Nombor Matrik: JEA080714
Pantun, tidak dapat dinafikan adalah wadah terpenting bagi melahirkanhasrat, pemikiran dan mengolah segala naluri bangsa Melayu. Hasrat ataupemikiran itu disampaikan dengan penggunaan bahasa yang cukup halus, penuhdengan kesopanan dan berkias. Teori
determinism
mengatakan, setiap kewujudanatau penciptaan adalah kerana sesuatu tujuan, sebab, atau hikmah tertentu (NesSmith, 1995). Oleh itu dapat dikaitkan di sini teori tersebut dengan kewujudanpantun. Pantun berfungsi sebagai wadah untuk menyampaikan nasihat, kritikan,hasrat dan menyampaikan perasaan kasih dan sayang.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:977), pantun ialah puisi lama yangbiasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Dalam setiap rangkapterdapat dua baris pertama yang merupakan pembayang maksud dan selainnyaialah maksud yang hendak disampaikan.
Empirisisme Dalam Pantun.
Pantun adalah satu artifak bukan-benda yang mencerminkan peradabanorang Melayu di mana minda adalah sebahagian daripadanya. Kemampuanmanusia menggunakan minda akan melahirkan apa yang tercipta dalam peradabanmanusia itu sendiri. Pantun adalah warisan lisan yang penuh dengan keindahan. Iamengandungi bunyi yang berima yang indah untuk didengar dan mengandungimaksud-maksud yang hendak disampaikan. Melalui pantun dapat dilihatkebijaksanaan pemantun itu sendiri sebagai pemantun dan juga sebagai seorangpemikir. Ia adalah dua tugas berlainan tetapi digabungkan dengan cukup alamiah.
2