HIKAYAT AMIR HAMZAH(AMIR HAMZAH MENYERANGKISRA)PETIKAN Mendengar keterangan utusan itu,amir hamzah berkata,’’itu-lah yang aku mahu.aku akanmemerangi-nya dan menghanchorkan kerajaan-nya serta memerentah seluroh negeri-nya.ketika itu kesalan-nya tiada berguna lagi,’’lalu beliau memerentah bala tentera-nyauntok berangkat.Sa-telah amir hamzah mendengar keterangan gabenor Hilab itu,beliau memerentahseluroh angkatan perang-nya berangkat menuju ka-mada’in untok menghanchor kisra dan bala tentera-nya yang telah berterang2 yang memusohinya,kerana mengikut jejak langkahshaitan menteri Bakhtir.Rachun yang meresap ke dalam tuboh Amir Hamzah itu,memberi kesan hingga beliau jatoh dari atas kuda-nya dalam keadaan lalai dan pitam.perkhabaran ini telah tersiar dalam kalangan tenteranya.Oleh itu sa-makin bertambah-lah menggelegak perasaankeberanian dan kepedehan dalam dada mereka,lalu mereka menyerang musoh dengansegala macham chara pertemporan hingga malam hari.Pada hari itu Andahuq menyeludup ka-dalam Bandar dan pergi ka-istanaMuhurkadar.Sa-telah memperkenalkan diri-nya kapada puteri itu ia pun keluar meluluskan diri-nya bersama2 dengan puteri tersebut pergi mengunjongi Amir Hamzah pada waktu petang.’’Hamba akan membawa-nya kapada tuan2 dengan segera ,’’kata Umar Aiyar ,lalukeluar dengan menyamar diri mendapatkan Menteri Buzurjumhur,menerangkan peristiwayang telah terjadi kapada Amir Hamzah dan puteri Muhurkadar berada di-sisi-nyasekarang.Umar Aiyar telah mengetahui,Zubair Penipu dan bala tentara-nya yang tiadaterhingga banyak-nya itu akan menyerbu mereka esok pagi.Oleh itu ia punmengumpulkan semua anggota pasokan perisek-nya yang terdiri dari delapan ratus orangyang di-lahirkan ka-dalam dunia ini sa-hari dengan tarikh kelahiran-nya dan berpesankapada mereka seperti berikut’’Bersembunyilah kamu di-jalan tinggi yang akan di-laluioleh Zubain Penipu dan tentera-nya. Bawa-lah busar kamu,dan jangan kamu beritahusiapa2 yang kamu bersembunyi kerana hendak menyerang mereka. Apabila aku mulamemanah dan memerentah kamu,pada ketika itu hujani-lah anak panah kamu ka-atasmereka saperti hujan yang mencurah turun ka-bumi,aku hendak mempermainkan Zubair Penipu dan aku hendak mematahkan tulang belakang-nya dengan membinasakan orang2-nya.Memandangkan keadaan saperti tersebut.