaksanaan undang-undang secara tegas walaupun dalam bentuk kezaliman perlu dikenakan sebagai hukuman tetapi pada masa yang sama dalam bentuk yang kelihatan saksama.
Politik Tanpa Moral
Machiavelli bersikap kritikal terhadap suasana politik semasa yang ketika itu zamanKecerahan yang penuh dengan korupsi dan berlaku penindasan yang mengongkong kehidupanoleh pihak kerajaan yang dikuasai oleh golongan paderi. Maka, persoalan yang ditimbulkan
NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710 2
 
JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU SEMESTER 1(2008/2009)
Machiavelli ialah bagaimana kuasa politik digunakan untuk menstabilkan keadaan. Beliau bersikap prejudis terhadap agama dengan menafikan peranan agama dalam politik. Menurutnya, politik tidak sewajarnya cuba dikaitkan dengan persoalan moral atau agama kerana ia bolehmendedahkan seseorang kepada golongan musuh yang cerdik dan licik. Melalui fahamansekularisme ini, beliau berpendapat bahawa nilai kemahiran dalam pentadbiran adalah lebih tinggidaripada nilai moral. Berdasarkan pemerhatian Machiavelli terhadap pemerintah Borgia, beliaumemuji-muji pemerintahan Borgia yang mencintai kemahiran pemerintahan.Menurut teori politik Machiavelli, kuasa politik boleh didapati dengan dua cara iaitu pertama, jika bernasib baik melalui warisan daripada keturunan atau yang kedua, melalui penaklukan. Bagi menguasai negara baru, pihak pemerintah hendaklah menghapuskan seluruh pencabarnya dari kerajaan terdahulu walau dengan apa cara pun. Kemudian, pemerintah harus bijak menggunakan propaganda untuk mendapatkan sokongan dari masyarakat. Dari aspek ini,Machiavelli menyatakan kecemerlangan sesebuah pemerintah hanya memerlukan seorang pemerintah yang mempunyai metod pemerintahan yang licik dan dapat menyelesaikan segalamasalah.
Ciri Pemerintahan Yang Baik 
Machiavelli menggariskan beberapa ciri yang dianggapnya sebagai asas utama dalammengekalkan kuasa walaupun persepsi dari sudut moralnya buruk sekali. Menurut beliau,keperibadian seorang pemimpin adalah asas bagi kemantapan sebuah kerajaan. Beliaumenyatakan nilai–nilai buruk yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin adalah seperti sifatkedekut, melakukan kejahatan dan tidak takut kepada kutukan rakyat. Malahan menurutnya,seorang pemimpin seharusnya mengutamakan sifat kedekut lebih daripada pemurah. Sifat pemurah hanya ditunjukkan ketika memerlukan sokongan dan pujian rakyat. Jika mahu
NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710 3

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Sufri Adi liked this
15081991 liked this
Zainuddin Ali liked this
Idha Nidar liked this
Zulkifli Nasri liked this
Nancy Yong liked this
Dean Nazmuddin liked this
Ning Chin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->